Friday, September 3, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART1...


24 Ramadhan 1431 Hijriah. Alhamdulillah...sempat jugak aku post blog hari ini. Dah lebih sebulan rasanya aku tak menulis, bukan malas tapi takde masa. Lagipun kebanyakkan masa aku online pun dihabiskan dengan FB je. Kita pun dah nak tamat bulan ramadhan Al Mubarak ini tapi sementara masih berkesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasalah kepada semua pembaca blog aku ini.

Actually, banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama tapi memandangkan ini adalah bulan Ramadhan, maka lebih sesuai kiranya aku berkongsi pengalaman aku yang melibatkan aktiviti sepanjang bulan ini. Ada banyak kisah2 aku yang ingin dikongsikan tapi aku just select jelah yang mana aku rasa berbaloi untuk dikongsi, semoga ianya boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran bersama.

Ok, pengalaman pertama aku adalah aku turut berniaga semasa bulan Ramadhan ini di bazar Ramadhan di universiti aku ini. Actually, aku tak merancang pun untuk berniaga sebab aku tak sempat untuk menempah tapak bazar daripada pihak pentadbiran. Aku just berniat untuk berniaga dihadapan kedaiku sahaja, just buat simple2 jelah.

Then aku berpakat dengan kawanku untuk berniaga air kerana memikirkan itu adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan, yelah aku pun baru first time nak try benda ini. Maka, aku pun belilah 2 buah bekas air yang besar bersaiz bulat itu, harganya boleh tahanlah, dalam RM 150 jugaklah, aku beli 2 dan aku pinjam dengan kawanku sebuah lagi, dia tak caj pun, siap bagi dengan straw2 dan cawan2 skali.

Then, on the first day of Ramadhan, bila dah nak start berniaga tu, datang seorang felo kolej yang offer untuk berniaga ditapak bazarnya tanpa mengenakan caj kat aku. Kawanku yang berunding dengan felo tu, so dapatlah rezeki berniaga di tapaknya itu secara free. Alhamdulillah...

So, berniagalah aku dengan kawanku dibazar Ramadhan tu. Alhamdulillah...walaupun tak banyak keuntungan yang diperolehi, aku rasa still ok lah kan, yelah first day. Dapatlah untung bersih dalam RM 30 untu berniaga selama 2 jam (aku start after solat Asar hinga pukul 7.00 petang). walaupun tak habis air yang dijual itu, aku sedekahkan kepada jiran2 peniaga yang lain. Yelah, takkanlah nak buang pulak, nanti membazir, better bagi sedekah kat jiran2 peniaga lain.

Tak sangka pulak aku, bila aku sedekahkan air2 itu kat jiran2 semua, diorang pulak sedekahkan kepada aku apa yang mereka jualkan. Aku bagi kepada peniaga nasi, dia balak dengan nasi bersama lauk. Aku bagi kat peniaga kuih, dia bagi aku kuih sebagai balasan. Then nilai sedekah diorang itu lebih banyak daripada apa yang aku sedekahkan.

So, aku berbuka puasa dengan nasik dan kuih free lah. Alhamdulillah... setiap perkara kebaikan yang kita lakukan, Allah SWT balas dengan berlipat ganda lagi. Pak cik2 dan makcik2 jiran gerai aku itu semuanya gembira bila aku katakan aku sedekah itu itu pada mereka dan mereka dengan senang hati mensedekahkan semula kepada aku. Itulah rahmat Allah SWT yang dapat aku pelajari sempena Ramadhan ini.

Walaubagaimanapun, perniagaan aku kurang memberangsangkan selepas minggu yang pertama. Faktor hujan dan kelas sampai petang menjadikan aku kurang bersemangat untuk membuka gerai. Hujan diwaktu petang2 menjadikan pengunjung berkurangan dan suasana sejuk pula menjejaskan mood mereka untuk membeli minuman sejuk, agaknyalah.... Kelas aku pula tamat pada pukul 5.00 petang dan sudah agak lewat untuk membuka gerai. Jika aku membuka gerai pada pukul 6.00 sekalipun, ianya sudah agak lewat, just sempat berniaga untuk satu jam sahaja, itu belum dikira penat after kuliah lagi.

Apa pun, nak kata rugi tu, memanglah agak rugi. Aku tak dapat nak mencapai break even pun, adalah rugi dalam RM 50-60. Tapi takpelah sebab aku pada masa seminggu itupun dah dapat makan free, tak perlu belanja pun. Then pada aku, pengalaman berniaga itulah yang paling penting. Nasihat aku, kepada seesiapa yang ingin membeli bekas air untuk berniaga air, belilah yang kecil sahaja, tak perlu beli yang besar pun. Belilah yang bersaiz 4 segi dan ada partition tu. Pada aku, itu lebih praktikal.

Oklah, sampai disini sahaja pengalaman Ramadhan aku untuk kali ini. Next time, aku akan menceritakan tentang pengalaman lain pula.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...