Thursday, July 22, 2010

JODOH OKU...


9 Syaaban 1431 Hijriah. sambil2 aku tengah melayari internet, aku teringat tentang suatu persoalan yang agak banyak diutarakan kepadaku. Sejak daripada zaman sekolah menengah lagi soalan2 seperti ini ditanya. Bila dah masuk universiti pun, ada lagi kawan2ku yang bertanya. Aku tahu bahawa diorang just nak tahu sahaja then aku pun takde masalah pun.

Soalan itu adalah melibatkan jodoh aku. Ada orang bertanyakan adakah aku ingin berkahwin dengan perempuan OKU juga? Aku ada kenal mana2 perempuan OKU tak? Itu antara persoalan yang famous jugak la dulu. Mereka berpendapat bahawa lelaki OKU mesti ingin berkahwin dengan perempuan OKU. Mereka berpendapat perempuan OKU mesti memilih jodoh dengan lelaki OKU juga. Mungkin juga ada sesetengahnya berpendapat bahawa OKU tidak layak/ kurang sesuai digandingkan dengan orang normal.

Sometimes aku terfikir juga, sampai begitu persepsi masyarakat terhadap golongan OKU. Daripada soal pendidikan, environment sehinggalah soal jodoh, mereka ini begitu steptikal terhadap OKU. So, bila berhadapan dengan soalan seperti ini, aku mudah je jawab, 'aku tak layak ke kahwin dengan perempuan normal?'

Aku pun ada citarasa tersendiri. Aku pun ada pilihan dan ciri2 wanita idaman aku tersendiri. Begitu juga dengan OKU lain. Golongan seperti aku ini still dianugerahkan hati dan perasaan untuk memiliki sesuatu yang diinginkan. Golongan seperti aku ini still diberikan akal untuk memilih yang mana permata yang mana kaca.

Persepsi masyarakat mengatakan bahawa lelaki OKU mesti pilih perempuan OKU dan sebaliknya. Jika lelaki itu berkelayakkan, ada ciri2 yang diingini oleh wanita lain (seperti baik agamanya, baik akhlaknya dan mungkin juga berduit), apa salahnya dia berkahwin dengan perempuan normal dan cantik? Kalau dah kedua2nya setuju, suka sama suka, why not kahwin je kan ?

Begitu juga dengan perempuan OKU. Mungkin dia OKU tetapi dia memiliki ciri2 idaman lelaki normal (seperti baik agamanya, cantik, baik akhlaknya dan sebagainya), of course boleh berkahwin lelaki normal yang cintakannya. Apa masalahnya kan? Kalau dah jodoh, takkan kemananya, kalau dah cinta dan sayang, bahagia jugak rumah tangga.

Pada aku, tentang jodoh ni, aku bukannya nak demand pun, yelah pada pendapat aku perkahwinan itu mungkin sekali seumur hidup dan pilihan itu akan menjadi teman aku seumur hayatku. Asalkan baik agamanya (perkara ini boleh dididik lagi), sedap dipandang mata (dengan kata lain cantik la) dan mencintai aku seadanya serta diterima oleh ayahku. That's all. Kalau berharta, itu mungkin bonus untuk aku la agaknya, lagi baik kan. Oh, ye, aku nak perempuan yang normal.

Seandainya aku berjaya suatu hari nanti, salahkah aku berkahwin dengan perempuan seperti itu? Ada dalam hukumkah bahawa lelaki OKU mesti kahwin dengan perempuan OKU? Ada dalam hukumkah bahawa perempuan OKU mesti kahwin dengan lelaki OKU? Then sometimes perempuan OKU pun tidak semestinya tiada pilihan dalam memilih pasangan hidup mereka.

Jangan fikir bahawa perempuan OKU patut menyerah segala2nya tentang perkahwinan mentang2lah dia OKU. Perempuan OKU yang mungkin kurang elok rupa paras berhak juga untuk memilih. Dia juga ada hati, perasaan dan keinginan untuk mendapatkan yang terbaik untuk dirinya. kalaulah perempuan OKU itu cantik menawan dan sifat kurang upayanya sedikit sahaja, aku rasa mesti berebut2 lelaki normal menjadikannya isteri. Kalau tahap kurang upayanya agak teruk, langsung takde yang nak memilihnya.

