Thursday, February 25, 2010

MAULIDUR RASUL...


11 Rabbiul Awal 1431 Hijriah. Sambutan Maulidur Rasul. Esok 12 Rabbiul Awal adalah tarikh kelahiran seorang nabi agung junjungan umat Islam semua, Nabi Muhammad SAW. Di negara ini ada mengishtiharkan cuti sehari sempena hari bersejarah ini dan ada juga negeri yang membuat beberapa majlis perarakkan dan keagamaan bagi menghormati perkara ini. Namun, 2-3 minggu ini ada beberapa isu yang berkaitan Maulidur Rasul telah dipertikaikan.

Aku firstly ingin nyatakan bahawa aku tak berniat untuk menyentuh isu2 semasa dan politik ni tetapi bila ia berkaitan dengan isu keagamaan ini, ianya menjadi suatu perkara yang sensitif. Isu yang aku maksudkan adalah pembatalan perarakkan Maulidur Rasul di negeri Pulau Pinang(PP) yang kini diperintah oleh parti DAP.

Beberapa dakwaan sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan negeri PP ingin membatalkan perarakkan tersebut dan ada yang tersiar di media bahawa pekeliling telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tentang perkara tersebut namun ianya dinafikan oleh ketua menterinya iaitu Lim Guan Eng.

Timbullah juga beberapa demontrasi yang diadakan bagi membantah tindakan tersebut. Walauapapun yang berlaku, aku bukannya nak komen tentang demontrasi tersebut, bukan juga terhadap sambutan perarakan di PP tetapi adalah budaya tuduh menuduh, fitnah menfitnah dan perkauman yang menggunakan alasan keagamaan semata2.

Jika diteliti bahawa kita tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri PP kerana tidak mengadakan perarakkan tersebut(jika benar tidak diadakan), ini kerana ianya diperintah oleh orang cina yang bukan Islam. Kecoh satu negara bahawa orang cina tidak menghormati sensitiviti umat Islam, orang cina biadap dan sebagainya. Timbul persoalan dalam fikiran aku bahawa negeri lain yang diperintah oleh menteri besar melayu Islam, ada sultan, ada tak mengadakan sambutan tersebut?

Kalau orang cina bukan Islam tidak ingin menyambutnya, aku faham bahawa dia bukan Islam, so buat apa dia nak sambut? Mengapa kita yang melayu Islam, bermenterikan orang Islam, mempunyai sultan setiap negeri tidak menyambutnya pun? Kalau orang bukan Islam tidak menyambutnya, terus bising2 dan kecoh sedangkan kita yang melayu Islam ini tak sambut, takde pulak bising2 pun.

Memang aku tahu bahawa ini semua adalah mainan politik tetapi pada aku, janganlah memainkan isu perkauman dan keagamaan. Politik memang mesti didasari dengan agama tetapi bukan dengan membuat isu2 yang boleh menjejaskan nama baik Islam, jangan mempergunakan agama semata2 untuk kepentingan politik sendiri.

Kita yang melayu Islam ini yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang bukan Islam, bukan kita yang memburuk2kan agama kita terhadap orang bukan Islam. Memang benar bahawa sambutan Maulidur Rasul ini, tak dibuat pun tidak mengapa tetapi mengapa perlu diperbesar2kan isu ini. Ini menjadikan kita ini seolah2 jahil agama dan hanya bermain politik murahan sahaja.

Aku taki mengatakan bahawa politik itu tidak boleh bercampur dengan agama, itu sekular namanya tetapi biarlah politik itu ditunjangi dengan dasar2 Islam. Barulah tidak timbul kenyataan bahawa politik itu kotor, politik itu jahat sedangkan yang mem,buat kotor dan jahat adalah ahli politik tersebut. Bila sudah menjadi sebegini rupa, imej Islam turut terheret sama.

Pada aku lagi, berpada-padalah dalam berpolitik, jadikan undang2 Islam sebagai tunjang politik kita. Aku bukan nak berpolitik disini tetapi just ingin menyatakan bahawa janganlah menjadikan isu perkauman dan keagamaan itu sebagai suatu mainan politik. Jika kita jadikan benda ini sebagai mainan kita, seolah2 kita cuba menunjukkan kebodohan dan kejahilan agama kita terhadap orang bukan Islam.

Aku rasa setakat itu jelah ulasan aku tentang sambutan Maulidur Rasul kali ini. Sebagai umat Islam, marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sejarah perjuangan baginda benar2 kita hayati. Insyaallah....


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...