Saturday, June 12, 2010

9/10 PUNCA REZEKI...


29 Jamadil Akhir 1431 Hijriah. Alhamdulillah....Sempat aku update blog kali ini. Actually ada banyak perkara yang ingin aku kongsikan disini tapi disebabkan oleh kesibukan aku, sometimes perkara2 tersebut ada yang dah lupa. Apa pun kali ini, aku masih ingat tentang satu topik yang agak menarik juga (pada pandangan aku la) untuk dikongsi bersama iaitu punca rezeki.

Tentu pernah dengar hadis mursal tentang punca rezeki kan, yang mengatakan bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan. Ramai orang bersetuju dengan hadis tersebut, termasuk juga aku. Aku bukan nak bercerita tentang samada hadis itu mursal ataupun marfu' tetapi adalah pemahaman aku terhadap skop yang lebih meluas lagi. Orang mengatakan bahawa 9/10 adalah berniaga dan 1/10 adalah makan gaji seperti berkerja kerajaan atau dengan maksud makan gaji.

Aku dulu pun bersetuju dengan pendapat tersebut tapi bila aku fikir dalam2 lagi, aku rasa mungkin ada sekidikt yang perlu difahami tentang hadis tersebut. Aku bukannya orang yang pandai dan hafal Al-Quran, juga bukan berniat untuk mentafsir ayat2 Al-Quran mengikut citarasa aku sendiri. So, kalau pendapat aku dalam post kali ini salah, aku mintak maaflah dan sebarang teguran atau perbincangan amat aku alu-alukan.

Pada pendapat aku, berkerja kerajaan,berkerja swasta, makan gaji, itu semuanya berniaga. Kita dari kecil pergi ke sekolah sehingga masuk universiti, itu adalah modal kita. Kita berpeluh keringat membanting tulang di sawah , itu adalah modal kita. Kita menebar jala dilautan sambil menahan terik matahari, itu adalah modal kita. Kita mengcangkul tanah bertani, itu modal kita. Apa sahaja yang kita lakukan dan usahakan, itu adalah modal kita.

Gaji, upah, komisyen, itu semua adalah ganjaran yang kita dapat setelah kita berusaha. Kita ada modal dan kita keluarkan modal untuk berniaga. Apa modal kita? Yes, modal kita adalah usaha dan usaha dan usaha yang kita lakukan untuk mendapatkan rezeki. Daripada modal itulah kita berniaga. Setiap apa yang kita lakukan dan usahakan, itu adalah modal kita dan menggunakan modal itulah kita berniaga sekaligus kita mendapat gaji, upah, komisyen dan sebagainya.

Janganlah kita sempitkan fikiran kita dengan mengatakan bahawa makan gaji bukan berniaga, bercanngkul di kampung bukan berniaga dan sebagainya.Apa yang aku ingin tekankan disini adalah 9 daripada 10 punca rezeki kita adalah daripada usaha. Hanya orang yang berusaha sahaja yang akan mendapat rezeki. Hanya orang yang rajin sahaja yang akan memperolehi rezeki mereka.

Jadi, 1 daripada 10 yang mendapat rezeki dari bukan berniaga adalah orang yang kurang/tidak berusaha. Orang yang malas dan kurang berusaha susah untuk mendapat rezeki. Hanya orang yang rajin dan berusaha sahaja yang akan memperolehi rezeki mereka. Jika tanggapan lama sebelum ini digunapakai, adakah gaji itu bukan rezeki? Adakah upah itu bukan rezeki? Adakah komisyen hasil titik peluh mereka itu adalah bukan rezeki?

Rezeki yang dimaksudkan adalah balasan yang kita dapat/perolehi samada dalam bentuk tangible atau untangible. So, bagi aku, kita janganlah sempitkan fikiran kita dengan bentuk perniagaan yang biasa kita gunakan. As long as kita berusaha, itulah modal kita, samada dapat banyak wang atau tidak, itu bukan persoalan. Perkara pentingnya adalah kita berusaha dan itu adalah modal kita untuk berniaga. Skop berniaga ini adalah luas dan subjektif sifatnya. Sometimes orang berniaga air liur sahaja tetapi dapat wang beribu2. Takpelah, itu usahanya. Dia mempunyai kepakaran bercakap dan berkomunikasi, so itu adalah usaha dan modalnya, itu businessnya.

