Thursday, July 22, 2010

PROGRAM AZIZAN OSMAN - PART1...


10 Syaaban 1431 Hijriah. Hari ini di UTM sepatutnya ada berlangsung Program Rahsia Tarikh Lahir bersama penceramahnya Dr.Azizan Osman. Kalau korang semua biasa tengok kat akhbar2, kan dia sekarang ini tengah naik famous. Actually program ini adalah program kawan sekelasku, then dulu aku pun join jugak dalam usaha untuk menjayakan program ini dulu tapi aku tak aktif sangat la.

Dr. Azizan Osman sekarang ini charge RM 35/seorang untuk menyertai program ini. Dulu sewaktu aku dan seorang lagi kawanku deal dengannya, dia mintak RM 15k untuk 1 jam. Mahal giler, Dr.Fadilah Kamsah pun RM8k sehari, dia letak RM15k tu. So masa tu aku cadangkan agar cari orang lain sahajalah untuk penceramahnya then aku dah tak aktif dah. Dua minggu lepas, aku dengar Dr.Azizan ni charge by head, RM 35 per head. So, pada aku okla, boleh tahan lagi la.

Sehari sebelum program, ada banyak di Facebook tentang Dr.Azizan ni. Ada seorang senior lecturer kononnya mempertikaikan keaslian title 'Dr' terhadap Dr.Azizan. Dengan mengemukakan beberapa bukti penemuannya, aku berpendapat mungkin ada benarnya jugalah kata2 lecturer tu, cuma better kalau ada bukti2 lain lagi diperlukan. So, lecturer tu pun mempertikaikanlah, kenapa membenarkan Dr.Azizan ini buat program dan bagi talk kat UTM?

Turut menjadi sembang hangat dalam FB adalah penipuan Dr.Azizan, soal certification, kandungan talk tersebut dan bayarannya. So, aku pun ajda jugaklah menyampuk sikit dan bagi komen tentang isu2 yang dipertikaikan tu.

Isu pertama adalah tentang certification. Senior lecturer tu mengatakan layakkah Dr.Azizan bagi talk kat UTM? Pada aku kalau senior lecturer tu concern tentang penipuan, yes, aku setuju. Dengan kata lain, dia tidak layak kerana menipu tapi kalau senior lecturer tu kata sebab tiada certification PhD, aku rasa tak elok kita berkata seperti itu. Adakah kelayakan PhD semata2 dinilai untuk membolehkan seseorang itu boleh bagi talk di UTM ni? Bagaimana dengan orang yang dikatakan berjaya tanpa PhD?

Contoh paling mudah adalah Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhary. Beliau tiada PhD, so adakah beliau tidak layak? Beliau seorang yang berjaya dan diiktiraf oleh Malaysia tetapi tiada PhD pun. Begitu juga dengan Zull Design. Zull Design tiada PhD, lulusan IKM tetapi telah banyak memcipta nama dengan ciptaan2 inovatifnya sehinggakan diberi jolokan 'McGuyver Malaysia'. So, adakah orang seperti Zull Design ini pun tidak layak? Para Dr yang ada PhD sekali pun belum tentu lagi boleh diiktiraf sebagai individu yang berjaya. Mereka ini mungkin pandai tetapi belum tentu cerdik. Tapi bila aku sebut macam tu, nanti ada yang marah pulak. Susah betul...

Isu kedua adalah contentnya. Pada aku, kita kena check juga apa content talk tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa ilmu rahsia tarikh lahir ini, tak elok, tak baik, boleh membawa syirik, dan sebagainya. Program ini dipropose oleh kawanku dan ianya sudah diluluskan oleh pihak pentadbiran. So, pada aku pihak pentadbiran mesti check dahulu apa content yang ingin disampaikan olehnya. Jika contentnya itu didapati kurang sesuai, cadangkanlah penceramah lain yang lebih berwibawa. So, untuk content, aku rasa ingin huraikan dalam satu post lain, baru clear sikit.

