Thursday, July 1, 2010

DORAEMON...


19 Rejab 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku nak bercerita tentang Doraemon. Kenapa, tak percaya ke aku nak bercerita tentang Doraemon ni? Siapa yang tak pernah baca komik Doraemon? Siapa yang tak pernah tengok anime Doraemon? Siapa yang tak pernah beli hadiah Doraemon? So, aku percaya bahawa karya Fujiko.F.Fujio yang telah muncul sejak 20 tahun lalu begitu sinonim dengan jiwa rakyat Malaysia termasuk diri aku sendiri.

Aku sejak kecil lagi memang meminati karya2 2 orang F itu (Fujiko dan Fujio). Dulu aku sukakan Doraemon sebab ianya menarik, lucu dan boleh menghiburkan jiwa. Sampai sekarang ini pun aku masih lagi menonton dan membeli buku Doraemon, cuma apa yang berbeza antara dulu dengan sekarang adalah perspektif aku terhadap Doraemon.

Yelah, dulu aku just baca untuk keseronokan tetapi sekarang aku lebih kepada mengkagumi akan idea2nya yang "gila", kreatif dan inovatif. Kenapa gilam kreatif dan inovatif? Kerana Doraemon telah melangkaui imaginasi ramai orang dengan produk/alatan yang dipamerkan pada setiap episod. Produknya memang gila, tidak masuk akal dan sebagainya tapi sekarang, produk itulah yang telah dihasilkan sekarang ini. Dunia hari ini mencipta alatan yang telah terdapat dalam kartun Doraemon. Disini aku ingin kongsikan 3 kisah tersebut.

Kes pertama adalah akhbar (Kosmo,2 Julai)hari ini melaporkan Amerika Syarikat telah berjaya mencipta kertas menjadi 'Pesawat'. Kes kedua adalah simulator untuk latihan penggunaan helikopter, kereta dan kenderaan lain. Kes terakhir adalah semburan ubat berteknologi Nano untuk merangsang nafsu seks.

Ok, untuk kes pertama, dalam buku Doraemon bil 22 edisi terbaru, under tajuk "Mesin Memproses Jentera", ideanya adalah menukarkan kertas menjadi kenderaan/peralatan perang. Dalam buku ini, ianya menunjukkan bagaimana Doraemon memasukkan kertas (yang mempunyai rekaan kapal perang) dan diproses seterusnya mengeluarkan kapal perang yang benar. Dalam kes ini, ideanya adalah menukarkan 'kertas kepada peralatan perang'. Hari ini terbukti dengan ciptaan saintis Amerika dengan membuat pesawat daripada kertas.

Kes kedua pula adalah simulator latihan penggunaan helikopter, kereta dan pelbagai kenderaan lain. Dalam buku yang sama ada tajuk "Model Kereta Lumba Kawalan Jauh" yang mempunyai simulator berskrin melengkung separa bulatan. Simulator dengan skrin melengkung tersebut sama seperti semasa aku lihat dalam membuat lawatan ke Ikramatic Sdn.Bhd, iaitu syarikat yang membuat simulator helikopter untuk PDRM. Siap dengan hidrauliknya, memang sama dengan konsep dalam buku Doraemon ini.

Begitu juga dengan kes semburan ubat untuk merangsang seks. Aku tak berniat untuk perkara lucah, just nak beritahu bahawa sekarang ini, melalui semburan cecair sahaja, boleh mengubah sifat/sikap samada luaran atau dalaman. Dalam Doraemon, ada cecair semburan yang bila kita semburkan pasa si A, A akan menjadi marah, nafsu amarahnya meningkat. Sama konsepnya dengan ubat semburan perangsang seks ini.

Semasa Pesta Konvo ke-44 UTM dulu, ada orang yang menjual ubat perangsang seks tersebut untuk suami isteri. Menggunakan teknologi Nano (kalau tak tau tentang teknologi Nano, taip kat Google under Nano Technology), just semburkan kedalam mulut (macam orang menyembur ubat asma, dengan mulut terbuka), ubat tersebut akan meresap melalui lidah seterusnya masuk ke saluran darah untuk merangsang kita. So,konsepnya sama sahaja, 'sembur ke mulut dan boleh mengubah emosi/sikap kita'.

Teknologi dulu mungkin tidak mampu merealisasikan apa yang diilhamkan tetapi hanya mampu mengeluarkan idea sahaja. Hari ini teknologi yang dicapai (teknologi Nano lah, Bio lah, kejuruteraanlah, perkomputeran dan sebagainya), boleh menjadikan idea itu satu realiti. Banyak produk2 hari ini yang boleh dihasilkan dengan teknologi terkini dengan menggunakan idea/konsep yang terdahulu.

Seandainya Fujiko dan Fujio itu masih hidup hari ini dan mendaftarkan idea mereka dalam bentuk IP/ patent, aku rasa tentu mereka amat kaya. Hasil produk komik, animasi dan barang mainan telah berjaya mengkayakan mereka, apatah lagi jika kesemua idea mereka itu di daftarkan. Ini bermakna setiap idea itu didaftarkan (idea/konsep boleh didaftarkan sebagai hakmilik kita walaupun tiada produk yang dihasilkan lagi).

Kes yang sama berlaku pada Facebook (FB) yang terpaksa membayar beberapa jumlah wang kepada Friendster (FS) kerana FB didakwa meniru idea dan beberapa ciri2 FS walaupun FS tidak melaksanakan ideanya itu. Oklah, aku bukannya nak bercakap tentang FB ataupun FS pun tapi tentang Doraemon.

So, aku rasa, kalaulah kita semua ini mempunyai idea, bersifat kreatif dan inovatif, jadikanlah idea tersebut sebagai suatu realiiti. Doraemon yang aku minati serba sedikit telahmengajar bagaimana untuk berfikir secara kreatif, berfikir secara diluar kotak. Biarlah kita dipanggil gila ataupun tidak siuman asalkan apa yang kita lakukan itu boleh membawa manfaat kepada kita dan masyarakat, itu sudah mencukupi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...