Tuesday, May 11, 2010

TAKLIMAT CRADLE FUND...


28 Jamadil Awal 1431 Hijriah. Alhamdulillah....sempat lagi untuk berblog. Ok, kali ini aku nak story tentang Cradle Fund. Taklimat tentang Cradle Fund ini aku hadiri semasa 2 hari last berakhirnya pesta konvo. Ianya dibuat di Dewan Jumaah, UTMKL. Program ini dihadiri oleh geng2 kami, pensyarah2 dan beberapa orang wakil daripada Cradle Sdn.Bhd. Ok, sebelum itu, apayang dimaksudkan dengan Cradle Fund ni? Apa fungsinya dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Ok, Cradle Fund ini sebenarnya dibawah Kementerian Kewangan (MOF) yang dikendalikan oleh Cradle Sdn.Bhd. Ianya adalah sebuah company yang bertanggungjawab mencari dan membentuk usahawan daripada penghasilan produk2 berinovasi yang bermula daripada penjanaan idea. Fund yang diberikan ada dua peringkat iaitu peringkat Idea yang berjumlah RM 150,000.00 dan Commercialisation yang berjumlah RM 500,000.00. Ianya ada dua kategori iaitu untuk universiti dan untuk usahawan.

Kitaorang mohon Cradle Fund ini adalah kerana Fund lain seperti Pre-Seed Fund semuanya dah habis, semuanya hold sementara RMK-10 diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Jun atau Julai ini. So, yang masih berduit adalah Cradle Fund. Thats why kami memilih Cradle ni dan untuk informastion, semua permohonan fund Cradle ini dibuat 100% secara online.

Basicly, untuk fund peringkat idea, kita just beritahu apa idea kita, produk apa yang ingin dibangunkan, apa perancangan kita dan paling penting adalah value proposition yang akan diperolehi, perancangan kewangan dan teknologi yang akan digunakan. 3 perkara ini yang paling penting. Secara overalnya, ianya menitikberatkan tentang commercial value yang boleh dibuat dengan idea dan product kita itu. Untuk RM 150k ini, tak semestinya kita siapkan satu produk terus, ianya just model prototaip ataupun proof of concept pun dah ok dah.

Untuk bab commercial yang bernilai RM 500k pulak, dia takde cerita sebab yang ini adalah taklimat pertama dan asas kepada Cradle Fund, so lebih kepada idea jelah. Sesiapa yang ada idea, yang rasanya idea itu boleh menghasilkan produk yang boleh dijual, yang dah ada kajian pengguna, yang dah ada kajian market, yang dah tahu apa yang ingin dilakukan, bolehlah layari www.cradle.com untuk isi borangnya secara online.

Ok, cukup dengan cerita Cradle, sekarang ni aku nak cerita tentang 2 buah kisah yang bagi aku mungkin boleh dijadikan teladan untuk semua. Ok, ada 2 orang peserta yang turut join taklimat Cradle ni daripada UTM la, seorang lelaki dan seorang perempuan, masing2 Prof dan Dr dan Prof itu tak silap aku dekan fakulti tapi tak sure pulak aku fakulti apa, namanya pun aku dah lupa.

Ok, cerita Prof itu, dia ada mengeluh tentang kajiannya tentang peningkatan volume voltage elektrik melalui device yang dibuat berdasarkan researchnya. Namun demikian, devices itu takde orang nak beli pun, pihak kilang mahupun industri tak nak pun, then dia dok 'kondem' pihak kilang la, pihak industri la dengan mengatakan diorang tu tak nampak kebaikkan produknya. Dia sibuk bercerita tentang backgroundnya dalam bidang yang diceburinya, nak nampak hebat la, nak nampak dia ni banyak pengalaman la dan sebagainya.

Cerita Dr tu pulak, dia mengatakan bahawa dia ni tengah buat produk untuk medical dan dia ingat Cradle boleh bantu dia dengan kewangan fund selama 5-10 tahun punya projek. Then bila pihak Cradle kat bahawa mereka just support untuk Idea dan Commercialisation, marah pulak Dr ni. Then sambil2 dia marah tu, sempat dia kondem projek orang lain. Dia kata lebih kurang macam ni la, "Projek saya ni mustahak, medical part, susah nak buat dan memerlukan kajian yang lama, bukannya projek buat sistem jalan, sistem jualan".....

Amboi.... sedap je kutuk projek orang lain sebagai projek remeh dan projek dia ni hebat....hm.....aku kalau Dr ni, aku tak nak komen banyak2lah....orang macam ni jenis rasa dia je yang hebat, projek dia je yang power, projek lain tak power. Cuma bagi aku, yes aku akui bahawa medical part mungkin lebih susah berbanding bidang lain tapi tak eloklah keluarkan statement macam tu, nampak macam memandang rendah orang lain pulak.

Untuk Prof tu pulak, ok dia memang hebat dalam bidang yang diceburinya, hebat dan berpengalaman cuma pada aku sebelum kita buat apa2 kajian/research/produk, kita kena study dululah potensi market, siapa target user kita, kena buat kajian keperluan, kajian market dan sebagainya. Jika after kita buat semua tu, barulah kita sedar bahawa projek kita nak buat itu berfaedah atau tidak, boleh dijual ataupun tidak.

Kebanyakkan kajian research yang dilakukan oleh Dr, Prof di mana2 universiti pun, diorang tak buat market research dulu, terus kepada projek diorang. Bila projek dah siap, tiba2 tak boleh dipasarkan kerana takde orang nak beli pun then last sekali tesis serta produk projek tersebut hanya layak diarkibkan sekaligus membazirkan wang kerajaan kerana membuat projek yang kurang memberi pendapatan semula.

Aku pun bukannya pandai pun, siapalah aku nak komen2 orang yang dah ada Ph.D ni kan....tapi bagi aku, yelah, orang2 macam ni susah nak dengar pendapat orang yang tak sama level dengannya. Apa2 pun aku harap selepas ini Dr dan Prof itu berjaya menjual produk mereka. Bagi aku, taklimat ni berbaloilah untuk dihadiri walaupun aku penat nak ulang-alik dan nak jaga booth kat pesta konvo.


3 comments:

  1. Salam, saya nak tanya pasal cradle ni. Tengah isi form online. Idea saya ialah mini genset guna magnet.Actually saya dah buat prototaip kecil yg boleh jana power utk kipas di rumah.jimat elektrik sikit :) . Saya tak tau apa itu konsep,paperwork dll.Yg saya tau,saya dh buat 1,cuma nk besarkan lagi. Adakah cradle akan menerima prototaip yg dah siap ni utk bagi fund? Fund tu saya nk gunakan utk buat prototaip skala sebenar yg lebih kemas.

    ReplyDelete
  2. lagi satu,saya takde pengetahuan yg byk ttg istilah elektrikal,tiada pendidikan formal ttg kejuruteraan mekanikal dll.yg saya lakukan ialah merujuk kpd artikel2 yg byk berkaitan dgn elektrik,mekanikal sikit2. tujuan saya buat dulu semata-mata nk jimatkan bil shj sehinggalah rakan saya bgtau,ada fund drp govt.

    ReplyDelete
  3. sekarang pula saya sedang compactkan unit mini genset tu utk kegunaan pc saya dirumah, bila ada masa terluang.buat masa ini,tiada masalah pd pc saya,cuma mini genset tu diletakkan diluar pc. pd pandangan saudara, adakah ini menyalahi peraturan tnb?saya cuba mencari info kalau2 tdk dibenarkan tp tak jumpa lg.bil pun dah kurang byk.nk try kat acond, tak berani lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...