Thursday, July 8, 2010

WORLD CUP 2010...


27 Rejab 1431 Hijriah. Alhamdulillah....World Cup 2010 (WC) dah sampai kepada penghujungnya pada hari ahad ini. Ramai yang bersengkang mata, berjaga malam dan tak cukup tidur sepanjang musim WC ini. Aku bukannya minat sangat bab2 bola ni, just tengok2 macam tu jelah. Aku just minat Brazil je, so kalau bukan match melibatkan Brazil, aku tak berapa rajin nak tengok. Aku tengok pun melalui download je. Malam semalam match, pagi esok aku downloadlah.

Ok, aku actually nak bercakap sedikit tentang WC ini. Kepada sesiapa yang kaki bola, minat tahap fanatik tu, aku harap anda semua tidak marahlah apabila selesai membaca post kali ini. Ianya adalah berdasarkan beberapa pemerhatian dan pembacaan aku sahaja. Ada beberapa perkara yang kurang elok aku perhatikan sepanjang WC ini berlangsung.

Ok, firstly adalah sikap orang2/peminat bola ini. Mereka ini sanggup berjaga malam dan sampai pagi. Kalau setakat pukul 12.00-1.00 pagi tu ok lagi la tapi kalau dah sampai pukul 3.00-4.00 pagi tu, aku rasa ianya bukanlah satu perkara yang elok. Kalau dah tidur lewat sebegitu, aku yakin bahawa prestasi orang itu samada sebagai pelajar ataupun pekerja, ianya akan merosot. Badan yang penat kerana kurang rehat sememangnya tidak akan dapat memberikan prestasi maksimum untuk kerja2 kita.

Alangkah baiknya seandainya waktu2 lewat tadi diisi dengan beribadah. kalaulah kita sanggup bangun malam dan berjaga untuk menonton bola, takkan kita tak boleh bangun untuk solat tahajjud ataupun melakukan solat2 sunat atau ibadah lain? Seandainya momentum bangun waktu malam ini dapat diteruskan, teruskanlah sehingga tibanya Ramadhan nanti. Sekarang ini dah penghujung Rejab, boleh sambung sebulan lagi sebelum Ramadhan. Kalau dapat buat secara istiqamah, alhamdulillah....

Perkara kedua adalah tentang prestasi kerja kita. Tidak kira samada kita ini pelajar/pekerja/majikan, kekurangan waktu rehat terbukti akan menjadikan prestasi kita merosot. Buila badan dah penat, mata pun kuyu je. Bila ada customer yang datang untuk berurusan, mulalah lita melayannya dengan mata yang mengantuk dan kurang mesra. Ini tidak elok untuk prestasi kita. Memang benar bahawa kita menonton waktu malam, bukan waktu berkerja tapi kesan sampingan akan merebak sehingga ke pejabat paginya itu.

Kita semua kena ingat especially kepada pekerja bahawa syarikat menuntut kita untuk memberikan pencapaian maksimum setiap hari kerana itulah kita dibayar gaji untuk berkerja. Adkah kita merasakan berkat gaji yang diterima itu sedangkan kita membuat kerja sambil lewa lantaran terlalu penat?

Perkara ketiga adalah, dalam akhbar2 perdana, ada menyelitkan bersama sisipan khas untuk WC. Usaha ini bagus kerana ianya dapat memberikan info yang lebih detail dan dapat menumpukan fokus terhadap acara WC ini. Walaubagaimanapun, apa yang aku kesalkan adalah pemaparan gambar2 seksi perempuan yang menonton WC. Ramai perempuan2 di sebelah barat berpakaian menjolok mata, muka yang berconteng2 dengan warna bendera dan sebagainya.

Pihak akhbar mestilah tidak mengambil gambar2 tersebut untuk dimasukkan dalam akhbar mereka. Cukuplah dengan menyiarkam gambar2 pemain ke, strategi perlawanan ke, highlight perlawanan atau apa2 yang tidak menjurus kepada maksiat. Sometimes gambar2 ini pula diletakkan dimuka hadapan akhbar (maybe sebagai pelaris agaknya).

Dalam Facebook (FB) sekarang ini ada kawan2ku berbicara tentang 'Paul' iaitu seekor sotong yang dikatakan membuat 'ramalan' tentang WC ini. Ramai yang membicarakannya termasuk aku dan aku ada juga di tag digambar2 Paul itu. Dikatakan dalam akhbar dan FB bahawa paul telah membuat 5 kali ramalan dan semuanya adalah benar.

So pada aku, aku asalnya just suka2 jeah menyampuk dan bagi komen tapi setelah aku fikir2kan, perkara ini tidak elok sebenarnya. Jika tersilap haribulan, disebabkan terlalu taksub kepada Paul, tidak mustahil ianya boleh menjadikan kita fasik dan murtad. Kalau nak main pun, berpada2lah, janganlah percaya tentang Paul ini, itu semua adalah kebetulan sahaja. Janganlah kita terlalu taksub terhadap ramalan tersebut.

Apa pun, aku harap, kepada penggenar WC, jagalah prestasi anda semua. Tak salah nak tengok, tapi biarlah ianya tidak menjejaskan diri kita. Setakat untuk suka2 dan berhibur tu, bukannya tak boleh tapi berpada2lah hendaknya. Semoga momentum bangun berjaga waktu malam ini dapat dikekalkan sehingga Ramadhan seterusnya diisi dengan perkara2 ibadah. Insyaallah....



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...