Saturday, June 5, 2010

KONVOI KE GAZA...


22 Jamadil Akhir 1431 Hijriah. Hari ini dah masuk hari ke 4 program konvoi kemanusiaan ke Gaza. Minggu ini semua orang dari seluruh dunia bercakap tentang kejadian ini. Dada2 akhbar penuh dengan berita tentang hal ini dan rentetan daripada kejadian itu, pelbagai program telah dibuat dan kemuncaknya adalah perhimpunan membantah serta mengutuk sekaligus menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika.

Aku dari hari pertama lagi memang berminat penuh mengikuti cerita ini dan oleh kerana ada rakyat Malaysia yang turut berjuang, maka makin berminatlah aku. kalau sebelum ni aku baca surat khabar online pagi dan malam sahaja tapi seminggu ni 3 kali, tambah waktu tengahari pulak. Maklumlah, takde tv, so internet yang mainkan peranan.

Kemuncak kepada kejadian ini, satu perhimpunan telah diadakan dan ianya mendapat sambutan yang hebat iaitu dalam lebih kurang 50,000 orang hadir dan hampir penuh stadium di Kelantan dengan orang2 yang melakukan solat hajat. Begitu ramai orang yang menyertai perarakan ini bagi melahirkan rasa marah terhadap Israel dan Amerika.

Syabas aku ucapkan kepada rakyat Malaysia kerana begitu prihatin tentang masalah Palestin ini. Kalaulah aku juga mampu pergi, confirm aku juga akan turut serta dalam perhimpunan itu. Tapi yelah, apakan daya, hanya doa dan solat hajat sahaja yang mampu aku berikan untuk perjuangan ini. Moga2 semua doa yang dilakukan oleh semua orang diseluruh dunia akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Ok, berbalik kepada kejadian konvoi tersebut. Tindakan tentera Israel yang menyerang kapal itu walaupun mengetahui bahawa kapal itu adalah kapal kemanusiaan dan turut diberitahu oleh sekutunya, Amerika, namun Israel tetap berdegil. Sememangnya satu tindakan yang sudah aku duga dan telah lama diberitahu dalam Al-Quran sebelum ini.

Suatu kaum yang menganggap diri mereka adalah yang mulia, terpuji dan tinggi martabatnya, mendakwa adalah anak tuhan serta amat bongkak, itulah peribadi Israel. Tak hairan pun sebab memang telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang peribadi mereka ini. Penuh dengan sifat menipu, bongkak dan sebagainya.

Aku taknaklah hurai panjang lebar tentang perkara ini sebab aku rasa pembaca blog ini pun sudah sedia maklum tentang hal ini dan mungkin lebih update lagi daripada aku. Apa pun, aku harap agar perjuangan ini tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Marilah kita sama2 mendoakan agar Allah SWT merahmati perjuangan ini. Allahu Akhbar ! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...