Tuesday, June 22, 2010

KETAWA DAN SENYUM SINIS...


10 Rejab 1431 Hijriah. Alhamdulillah.... Pagi tadi telah tamatnya sesi perbentangan untuk semester pendek. Untuk semester pendek ini, ianya adalah lebih berfokuskan kepada Pembangunan Produk (Product Development).Dalam semester pendek (2 bulan) ini, sepatutnya kitaorang semua sudah membentangkan prototaip untuk dinilai tetapi kitaorang semua tak siap lagi prototaipnya, soa mana2 bahagian yang dah siap, itulah yang dibentangkan dihadapan 5 orang penilai.

Seorang daripada MDeC, seorang daripada MARA, seorang daripada Agro Bank, seorang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan dan akhir sekali daripada Fakulti Sains Komputer Sistem Maklumat. Aku tak berminat untuk bercerita tentang presentation kawan2ku yg lain just nak berkongsi pengalaman perbentangan aku sahaja untuk post yang ini.

Secara overallnya, aku rasa oklah presentation aku cuma ada 2 perkara yang aku rasa cukup terkilan dalam perbentangan kali ini. Perkara pertama adalah aku ada memberitahu bahawa aku akan membuat production wheelchair aku di negara China, dengan kata lain aku akan membuat production secara banyak2 di China, then 2 pensyarah bertitle Dr ketawa dan tersenyum sinis....nampak seperti menghina.....

Padahal apa yang aku beritahu itu adalah kata2 daripada mentor aku, Zull Design Autotronic. En.Zul yang mengajak aku berkerjasama dengannya, dia yang akan menjadi investor aku. dia yang memberitahu aku bahawa kita berdua akan membuat production secara besar2an di China kerana kosnya amat murah dinegara tersebut. So, why Dr itu perlu ketawa? Adakah Dr itu memandang rendah padaku?

Seandainya Dr itu kurang memahami apa yang aku ingin lakukan (maybe la, aku masih cuba untuk berfikiran positif), at least cubalah bertanya, kenapa awk nak ke China? Apa strategi perancangan awak? Awak ada jalinkan kerjasama dari mana2 pihak lain untuk membantu awak? Aku rasa itu sepatutnya yang ditanya oleh mereka.

Seandainya mereka itu pandai dan cerdik serta bersifat untuk membantu, mereka boleh mengutarakan cadangan kepadaku seperti awak boleh cuba jalinkan hubungan kerjasama dengan pihak industri, awak boleh cuba contact SME dan berbincang tentang perancangan awak samada apa perkara yang SME boleh sediakan, awak boleh cuba rujuk penyelia atau mana2 pihak yang sudah berpengalaman dalam hal ini untuk membantu awak dan sebagainya. itu yang sepatutnya, bukan dengan ketawa ataupun tersenyum sinis seperti menghina.

Cubalah untuk bersifat coaching, bersifat memberi guideline. Sekiranya mereka kurang arif tentang perkara ini, mereka boleh mencadangkan agar aku merujuk mana2 pihak yang tahu tentang hal ini, bukan dengan condem tanpa sebarang input untuk pelajar. Apalah salahnya pelajar mengutarakan cadangan mereka kerana kita semua ini dalam ruangan pembelajaran. Teguran yang bersifat membina dan coaching, memang amat2 aku perlukan serta hargai.

Perkara keduanya adalah tentang Rancangan Perniagaan (RP) aku. Dalam RP aku, aku nyatakan bahawa aku membuat jualan wheelchair rekaan aku + menjual spare part wheelchair + menjual manual wheelchair + beberapa aksesori yang lain, ianya mengikut pakej. Ada Dr yang mengatakan dia hanya nak RP untuk program master aku ni je. Aku bertanyakan adakah hanya fokus pada wheelchair rekaan aku sahaja dan dia menjawab ya.

Pada aku, apa salahnya aku cuba besarkan skop perniagaan aku.... Apa salahnya aku buat pakej2 mengikut kemampuan customer aku.... Aku adalah perbentang ke-4 dan kawan2ku yang lain pun ada yang buat business secara pakej2, tak pulak dia tanya sebelum ni. Malahan ada kawanku yang menawarkan pakej yang bukan daripada core business pun, tak pulak ditanya. Dalam perbentangan sebelum2 ini, aku berikan RP ini, takde pulak Dr lain komen dan inginkan RP untuk master je. Dah itu RP yang aku belajar semasa LPU4, itu jelah yang aku berikan. Kawan2ku yang lain pun turut memberikan RP yang dihasilkan semasa di LPU dulu, takde pulak dia nak minta yang lain.

Aku actually tak kisah samada nak RP yang business overall ataupun just untuk master je tapi at least beritahulah awal2 dan kenapa sebelum ini ok je? Kenapa yang kawan2ku tak pula ditanya? Aku bukannya tak boleh ditegur atau dikomen, apatah lagi untuk berdengki dengan orang lain, cuma aku rasa kurang adil permintaan itu. Kalau permintaan atau soalan yang ditanya itu ada asasnya, oklah, aku terimalah samada aku boleh jawab atau tidak, itu soal lain, cuma biarlah soalan itu dan permintaan itu adalah logik dan membina.

So, after tamat perbentangan aku itu, aku keluar dari dewan dengan hati yang agak panas. Merasakan dihina dan tidak adil. However, aku cepat disejukkan oleh supervisorku.... Dia berkata,"Diorang takde soalan nak tanya tu Mie, tak tau nak tanya apa, kalau diorang tak tanya apa2 kang, nanti nampak diorang tak buat kerja pulak, nampak tak pandai pulak diorang ni...."

Takpelah....aku jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman berguna untukku....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...