Tuesday, January 12, 2010

ULASAN ISU KALIMAH ALLAH SWT...


26 Muharram 1431 Hijriah. Sekarang ini kita dikejutkan dengan isu penggunaan kalimah Allah SWT dalam penerbitan majalah Herald oleh mahkamah baru2 ini. Ramai pihak telah membincangkan isu ini dari pihak NGO, menteri, ulama' dan sebagainya. Ada pihak yang menganggapnya tak apa dan ada pihak yang membantah.

Isu ini sudah berlarutan lebih kurang 2 minggu dan kemuncak bantahan adalah pembakaran gereja, bukan satu tapi 3 buah dan sebuah lagi nyaris2 dibakar tetapi sempat lagi dihalang. Pihak KDN ada menyatakan bahawa sudah berjaya menangkap beberapa individu yang disyaki tetapi belum ada sebarang tindakan diambil. Tak apalah, itu urusan mereka, apa yang ingin aku postkan disini adalah pendapat aku tentang isu ini.

Aku tau perkara ini melibatkan politik dan sememangnya berpunca dari masalah politik tetapi aku ingin mengulas dari sudut pandangan seorang pelajar, seorang yang beragama Islam dan seorang warga Malaysia dari segi masalah yang ditimbulkan sebab ini melibatkan isu keagamaan, suatu perkara yang sensitif.

Pada aku, tak salah perkataan Allah SWT itu digunakan oleh sesiapa pun samada Islam atau bukan Islam. Perkataan Allah SWT bukannya hak milik orang Islam, bukan juga hak milik istimewa yang hanya untuk orang Islam sahaja tetapi adalah untuk semua. Untuk orang Islam, jika kita menyebut perkataan Allah SWT (samada ketika berbicara/beribadat/berzikir), kita dapat pahala. Kalau bukan Islam menyebutnya sekalipun, tak berdosa pun malahan digalakkan kerana ianya boleh mendekatkan mereka dengan dunia Islam dan mengenal Allah SWT

Kalau kita perhatikan, perkataan Allah SWT sememangnya digunakan dalam semua agama samawi dan ada dalam kitab (Kitab Thalmud aku tak sure). Begitu juga di negara2 arab diTimur Tengah, mereka biasa je sebut perkataan Allah SWT tu, samada mereka Islam atau bukan Islam atau Syiah sekalipun.

Cuma apa yang aku risaukan dalam hal ini adalah penyalahgunaan perkataan tersebut. Apa yang dibimbangkan adalah majalah tersebut menyebarkan something yang berunsur fitnah/yang tak elok. Bukannya isu boleh atau tak, itu tak menjadi isu tetapi isu sebenar adalah penyalahgunaannya.

So, disinilah peranan KDN yang lebih efektif diperlukan. Jika terdapat selepas ini laporan penyalahgunaan perkara ini, barulah boleh diambil tindakan iaitu secara nasihat, amaran dan penarikan balik lesen penerbitan. Tak perlulah menggunakan kekerasan dari awal2 lagi.

Bagi pihak yang membakar gereja tersebut pula, tak payahlah emosional sangat. Janganlah mempergunakan alasan keagamaan untuk kepentingan politik. Bukan aku kata tidak mencampurkan agama dengan politik, kalau macam itu dah jadi sekular pulak. Kita kena campurkan agama (jadikan agama sebagai asas) dengan politik tetapi jangan mempergunakan isu agama untuk politik yang tidak betul.

Janganlah terlalu ikut sangat emosi sebab perkara pembakaran tersebut boleh menjejaskan nama baik agama Islam. Agama Islam akan dilihat mengamalkan keganasan/ekstrem sedangkan maksud agama Islam itu sendiri adalah Damai yang menunjukkan bahawa Islam menganjurkan kedamaian dan tidak menyukai peperangan/kekecohan.

Dalam isu percanggahan pendapat ulama pula tentang boleh atau tidak digunakan perkataan Allah SWT oleh bukan Islam, bincanglah dengan elok. Jika ternyata ada hujah yang jelas dan kukuh kesalahan tersebut, terus buat fatwa dan terus gubal undang2 agar perkara ini tidak berulang lagi.Berdasarkan kefahaman aku, tak ada masalah tapi tak taulah kan kalau ada hukum2 yang kukuh menafikan perkara ini.

So, pada pendapat aku, tak payahlah nak dibesar2kan lagi isu ini sebab bila isu ini dibesarkan, ianya semakin banyak menimbulkan kekecohan dan menambahkan sensitiviti agama lain. Kalau ada kepentingan politik sekalipun, janganlah mempergunakan isu keagamaan ini. Bagi pihak majalah Herald pula, bila pihak anda sudah mendapat greenlight daripada mahkamah, jagalah etika penerbitan anda.

Hal ini penting kerana ianya melibatkan isu sensitiviti keagamaan dan boleh menghuruharakan negara. Seandainya pihak majalah Herald menyalahgunakan kebenaran ini, pihak KDN pula yang mesti bertindak dengan tindakan dan hukuman yang bersesuaian berlandaskan hukum Islam. Sekiranya pihak kerajaan benar2 tidak mahu perkara ini berulang, guballah undang2 kerana hakim memberikan keputusan berdasarkan hujah dan peruntukkan undang2.

So, ini jelah pendapat aku tentang isu ini. Diharap perkara ini diselesaikan dengan baik.


2 comments:

  1. isu ni sgt sensitif, mmg penggunaan nama tu dibenarkan tapi apa jadi kalo bebudak skolah dgr atau tgk perkataan Allah bersama salib tak ke mrk konpius, nnti jd cam linda joy plak hehe

    ReplyDelete
  2. Penggunaan perkataan Allah kene juga tgok pada waqi' setempat..klu ssuatu perkara boleh digunapakai di negara Arab,ia belum tentu boleh diaplikasikn dnegara kita. Dalam perkara ini,kte perlulah mlihat kpd perkara y lbh besar n natijah kpd keputusan mahkamah tersebut.Harus kita fikirkn knape pihak gereja beriya2 nk gunakn perkataan Allah terhadap tuhan mereka bila ia diterjemahkn dlm bahasa melayu,sdangkn perkara ini tdk berlaku kpd terjemahan tuhan hindu dan buddha apabila ia dterjemahkn dlm kedua2 bahasa tersebut.Perlu diigatkn bhw org kafir xkn sesekali mredai agama islam, n penggunaan kalimah Allah utk tuhsn mereka hanyelah semata2 utk mengelirukn org islam. 'allah' y mereka fahami n anuti xsame same skali dengan Allah kita y Maha Esa. Org kafir sengaja ingin mengelirukn spy nmpk 'allah' y mereka anuti same dgn Allah kte. n mereka ingin tanamkn bahawa sume agama adalah same,n boleh menganuti mane2 agama y kte sukai.inilah realiti y telah berlaku di Indonesia,menjadikn masyarakat islam bersifat liberal.Sbb itulah Prof Dr Harun Din myatakn syirik apabila menyamakn tuhan kte dgn tuhan agama lain termasuklah dlm bab2 nama tuhan.Pepn perlu dtegaskn disini bhw perkataan Allah adalah esklusif utk nama Tuhan org islam sahaja,n tdk boleh same skali disamekn dgn tuhan2 y lain.Wallahua'lam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...