So, lastly, pendapat aku adalah 9 daripada 10 punca rezeki kita adalah daripada berniaga iaitu kita berusaha untuk mendapatkan rezeki dan 1 daripada 10 itu adalah orang2 yang kurang/tidak berusaha. Aku tak berniat untuk mentafsir mengikut kepalaku but sometimes, we need thinks out of the box, then of course aku menerima pandangan/komen lain sekiranya ada, boleh kita adakan perbincangan.

















9 comments:

  1. tp xberbaloi la. "modal" yg anda ckpkn tu..
    prgi blajar smua mngeluarkan blanja yg tinggi.
    dpt ke semua org kerja. walaupun dah grade?
    kalo ade pon, income yg bole dapat, sgt terhad.
    dan saya rase tidak berbaloi pblanjaan yg dikeluarkan untuk kita belajar dari kecil, hingga la ke unvsty2 akhirnya dpt gaji. 2-3 ribu sblan. berbaloi ke? itu pn dalm tmph yg lme untuk mndptkn gji/pgkat yg tggi. bdasarkan cara kita bkerja. dan saingan bkn nyer sorang. beribu2 manusia lagi yg akan bersaing dgn kita.
    kita stdy..untuk mendapatkn kerja. n kerja dgn orang, ialah 1/10 dri pnca rzki. melainkan kita berniaga. semua untung akan dpt kpd kita sndiri.
    knowldge is nthing, but apply knwldge is power. jadikan 1/10, modal untuk 9/10. akan dpt hasilnya 10/10. 100%!!! bkn ke lbih baik begitu?
    duit bkn sgala2nya. tp sgla2nya mmrlukan duit. jd...jadikn gaji 1/10 kita untuk bkak prniagaan yg mndapat hasil 9/10. susah2 dahulu. senang2 kemudian. jd renung2kn lah, dan slamat beramal. :)

    ReplyDelete
  2. ini kata2 yg dikeluarkan dri mlut dato` dr. f. kamsah.

    "Jika anda selesa dengan kerja makan gaji, teruskanlah. Tapi jika anda seorang yang bermotivasi tinggi, sentiasa berfikiran positif, yakin pada diri, sentiasa berhasrat menambah pendapatan dan tidak mudah kecewa, anda perlu berniaga. Kerana “PERNIAGAAN ITU ADALAH 9/10 DARI KEKAYAAN”

    jd? mcm mne??

    ReplyDelete
  3. "Jika anda selesa dengan kerja makan gaji, teruskanlah. Tapi jika anda seorang yang bermotivasi tinggi, sentiasa berfikiran positif, yakin pada diri, sentiasa berhasrat menambah pendapatan dan tidak mudah kecewa, anda perlu berniaga. Kerana “PERNIAGAAN ITU ADALAH 9/10 DARI KEKAYAAN”

    ReplyDelete
  4. dengar pengalaman ni...kawan ni kerja sbgai technician di kilang dan seorang jurutera...technician berenti kerja semata2 nak fokus jual burger...sampai eng ni kata BODOH belajar tinggi2 tapi jual beger...hasilnya...skg..technician ni gaji lebih 30000 sebulan ...so eng yg makan gaji ni..tutup mulut..x berkata..

    ReplyDelete
  5. Thanks for the comment ye.

    Anonymous:
    "dpt ke semua org kerja. walaupun dah grade?" .Semua yang berniaga tu selalu untung ke? Tak pernah rugi ke? Berniaga ni takde risiko ke? Adakah sama rezeki seorang pelaut turun menangkap ikan pukul 6 pagi-5 petang dengan seorang pelaut lagi yang turun menangkap ikan pukul 10 pagi-4 petang? Semakin banyak usaha/modal yang kita lakukan, insyaallah...semakin banyak untung yang diperolehi. Saya tidak nafikan bahawa bukan semua graduan memperolehi kerja, tetapi adakah kita mengkaji faktor2nya? Adakah kita mengkaji 'modal' yang di'tanam'nya?

    "bdasarkan cara kita bkerja. dan saingan bkn nyer sorang. beribu2 manusia lagi yg akan bersaing dgn kita.". Adakah kita seorang sahaja peniaga didunia ini? Rezeki masing2...bergantung pada kita tentang cara untuk mendapatkan rezeki yang lebih lagi...

