Tuesday, June 22, 2010

BANTUAN ZULL DESIGN...


9 Rejab 1431 Hijriah. Alhamdulillah.... bebaru ini aku dan kawanku ada pergi berjumpa dengan mentorku di Rawang, Selangor iaitu En.Zulkifli Haron. Maybe kalau aku sebut En.Zulkifli Haron, orang takkan perasan atau ingat tapi kalau aku sebut Zull Design, tentu ramai yang mengenalinya. So, aku pergilah dengan kawanku untuk berbincang dengan En.Zul tentang projek wheelchair aku.

Perbincangan kami just kat kedai mamak je, sambil2 dia belanja breakfast. Actually, projek wheelchair aku tu memang dah nak start dah, cuma nak confirmation dan finalizekan designnya sahaja. Untuk perjumpaan kali ini, aku ada membuat kajian sedikit tentang design lanjutan yang aku inginkan. projek aku itu diubah dari segi konsepnya iaitu daripada gabungan skuter dengan manual wheelchair kepada konsep kereta mini style Go-Kart.

So, apabila konsepnya sedikit berubah of course designnya turut berubah. Daripada skuter kepada mini car dan kosnya juga turut meningkat. Masa itu tak bincang tentang kos lagi, still bincang tentang design. Designnya nak buat berapa bilangan tayar, saiznya berapa, berapa berat yang mampu ditampung, motor jenis apa, kawalan jenis macamanan dan sebagainya. So, lebih kepada aspek design dan teknikallah.

After that, barulah perbincangan kami move kepada kos. Mengikut En.Zul, dia menganggarkan kos projek ini adalah lebih kurang RM 20k. Wah! manalah aku mampu..... So, aku beritahulah bahawa aku tak mampu untuk menyediakan duit sebanyak itu, setakat kemampuan aku, ada la dalah RM 5k sahaja, itupun aku rasa aku perlu pinjam duit dengan ayahku RM 3k, tambah dengan duit aku sendiri RM 2k, boleh la RM 5k tu.

Aku masih belum mendapat duit untuk semester ini daripada pihak MARA dan elaun sara hidup aku juja belum diperolehi lagi serta duit untuk prototaip belum diterima. So, nak taknak memang aku kena pinjam dahulu dengan ayahku dan aku budget RM 3k itu mungkin boleh la ayah aku bagi. So, jumlah adalah RM 5k sahaja.

After that, En.Zul kata, "jangan bimbang.... Awak hanya perlu bagi berapa yang awak mampu sahaja dan selebihnya saya akan biayai...." Aku bila dengar macam tu... Alhamdulillah..... Syukur ke hadarat Illahi....Rasa terharu pun ada bila mendengar kata2 tersebut. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik En.Zul...

So, after that bila dah confirm dan sudah finalize dari segi design serta kosnya, En.Zul kata oklah, takde masalah, pihaknya cubalah lakukan yang terbaik untuk membantu aku. Tarikh perbentangan terakhir aku maybe dalam bulan Oktober atau November, so aku rasa sempatlah kot. Insyaallah....

After that, kitaorang sempat singgah di rumah kajian En.Zul disebuah kawasan perumahan yang mana disitu ada menempatkan projek kolam ikan Zull Design Autotronik yang latest. Memang hebat idea dan rekaan tersebut. Projek itu adalah memelihara ikan air masin menggunakan air tawar. Kat situ ada menempatkan beberapa buah besen besar dan kecil serta boleh melihat aliran air serta tapisannya. Dari segi teknikalnya aku tak berapa pasti macamana ianya dilakukan tapi aku ada tengok ikan keli dan siakap kat dalamnya.

Harga yang diletakkannya juga adalah boleh tahan la dengan menawarkan 2 pakej iaitu tanpa penjagaan dan dengan penjagaan yang masing2 bernilai RM 18k serta RM 22k. Hasilnya mesti ditunggu dalam masa 6 bulan dan tempat peliharaan tersebut mampu memuatkan sehingga 1000 ekor ikan. Pakej itu adalah termasuk anak benih ikan tersebut.

After rehat2 sambil tengok2 sekejap, petang itu pun kitaorang baliklah. So, pengalaman aku datang berbincang dengan En.Zul serta keikhlasannya untuk membantu aku amat aku hargai. Semoga Allah SWT merahmati rezeki En.Zul.... Insyaallah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...