Monday, January 11, 2010

LAWATAN KE ZUL DESIGN AUTOTRONIC...


24 Muharaam 1431 Hijriah. Alhamdulillah... bebaru ini aku dan kawan2ku ada membuat lawatan ke Zul Design Autotronic, sebuah nama yang dikenali ramai dengan ciptaan alatan2 yang canggih dan berinovasi terutamanya dalam bidang pembuatan dan mekanikal. Tempatnya adalah di Rawang dan kami melawat pejabat dan bengkelnya.

Ok, biarlah aku start dari awal. Kami bertolak menuju UTMKL. Kami berenam pergi dengan seorang pegawai BIP dab naik Naza. Bila sampai UMKL, kami bermalam di Kolej Semarak Jaya (tak silap aku la, dulu namanya kolej 2). So, semalaman kami stay kat sana dan keesokkannya kami bertolak ke Rawang dalam pukul 8.30 pagi.

Sampai kat sana, kami pergi ke pejabatnya dulu. Bila dah masuk, agak berbeza dengan kebanyakkan syarikat, kerana di dindingnya banyak memaparkan gambar2 akhbar pemilik syarikat ini. Piala dan anugerahnya yang diperolehi beliau juga amat banyak, berderet-deret. After menunggu dalam dalam 15 minit (dia ada meeting), barulah kami berpeluang untuk berjumpa dengannya iaitu En.Zulkifli Haron.

Seorang yang low profile, merendah diri dan bercakap dengan nada yang sopan. Memang terasalah auranya sebagai seorang usahawan, hehehe... So, selepas berkenalan sedikit sebanyak, dia ada bercerita tentang pengalamannya sepanjang 30 tahun menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Antara kata2 manarik yang masih aku ingat adalah adalah "orang melayu cukup pandai berpolitik, cukkup berharta, cukup pandai dalam berkata2 dalam meyakinkan orang tetapi tidak pandai untuk berkongsi apa yang mereka dapat. Mereka lebih suka menyimpannya untuk kaum terdekat mereka sahaja...tapi untuk orang Melayu, samada mereka kedekut atau tidak, last sekali harta kekayaan dan kebolehan mereka akan diberikan juga pada orang lain seandainya malaikatul maut sudah tiba".

"Tiga langkah utama dalam perniagaan adalah 'convince','confuse' dan 'confirm'. Kita mesti convince kan orang/pengguna untuk membeli produk kita dengan cara memberitahu kekuatan/kelebihan produk kita. After kita convince kan mereka, kita cuba confusekan mereka dari segi menakut-nakutkan mereka in term of kalau tak beli produk ini, hidup mereka tak selamat, ditimpa penyakit dan sebagainya. Kita cuba takut2kan mereka agar mereka membeli produk kita. Ini tidak bermakna kita mengugut atau menggunakan kekerasan tapi menggunakan psiko sahaja. Dan yang last sekali, apabila mereka sudah yakin dan takut, confirm mereka akan beli produk kita."

So, itu adalah antara 2 penerangan yang cukup bermakna untuk dijadikan iktibar dan panduan. Ok, after tamat dia bercerita, tibalah giliran kami pula dan kami diminta membentangkan projek2 yang ingin jalankan.

Apabila beliau mendengar idea projek aku iaitu smart elctric wheelchair tu, dia begitu berminat sekali. Dia ada memberikan beberapa cadangkan untuk tingkatkan dankembangkan lagi idea aku. Dia cadangkan agar aku mengubah sediki tentang design kerusi roda aku tersebut. Dia ada memberi sedikit sebanyak idea dan secara rambangnya, aku faham la design yang jenis macamana dia maksudkan.

Idea tentang design tersebut cukup bagus, something yang tak pernah terfikir oleh aku sebelum ini. Maklumlah, dia dah 30 tahun pengalaman. So, bila aku fikirkan, ideanya itu logik dan designnya itu memang boleh buat dalam tempoh master aku ini, kiranya viable la.

So, dia ada juga memberitahu kawan2ku agar cuba bantu aku dan mungkin juga boleh dijadikan share partner, dengan kata lain ada percent la dalam company yang sama2 ditubuhkan. En.Zul pula confirm la ada sharenya tersendiri, yelah dia kan funder, mesti ada swedikit percent dalam syarikat tersebut.

