Monday, March 22, 2010

INTERVIEW ANIMASI...


5 Rabbiul Akhir 1431 Hijrah. Wa.... dah lama aku tak updateblog aku ni. Bukannya tak nak update tapi kesibukan seminggu dua ini menjadikan aku tak berkesempatan untuk update blog ini. Kepada pembaca blog aku ini, aku mintak maaf sebab lama tak update blog ini. Insyaallah...aku cuba update sekerap mungkin.

Ok, post kali ini aku nak bercerita tentang sesi interview yang telah aku dan kawan2ku jalani di Darul Digital di Kota Bharu iaitu sebuah institusi pembangunan animasi dan komik. Interview itu dibuat pada 10hb Mac bebaru ni di Darul Digital lah, dalam KB Mall tu.

Interview itu sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi agak lewat bermula kerana menunggu ketibaan pegawai MDEC (interview sepatutnya dinilai oleh pegawai dari Darul Digital dan MDEC). Namun disebabkan tidak mahu membazirkan masa, sesi interview diteruskan oleh pegawai dari Darul Digital sahaja.

Asalnya interview ini adalah diperingkat idea sahaja kerana pihak MDEC ingin mencari sesiapa yang mempunyai idea bagus dan boleh dikomersilkan. Pihak Darul Digital sebagai orang tengah akan menyediakan fasiliti dan bimbingan dalam membantu proses pembangunan idea tersebut. Itu yang kami semua difahamkan sebelum ini.

Aku cuba propose idea untuk develop animasi superhero, so cadangnya ingin buat dalam bentuk animasi 3D. So aku pun presentlah idea, references statement, market dan sebagainya. Namun, bila dah tamat sesi perbentangan, aku ditanya dengan soalan2 yang bersifat amat teknikal.

Antara soalan teknikal itu ialah dari segi kos perlesenan perisian, undang2 yang berkaitan dengan penerbitan animasi di Malaysia, kos keseluruhan untuk menghasilkan animasi 5-10 minit berapa, kadar bayaran yang diambil oleh stesyen tv di Malaysia untuk rancangan animasi, pemilihan pemancaran gelombang frekuensi UHTV(Ultra High TV) atau VHTV(Very High TV) dan sebagainya.

Aku akui, ada sesetengahnya aku tahu dan ada yang aku tak tahu. Perkara yang aku tahu, aku jawablah dan yang aku tak tahu, aku beritahulah bahawa aku tak tahu. Dalam bidang2 penyiaran macam itu, aku memang tak tahu, just sikit2 jelah yang aku tahu. So, bila melibatkan soalan teknikal seperti itu, banyak jugaklah komen yang aku terima.

Aku juga akui bahawa mana2 perkara yang aku tak tahu, aku terima komen tersebut. Yelah, benda yang aku tak tahu kan, nak buat macamana. Cuma dalam banyak2 komen tu, ada satu yang aku tak boleh tahan. Yelah, aku cadang untuk buat animasi superhero tapi salah seorang penilai itu memberitahu bahawa "kita tak nak benda2 fantasi sebab ianya boleh melalaikan kanak2".

La....kalau macam tu, boleh dia beritahu aku, animasi apa yang bukan fantasi? Animasi apa yang ada sekarang ini adalah realiti kesemuanya?. Dari animasi Doraemon, Naruto, Gundam, Dragon Ball, semuanya animasi bersifat khayalan. Even animasi Kluang Man dan Upin Ipin pun ada fantasi jugak. Cuba tengok animasi Upin Ipin (Pengembaraan Geng Bermula), bukan ke itu fantasi namanya?

Animasi2 ini bukan ke fantasi namanya dan bukan ke dah buat duit sampai kaya-raya penciptanya? Bagi aku, as long as animasi kita itu ada value of moral dan ada value comercial, kenapa perlu dipertikaikan samada fantasi atau tidak? Animasi itu sendiri direkacipta untuk meluaskan imaginasi kita sebagai penonton dan membentuk budaya kreatif walaupun kita sedar bahawa ianya fantasi semata2 dan tidak logik.

Aku malaslah nak bertekad dengan diorang. Aku just mengiyakan je. Bila dah tamat sesi interview, aku pun minta tolong seorang penilai itu tolong tolak aku ke tempat kawan2ku (kawan2ku kat bilik lain, sesi interview kat bilik lain) then penilai tadi berkata "em.... ok jugak ye idea superhero tu..."

So, aku malas nak cakap apa2, malas nak berfikiran negatif, just terus masuk bilik jelah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...