Saturday, July 3, 2010

DOWNLOAD MOVIE...


21 Rejab 1431 Hijriah. Hari ini entahlah nak kata apa, ada sedikit tak puas hati dan rasa gembira pun ada. Semuanya bercampur baur. Semuanya gara2 perangai aku yang suka download movie dan sikap aku ini ditegur oleh seorang pensyarahku. Aku ada sedikit rasa tidak berpuas hati atas tegurannya di dalam Facebook (FB) itu, aku agak malu kerana aku dikatakan against the regulation. Aku gembira kerana ada pensyarah yang sudi menegurku ketika aku leka dalam mendownload2 movie ini.


Rajah1: Komen di FB aku


Aku actually ingin memberi penjelasan tentang perkara ini. Mungkin ada sesetengah pembaca semua menganggap aku ini terlalu emosi, tak boleh ditegur dan sebagainya tapi terpulanglah.... Bagi aku after penjelasan aku ini, harap aku akan lebih bertenang dan dapat rileks lagilah....

Firstly, ada beberapa perkara yang ingin aku perjelaskan terutamanya atas apa yang dibangkitkan. Untuk kos elektrik, aku sekarang ini stay kat kolej lagi, aku ada semester pendek. So, aku ada membayar yuran kolej. Dalam yuran tersebut dah termasuklah kos elektrik, so tak perlu bimbang lagilah. Aku menggunakan Wimax kepunyaan roomateku sekarang ini. So, aku tak menggunakan perkhidmatan wifi UTM. Dari segi masa pula, tak ada masalah, sekali aku klik, proses download terus berjalan and at the same time, aku boleh buat kerja2 lain.

Mungkin orang lain atau pensyarahku itu tidak perasan bahawa dikolejku tiada TV. Aku juga tidak membeli surat khabar. Cafe kolejku tutup kerana cuti semester. Internetlah segala2 sumber bagiku. Aku makan setiap hari adalah dengan bantuan kawan yang tolong belikan. Sekiranya aku ingin keluar, agak jarang untuk mempunyai peluang seperti itu. Aku tidak boleh membonceng motor seperti orang lain. So,kalau aku nak keluar berjalan2, pergi shopping, tengok wayang, aku mesti mempunyai kawan yang boleh membantu. Kawan itu pula mestilah berkereta. Berapa keratlah kawanku yang berkereta.... itupun jika mereka free....

Aku tidak menggunakan internet wifi UTM sudah lama, tak silap aku dah lebih setahun aku tak gunakannya. Modem wifi UTM di kolejku sudah lama tak berfungsi. Aku buat 2-4 kali report kepada pihak kolej, still tidak ada tindakan, sampaikan aku pun malas nak buat report lagi. So, after that aku pakai Broadband Celcom yang aku bayar sendiri. Kawanku pula membeli Wimax, so aku pakai Wimax. Aku terpaksa mengeluarkan duit tambahan untuk mendapatkan internet walaupun aku sepatutnya memperolehi perkhidmatan tersebut secara percuma kerana aku bayar yuran pengajian dan yuran kolej, kos internet dah termasuk didalamnya, tapi aku tak dapat....

Aku juga tidak pernah menggunakan perkhidmatan bas UTM. Sejak Diploma lagi sehingga Master, aku tak pernah gunakan perkhidmatan bas UTM untuk ke kelas. Bukan taknak guna tapi susah, mesti ada kawan yang mengangkat kerusi rodaku naik dan turun. Dalam yuran, dah termasuk kos pengangkutan bas tersebut. Dulu aku ada bertanya kepada Bendahari, boleh ke aku claim yuran bahagian tersebut, tak boleh jawabnya. So, aku membayar kepada UTM secara percuma untuk perkhidmatan bas selama 5 tahun.

Kalau ingin dikira dari segi penyalahgunaan sumber/fasiliti universiti, siapa yang berhutang sekarang? Aku berhutang dengan universiti ataupun pihak universiti yang berhutang dengan aku? Aku yang menyalahi peraturan atau universiti yang menyalahi peraturan? Seandainya aku aku dikatakan menyalahi peraturan kerana mendownload movie, aku bukannya gunakan perkhidmatan wifi UTM. Akuu bayar tetapi tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Kalau aku download menggunakan wifi UTM itu, bolehlah jugak mengatakan aku menyalahi peraturan.

Kalau dikira dari kos elektrik pulak, aku membayar yuran kolej setiap semester. Aku juga di didik dengan sifat usahawan. Mana yang lebih murah dan mudah untuk aku dapatkan, itulah sepatutnya aku rebut. Kalau aku nak beli kat luar, aku mesti ada kawan yang boleh membantu, kawanku itu pula mesti ada kereta. Bila dah tumpangnya, takkanlah aku nak naik free, at least aku hulur duit minyak kan.

Pensyarah aku itu mengatakan cost DVD adalah RM 4 je. Setahu aku, kat area2 Taman U ni, satu DVD movie RM 10 (pirate) dan originalnya adalah RM 29.90 keatas. Aku tak taulah kat mana dia katakan RM 4 tu, so far aku tak pernah lagilah. Then kalau mengatakan aku ini unethical kerana download secara haram, pensyarahku itu tak pernah beli ke DVD pirate? Macamana dia tahu costnya RM4 kalau tak pernah beli yang pirate tu? Kalau aku dikatakan unethical kerana download movie haram, pensyarahku itu macamana?

Kalau aku sebagai pelajar dikatakan tidak beretika kerana menghabiskan masa dengan perkara2 download ini, bagaimana pula dengan pensyarah2 yang main FB sewaktu office hour? Bagaimana dengan pensyarah yang ber'chatting' sewaktu office hour? Aku pun pernah beberapa kali chatting dengan pensyarahku sewaktu office hour dan perbualan kami tidak berkaitan dengan pelajaran pun. Aku tahu bahawa waktu kerja pensyarah adalah bersifat dinamik, tetapi sewaktu daripada office hour 8-5, universiti tidak membayar gaji pensyarah untuk berFB.

Dari segi pengajianku pula, so far, alhamdulillah...program Master aku berjalan dengan baik dan lancar. Next week, aku dengan penyelaras serta penyeliaku akan ke Rawang untuk berbincang dengan mentor aku, Zull Design tentang projek aku itu. Kalau aku dikatakan membuang masa, takkanlah aku nak study 24 hours. Aku tak ada TV, juga tidak ada surat khabar dan internetlah segala2nya dikolej ini, salah ke aku ingin menonton movie sebagai entertaiment aku? Pensyarahku ada TV kat rumah, boleh beli suratkhabar dan boleh beli DVD anytime and anywhere. Aku?

Seandainya pensyarahku itu menegur dengan mengatakan kurangkanlah sikit aktiviti download2 ni, fokus skit study tu, aku amat gembira dan terbuka hati untuk menerima teguran tersebut. Nasihat secara bergurau pun ok bagi aku, aku tak kisah tapi untuk ini pensyarahku bukan bergurau.

So pada aku, sebelum kita menasihati orang itu, cubalah fikirkan sejenak, kenapa orang itu buat macam tu, kenapa orang itu buat macam ni, cuba untuk berada dalam situasi orang itu, barulah nasihat/komen kita itu berasas dan tidak menguris hati sesiapapun. At least kita dah cuba untuk memahami situasi yang sebenar sebelum kita nasihat/komen kerana mungkin tanpa kita sedari, nasihat/komen itu boleh mengaibkan orang lain.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...