Monday, March 1, 2010

SIFE...


14 Rabbiul Awal 1431 Hijriah. Alhamdulillah... bebaru ni aku dan 2 lagi kawanku ada menyertai satu program 2 hari kat Tanjung Piai Resort. Program tu ialah SIFE Malaysia Regional Team Training iaitu sebuah program berasaskan kebajikan dan perniagaan yang berfokuskan kepada komuniti tertentu. Ianya bukan program charity semata2 tetapi lebih kepada bagaimana kita ingin membantu komuniti tertentu supaya diorang dapat berdikari selepas program ini tamat.

Program ini mempunyai pertandingan khusus yang diadakan setiap tahun dan pemenang pasukan akan dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Program 2 hari ini just untuk pengenalan SIFE, cara membuat proposal dan perbentangan idea. Untuk permulaan ini, kemungkinan after this, universiti akan mengadakan pertandingan untuk peringkat mewakili universiti, after that ke peringkat ipta(untuk mewakili negara) dan last sekali ke peringkat antarabangsa.

Program ini nampak macam charity semata2 tetapi ianya lebih kepada bagaimana untuk membuat proram yang akhirnya, selepas program tu tamat, komuniti yang dibantu tadi boleh berdikari/mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

Walapun charity je konsepnya, kita pun boleh buat business actually tapi untuk bahagian business tu, aku rasa tak sesuailah aklu beritahu secara direct kan, nanti tak nampak pulak objektif program ni. Apa yang aku nampak, program yang kita cadangkan itu boleh buat duit.

Disebabkan program ini dipertandingkan, so ada perbentanganlah kan untuk memilih idea yang bagus. Walaubagaimanapun, memandangkan ini just untuk introduction, just buat presentation untuk melihat kefahaman dan idea ajelah dulu.

SIFE ini merangkumi 6 kategori utama yang mana jika idea tersebut memenuhi kesemua ciri2 tersebut, it's the best lah. Minimun pun mesti ada 1 kategori. So apa yang lebih aku minat untuk kongsikan disini adalah beberapa idea yang pada aku baguslah untuk kita membantu sesuatu komuniti itu.

Ada 2 idea yang aku rasa memang bestlah dan boleh dilaksanakan cuma mungkin perlukan banyak kerjasama dan take time jugaklah(kebiasaan pelaksanaan SIFE mengambil masa lebih setahun dan ada yang sampai 3-4 tahun). Dua idea tersebut adalah membuat program homestay di Sarawak dan membantu pelajar berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Ok, untuk program homestay di Sarawak adalah kita create satu kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai pelancongan dan homestay. Disana kita cuba berhubung dengan TNB, Jabatan air dan Telekom untuk membantu menyediakan perkhidmatan elektrik, air dan komunikasi. After that, fokuskan dalam bidang pendidikan.

Komunikasi adalah penting di Sarawak kerana mereka mempunyai pelbagai bahasa mengikut suku kaum tertentu, jadi agak susah untuk berkomunikasi dengan mereka. Disebabkan itulah proses pendidikan mesti diutamakan. After segala masalah komunikasi selesai vdan dapat berhubung dengan baik, barulah kita memilih mana2 bidang ekonomi yang sesuai dengan masyarakat setempat itu.

Sebagai contoh, jika masyarakat tersebut menjadikan pertanian sebagai ekonomi mereka, kita boleh kembangkan bidang pertanian mereka dengan menyediakan peralatan membajak, membenih dan mengasingkan padi. Jika masyarakat itu nelayan, kita boleh bekalkan bot berenjin, mengajar membuat/membaiki jala dan mengajar kemahiran menangkap ikan dengan kaedah moden.

Kita juga boleh menyediakan bahan mentah/peralatan untuk mereka. Bila hasil kerja mereka meningkat, kita boleh membantu memasarkan produk mereka ini. Sambil2 itu kita boleh mengajar mereka bahaimana un tuk menguruskan kewangan perniagaan mereka, at least mengajar mereka duit masuk duit keluar. Dengan cara ini, bila sudah mencapai masa 2-3 tahun, masyarakat ini dapat berdikari sendiri.

Untuk program membantu pelajar berkecimpung(komuniti pelajar miskin) dalam keusahawan, kita wujudkan dalam universiti tempat untuk mereka ini berniaga. Buatlah interview untuk memastikan hanya pelajar yang miskin, minat berniaga dan boleh membuat kerja mereka dengan baik. Pihak kumpulan SIFE hanya membantu dalam segi mohon dana/tempat prasarana dan latihan berniaga yang asas.

Dengan ini, diharapkan agar pelajar tersebut dalam meningkatkan taraf hidup mereka dan menggalakkan mereka menjadi usahawan. So, bagi aku kedua2 idea ini amat bagus dan boleh dilaksanakan tetapi mungkin mengambil masa yang agak lama kerana ianya melibatkan kesedaran komuniti/masyarakat tersebut. Bahagian kesedaran itulah yang paling susah.

So, aku rasa ini adalah program yang baik berbanding kita membuat charity semata2 dan after charity itu, kita still lagi perlu membantu golongan sasaran tersebut. Model program ini amat bagus kerana golongan komuniti sasaran kita itu boleh berdikari sendiri selepas program ini. Aku harap program SIFE ini akan mendapat tempat dihati setiap dari kita ini. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...