Tuesday, January 26, 2010

TARIKH LAHIR DAN GRAF HAYAT...


10 Safar 1431. Alhamdulillah... bebaru ni aku dan seorang kawanku sempat pergi ke satu kursus tentang Rahsia Tarikh Lahir dan Graf Hayat. Kursus itu diadakan sehari suntuk pada Sabtu baru ni. Penganjurnya bernama Eddy dan boleh dilawati dalam blognya iaitu : www.eddy-rosyadie.blogspot.com. Ok, so post kali ini aku nak share sedikitlah tentang kursus tersebut yang mana ianya adalah free tetapi aku just attend sampai tengahari je.

Para peserta semua dikehendaki mendaftar dengan memberikan maklumat tarikh lahir dan waktu jam dilahirkan. Agak ramai yang hadir dalam dewan tersebut, adalah dalam 200 orang tetapi majoritinya adalah melayu perempuan dan just 2 orang je orang cina.

Ok, awal2 lagi perlu aku beritahu bahawa kursus yang berkaitan tarikh lahir dan graf hayat ini bukan ramalan, tilik nasib, paranormal, bukan ajaran sesat dan sebagainya tetapi adalah satu kajian penyelidikan dari internet, buku, sejarah, kaji selidik dan telah diterima pakai oleh ahli akademik, professional dan bijak pandai agama.

Apa yang penting disini adalah ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan kita bukan menentang ketetapan tersebut tetapi berikhtiar. Bukan tilik nasib atau mengkaji keberuntungan kecelakaan tetapi memahami apakah yang terkandung dalam ketetapan hidup kita supaya boleh redha dan mengerti ketentuan hidup seterusnya membabtu merancang strategi yang lebih berkesan sesuai dengan potensi diri.

So, aku taknak komen lagilah tentang hukum-hakam perkara ini. Apa yang ingin aku pesankan adalah janganlah terlalu percaya dan bergantung pada benda ini, just anggap sebagai panduan hidup jelah. Dari sini kita boleh merancang apa yang perlu kita perbaiki dalam hidup kita. Jangan sekali2 terlalu percayakan atau bertaklid atau apa2 sahaja yang boleh dianggap sebagai merosakkan akidah kita. Ambillah sebagai panduan sahaja.

Apa yang menjadi core dalam kursus ini adalah bukannya salah sifat peribadi, bukan salah arah tetapi salah masa usia. Kebanyakkan orang kita memang bersifat baik, berkeperibadian yang tinggi tetapi seringkali gagal dalam hidup mereka. Ini bukan kerana mereka tidak usaha tetapi bersangkut paut dengan masa. Pendek kata, tak sesuai timing.

Kajian ini menggunakan kajian yang bernama Kajian Morfomatik iaitu Morfologi+Matematik iaitu kajian bentuk dan pengiraan. Diperkemaskan dengan teori Relativiti dan Correlativiti untuk menghasilkan Morfomatik ini. Dalam kajian Morfomotik ini, ada 3 bahagian utama yang diajar iaitu 12 Zon Kenali Diri, Graf Hayat dan Interaksi Zon.

Agak susah untuk aku terangkan tentang ketiga2 bahagian ini dengan jelas tetapi aku cuba buat seringkas mungkin la. Ok, untuk 12 Zon Kenali diri akan menerangkan tentang sifat2 kita, potensi diri kita, emosi, hartanah, ciri2 anak kita, interaksi adik-beradik dan sebagainya. Jika nombor point yang terdapat pada setiap ciri2 itu positif, maka sifat itu dekat dengan kita, kita mempunyai sifat2 tersebut. Semakin banyak nombor positif setiap ciri2 itu, semakin banyaklah ciri2 yang dinyatakan itu. Jika pointnya negatif, bermakna kita still ada sifat tersebut tetapi agak kurang.

Dari segi Graf Hayat pula, ada 2 perkara yang mesti difahami iaitu garisan hijau dan coklat dan turun naik graf. Jika garisan coklat berada diatas garisan hijau, insyaallah... kita akan berjaya mengatasi halangan hidup dengan baik. Kalau dibawah garisan hijau, hidup kita akan agak susah, perlu berkerja kuat untuk mengatasinya. Kalau graf turun naik itu pula menandakan tahap kejayaan/kegagalan kita. Kalau naik, insyaallah... kita dikatakan berjaya/agak senang tetapi kalau turun, dikatakan akan mengalami perkara yang kurang baik.

Untuk Interaksi Zon, aku tak dapat terangkan disini kerana aku just attend sampai tengahari sahaja, sesi bersambung pada petang harinya. So, aku rasa cukup ini sahaja aku terangkan tentang kursus ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, aku berpendapat, masuklah, tak rugi anda menyertainya. Kalau ada yang dibuat percuma, lagi bagus (aku masuk ni pun sebab percuma).

Sekali lagi aku ingin nyatakan, jadikanlah perkara ini sebagai guideline kita dalam merangka strategi hidup tetapi janganlah terlalu percayakan/taksub sehingga membelakangkan kepercayaan kita terhadap Allah SWT. Kita boleh menjadikannya sebagai guideline supaya lebih berjaya lagi.

Kepada En.Eddy, aku ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana berjaya membawa perkara ini sebagai suatu ilmu kajian yang bermanfaat untuk kita semua. Semoga En.Eddy beroleh rezeki dan rahmat yang tidak terhinga daripada Allah SWT. Insyaallah...


6 comments:

  1. Memang menarik... however, seperti yang saya katakan, just jadikan perkara ini untuk memperbaiki diri kita...

    ReplyDelete
  2. benda sebegini baik untuk tambahan ilmu,

    golongan yg terlalu taksub tu yg kita risaukan

    anyway, saya pun salu attend kursusu eddy ni

    ReplyDelete
  3. I alwaуs spеnt mу half аn hour to reaԁ
    this weblog's content everyday along with a cup of coffee.

    Feel free to visit my homepage :: fox oyunları

    ReplyDelete
  4. Thanκs foг your peгsonal marνеlous ρoѕting!
    І truly enjoyed геading it, you сan be a grеat author.
    I will rеmember tо bοokmark your blog and definitely ωill cοme back later
    in life. Ι want to enсοurage that уou continue your grеat worκ, hаve a nicе morning!



    Mу blog; güzel oyunlar

    ReplyDelete
  5. hi!,I loνе your writіng veгy much!

    share wе bе in сontact moгe about
    your aгticlе οn AOL? I need an ехpert on this
    space to ѕоlve my prοblem.
    Maybе that's you! Having a look forward to peer you.

    Feel free to surf to my homepage ... http://burclar.ws/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...