Apabila kelulusan telah diberikan, of course kawanku itu telah menjemput Dr.Azizan tadi. Then disebabkan tersebarnya artikel di FB tadi, pihak UTM telah 'hold' dulu program tersebut. So, aku tak berapa pasti adakah program tersebut masih berjalan ataupun macamana, aku tak pasti tentang statusnya. Aku tahu bahawa pihak UTM mempunyai kuasa untuk membatalkan/menangguhkan program secara tiba2 tetapi ini melibatkan pihak luar. Apabila melibatkan pihak luar, kita mesti memikirkan tentang tanggapan masyarakat terhadap nama baik universiti.

Senior lecturer tadi mungkin niatnya baik, untuk menyedarkan pelajar bahawa Dr.Azizan itu mungkin menipu terhadap PhD nya tetapi bila dah dijemput, agak susah untuk dibatalkan secara tiba2. Takpelah, mungkin ini semua boleh menjadi pengajaran terhadap semua pihak agar selepas ini lebih berhati2 dan check dahulu latar belakang penceramah yang ingin dijemput itu. Program yang dah diatur ini biarlah berjalan dahulu, next time kalau ada proposal terhadap Dr.Azizan ini, barulah pihak universiti menolaknya.

Soal ketiga adalah saman. Seandainya program ini dibatalkan atas sebab penipuan seperti yang didakwa oleh senior lecturer tu, ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama adalah, jika benar Dr.Azizan itu penipu, seorang yang membeli PhD nya, its ok. Tiada kesan sampingan pada pihak universiti. Kemungkinan kedua adalah, program ini dibatalkan atas faktor penipuan then tiba2 segala dakwaan itu adalah tidak benar. Dengan kata lain Dr.Azizan itu sememangnya seorang yang memperolehi PhD melalui cara yang benar, dia boleh menyaman pihak universiti.

Dia boleh menyaman senior lecturer dan pihak universiti atas dasar saman malu. Dia telah dimalukan kerana kononnya PhD nya itu adalah dibeli. Untuk kes saman malu, ianya unlimited amount, mungkin berjuta2 ringgit. Itupun kalau dia terbukti benar2 pelajar PhD dan sijilnya itu terbukti benar dan sahih serta diperolehi melalui jalan yang betul. Jika tidak, menanggung rugilah pihak universiti.

Aku pun entahlah nak kata apa, takde idea untuk berkata2 tentang perkara ini. Apa yang aku boleh katakan, just seperti kat atas itulah then terpulanglah kepada pihak yang terbabit untuk menyelesaikan perkara ini. Harap ianya berakhir dengan baik dan tanpa sebarang masalah...



25 comments:

  1. nih....layan youtube pasal Dr. Azizan.....

    http://www.youtube.com/watch?v=-UgIdO8WMaU
    http://www.youtube.com/watch?v=3eJleB0rtS8

    baca plak sini...
    http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/32242
    http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/21470

    semoga kita jelas tentang perkara nih... :)

    ReplyDelete
  2. ko salah paham tu. dia tak layak bg talk sebab phd nya palsu. satu penghinaan kepada genuine phd holder. kalau betul dia ada ilmu power utk motivate orang, tak yah pakai phd tipu tu lah. ni tak, guna title dr tu untuk melakukan bisnes, nampak gah dsb. kalau dia bagus, tak yah pakai phd tu pun org akan kata bagus.

    ReplyDelete
  3. kalau ko baca betul-betul surat senior lecturer tu dan ikut betul betul kaedah bagaimana dia menyemak ijazah phd azizan tu, ko akan setuju dengan senior lecturer tu. Ini sama kes dengan ke "Dr" Fazli yg akhirnya mengaku cara dia dapat phd tu salah. Kes anak Chef Wan tu dulu pun boleh dikategorikan sama spt ini iaitu tipu kelayakan.

