Friday, February 19, 2010

KARNIAWAN-PART 1...


4 Rabbiul Awal 1431 Hijriah. Dah agak lama aku tak update blog ni. Kat kampung aku, internet agak slow then kalau dapat, dapatlah, kalau takde, takdelah connectionnya. Lagipun sepanjang aku bercuti kat kampung, aku sibuk dengan program 'tak rasmi' aku. Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA (KARNIAWAN) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Actually, aku tak join secara rasmi pun program ni, just sehari dua sebelum aku balik kampung, aku diajak oleh kawanku untuk join program ni. So, untuk pendaftaran awal, nama aku takdelah, just ada nama untuk stay kat hostel yang disediakan sahaja. Untuk makluman, program ini disertai oleh 21 IPTA seluruh Malaysia dan sepatutnya diadakan pada November 2009 tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, baru sekarang ini diadakan.

Program ini berobjektifkan untuk melahirkan graduan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Masing2 IPTA menghantar wakil2 mereka dan majoritinya adalah daripada kelab keusahawanan mereka sendiri. Ini bermakna, ada 21 kelab keusahawanan bagi setiap satu universiti. Ada juga penyertaan daripada beberapa syarikat dan agensi lain seperti Takaful, MDEC dan beberapa syarikat lagi.

So, setiap booth IPTA tu ada jualan masing2. Ada yang jual keychain, t-shirt, makanan, air, cenderamata, herba dan sebagainya. Kat booth UTM pulak, geng2 kami buat jualan key chain yang boleh diubahsuai dengan gambar dan tulisan. Ada juga buat jualan t-shirt berkonsepkan muslimah. Baju berlengan panjang dan sesuai dengan perempuan. Harganya pun leh tahan la. Sapa2 berminat, leh contact aku (aku tolong promote untuk kawan2ku je ni...)

Dalam banyak2 gerai jualan tu, ada 2 gerai jualan yang menarik minat aku. Gerai first adalah Garden Cake. Konsepnya adalah customer leh customize jenis kek yang diorang nak. Buah-buahan digunakan sebagaui asas, dimasukkan dalam bekas dan dilitupi oleh coklat. Customer boleh pilih buah apa yang diorang nak, jenis coklat mana yang diorang inginkan dan boleh memilih bentuk coklat mereka itu.So, memang kreatiflah idea tu. UKM yang buat.

Satu gerai lagi adalah UTM punya. Kawanku yang buat. Dia jual key chain dan necklace. Ada yang perak dan emas. Kat keychain/necklace tu kita boleh letakkan gambar kita dan tulisannya. Benda tu pulak ada banyak bentuk, bergantung pada kitalah nak bentuk yang mana satu. Kebanyakkan pengunjung yang datang membeli memilih untuk beli bentuk 'love'. Biasalah, orang2 muda sekarang. Harganya pun taklah mahal sangat. Bolehlah untuk dibuat cenderamata, ada jugaklah nilai2 momori tu.

Actually, konsep macam Garden Cake dan keychain/necklace tu memang kreatif. Aku jarang tengok benda2 ni kat market, jarang ada orang jual benda2 macam ni. Taktaulah aku kenapa jarang orang buat business ni tapi nak buat benda ni kena ada machine dia la, harganya lebih kurang RM 30k. Aku tengok ianya memberi prospek yang baik sebab jarang orang buat. Garden Cake tu pun, memang boleh buat secara besar-besaran, ada potensi.

Ok, itu dari segi gerai, satu perkara yang best jugak adalah Pertandingan Rancangan Perniagaan (RP). Tak silap aku ada 15 penyertaan dari IPTA, tapi ada jugak IPTA yang tak join. Dalam pertandingan tu aku tengok ada jugaklah dua RP yang boleh dikomersilkan cuma aku kurang setuju dari segi panel hakim yg dijemput tu.

Semuanya adalah daripada pihak bank dan penajaan, tiada wakil dari pihak usahawan. Memang bagus ada pihak bank yang menjadi wakil terutamanya dalam part pembiayaan perniagaan tapi at least biarlah ada wakil dari orang yang memang terlibat dalamindustri keusahawanan ni. Kepelbagaian pihak yang berbeza boleh melihat dari sudut yang berbeza jugak. Kalau semuanya daripada bank, just sudut perbankan sahajalah yang boleh dinilai, itupun daripada pengalaman kerja mereka sahaja. At least ada seorang yang memang dah involve dalam business la yang mesti ada.

Oklah, benda dah berlaku kan... ok, apa pulak RP yang best tu? RP yang pertama adalah untuk membuat penternakan ayam semikomposit. Menggunakan makanan2 yang berasaskan organik, dia memelihara anak ayam sehingga 45 hari dan menjualkannya pada pihak lain seperti peniaga dan kawasan sekitarnya. Memang bidang yang cukup luas untuk diceburi cuma bagi aku, kena ada contact yang baik jelah dari segi supplynya nanti. Kena buat baik dengan tauke2 cina ataupun agensi2 kerajaan.

RP yang kedua adalah menjadi broker perkapalan. Aku actually, tak faham sangat pun tentang bidang2 marin ni. tapi boleh la faham skit2 hasil daripada penerangan RP ni. Bidang ni masih baru dan ada potensi untuk berkembang. Bayangkan ada lebih 16000 buah kapal yang singgah kat Port Klang tu dalam setahun, kalau dapat deal dengan 10-20 buah kapal setahun pun, dah hidup company sebab payment dia tinggi. Tapi of course kena fight dengan syarikat besar. Bagi aku oklah sebab mana ada business yang takde persaingan kan?

So, bagi aku ok jugaklah program KARNIAWAN ni, banyak mendedahkan student dengan aktiviti keusahawan. Mungkin dari usaha2 aktiviti seperti ini boleh melahirkan usahawan berjaya suatu hari nanti. Insyaallah...

Aku nak upload gambar kat blog ni tapi tak leh sebab saiznya besar, so leh tengok kat FB aku ye...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...