Wednesday, January 6, 2010

SEMINAR DAN LAWATAN...


20 Muharram 1431 Hijriah. Bebaru ini aku ada chat dengan Mr.Rik (En.Ritakamal) tentang projek aku itu. Tak banyak sangat yang kitaorang sembangkan tentang projek aku just cadangan dari dia untuk masukan nama aku dalam salah satu program MDEC nya. Insyaallah, jika ada rezeki, bolehlah dia suggestkan nama aku. So harap2lah boleh. Terima kasih juga kepada Mr.Rik kerana sudi membantu aku, semoga Allah SWT permudahkan juga rezeki untuknya.

Ok, aku dalam seminggu ini agak sibuk juga dengan kerja2 projek aku. Aku ingin mengadakan seminar untuk membuat survey bagi mendapatkan data tentang OKU dan juga projek kerusi roda aku tu. So, aku dah buat proposal untuk mengadakan seminar tersebut.

Aku ada menghabtar proposal tersebut kepada beberapa pensyarahku di fakulti memandangkan aku jga pernah menyertai seminar ICRIIS 09 bebaru ini anjuran fakulti, so sedikit sebanyak tahulah jugak bagaimana untuk membuat program sebesar itu. So, aku actually just budget untuk seminar yang kecil je, just untuk selesaikan survey tu je tapi bila dah dapat kat pensyarahku, dia kata program aku boleh pergi lebih jauh lagi.

Aku pun agak terperanjat mendengarnya. Pensyarahku itu turut sudi membantu especially dalam mendapatkan bantuan penajaan. Dari mana dapat itu tak kisahlah, asalkan ada duit yang cukup dan program boleh run dengan baik. Biasanya untuk program seperti ini, dia kata boleh dapat dana daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pihak Negeri Johor.

So, aku agak2 program ini kalau dapat penajaan daripada salah satu Kementerian pun, dah bagus dah, boleh buat secara besar2an dah pun. Bila pensyarahku mengatakan sedemikian, aku mesti ubah sedikit kertas kerja aku itu bagi membolehkannya menerima input yang lebih besar serta lebih banyak peranannya.

Walaubagaimanapun, kertas kerja aku itu sememangnya perlu diubahlah dan pensyarahku pun ada menyatakan kesudiannya untuk sama2 berbincang dalam merangka semula team management, penajaan dan sebagainya. Aku berharap agar program seminar aku ini takkan berhenti setakat ini sahaja. Seandainya program ini berjaya dilaksanakan dengan baik, mungkin aku boleh anjurkannya lagi pada next time.

Mungkin ada pembaca yang tertanya2, apa program tu? Seminar apa yang aku plan ni? Ok, actually, ini adalah seminar special untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Persatuan, Rumah Kebajikan OKU dan NGO. Ianya adalah berkaitan dengan keusahawanan OKU. Pendek kata seminar ini adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dikalangan OKU sekaligus boleh membantu mereka menjana pendapatan sendiri serta meningkatkan ekonomi negara.

Oklah, aku nak cakap banyak2 tentang seminar ini pun tak boleh jugak sebab ini baru perancangan, team pun belum lengkap lagi. Kalau cancel program, tak taulah macamana. Tapi takpe, think positive, Insyaallah... boleh punya....

Ok, aku dan kawan2ku yang lain akan ke Zul Design Acromatic pada Jumaat ini. Ini adalah lawatan program master kami. Insyaallah, kami akan stay kat UTMKL. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara lebih detail tentang kerja2/perniagaan En.Zul tu especially projek aku ini melibatkan gabungan hardware dan komputer. Aku juga bercadang untuk mengambil beliau sebagai mentor aku untuk program master ini. Mintak2lah dia setuju, Insyaallah....

So, aku rasa setakat itu dululah post aku kali ini. Semoga apa yang aku rancangkan akan berjaya. Insyaallah...


1 comment:

  1. Terima kasih, saya bercadang untuk mengadakan lawatan ke Zul Design. Bawa murid-murid saya mencerna minda mereka tentang rekacipta . Cerita saudara sedikit sebanyak memberi maklumat kepada saya. terima kasih dan teruskan perjuangan biar apa pun keadaan kita. Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...