    Perkara yang saya suka disini adalah kita berusaha untuk mendapatkan rezeki. Tidak kira samada makan gaji atau berniaga, yang penting kita berusaha dan daripada usaha itu, rezeki kita akan bertambah. Adakah berniaga itu tidak memerlukan usaha? Jangan sempitkan fikiran kita bahawa hanya 9/10 rezeki adalah daripada berniaga, memang benar kebanyakkan rezeki adalah berpunca daripada berniaga tetapi adakah berusaha itu bukan berniaga? Berniaga adalah salah satu cabang untuk mendapatkan rezeki dan cabang tersebut amat besar jika dibandingkan dengan cabang makan gaji. Kedua2 cabang ini sama2 mendatangkan hasil tetapi untuk pergi ke cabang ini, kita kena berusahalah....

    Terima kasih kerana berkongsi kata2 Dr.Fadhilah Kamsah tu. Kejayaan dan kekayaan tidak akan datang dengan tangan berada dalam poket... :)

    ReplyDelete
  6. Thanks to Aizat for the sharing :)

    Pada saya berniaga memerlukan 'modal' yang besar iaitu usaha yang gigih. Kita mesti menanam 'modal' untuk mendapat pendapatan/rezeki yang amat tinggi/banyak. Modal tidak semestinya duit tetapi mungkin juga ilmu, usaha dan minat kita. Dalam cerita ini, technician ini mungkin minat terhadap berniaga dan dia telah telah berusaha bersungguhh2 sehingga berjaya. Apa modalnya? Modalnya adalah usaha yang bersungguh2 ditambah dengan minat. Sebuah cerita yang elok untuk dikongsi. Thanks :)

    ReplyDelete
  7. Seronok juga topik ni..bagi pendapat saya yg x seberapa ni, ada perbezaan antara makan gaji dan berniaga dan dua2nya perkara yg berbeza.kenapa saya cakap mcm tu?..sebab bila kita makan gaji, pendapatan kita ada tahap maksimumnya dan boleh kata tetap setiap bulan..mcm contoh la keje technician..kata la gaji 1400 sebulan basic..+ elaun dgn OT lak leh la dapat dalam 2 ribu sebulan...jadi usaha kita bekerja dalam syarikat itu dah ada had bayaran sepatutnya..dan kalau kita malas2 kerja pun tetap dibayar setiap bulan basic kita..kalau kerja gomen lagi la senang. kita malas buat kerja pun tetap dapat gaji dengan elaun mcm2 tiap bulan..susah gomen nk buang2 pekerja ni..jadi kalau malas, pi ja opis punch kad..petang balik rumah..kerja kt opis siap ke tak lantak pi..bos marah pun bukan boleh buang kita sesuka hati..paling tak pun dpt surat tunjuk sebab..gaji bulan2 tetap jalan..hehehe

    lain pula dalam hal kita berniaga..kalau kita usaha kuat, insayaAllah lebih pulangannya..malas kita xda la pulangannya.mcm contoh kita berniaga goreng pisang..bila kita bukak je gerai ada la org beli, kalau ramai lagi la kita untung.dapat lak tempahan hantar pi mana2 opis, tambah lagi untungnya..dan bila lama berniaga ada la regular customer nya..kata la esoknya x bukak gerai, xda la org beli, xda la untungnya.

    Jadi saya mmg sokong bila dikatakan 9 dari 10 rezeki dtg dari berniaga dan 1/10 dari makan gaji..

    ini pengalaman saya..2 tahun makan gaji dengan syarikat swasta..saya usaha keras macam mana pun gaji saya tiap2 bulan tetap macam tu..walaupun dah bagi keuntungan byk pada syarikat, bila bab mtk naik gaji tetap x lepas2 jugak..bila saya malas2 buat keje pun tetap bulan2 dapat gaji..jadi jalan kerja mana satu saya nak pilih...tu biar saya sendiri jawab..ANDA?.....lama2 saya bosan lak nak makan gaji, dan setahun yg lepas saya nekat berenti dan mulakan perniagaan dari duit simpanan masa kerja..Alhamdulillah sekarang saya boleh dapat lebih..boleh nak merasa benda2 yg masa makan gaji x dapat nak beli.Alhamdulillah...

    sekadar pendapat dan pengalaman saya..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...