    ReplyDelete
  4. Individu-individu yang dinayatakan sebagai contoh diatas tidak meletakkan Dr. di pangkal nama dia orang & tak pernah claim ada PhD... Org lain bersusah payah, menangis, berkorban keluarga, siang dan malam untuk PhD, tiba2 ada org lain yang claim ada PhD (wal hal palsu), mestilah genuine PhD holder marah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sgt setuju, sy ade kawan2 yg buat phd, mmg betul keluarga, masa, duit.. mmg menangis,stress sungguh, susahnya Allah yg tahu utk dpt PhD. kalau dpt siap dlm masa 3 tahun, dikira kecemerlangan yg amat besar. ini pulak Phd tipu "metaphysics" boleh siap dlm masa 4-12 bulan je, online pulak tu. SPM pun ambik masa 2 tahun , inikan pulak PhD. mungkin niat dia baik, tp penipu bagi nasihat, kita nk percaya ke?

      Delete
  5. Kalau tak ada kelayakan, janganlah tipu. Sekali menipu orang susah orang nak percaya lagi. Ambil moral cerita pengembala kambing. Kita sejak tadika lagi dah diajar, jangan menipu. Berkata benar walaupun pahit.

    ReplyDelete
  6. Sedih saya tengok orang Melayu sekarang :(
    Niat dia nak tolong orang Melayu bukan menjatuhkan orang melayu.
    Kalau tak puas hati, call MQA ataupun pihak berkuasa untuk pergi berjumpa dia dan semak sijil dia.
    Bukan nya mengumpat, ingatlah.
    Di padang Mahsyar nanti, pahala akan dihitung bila dihitung kenapa pahala kita sedikit walaupun semua amalan kita telah buat banyak sekali?
    Rupa-rupanya pahala kita kering adalah sebab MENGUMPAT
    Janganlah mengumpat. Pergi melapor pihak berkuasa sekarang juga.
    Dan jauhilah mengumpat.

    Tolong orang Melayu, bukan menjatuhkan orang Melayu.
    Tolong lah Islam, bukan menjatuhkan hamba Allah wa zal jala.

    Ingat. Semoga anda kaya, dirahmati Allah dan berjaya.

    ReplyDelete
  7. Gemok penipu! Cibai punya azizan

    ReplyDelete

  8. kelayakan x penting bro, yg penting ilmu yg dia dpt tu dpt memberi manfaat kpd org ramai.. cth mcm bill gates, dia xde pape, tp ilmu dia tu blh digunakan utk org ramai, so, kite hidup nie, xblh la nak pentingkan sgt pangkat, jawatan dll, yg penting niat dia nak ajar org ke arah kebaikan tu ada, klau korang perlekehkan org mcm nie, ape korang dpt, dpt dosa je..

    ReplyDelete
  9. Ko leh beza tak bill gates dgn azizan ni?...bill gates tu xde pape mmg lah tp at least dia tak menipu!

    ReplyDelete
  10. Bill Gates takde plak letak Dr kat pangkal nama

    ReplyDelete
  11. "Dr." Azizan tolong orang Melayu? "Dr." Azizan ni penipu, itu sahaja. "Dr." Azizan bukan nak tolong orang Melayu, "Dr." Azizan nak tolong "Dr." Azizan.

    ReplyDelete
  12. Bila mana kita lihat seseorang penceramah itu petah dan pandai berkata2, maka begitu mudah kita akan percaya kredibiliti si penceramah. Apa perlu membeli ijazah palsu dan menggunakan gelaran doktor di pangkal nama? Maaf pada saya "Dr" Azizan ini seorang yg tidak punya keyakinan diri. Saya tidak sangkal kebolehannya menarik perhatian audien tetapi tidak perlu membeli ijazah palsu (sudah pasti utk menaikkan imej diri). Jika diselidik, Gordon Uni bukan universiti sebenar, boleh dikata tidak wujud secara fizikal (alamat PO Box). Menambahkan lagi keraguan, "apabila PhD yg di "perolehi"adalah dlm bidang metafizik! Sedangkan tiada uni yg diiktiraf menawarkan bidang tersebut. Sila buat carian dlm UMI Dissertation, tak jumpa pun tesis "Dr" Azizan. Dlm dunia berteknologi, segala sumber maklumat ada di hujung jari. Buat carian dan dgn mudahnya kita boleh dpt maklumat.

