Friday, March 5, 2010

ROAD TO CHINA...


18 Rabbiul Awal 1431. Aku dan kawan2ku sebelum ini ada berbincang beberapa perkara tentang pengajian kami. Seorang penyelaras baru telah dilantik untuk membantu kerja2 pengurusan kami. So, bila dah bincang2 tentang banyak perkara tu, ada salah seorang kawanku yang mencadangkan supaya kitaorang mengadakan satu lawatan delegasi akademik dan keusahawanan ke negara China.

Asal timbul idea ini hanyalah melihat pada satu tawaran pelancongan dalam akhbar. Tawaran pelancongan oleh agensi pelancongan itu pula kebetulannya beroperasi di Johor Bahru juga. Tawaran itu merangkumi kos perjalanan, tempat tinggal, makan minum dan paling penting adalah ada satu expo inovasi dan teknologi yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti.

So expo itu dikatakan bakal mengumpulkan 70 juta pelawat dari 239 negara dari seluruh dunia seluruh dunia. Ianya bermula 28 Mei-5 Jun 2010. So semasa perbincangan itu ada juga yang berkaitan dengan pemilihan destinasi utama. Ada sesetengahnya bercadang bahawa kitaorang pergi ke Beijing terlebih dahulu, then baru ke Shanghai (expo itu di Shanghai).

Memandangkan kitaorang tak tau nak plan aktiviti apa di sana, that's why ada suggest macam tu. Penuhkan aktiviti di Beijing dengan melawat beberapa universiti terkemuka di Beijing then 3 hari terakhir baru ke Shanghai untuk expo tersebut. Nampak memang baik punya plan tapi kena fikir jugak tentang kos perjalanan.

Setakat ini kos yang ditawarkan oleh agensi tersebut hampir RM 3000.00 seorang dan just bermain dalam area Shanghai sahaja. Apa yang dibimbangi adalah peningkatan kos. RM 3000 itu tak termasuk nak shopping dan jalan2 kat tempat lain. So, kalau nak pergi ke Beijing dulu then pergi pula ke Shanghai, huh !! kopak duit.....

So, nak tak nak, setakat ini apa yang telah dipersetujui adalah kitaorang terus ke Shanghai. Segala aktiviti lain akan diadakan di Shanghai. Then, seperti biasa, aku sebagai setiausaha mesti menyiapkan proposal untuk lawatan tersebut. Sebelum ini aku dah buat proposal untuk ke Shanghai, dah separuh siap dah, then kena tukar baliklah, buat untuk ke Shanghai. Aku takde masalah punya bab2 proposal ni just ada masalah untuk aktiviti. Aktiviti terpaksa ditukar mengikut kesesuaian tempat. Kalau dulu cadang nak ke beberapa universiti di Beijing so sekarang ke universiti kat Shanghailah.

Ok, plan kitaorang adalah seramai 20 orang (6 orang geng2 kami adalah confirm). Maybe kitaorang akan open kepada pelajar undergraduated. Pensyarah dan pegawai pengiring dah tentu mesti ada.

Dari segi prosedurnya, tadi aku dan seorang kawanku pergi ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) untuk bertanyakan prosedurnya. Agak berbeza sedikit berbanding dengan preogram undergraduated, kami pelajar master mesti melalui SPS dahulu dan barulah ke HEP. Dulu aku direct ke HEP je. Bila ada melibatkan sebarang permohonan peruntukkan dari SPS, kena tapis dululah kan. Tapi kalau tak dapat peruntukkan dari SPS atau HEP, tak bermakna program tu tak diluluskan, just tak dapat duit jelah.

So, bila dah dapat kelulusan daripada SPS, HEP dan sokongan fakulti, barulah pergi contact pihak kedutaan China di Malaysia. Bila dah sampai situ, segala urusan visa, tempat, kemudahan komunikasi dan sebagainya akan diuruskan disana. Tetapi, kebiasaannya, jika kita pergi melalui agensi pelancongan, setahu aku kita just bayar je dan hal2 yang lain itu akan diuruskan oleh pihak agensi, kita just bayar je.

Pada aku, berurusan dengan agensi ada pro dan kontranya. Aku nak jugak berurusan sendiri dengan pihak kedutaan, just untuk cari experience, mana tau kot2 nanti nak pergi next time, boleh handle sendiri. Experience tu penting.

So, after selesai urusan dengan kedutaan, bab cari duit penajaan ni yang rumit sikit ni. Aku boleh je pakai duit poket sendiri tapi kalau boleh, biarlah dapat penajaan kan. Lagi jimat duit. Silap haribulan ,kalau dapat penajaan lebih, boleh buat shopping sikit. So, basicly, macam tulah program kitaorang ke China nanti. Hope boleh dapat duit penajaan dan sempat dijalankan pada Mei nanti. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...