Monday, January 25, 2010

MADE IN CHINA...


9 Safar 1431 Hijriah. Bebaru ini aku dan kawan2ku keluar untuk meraikan harijadi salah seorang kawan sekelasku. So, kami plan just untuk keluar makan dan happy2 jelah. So, ada kawanku yang bercadang untuk membeli handset baru memandangkan handsetnya yang lama dah tak boleh nak pakai. So cadangnya pergi beli handset dulu dan baru keluar makan.

Kami merayau2 sekitar Taman U untuk buat survey dulu, budget untuk beli handset tu adalah dalam RM 400-600. Ada la dalam 4-5 kedai yang kami singgah dan bertanya2 sikit dan kawanku ini pun tak de plan apa2 pun untuk beli model apa. Apa yang berkenan dihati dan rasa sesuai, terus ambil jelah.

So, sepanjang survey kami itu, aku dapati banyak dijual handset2 yang Made In China. Aku tak kisahlah made in china atau mana2 negara tetapi apa yang aku lebih fikirkan adalah teknologi untuk membuat dan ketahanannya. Orang kata Made In China ni tak elok, tak tahan dan sebagainya. Part tu aku taulah tapi yang lebih aku interested adalah teknologi yang dimiliki oleh orang2 disana yang boleh 'fotostat' handset tersebut.

Sebagai contoh ada aku tengok HTC Silver (yang original berharga sekitar RM 2500) tetapi buatan Chinas ni just RM 500-RM 600 je. Dari segi function, aku test, memang tak de masalah, semuanya sebijik, aku siap buat comparison tu. Sebelah aku letak yang ori dan sebelah lagi yang China. Aku test application, messaging dan sebagainya, semuanya sama.

Begitu jugak dengan iPhone. Aku test iPhone yang ori(harganya RM 3600-RM 3800, kena tempah dulu baru dapat) dan yang China punya. Semuanya sama dari segi application dan functionnya cuma China takde 3G, itu je. Benda2 lain semuanya sama dan harga iPhone China ni harganya RM 400 sahaja.

Sekarang ini pun ada satu syarikat bernama CSL yang buat perniagaan produk China ni. Company ni ambil barang2 handset ni dari China, dia pasang kat Malaysia dan buat rebranding. Ada handset model DS100 yang memang sebijik iPhone (memang iPhone pun, just rebranding semula je) dan dijual dalsam RM 500 (still takde 3G). Kalau macam handset TV pulak dalam around RM 300 - RM 400 je.

So, kawanku ini pulak dah berkenan dengan iPhone (China punya), dia pun sambarlah satu. Ok, aku bukan nak bercakap tentang iPhone tu tetapi lebih kepada teknologi penghasilan yang dimiliki oleh China. Mereka ini mampu menghasilkan sesuatu barangan tersebut dengan begitu baik sekali samada dari segi luaran dan applikasinya. Dari segi ktahanannya, memanglah agak kurang tapi bagi aku still lagi berbaloi untuk dimiliki.

Kenapa aku kata berbaloi untuk dimiliki? Ok, bagi sesetengah orang yang mementingkan gaya, penampilan dan lifestyle tetapi kurang berkemampuan, mereka inginkan something yang boleh memberi gaya yang canggih/moden. So, that's why mereka akan memdapatkan something yang 'local' punya produk tetapi nampak canggih dan hebat, sama seperti memiliki barangan original.

That's why munculnya handset model yang sebijik dengan HTC, iPhone, Xpress Music dan sebagainya. Disokong pula oleh syarikat tempatan yang membeli secara pukal dari China, membolehkan ramai orang kita memiliki produk China tapi atas nama brand Malaysia.

Ok, bercakap tentang teknologi, mungkin masih ada something yang kurang dari segi kualiti produk China tetapi bagi aku, ianya sudah cukup canggih serta mampu dijual secara volume yang banyak. Kemampuan orang China menghasilkan iPhone tersebut menunjukkan mereka boleh menghasilkan sebuah iPhone yang sama seperti iPhone yang dikeluarkan oleh pengeluar Apple. Dari segi patent ataupun copyright tu, tak sure pulak aku macamana isunya, yang pasti memang produk yang dikeluarkan oleh orang China sebijik dengan original.

So, aku rasa, bagi orang yang inginkan gaya tetapi kurang berkemampuan serta tidak berapa kisah dengan kualiti, memang produk China ini mungkin menjadi pilihan utama mereka. Dari soal kualiti pula, ada kedai yang menawarkan waranti sampai 3 bulan sedangkan produk China yang asal tiada waranti. Bagi CSL pula, warantinya dalam setahun.

Bagi aku, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita sebagai pengguna dan rasa tanggungjawab kita terhadap ekonomi negara. Kalau berlebihan produk dari negara China tersebut, bagaimana pula dengan produk tempatan tapi syarikat tempatan pun ambil dari China, apa kes ye?

So pengguna yang bijak mesti tahu menilai keinginan yang ingin dicapai. Soal harga ataupun kualiti menjadi second priority. Aku pun kalau takde duit, mungkin jugak akan membeli handset China, tapi kalau ada duit/mampu, belilah yang original, kualiti pun ok kan. Apa2 pun, tepuk dada tanya selera...


2 comments:

  1. ape kata wat syrikat sndiri yg sma mcm china wat...xperlu la amik barang china..

    ReplyDelete
  2. Memang boleh untuk membina syarikat seperti yang dilakukan di China (memang itu yang digalakkan) tetapi kita kena tengok tentang kos pembangunan, kos promosi, kos selenggara dan sebagainya. Kalau kita ingin hasilkan telefon yang lebih kurang sama dengan iPhone, mesti tinggi kosnya kan? Jika sudah ada prototype, barulah kos production akan menjadi murah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...