Tuesday, June 1, 2010

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 4 - PART 1...


17 Jamadil Akhir 1431 Hijriah. Alhamdulillah....baru-baru ini aku dan kawan2ku selesai menjalani Latihan Pembentukan Usahawan 4 di Sg.Jawi, Penang. Kursus itu dibuat selama seminggu di Institut Kemahiran MARA, Sg.Jawi. Kitaorang bertolak pukul 6.00 petang dan sampai pada pukul 4.00 pagi (lambat skit sebab banyak berhenti).

Actually, untuk LPU 4 ni adalah dikhaskan untuk peserta Sarjana Keusahawanan IT (SKIT, kitaorang la) dan Master of Science Technoprenuer (MOST dari UUM). Kitaorang just berenam dan MOST ada 8 orang yang hadir. So sesi pertama itu adalah bermula pada malam itulah, just simple introduction terhadap program seminggu ini dan matlamat akhir program ini. Dari segi kenal atau tidak antara SKIT dengan MOST, kitaorang dah pernah jumpa dah semasa LPU 1 dulu.

Modul 4 LPU ini adalah lebih kepada penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) yang fokus kepada bidang IT dan teknologi. Seperti yang pernah kitaorang join LPU 2 dulu, RP yang diajar dahulu lebih kepada perniagaan peruncitan, terbuka untuk semua, tiada elemen IT dan teknologi, so kali ini sememangnya fokus pada kami sahaja.

Hari kedua bermulalah sesi pembelajaran kami dengan dikendalikan oleh konsultant dari syarikat AKC, iaitu En.Azlan serta partnernya, Raja Sabarina. Diorang mula2 ajar tentang buat RP, bagi template dan prosesnya lebih kepada coaching. Diorang go through seorang demi seorang untuk membincangkan projek yang ingin dilaksanakan serta sedikit sebanyak memberi idea tentang business projek tu.

After that, bermulalah bab2 akaun dan cashflownya. Mulanya memang pening dan tak berapa faham la sebab benda ni agak berbeza daripada RP yang biasa aku buat sebelum ni. Pada awalnya aku kira2 dapat jumlah billion tu....tapi bila dah kecilkan skop, betul2 kenalpasti siapa dan berapa jumlah sasaran pengguna, alih2 rugi pulak pada 2 bulan pertama. Kelakar betul, hehehe....

Selama 3 hari 2 malam kitaorang berusaha untuk siapkan RP ni. Apa pun, alhamdulillah.....terima kasih kepada 2 orang pembantu itu kerana diorang banyak tolong aku. Begitu juga dengan beberapa kawanku yang turut memberikan pendapat tentang kiraan2 yang mesti dimasukkan dalam RP itu.

After kitaorang siapkan semua RP itu, kitaorang mesti buat perbentangan terhadap projek kita kerana ada wakil daripada pihak MARA dan MDEC untuk menjadi panel penilai projek kitaorang. Ok, aku rasa akan ingin ceritakan tentang kisah perbentangan tersebut pada next post dan untuk penutup post yang ini aku just nak share tentang beberapa perkaralah tentang program ini.

Pertamanya adalah dari segi makan minum serta fasiliti yang disediakan ditempat ini adalah baik. Makanannya pun best2 tapi ada satu masalah iaitu lalat. Lalat banyak dikawasan ini kerana aku difahamkan bahawa tak berapa jauh after melalui highway, ada pemeliharaan ayam, so no wonder la kan. Tempat tinggal pula, bolehlah, selesa jugaklah dgn disediakan tempat iron dan mesin basuh.

Kedai2 makanan kat area2 setempat ini pun boleh tahanlah, takdelah mhal sangat pun, cuma beza sedap tak sedap je. Itu standardlah, kat mana2 pun sama je kan. Kebetulan pada hari ketiga dan seterusnya ada program 'Juara Rakyat', so masa itu ada event dan karnivallah kat area tu tapi tak pergi pun, sibuk dengan RP.

Oklah, itu adalah bahagian untuk environment program ni. Next post aku akan ceritakan tentang perbentangan projek kitaorang semua.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...