Aku faham bahawa kita sebagai manusia terutamanya lelaki sudah menjadi fitrah untuk memilih yang baik2 dan cantik2 belaka. Aku juga tak terkecuali. persoalan samada layak atau tidak, tiada siapa yang boleh tentukan. Kalau dah jodoh, kahwin jelah. Aku pun, kalaulah dah jodoh aku suatu hari nanti dengan perempuan OKU, aku redha. Mungkin itu yang terbaik untukku.

Apa pun, sekarang ini aku tengok masyarakat semakin open minded. Ada juga beberapa OKU yang aku kenal berkahwin dengan orang yang normal. Begitu juga dengan apa yang aku baca dalam akhbar bahawa ada perkahwinan antara OKU dengan orang normal, malahan meriah pulak majlis tu.

So, aku harap after this, aku akan jumpa dengan pasangan yang aku idam2kan. Aku dah berumur 25, dah tua dah. So, kena cari cepat2 ni....



15 comments:

  1. tersentuh hati saya baca blog ni..saya pon OKU jugak..terfikir jugak pasal benda ni.. saya umur 20 tahun.. dah tua jugak ni..haha.. terima kasih bnyk kerana menaikkan semangat saya semula..semoga saudara dapat ketemu jodoh yg diidami..kita sama2 doakan agar dapat jodoh yg sempurna sifat dan akhlak yg bagus..

    ReplyDelete
  2. betul tuu...saya setuju dengan en...xsemesti nye perempuan oku berkahwin dengan lelaki oku...saya pun oku jugak...tapi saya masih muda lagi la..19...hehe selalu saya dengar soalan-soalan yang en cakapkan tadi...saya pun pernah di tanya jugak...mula2 saya hanya berdiam dengan soalan merka itu..tapi sudah sering kali bertanya,dan pantas ku menjawab...salah ke oku macam saya bercinta dengan lelaki normal...??mereka hany berdiam seolah2 tidak puas hati...saya ada kenal lelaki ciri lelaki idaman...tapi dia normal,ada jugak kawan2 perempuan saya mintak nak kan dia..bukan hanya kawan2 sahaja tapi kakak saya pun bercakap camtu...kakak saya ada nasihat kan saya carilah lelaki oku...biar elok orang memandang...katanye...salah ke saya mencintainya,dan tak layak ke saya mendekatinye...??

    ReplyDelete
  3. salam...tersentuh hati sy membaca artikel anda..sy berumur 25 tahu sama seperti anda juga..saya juga OKU..pada mula nya sy normal..hinggalah selepas sy berusia 21 sy mengalami mslah penglihatan,,dr sahkn mata sy menghidapi penyakit gloucoma,,sy ada keinginan untuk berkhwin tapi sy sedih sbb sy xmampu nk jd laki yg bertanggunjawab jika khwin..sy xda semangat nk berkahwin..bila semua ney berlaku...sy putus cinta..dan mcm2 lagi..mungkin ada hikmah di sebalik smua ini..sy pun mengharap jodoh dari AllAH..

    ReplyDelete
  4. Betul..saya juga seorang normal yang sedang bercinta dengan seorang oku.. bagi sy hidup kita telah ditetapkan.. Ade kekurangan dan kelebihan.. Tapi apa pon yg blaku.. kte prlu bsyukur.. Yakin allah akn menolong kte nti.. Dan sy berpendapat oku kekurangan dr fizikal shj tp iye ade klebihan sndri..

    ReplyDelete
  5. saya seorang yang normal dan sukakan seorang lelaki oku...dia tak tahu pun saya suka kat dia...tapi rasanya saya hanya bertepuk sebelah tangan ...namun sehingga kini saya masih mengharapkannya...

    ReplyDelete
  6. Salam.
    tuan blog masih aktif blog' ke?
    Semoga dimudahkan setiap urusan.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam..sy slh seorg perempuan yg bcinta dgn llaki oku. Pada mulanya si dia adlah seorg llaki normal sehingga lh mengalami kmalgan dan menyebabkan si dia lumpuh sebelah tgn. Alhamdulillah tiada apa yg beza sama ada oku atau pun tidak. Ini semua ketentuan Ilahi. Tiada manusia yg sempurna di dunia ini.. terimalah seadanya diri dia..

