Saturday, June 5, 2010

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN 4 - PART 2...


21 Jamadil Akhir 1431 Hijriah. Ok, untuk post yang lalu aku ceritakan tentang pengalaman menyertai LPU 4. Then untuk post kali ini pulak, seperti yang dijanjikan, aku akan menceritakan tentang projek yang dibentangkan yang mana pada pandangan aku memang best dan berpotensilah untuk dilaksanakan sekaligus boleh dikomersilkan.

Ok, projek ini bagi aku amat berpotensi untuk dilaksanakan kerana boleh dilaksanakan secara berperingkat dan ianya banyak menawarkan nilai proposisi. Projek ini dinamakan 'Virtual Skool' iaitu sebuah projek yang menjadikan pembelajaran lebih mudah dan mesra berkonsepkan perkongsian maklumat dan sumber pembelajaran. Ianya merupakan suatu platform untuk pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah, pelajar, ibubapa, guru dan juga pihak jabatan pendidikan dalam menghasilkan suasana maya pembelajaran.

Buat masa ini projek ini berfokuskan pada sekolah2 MRSM dulu. Then kalau dilihat berjaya, mungkin juga boleh diperluaskan keseluruh sekolah di Malaysia. Bayaran yang dikenakan terhadap pelajar juga adalah amat murah dan berkemungkinan pihak PIBG pun boleh sponsor. Just perlu membeli ID untuk menggunakannya dan ID tersebut boleh digunakan oleh pelajar tersebut sepanjang pengajian mereka disekolah.

Aku takkan bercerita detaillah bagaimana perjalanan dan proses projek ini sebab ianya adalah hak milik kawanku dan aku juga bimbang ideanya 'dicuri'. Setakat ini sudah banyak pihak2 yang dianggap olehnya boleh menaja projeknya tetapi setahu aku belum ada lagilah yang benar2 sudi menaja projek ini. Kenapa pula aku kata aku takut ideanya dicuri?

Ok, as a programmer(walaupun tak expert), apa yang aku tengok, projek itu mudah sahaja untuk dibangunkan. Kalau aku membangunkan projek tersebut menggunakan ASP.NET, aku rasa 1 bulan pun dah boleh siap, it's very simple projek tapi berskala besar. Dari segi hardwarenya, of course memerlukan server yang besar dan projek ini memerlukan penggunaan internet yang laju. Itu sahaja kekangan yang mungkin dihadapi oleh programmer lain jika mereka ingin bangunkan projek ini, termasuklah terhadap kawanku itu.

Memandangkan kawanku ini menggunakan PHP, aku rasa ianya mungkin agak sukar sedikit dan memerlukan masa serta tenaga programmer yang agak banyak sikitlah walaupun code nya boleh di dapati dalam internet atau dari mana2 open source. Apa pun bagi aku, projek ini tak susah tetapi disebabkan beberapa masalah duit yang melanda, projek itu terpaksa mencari penaja untuk membangunkan serta membeli hardware yang diperlukannya.

So aku harap agar kawanku itu berhati2 sikitlah apabila membentangkan projeknya sebab aku risau takut2 sewaktu dia membentangkan projeknya itu, ada programmer lain yang turut serta dan ideanya itu dicuri. Mungkin nampak agak kelakar kan isu yang aku cuba ketengahkan kali ini tapi inilah hakikatnya. Agak banyak kes2 seperti ini berlaku, so kena hati2lah sikit kan.

Ok, tamat tentang perbentangan projek best tadi. Bagi aku, projek inilah yang terbaik dalam semua perbentang. Apa pun secara overallnya, pada aku, perbentangan SKIT lebih teratur berbanding MOST dan kebanyakkan idea daripada SKIT lebih mantap serta bila sesi menjawab soalan, SKIT boleh menjawabnya dengan baik. Ada juga beberapa projek daripada MOST yang nampak seolah2 direject oleh panel penilai tapi taklah direject, seolah2 je.

Why aku cakap macam tu? Sebab ada beberapa projek yang semasa sesi soal jawab, diorang takleh nak jawab dan soalan itu adalah lebih kepada teknikal serta business. Ini kerana kebanyakkan projek mereka adalah berkonsepkan 'kehendak' dan bukan kepada 'keperluan'. Beza antara kehendak dengan keperluan adalah jika kehendak, boleh jadi orang akan membeli atau tidak membeli kerana ianya tak penting serta menurut nafsa sahaja sedangkan keperluan ini adalah wajib, jika tiada maka tak boleh.

Ibaratnya macam inilah, kalau di Malaysia, antara ubat Panadol dengan pil vitamin C, orang akan lebih memilih ubat Panadol kerana ianya adalah keperluan sewaktu sakit/demam sedangkan pil vitamin C ini, tak ada pun takpe, kita still lagi boleh makan buah untuk mendapatkan vitamin C tersebut.

Apa pun, bagi aku, kita tak boleh mengatakan idea itu baik atau buruk. Mungkin pada sesetengah orang idea itu tak boleh pakai tapi sesetengah orang, idea itu adalah genius. Mungkin di Malaysia idea itu buruk tapi dinegara lain mungkin idea itu boleh menjana banyak duit.

So, aku rasa cukuplah setakat ini sahajalah untuk post kali ini. Apa2 pun aku happy dapat menyertai kursus LPU kali ini, banyak pengalaman yang aku perolehi. Harap next time boleh jumpa kawan2 dari MOST lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...