Sunday, January 3, 2010

TAHUN BARU...


16 Muharram 1431 Hijriah. Wa... dah agak lama aku tak update blog aku. Actually semalam dah nak update dah tapi kolej blackout, 2 blok yang tak ada elektrik semalam, so Wimax pun tak boleh pasang. Try pakai Broadband, tapi slow betul broadband sekarang. Tak sure samada broadband yang slow atau dah biasa dengan kelajuan Wimax menampakkan broadband ni slow. So, takpelah, update tetap update kan.

Ok, kali ini aku nak berbicara sedikit tentang tahun baru. Ramai orang kita menyambut tahun baru, azam baru, perabot baru dan segala-galanya baru. Berkumpul di mana2 tempat sambutan sambil menunggu detik 12 malam. Kalau yang tak dapat berkumpul, tunggu kat tv pun jadilahkan. So, pendek kata, memang ramai yang teruja dan menyambut tahun baru pada 1 Januari 2010 lalu. Kawan2ku pun ramai yang keluar, dengan pasangan masing2.

Diorang ada jugak ajak aku untuk keluar sekali, tapi aku tolak secara baik. Kenapa aku tolak? Aku taknak enjoy ke? Aku taknak sambut tahun baru ke? Actually, 1 Januari bukannya tarikh tahun baru bagiku. Bukan juga kepada kawan2ku. Bukan juga pada seluruh umat Islam didunia ini. Tahun baru aku dah berlalu hampir 3 minggu lalu. Maal Hijrah, itulah tahun baru bagi semua umat Islam.

So, salah ke kita sambut tahun baru? Salah ke kita berkumpul ramai2 untuk menyambutnya? Salah ke kita ucapkan selamat tahun baru pada kawan2 kita? Salah ke kita tanam azam untuk tahun baru? Jawapan aku tak salah sebenarnya. Ye, kita boleh sambut tahun baru 1 Januari. Kita boleh berkumpul. Kita boleh mengucapkan ucapan tersebut kepada kawan2 kita dan tanamkan azam baru tapi biarlah betul dengan caranya.

Bagaimana dengan cara sambutan kita untuk tahun baru? Mendengar lagu dan nyanyian yang melalaikan?Menonton konsert ditempat yang sesak dengan lelaki dan perempuan yang confirm akan berlaku prersentuhan/pelanggaran dengan bukan muhrim? Melalak dan bersorak di tempat nyanyian? After tamat konsert, pergi merempit pulak.

So, siapa yang perlu bertanggungjawab dalam menangani hal ini? Siapa yang perlu mengubah cara kita menyambut tahun baru ini? Diri kita sendiri. Yes, diri kita. Setiap dari kita masing2 perlu memainkan peranan tersendiri. Pemimpin perlu berperanan dalam mengubah dasar dan cara sambutan sesuatu acara. Pemimpin boleh mencadangkan/mengarahkan agar sambutan adalah dengan membuat solat hajat ataupun lain2 aktiviti masjid dan keagamaan. Peranan pemimpinlah yang paling penting kerana mereka ini adalah pembuat dasar dan peneraju rakyat.

Para ibubapa pula hendaklah memantau perilaku anak2. Kena check dengan siapa, kemana dan kenapa anak2 kita keluar. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kebanyakkan remaja yang pergi ke sambutan tersebut dan membuat masalah adalah daripada keluarga yang bermasalah.

Dan akhir sekali adalah diri kita sebagai umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Ingat bahawa tahun baru kita adalah pada Maal hijriah, bacalah doa awal tahun dan akhir tahun supaya kalam catatan dikiri dan kanan ada kesudahan yang baik. Kalau nak enjoy pun, berpada-padalah, jagalah batasan dan hak kita sebagai umat Islam.

Bukan apa, Islam sudah menggariskan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan. Aku risau seandainya Allah SWT murka kepada hamba2nya yang banyak membuat maksiat lalu diturunkan bala kepada kita semua. Bila sudah diturunkan bala, semuanya aka terkena samada secara langsung atau bukan secara langsung. Ambillah ikhtibar dalam kejadian tsunami di Acheh dulu. Adakah kita menunggu sampai saat itu baru ingin menyesal?

Dalam soal mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan2 bukan Islam, itu tak ada masalah dan sebaik2nya doakanlah agar sempena tahun baru ini diizinkan oleh-NYA hidayah dan petunjuk kepada mereka untuk memeluk Islam. So, pada aku, tahun baru aku adalah Maal Hijriah, bukan 1 Januari, azamku pun sudah aku tanam 3 minggu lalu.

Apa2pun, tepuk dada, tanya iman, rujuk hukum....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...