Tuesday, September 7, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART3...


28 Ramadhan 1431 Hijriah. Hanya berbaki 2 hari lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Syawal, meraikan hari kemenangan umat Islam dan sebagai tanda berlalunya Ramadhan Al-Mubarak. Aku rasa ini adalah post terakhir aku untuk pengalaman Ramadhan ini. Segala yang aku coretkan disini adalah berdasarkan pengalaman hidupku sendiri sepanjang Ramadhan tahun 1431 Hijriah ini. Oklah, untuk post kali ini, aku ingin bercerita tentang solat sunat Terawikh.

Aku actually mula bersolat terawikh sewaktu umur 9 tahun (dah agak lewat dah). Waktu itu asalnya ayahku setiap malam berterawikh di surau tetapi memandangkan dia melihat aku tak dapat pergi ke surau, dia membuat keputusan untuk berterawikh sahaja dirumah. Waktu itu dia buat selang seli, hari ni kat surau, esok kat rumah, lusa kat surau then tulat kat rumah pulak. Bila aku darjah 4 (10 tahun), barulah ayah aku full time buat terawikh kat rumah.

Ayah akulah imamnya dan makmunnya adalah ahli keluarga aku sendiri seperti mak, abang dan kakak. Abang long aku pulak, walaupun dia dah tinggal berasingan dengan rumahnya (dah berkeluarga sendiri), dia juga datang untuk berjemaah dengan ayahnya. Mak aku pernah tanya kepada abangku, "kenapa datang solat kat sini, masjid kat area rumah kan ada..." then ni jawapannya "time ayah masih adalah orang nak solat berjemaah dan berimamkan ayah, kalau ayah dah takde suatu hari nanti, dah takde peluang ni..."

So, itulah kisah terawikh dalam family aku dan ianya berterusan sehingga sekarang, dah lebih 10 tahun berlalu dan dah lebih 10 tahun jugalah ayahku tidak berterawikh di surau. Mula2nya ada juga jemaah surau bertanya tentang ketidakhadiran ayah, so ayahku explain jelah. Dia kata untuk bagi peluang kat aku dan anak2 yang lain untuk berterawikh bersama dirumah, dalam satu keluarga. Yelah aku kan tak boleh pergi surau, so that's why ayah aku buat kat rumah.

Tahun ini juga sama. Walaupun ketiadaan mak aku, solat terawikh masih diteruskan. Namun tahun ini agak pelik aku melihat ayahku. Kebiasaannya, dengar je azan dari surau, ayahku akan menunaikan solat sunat dahulu then tanpa berlengah2, terus menunaikan solat Isya' seterusnya solat sunat terawikh. Tahun ini berbeza. Sebaik sahaja dia menunaikan solat sunat, dia berhenti seketika.

Dia menunggu abang long aku untuk tiba dahulu. Dulu tidak, dia tidak akan tunggu abangku, terus solat sahaja tetapi tahun ini, dia menunggu. Bila abangku tiba, barulah kami solat Isya' dan berterawikh berjemaah. Aku pun sometimes rasa tak sedap hati tahun ini tapi apa lah yang boleh aku katakan....

Ayah seolah2 ingin meluangkan masa berjemaah sepenuhnya dengan anak2nya tahun ini. Apa2pun, aku just fikir positif jelah, harap tiada perkara yang tak elok berlaku. Yelah, tetiba je berubah tahun ini, sebelum ini tak macam ini pun, siapa yang takkan perasan kan... So, aku rasa, apa yang boleh aku lakukan hanyalah memohon keampunan dan rahmat daripada-NYA jelah, itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Oklah, kita move on cerita raya pulak. Aku biasanya takde kemana2 pun, just raya ke-2 dan keatas baru pergi jalan2 rumah adik beradik dan kawan2. Biasanya kawan2 yang datang ambil aku untuk pergi beraya. Kalau aku tak pergi mana2 pun, just lepak rumah jelah, tengok tv dan main dengan anak2 sedara.

So, aku rasa cukup untuk post kali ini. Mungkin ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah eja sepanjang aku menukil di blog ini ye, aku mohon maaflah ye....

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...