Friday, January 22, 2010

KURANG ELOK...


6 Safar 1431 Hijriah. Alhamdulillah... Sempat jugak aku jenguk2 blog aku ini. Aku sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan beberapa hal dan juga masalah. Dari segi masalah tu takdelah kritikal pun tapi yelah, sometimes boleh mengganggu kita walaupun sedikit. Ok, kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang perbualan (chat kat YM) dengan seorang kawanku yang memberi nasihat kepada aku tentang post aku yang lalu.

Kalau masih ingat lagi, aku ada post tentang masalah aku dan roomateku. So, beberapa hari yang lalu, aku ada la chat dengan kawanku ini yang bertanyakan khabar aku. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan namun kat sini aku just nak beritahu tentang komennya terhadap post aku yang lalu.

Kawanku itu berpendapat bahawa agak kurang elok aku menceritakan tentang soal peribadi aku dengan roomateku itu. Biarlah nak gaduh pun tapi janganlah sampai dihebohkan dalam blog. Bila dihebohkan dalam blog, ramai orang akan membaca dan mengetahuinya. Jadi mungkin juga kawanku ini berpendapat bahawa ini tidak elok dari segi reputasi dan imej roomateku.

Actually, pada awalnya aku berpendapat bahawa blog ini adalah tempat aku meluahkan perasaan, berkongsi suka duka aku bersama kawan2 dan menceritakan perjalanan hidup aku. Ini adalah diari aku. Jadi, aku merasakan bahawa aku bebas untuk menulis apa sahaja yang berkaitan dengan hidup aku. Pendek kata suka hati aku lah kan.

Tidak aku nafikan bahawa post aku yang lalu mungkin manifestasi aku terhadap roomateku dan menunjukkan salah satu daripada 1001 sikap buruk aku. Luahan secara emosional tercetus didalam blog selepas ketegangan aku dengan roomateku berlaku. Pada masa itu, aku just berniat untuk mencoretkan sikap aku yang panas baran sekaligus mengganggap bahawa ianya tak mengapa, tiada kaotan dengan roomateku.

Namun setelah perbualan aku dengan kawanku itu, aku termenung dan bermunasabah seketika. Aku cuba untuk berfikir dengan lebih positif lagi terhadap roomateku ini. Apa2 perkara negatif tentang dia, aku cuba buang sejauh2nya. Aku cuba berpegang kembali pada konsep kebaikan dan keburukkan.

Roomateku itu ada banyak kebaikkannya, dia seorang yang baik dalam agama, pergaulan dengan kawan2 lain dan banyak membantu aku. So, tak bolehlah aku just memandang dari sisi gelapnya sahaja tanpa mengungkitkan sifat2 baiknya. Mungkin dia ada beberapa sifat yang kuranbg elok yang menjadi kelemahannya tetapi berapa sangat kalau nak dibandingkan dengan kebaikkannya.

Dia seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Bilangan sifat baiknya melebihi sifat buruknya. Sesiapa pun mungkin begitu juga, tak terlepas pada diri aku sendiri. Dia mungkin lemah dari segi beberapa perkara tentang nasihat, perempuan(awek) dan pengurusan duit tapi dia bagus dari segi kerja2nya, hubungan dan pergaulan dengan kawan2, cara bercakap dan sebagainya.

Aku pulak jenis yang panas baran, tidak penyabar dan sebagainya (tak perlulah aku listkan semua, ye tak?). So, masing2 ada kelemahan tersendiri. Dalam post aku yang lalu juga banyak menceritakan tentang kelemahan aku dan ada juga terhadap roomateku. Bila dah berlaku begini, aku merasakan mungkin ada benarnya nasihat kawanku itu.

Aku sedar bahawa kurang elok aku menceritakan perihal roomateku itu dalam blog. Ini mungkin boleh menyebabkan dia semakin marah denganku, imejnya terjejas dan sekaligus meregangkan hubungan kami. Itu aku akui sementelah post aku yang lalu ditulis dengan emosi yang kurang terkawal. Bila emosi kurang terkawal, ada banyak 'benda lain' yang mengganggu kita sehinggakan kita rasakan perkara yang kita buat itu betul sedangkan sebaliknya.

So, bila dah ditegur seperti ini, aku cuba untuk beringat dan mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun sedikit sebanyak aku still rasa aku tak ada melakukan apa2 kesalahan tapi satu hakikat yang perlu aku akui adalah aku berjenis panas baran dan tindakan aku itu sedikit sebanyak menjejaskan imej roomateku.

Insyaallah.... aku cuba untuk tidak menulis lagi tentang keburukkan roomateku atau sesiapa secara direct lagi bagi mengelakan perkara yang tidak elok berlaku. Ini merupakan satu pengajaran yang amat bermakna untukku. So, aku berharap, apa yang telah aku lalui ini boleh dijadikan pengajaran terhadap pembaca lain.

Oh, ye, sebelum aku lupa, hubungan aku dengan roomateku dah elok, sekejap je tegangnya, yelah, orang kata lidah lagikan tergigit, inikan pula roomate....



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...