Friday, June 11, 2010

ISU JUDI SUKAN...


27 Jamadil Akhir 1431 Hijriah. Awal Mei bebaru ini, kita semua dikejutkan oleh pengumuman menyatakan bahawa pihak kerajaan kita bersedia untuk mempertimbangankan pengeluaran lesen judi sempena World Cup yang akan bermula 11 Jun ini. Dato' Dr Awang Adek yang telah membuat pengumuman tersebut pada 6 Mei lalu. Alasan pengeluaran tersebut adalah untuk membendung judi secara underground serta hasil yang diperolehi itu akan digunakan untuk pembangunan sukan.

Aku sebagai seorang muslim, seorang pelajar dan juga seorang warga Malaysia turut rasa terpanggil untuk memberikan komen. Bagi aku, banyak faktor2 yang telah difikirkan oleh pihak kerajaan kerana pihak kerajaan sekarang ini menghadapi pelbagai masalah terutamanya masalah wang dan pentadbiran. Mungkin juga terhutang budi dengan pihak tertentu menjadikan lesen itu dikeluarkan.

Judi sukan yang telah diluluskan itu adalah dibuat dengan pertimbangan oleh pihak kerajaan untuk membendung jenayah judi secara underground. Wang yang diperolehi hasil kutipan cukai serta janji kebajikan dilihat amat menguntungkan negara. Cukai itu pula boleh digunakan untuk pembangunan sukan negara yang sememangnya kekurangan wang.

Bagi aku, itu semua adalah alasan semata2. Bagi aku, haram tetap haram, tidak kira apa jua alasan yang diberikan. Hukum jelas menyatakan bahawa arak, judi, berhala dan menilik nasib adalah perbuatan syaitan dan hukumnya haram. Bolehkah pihak kerajaan atau mana2 ulama mengatakan ayat mana dan surah mana dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa judi itu halal? Apabila keputusan kelulusan dibuat, timbul pula 2 istilah judi, iaitu 'judi halal' dan 'judi haram'.

Judi halal adalah berdaftar, boleh kutip cukai, beroperasi di premis2 mewah serta berhawa dingin dan permitnya diluluskan manakala judi haram adalah tidak berdaftar, tak bayar cukai, beroperasi dalam semak bersama nyamuk dan tiada permit. Alahai....dengan tindakan pengeluaran lesen tersebut, timbullah dua istilah itu. apa pun, jangan salah faham, judi tetap haram, samada ada lesen atau ttakde lesen, ianya tetap haram.

Aku ada terbaca dalam majalah Gila-Gila dalam ruangan Soal Jawab PST, ada seorang itu bertanya kenapa orang tetap berjudi walaupun tahu bahawa ianya adalah haram dan jawapannya adalah sebab ada lesen. Nampak kelakar tapi satu sindiran tajam dan tepat untuk menggambarkan situasi sekarang ini. Kita bakal menyaksikan semakin ramai dan berduyun-duyun orang kita beratur dikedai judi selepas ini sebab kita dibenarkan berjudi.

Ok,berbalik kepada alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam meluluskan judi tersebut iaitu untuk membendung judi secara haram dan duit perolehan cukai digunakan untuk pembangunan sukan. Ok, kalaulah untuk membendung judi secara haram ini, adakah dengan adanya lesen, judi underground ini akan berkurangan? Adakah pihak berkuasa akan menangkap si penjudi underground ini semata2 tiada lesen untuk berjudi? Adakah pihak berkuasa tidak akan menangkap orang yang berjudi dengan pihak yang berlesen ini?

Kalau pihak kerajaan mendapat wang hasil cukai itu, adakah ianya berkat? Wang yang berpunca daripada sumber yang haram adalah juga haram. Fikirkanlah wang haram itu digunakan untuk menampung perbelanjaan makan minum para atlit, untuk buat bangunan sukan, diberikan pada pelajar dan kanak2 sekolah dalam acara sukan mereka dan sebagainya. Diberi kepada atlit, akan dapat daging haram, buat bangunan sukan, bangunan tersebut runtuh, apa2 jelah, ianya tidak berkat.

Mahukah pula para atlit dan pelajar sukan itu menerima wang haram? Mahukah mereka membeli makanan, pakaian dan peralatan sukan dengan menggunakan wang yang haram? Aku rasa mereka ini pun tidak sanggup untuk menerimanya. Handakkah kita melihat prestasi sukan kita kian merosot akibat penerimaan dan penggunaan wang haram, apatah lagi ianya tidak diredhai oleh Allah SWT?

Itu belum lagi aku bicarakan tentang natijah perjudian seperti kerosakan akhlak masyarakat islam, masalah jenayah semata2 wang, masalah dengan pihak along yang mengejar sesiapa yang gagal membayar hutangnya. Ada ramai penjudi yang sanggup berhutang dengan along untuk berjudi, then bila kalah, of course mereka tidak mampu untuk membayar kembali hutang tersebut. Berlaku lagilah masalah jenayah along ini.

So, kalau itulah yang dijadikan alasan untuk mengeluarkan lesen judi, aku rasa ianya suatu alasan yang teramat naif. Aku tahu ada beberapa sebab politik dan berkaitan dengan wang yang menjadikan lesen tersebut dikeluarkan. Aku taknaklah mencampur adukkan hal ini dengan politik, pembaca semua pun sedia maklum kan? Cukuplah aku terangkan tentang hukum dan natijahnya.

Bila berkaitan dengan judi ini yang sememangnya haram tetapi dihalalkan atas nama lesen, aku takut pihak2 yang berkaitan dengan hal ini boleh murtad. Hal ini demikian kerana mereka ini menghalalkan perkara yang haram. Mengubah hukum Allah SWT mengikut selera masing2 tanpa mengira bahawa mereka ini bersyubahat melakukan perkara yang haram.

So, pada aku, batalkanlah lesen tersebut dan bertaubatlah. Setiap orang yang yang berjudi itu, mereka yang membuat dasar ini turut bersyubahat dan menerima 'saham akhirat' serta menerima hukuman daripada Allah SWT. Seandainya Allah SWT murka, bukan satu yang kena tetapi semua dan satu negara boleh ditimpa musibah. Fikir-fikirkanlah.....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...