    ReplyDelete
  8. Salam..sy slh seorg perempuan yg bcinta dgn llaki oku. Pada mulanya si dia adlah seorg llaki normal sehingga lh mengalami kmalgan dan menyebabkan si dia lumpuh sebelah tgn. Alhamdulillah tiada apa yg beza sama ada oku atau pun tidak. Ini semua ketentuan Ilahi. Tiada manusia yg sempurna di dunia ini.. terimalah seadanya diri dia..

    ReplyDelete
  9. As Salam..seakan hati memahami..seakan rasa mampu turut merasai..namun tercalit sedikit perasaan takut.. sy normal..Alhamdulillah, sihat dan sempurna segala sifat dan rupa..juz pernah terfikir andai jodoh dgn oku, mampu kah diriku? ade nasihat x untuk sy..hehe.. sekadar bertanya.. =)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum... sy pown mempunyai kekasih hati oku. pada mula nyer die xdpt menerima sy atas dasar die oku dan die tidak mampu membahagiakn sy. tetapi Alhamdulillah sikit demi sedikit die telah membuka pintu hati nya utk sy.. die oku pown sbb kemlangan mse kecil.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikom. Aku terlibat dlm kemalangan sejak usia remaja yg mengakibatkan maya ku menjadi kabur namun dlm keperitam itu seribu nikmat dikurniakan Allah hingga ke saat ini dimana usiaku menjangkau 60an. Menjalani liku liku hidup bersama insan senasib juga berjuang menahan kesabaran dan kehinaan dkm masyarakat normal. cemohan ejekan sindiran
    ditelan mungkin sepanjang hayat. Permulaan berkasih dengan OKU yapi akhirnya ditolak krluarga yg terus membujang hingga kesaat ini dan aku menemui insan normal yg ketelanjuran dlm percintaannya. aku terima seadanya supaya keliargaku senang dedngan jodoh itu banub jauh disudut hati hancurnya xterkata. Allhamdullillah aku redza kurniaan Jodohku. Hari ini aku keseorangan apabila isteriku kembali kerahmatullah beberapa bulan lalu. Adakah aku mampu untuk melangkah terus hingga ke ujung hayat?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..sy juga wanita yg sedang bercinta dgn lelaki oku.sebelum ini dia lelaki normal,slps kemalangan beliau lumpuh dari bahu hingga ke kaki.kami mula mengenali semasa di hospital.Pada masa itu saya menjadi jururawat pelatih di hospital tersebut.mulanya dia tak layan sy.sebab dia sedar,bahawa dia nya oku.tapi sy tak berputus asa dan cuba pelbagai cara utk bercakap dan berkawan dgnnya.slps 1 minggu itu jadual kerja pon bertukar dan sy ditukarkan ke wad kanak2.bila sampai waktu rehat,setiap hari sy akan dtg melawat dia.sampai kena marah dgn CI (clinical instractor\ pensyarah).sy cuba rapatkan diri dgn ahli keluarganya.mula2 penerimaan kakak dan adiknya agak teruk,mereka menasihatkan sy supaya tidak meneruskan niat sy utk berkawan dgn dia.tapi sy ni degil.tetap nak teruskan juga.bila diingatkan semula memang kelakar waktu itu.sy tak pernah segila itu utk mendapatkan cinta,tapi tak tahu kenapa dgn dia sy sanggup harungi pelbagai cabaran,halangan,cemuhan dari org sekeliling,dgn kwn2 pon hilang entah ke mana.setelah beberapa tahun,baru lah pintu hatinya terbuka utk menerima sy. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah,dan kami pon bercinta hingga kini.sy pernah tanya ayah boleh tak kami berkahwin..tapi ayah tak izinkan.apa yg kami boleh buat..redha dan tawakal kpd Allah. 😔

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Asalamualaikum.sebenarnya saya nak kahwin.tapi tak ada jodoh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...