Dari segi kerjanya pula, boleh dibahagi-bahagikanlah. Aku buat something yang melibatkan idea, kreativiti dan lebih kepada kerja2 design (kurang melibatkan pergerakkan) dan ahli2 lain buatlah kerja2 yang melibatkan pembuatan, pemasaran, promosi dan sebagainya. Sama2 usahalahkan dalam kekuatan bidang masing2. Itu just cadangan dia sahaja, so bergantung pada kamilah yang ingin menyertainya atau tidak. Bagi pihak aku pulak, aku memang ok je tapi tak taulah kawan2ku yang lain. Apa pun aku akan berbincang dululah dengan kawan2ku yang lain.

Jika aku bersetuju dengan cadangan dia, aku perlu ubahsuai sedikit design kerusi roda aku tersebut. Itu aku tak kisahlahkan, aku boleh je ubahsuai design aku tu, apa pun ianya still lagi design aku, aku yang fikirkan rekabentuknya. Jika aku bersetuju, dia bersetuju juga untuk menaja/sponsor projek aku ini in term of buat prototype dan terus buat production untuk pasarkannya.

Dari segi marketing, dia akan buat promotion melalui akhbar dan sebagainya. Bagi aku, perkara ini tentu tak ada masalah baginya kerana dia memang dah well known, dah banyak kali masuk suratkhabar tentang kejayaannya, so tak ada masalah sangatlah dari segi promotion tu. So, segala-gala tentang duit, dia akan sponsor.

So, after selesai perbincangan kitaorang, adalah sedikit acara penyampaian cenderahati kepada En.Zul tu dan adalah sesi bergambar. After that, kami dijemput untuk melawat bengkel yang berada dibelakang pejabatnya, just sebagai sesi lawatan sahaja jelah. Bila tiba dibengkelnya, banyak mesin dan alat hasil rekaan.

Apa yang boleh kami katakan bahawa dia cukup kreatif dalam bab2 design dan pembuatan, banyak peralatan2 canggih seperti mesin pemprosessan makanan, beca pelancongan berenjin, kerusi roda elektrik dan sebagainya. So, memang kreatiflah.

So, aku rasa setakat ini sahajalah cerita lawatan aku ini.



Gambar1: Aku dan En.Zul




Gambar2: En.Zul



Gambar3: Antara produk Zul Design



Gambar4: Antara produk lain rekaannya



13 comments:

  1. sronok le kan.. kalo dpt wat satu projek n pas lak hasilnya sgt memuaskan hati mmg naik semangat kita.. hrp apa saja perjalanan adik akan berjaya nanti

    ReplyDelete
  2. kenapa en zul ni tidak diberi keutamaan oleh kerajaan Malaysia selain si sepet yang sibuk meniru tapi menuntut bahawa "inovasi" itu adalah ciptaan dirinya? dan bangsa kita sendiri yang mengagungkan si sepet ni. mana pergi cerdik pandai kita yang bodoh menilai? jangan cium punggung khinzir semata2.minta maaf bahasa kasar tetapi sila nilaikan.

    ReplyDelete
  3. sy pernah bekerja di zull design...pendapat saya ciptaannye kebanyakan..tidak bertaraf antarabangsa..kebanyakkan meniru paten dan hanya mengubah sedikit sahaja...ini bukan ciptaan n inovasi...hanya biasa shj...

    ReplyDelete
  4. sesiapa yang pernah berkerja dengan beliau pasti anda merasa gah..tetapi hakikatnye biase je...ciptaaanye biase shaja...dan kampung...

    ReplyDelete
  5. DUA JENIS MANUSIA YANG GAGAL DIDUNIA INI
    1.MANUSIA YANG BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN
    2.MANUSIA YANG TIDAK MENGIKUT ARAHAN
    SUNNAH DAN ALQURAN PEGANGANG HIDUP AMALKAN DEMI BANSA DAN NEGARA.INGAT TIDAK SEMA YG X SEPIT ITU ISLAM DAN ADA JUGA YG SEPIT TU ISLAM.YG SEPIT JAUH LEBIH DAH KITA BUKAN MUAMAFAH.UNT RENUNGAN JEE

    ReplyDelete
  6. kemnapa kah ramai irihati dari membangun?kalau keja dgn sepet dtg awal.kata good moning tapi klu dgn x sepit dtg lambat salam pun tak. ingat kata
    nik aziz kalu keja tak tutup aurat x sembyg dan lagi2 dgn sepet yg x peduli halal haram ingat.ingat.ingat kiamat itu hanya tinggal antara pejam dan celik. jika pejam x celik2.kolu la jawab nya. nabi saw tidak menerima umat nya yg tidak beri salam apabila jumpa. apa tahlagi yg cuba memushahkankan.

