Wednesday, June 30, 2010

ISU UPSR DAN PMR...


18 Rejab 1431 Hijriah. Alhamdulillah...Sempat juga jenguk blog hari ini. Ok, sekarang ini ada isu tentang cadangan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Menengah (PMR). Cadangan itu actually sudah lama diutarakan , tak silap aku masa the first time diutarakan adalah pada zaman Dato' Hishamuddin (tahun kedua beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan) lagi yang mana antara alasan pemansuhan tersebut adalah kedua2 ujian ini sudah tidak relevan lagi.

So, sebagai pelajar, kali ini aku ingin berkongsilah pandangan aku terhadap isu yang dibangkitkan semula ini. Pada asasnya, aku tidak nampak sebarang sebab untuk dilakukan pemansuhan ini. UPSR dan PMR adalah berobjektifkan kepada penilaian untuk mengetahui tahap prestasi pelajar dalam erti kata pemindahan daripada sekolah rendah kepada sekolah menengah serta daripada aliran umum kepada pembahagian aliran.

Ada aku baca dalam akhbar yang mana ada seorang pembaca (yang mengirimkan surat) yang mengatakan kedua2 ujian tersebut perlu dimansuhkan kerana ada ibu bapa yang suka membandingkan anak2 mereka dalam result peperiksaan. Ada juga yang mengatakan bahawa ianya satu pembaziran untuk mengadakan ujian tersebut kerana perlu membayar elaun tambahan untuk pemeriksa.

Ada juga pembaca yang membantah pemansuhan tersebut dengan alasan ujian itu perlu adakan lantaran sebagai ujian besar untuk mengetahui perkembangan pelajar. Ada juga yang mengatakan bahawa pihak sekolah kurang mampu dan mungkin akan bersikap bias jika dibenarkan memeriksa sendiri ujian tersebut. Mungkin akan ada kes berat sebelah, rasuah dan sebagainya jika membenarkan guru2 sekolah A memeriksa kertas peperiksaan sekolah A tersebut.

Walaupun aku tak setuju dengan sokongan Tun Dr.Mahathir dalam isu judi sukan, aku bersetuju dengan ideanya tentang isu pemansuhan ujian ini. Katanya, ujian tersebut ok, tidak perlu dimansuhkan tetapi mungkin perlu diubahsuai sesuai dengan perkembangan semasa. Apa yang perlu difikirkan adalah bagaimana untuk memantapkan lagi para pelajar dengan ujian2 tersebut supaya pelajar boleh menilai diri mereka.

Pada aku, mungkin perlu sedikit pengubahsuaian pada ujian ini. Mungkin dari segi kandungan/modul sukatan pelajaran. Ubahlah serba sedikit sukatan pelajaran mengikut perdedaran masa dan pelajaran tersebut juga mestilah dijadikan something yang memberi input kemahiran kendiri terhadap pelajar. Aku lebih suka jika pelajar ini didedahkan kepada bagaimana untuk mereka ini berfikir sendiri. Suatu kaedah/pedadogi pendidikan mesti dikaji bagi menyempurnakan modul tersebut.

Aku sedar bahawa bukan senang untuk mengubah sukatan pelajaran mengikut peredaran semasa. Kenapa susah? Sebab jurang perbezaan kemajuan antara pelajar bandar dan luar bandar adalah amat ketara. Kemajuan dibandar jauh lebih cepat berbanding di luar bandar. So, kalau nak ikut peredaran zaman, kasihanlah pelajar luar bandar. kalau sukatan diubah mengikut perkembangan zaman, macamana pelajar luar bandar mampu untuk bersaing?

That's why aku suka mencadangkan agar dikaji kaedah/pedagogi yang lebih sesuai dan adil untuk pelajar bandar dan luar bandar. Sukatan pelajaran tersebut mestilah menekankan tentang kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta boleh diamalkan dalam setiap perkara. Guru pula berperanan sebagai mentor yang memberi guideline dan tunjuk ajar tentang kemahiran berfikir tersebut dengan tidak meninggalkan aspek pendidikan sukatan pelajaran sekaligus boleh cuba untuk mengasimilasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk yang lebih kreatif.

Apa pun, tidak mustahil isu ini akan tenggelam dengan begitu sahaja dan mungkin akan timbul 4-5 tahun kemudian. Yelah, nak mulakan sesuatu yang baru bukan senang, apatah lagi ianya melibatkan ramai pihak. Kalau dilaksanakan sekalipun, mungkin 2-3 tahun pertama ini hasilnya tidak kelihatan lagi. Pada aku, sistem UPSR dan PMR sekarang ini pun tak ada masalah pun, masih boleh diteruskan. Diharapkan , jika isu ini benar2 dilaksanakan, ianya tidak merugikan seperti PPSMI dulu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...