    ReplyDelete
  13. "Ilmu" yg dia sampaikan sebenarnya boleh dpt dgn harga jauh lebih murah kalau anda rajin membaca. First time pergi seminar Hidup Luar Biasa di Ipoh malam tadi.. serious baru tau dia seorang yg sgt rude dan suka merendahkan org Ipoh. Mungkin kelakuan dia berbeza dgn org yg byr beribu.. tp bila dia pandang rendah terhadap org Ipoh, dan SGT SGT RUDE dgn org yg menanyakan soalan, it doesn't take a genius to figure out dia ni sebenarnya biasa2 aje, pretending to be someone yg sgt pakar.. Knp yg hadir 99% Melayu? Sebab org Melayu malas membaca dan suka terpengaruh dgn program2 mcm ni.

    Apa yg sy belajar mlm ni sy dah belajar for free dari pengalaman kerja, buku, internet, lecturer dan mentor lain. Habis RM50, seminar 2 jam je..tempat lain 5 jam. Kalau tau dia ni suka singgung perasaan org, tak hingin nk pegi.. Org Cina tak perlu pun pergi program dia tp berjaya dan cerdik pandai. Tak perlu habis beribu. Yg suka kena tipu, org Melayu. Letak je 'Dr.', gelar diri sendiri 'pakar' dan 'jutawan', charge beribu.. BAM, org Melayu berebut nk pegi. Semua 600,000 org yg hadir program dia jutawan ke?

    ReplyDelete
  14. beriya2 nak backing Azizan ni...suruh check di MQA la...pihak berkuasa la...kamu lah check sendiri...yg percaya sangat Azizan ni title doktor...orang cerita lain..dia kata nak menjatuhkan melayu...title doktor penting tapi ilmu...bodoh sangatlah yang bagi komen tu...

    ReplyDelete
  15. beriya2 nak backing Azizan ni...suruh check di MQA la...pihak berkuasa la...kamu lah check sendiri...yg percaya sangat Azizan ni title doktor...orang cerita lain..dia kata nak menjatuhkan melayu...title doktor penting tapi ilmu...bodoh sangatlah yang bagi komen tu...

    ReplyDelete
  16. Yg nk samakan Azizan gemuk dgn Zul, dgn Syed Mokhtar tu biar btol.... apa brand or label yg Azizan Gemuk ni hasilkan yg bila disebut oeg akan igt dia, selain seminar2 berbayar dia tu.... Zul tu ada brand dia, Syed Mokhyar tu ada brand dia, Bill Gates pun kaya dgn brand dia.....

    ReplyDelete
  17. Saman malu tak semudah yang dihuraikan.

    ReplyDelete
  18. orang Melayyu juga yang bodoh percaya...

    ReplyDelete
  19. Doctor Penipu Azizan Osman prey on gullible people, itu sahaja. Orang2 yang bekerja dengan dia tentu akan defend dia, dia periuk nasi dia orang.

    ReplyDelete
  20. Lobang dah pecahhh

    ReplyDelete
  21. dia ni amek degree, master, phd dalam masa yang singkat sambil bekerja...tak perlu hadir ke kelas...dasyat menipunya!
    dia keluar dari itm segamat tahun 96 kalau tak silap...uitm boleh sahkan samada dia ni complete course diploma in investment analysis dia....uitm xnak keluar press release ke?

    ReplyDelete
  22. Its a long way down to fall bro...and its going to be really hurts....demmmm

    ReplyDelete
  23. Its a long way down to fall bro...and its going to be really hurts....demmmm

    ReplyDelete
  24. Azizan Osman seorang penipu.

    Faham tak? Lagi sekali...

    Azizan Osman seorang penipu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...