Monday, March 8, 2010

BALIK KAMPUNG SEKEJAP...


19 Rabbiul Awal 1431. Semasa aku join program KARNIAWAN kat UMKbebaru ni, aku ada beberapa kali melawat booth MDEC (booth MDEC paling sunyi kerana kurang pengunjung). Aku ada berjumpa dengan pegawainya dan berbincang tentang peluang2 yang ada dan boleh dimohon buat masa sekarang dengan MDEC. Ada beberapa perkaralah yang boleh aku sebagai pelajar yang layak untuk mohon bantuan MDEC. Antaranya adalah kursus animasi dan ICON.

Ok, untuk post kali ni aku nak bercerita tentang kursus animasi. Untuk kursus animasi, aku dah registerkan nama aku dan kawan2ku yang lain untuk menyertainya dan bebaru ini aku dapat email yang mengatakan satu interview akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Interview ini adalah untuk membuat selection siapa yang boleh mengikuti kursus animasi tersebut.

Kursus tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MDEC dan akan mengajar para peserta tentang animasi. Ianya mendapat kerjasama daripada pihak Darul Digital iaitu sebuah ipts yang special untuk menghasilkan animasi.So, program free kan, join jelah. Lagipun kat Kelantan, leh balik kampung aku jugak.

So, aku seperti biasa, seorang setiausaha dalam kumpulanku, cubalah contact2 pegawai MDEC melalui mail dan phone call. Aku pun dah fill in borang2 yang perlu dihantar kepada mereka dan aku dah contact pihak pengurusan supaya boleh menyediakan pengangkutan untuk kami. Aku pun ada jugak invite mana2 lecturer yang berminat untuk join kami.

Walaupun program ni just sekejap je, habis presentation, tamatlah program tapi at least bolehla jugak bawak kawan2 aku jalan2 kat Kelantan. Diorang pun jarang2 je dapat datang Kelantan, yang lain ada yang tak pernah datang pun. Sambil2 tu boleh bawak pensyarah skali untuk jalan2 after tamat interview tu.

So, aku rasa takdelah banyak sangat perkara yang ingin aku kongsikan disini untuk post kali ini. Aku pun agak sibuk kebelakangan ni. Banyak program yang mesti aku jalankan. Yelah, nak maintainkan kerja dan cari duit, bukan senang. Pengajian aku pun still on, dalam 18hb ni dah kena buat internal presentation dah. Tesis pun baru masuk bab literatur.

Hope, boleh lah aku seimbangkan masa dengan baik. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...