    ReplyDelete
  7. kebetulan kawan saja call,hey tengok komen .kaukan kojo sana dulu.saya buka agak menarik perhatin sy.memang benar dia tak lah handal dan internasinal,sy pun cari tempat lain hakikat nya
    saya sebenar memang x mampu nak ikut cara dia yg agerasif.saya akui sy salah itulah tempt yg baik utk mengubah sikap malas.

    ReplyDelete
  8. Saya juga pernah bekerja dengan beliau, memang tidak dinafikan anugerah kebolehannya dalam autotronik namun, beliau tidak berminat dengan orang yang lebih 'pandai sikit' darinya,

    beliau rasa seolah-olah 'tergugat' dengan kehadiran pekerja yang serba berkebolehan-multi task dan kalau boleh 'taknak share' apa(pengetahuan) yang beliau ada, jika ada job harga produk cekik darah dan pandangan orang lain sukar untuk beliau terima - kerana tak mahu rasa kekurangan, kerja-kerja beliau tidaklah bertaraf antarabangsa malah tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Mohon maaf pada En.Zull, tapi itulah hakikatnya.

    Harapan aku sebagai ex-staff 1999, En.Zull perlu berubah dari segi pandangannya kepada orang lain yang lebih 'pandai sikit' dari beliau' dengan sepatutnya bersama-sama gembeling tenaga dan ilmu untuk mencipta sesuatu yang membuka mata dunia! bukan hanya merekabentuk ikut 'syok sendiri' sahaja.

    ReplyDelete
  9. Saya seorang guru dan pernah menghantar wakil pelajar untuk menyertai pertandingan sponsor by zull design. Pada saya yang sudah berumur 40an....kira byk makan garam...tak ramai yang punya kewibawaan seperti beliau. Apa yang beliau usahakan sangat bermakna bagi saya yang memang sangat berminat memupuk anak-anak murid saya agar sentiasa kreatif dan inovatif...beliau ada ruang tersendiri yang sangat bermakna untuk dikongsikan bersama orang-orang yang menghargainya...

    ReplyDelete
  10. haha,tergelak saya baca komen bekas2 pekerja Zull Design.
    Saya juga bekas pekerja Zull Design dan alhamdulillah sehingga ke hari ini,saya sudah memiliki 3 unit kedai elektronik.
    Saya tak kisah dengan pandangan2 yang ingin merendahkan beliau tetapi bila dah memiliki kedai sendiri ni,saya kadang2 termenung dan menangis kerana apa yang beliau pernah kata,marah,nasihat dan kutuk saya semasa saya masih bekerja dgn beliau benar2 terjadi sekarang.Saya amat bersyukur kerana pernah dapat mendapat ilmu dari beliau dan saya percaya jauh di dalam sudut hati beliau,beliau ingin melihat anak melayu berjaya dengan kaki dan usaha sendiri.

    ReplyDelete
  11. I always used to study article in news papers but now as I am a user of internet
    therefore from now I am using net for articles, thanks to web.
    Here is my web-site : Fez

    ReplyDelete
  12. Tqvm 4 sharing.. Anda n tuan Zull mmg insan2 hebat n berinspirasi..

    ReplyDelete
  13. sebagai murid hendaklah merendah diri kpd guru.....terima dgn seadanya,jangan banyak komplain,baru ilmu tu mendapat. hargailah kebolehan zuldesign.kalau kerajaan malaysia memberi peluang kepada en zul serta bergabung dia dgn designerx2 yg ada pasti malaysia dpt mengeluarkan product yg canggih.lantik beliau sebagai leader/ceo.cammon kementerian support en zul. -

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...