Monday, March 8, 2010

3 PROGRAM DALAM 3 BULAN...


21 Rabbiul Awal 1431 Hijrah. Kali ini aku nak berkongsi tentang apa kerja dan program aku setakat ni. Yelah, disebabkan sibuk dan terikat dengan program2 nilah aku sekarang ni jarang2 ada mas untuk update blog. Bila dah buka internet, asyik main Facebook je, terus tak ingat tentang blog. Oklah, sekarang ni secara khususnya aku ada 3 program untuk 3 bulan ini.

Program pertama adalah jualan semasa pesta konvo. konvo ini adalah pada 23-29hb Mac nanti. Selepas penat naik turun naik turun pejabat HEP untuk deal dalam mendapatkan booth jualan, akhirnya dapat la satu. Itupun atas nama pelajar keusahawanan OKU. Dapatlah satu atas nama booth pelajar OKU untuk menggalakkan golongan OKU berniaga. So, aku dapatlah yang tu.

Bila dah dapat(bayar ye, bukan free), aku kena manage untuk buat jualan apa. Setakat ini, apa yang aku plan adalah untuk menjual t-shirt muslimah, tudung, buku2 agama/motivasi dan kasut/selipar Crocs. Aku dah contact kawan2ku yang boleh deal benda ni dan mereka berminat untuk berkerjasama dengan aku. Alhamdulillah...

Tapi apa2 pun, urusan aku belum selesai. Urusan dari segi lokasi, setup booth dan sebagainya belum selesai. Dari segi lokasi tu, pemilihan tempat belum diputuskan. Apa yang aku difahamkan adalah kitaorang yang dah dapat tempat ni akan dipanggil untuk mengundi tempat booth kita tu. Dari setup booth pula, aku difahamkan bahawa aku akan dapat 2 meja dan 4 kerusi serta kemudahan elektrik, rasanya perlu tambah lagi satu meja kot, tengoklah dulu macamana.

Ok, itu adalah program pertama yang akan dibuat pada bulan Mac nanti. Aku setakat ini ada memberi proposal untuk membuat satu seminar tentang keusahawanan OKU. Aku sudah menyerahkan proposal itu kepada HEP untuk dibuat penilaian dan mohon diorang turut membantu aku dalam program itu.

Actually, program seminar ini adalah untuki aku collect data tentang OKU dan membuat kaji selidik bagi membangunkan projek master aku ni (kerusi roda elektrik), sambil2 itu boleh dapatkan duit jugak kan. Duit tambahan biasanya akan dapat pada penajaan dan yuran peserta. Setakat ini pihak HEP sudah mengaturkan beberapa mesyuarat untuk aku dan mesyuarat itu kebanyakkannya pada bulan April ini.

Ini kerana perancangan asal seminar aku itu, aku nak buat pada Mei, tapi takut tiada AJK kerana bulan Mei sudah bermula cuti semester, so terpaksa ubah pada bulan April. Meeting itu pulak adalah darisegi mendapatkan penajaan daripada Kementerian, JKM dan NGO2 yang berkaitan dengan OKU. Ok, itu program pada bulan April.

Pada bulan Mei pulak, ada lawatan delegasi akademik dan keusahawan di China. Setelah dibincangkan dengan lebih lanjut, pihak kitaorang setuju untuk ke Shanghai. Pagi tadi aku pun ada jumpa denga penyelaras kami untuk membincangkan tentang program tersebut. Untuk program ini aku sebagai pengarah program.

Asalnya, untuk proposal yang aku buat sempena program Shanghai ini, aku as setiausaha je tapi penyelaras mintak aku naik menjadi pengarah program kerana dia akan cuba highlight nama aku untuk mohon dana dari exco kebajikan Johor dengn nama OKU. So, kiranya ni program keusahawanan yang dibuat oleh pelajar OKU la.

So, aku pun dah contact beberapa pihak yang sepatutnya terlibat seperti agensi pelancongan, pihak pengurusan visa dan bincang dengan kawan2 tentang penajaan. Bab penajaanlah yang paling mustahak sebenarnya. Dalam mendapatkan dana yang lebih, aku akan open program ini untuk pelajar undergraduate. Ini untuk memudahkan aku deal dengan pihak fakulti dan HEP.

So far masalah yang masih tinggal adalah untuk create team yang berfungsi sepenuhnya dan juga penajaan. Dari segi team itu, aku dah create yang secara simple2 je tapi untuk dapatkan penajaan, proposal aku mesti complete. That's why setakat ini aku belum dapat create team yang baik lagi sebab belum lagi mendapat penyertaan daripada undergraduate student.

So, aku rasa setakat ini jelah aku menceritakan aktiviti aku semasa ini. Kalau2 aku jarang update blog ini, aku mintak maaf banyak2lah tapi aku akan cuba maintainkan. Yelah, satu program satu bulan, tak tambah dengan pengajian aku lagi tu. Present projek 18hb Mac nanti. Harap2 aku dapat bahagikan masa dengan baik dan kawan2ku banyak membantu. Insyaallah...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...