Friday, November 12, 2010

USAHAKU'10 - PART1...


6 Zulhijjah 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku mengendalikan sebuah program untuk golongan Orang Kurang Upaya. Disebabkan program ini aku sentiasa sibuk dan dalam masa sebulan sebelum program ini, aku betul2 sibuk dengan mengatur segala perancangan bagi menjayakan program ini. Aku menjadi Pengarah Program dibantu 2 sahabatku sebagai Pengarah Aktiviti serta Pengarah Teknikal dengan 7 orang AJK sahaja (10 orang semuanya).

Program Simposium Pembangunan Keusahawanan Orang Kurang Upaya (OKU): Menjana Modal Insan Keusahawanan OKU Glokal (USAHAKU'10). Ini adalah nama program tersebut. Actually aku ingin run program ini pada bulan Mei lalu tetapi aku sibuk dengan projek master aku, so postpone pada Ogos. Pada Ogos pula, tempat yang aku booking diambil oleh program lain (ada program universiti yang lebih penting), so aku pun postpone pada Oktober. Maka tarikh 26-29hb Oktober pun dimuktamadkan.

Aku akan cuba bahagikan cerita ini mengikut 3 bahagian iaitu sebelum program, semasa program dan selepas program. Sewaktu program Pesta Konvo UTM after Aidilfitri bebaru ini, barulah aku mengumpulkan kesemua AJK aku dan terus membahagikan skop masing2. Program bertahap kebangsaan ini hanya dilakukan oleh 10 orang AJK sahaja, terkejut juga pihak pentadbiran mendengar perkara ini. Biasanya program seperti ini paling kurang 20 orang AJK. So, aku dan kawan2 memang buat kerja gila2 punya, tempohnya pulak sebulan sahaja (aku dapat surat kelulusan pada awal Ogos dan start mencari AJK pada akhir September).

Ok, matlamat program ini adalah untuk menjana minda keusahawanan dikalangan OKU yang mana kita sebelum ini banyak membaca dalam akhbar bahawa mereka ini tersisih, didiskriminasi, sukar mendapat kerja, hanya bergantung pada bantuan kerajaan dan sebagainya. Dalam program ini kita akan bagi motivasi, peranan jabatan2 kerajaan yang boleh menyalurkan bantuan perniagaan dan sebagainya.

Sasaran program ini adalah OKU diseluruh IPTA, Politeknik dan juga persatuan/NGO seluruh negara. Pendek kata, semuanyalah, tanpa mengira jenis ketidakupayaan mereka kecuali OKU mental. Untuk OKU fizikal, kita sediakan kemudahan fasiliti untuk mereka. Untuk OKU pendengaran dan pertuturan, kita sediakan jurubahasa untuk menterjemah apa yang diucapkan. Pendek kata, kita cuba memenuhi setiap keperluan OKU mengikut tahap setiap mereka.

Dalam masa sebulan itulah, aku dan kawan2 bertungkus lumus merancang dan melaksanakan program itu. Kadang2 memang tak dapat tidur malam kerana runsingkan akan sesuatu masalah yang belum diselesaikan. Sebelum ini pun aku ada juga buat program tapi tahap kecil seperti program sukan kolej, program kelab dan sebagainya, so yang ini adalah pertama kali buat program yang besar. Banyak perkara yang aku tak tahu dan kena belajar. Kalau program kolej, aku dulu senang sebab apa2 perkara aku direct kepada pengetua, takde banyak karenah birokrasi, takde sesiapa yang berani block aku, takde sesiapa yang berani lengah2kan kerja.

Tapi dalam program ini, ianya turut melibatkan pihak pentadbiran universiti dengan pelbagai karenah birokrasi. Sometimes rasa macam nak batalkan sahaja program ini lantaran karenah birokrasi mereka tapi memandangkan teringat tentang tujuan utama aku iaitu untuk membantu OKU, aku tahan juga. Bagi aku, samada program ini berjaya atau tidak, as long as boleh memberi input pada OKU, ianya sudah cukup baik. Program yang berfokus kepada keusahawanan OKU seperti ini adalah julung2 kali diadakan di IPTA, sebelum ini belum ada lagi, so pihak aku takde benchmark/guideline yang boleh diikut. First in Malaysia tu... hehehe....

Dalam struktur organisasi pula, aku sebagai pengarah program menguruskan bahagian jemputan, protokol, perasmian, penajaan dan makanan. Aku banyak deal dengan pihak atasan dibantu oleh kawanku pengarah teknikal. Kami berdua banyak keluar untuk mendapatkan penajaan dan paling tak dapat dilupakan adalah aku dengan kawanku itu bertolak ke KL dari Skudai pukul 2.00 pagi then sampai subuh di KL. Solat subuh serta mandi di masjik jamek then terus ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sanpai ke pejabatnya itu pukul 7.00 pagi tepat (pak guard pun baru datang).

Dari segi jemputan pula, alhamdulillah.... agak ramai yang datang. Usahawan OKU pun ada datang. Mereka ini ada yang datang dari KL, Ipoh, Kulim dan serata tempat lagilah. Kedatangan mereka ini setelah mereka melihat program aku ini diwar2kan dalam akhbar dan TV1. Program ini mendapat liputan dalam TV1 serta beberapa buah akhbar termasuklah akhbar berbahasa cina dan english (aku pun tak sangka mereka datang juga untuk support dan membuat liputan, alhamdulillah....)



Rajah1: Liputan akhbar Star-Metro


Rajah2: Liputan akhbar Kosmo



Dari segi protokol dan perasmian, memang aku cukup detail kerana sesebuah program diukur kejayaannya berdasarkan masjis perasmian. So, dalam memastikan majlis perasmian berjalan lancar, kami membuat beberapa kali rehearsal (stay dalam dewan sampai pukul 2.00 pagi pun ada). Makanan pula kami mendapat nasihat daripada pihak Bahagian Hal Ehwal Korporat UTM, mereka yang bagi cadangan tentang menu yang sesuai untuk VIP.

Dari segi penginapan dan fasiliti pula, kami sememangnya sudah mempertimbangkan untuk mendapatkan kolej yang mesra OKU. Walaupun agak jauh daripada dewan, ianya berbaloi. Kami juga sewaktu itu cuba sedaya upaya untuk menyediakan fasiliti OKU tetapi aku akui bahawa kawasan UTM tidak sepenuhnya mesra OKU. Ada sesetengahnya tidak dapat dilalui oleh OKU dan kami menyediakan laluan alternatif untuk mereka.

Dari segi gerai jualan dan booth pameran, kawanku bahagian teknikal serta aktiviti yang uruskan. Dalam dewan, kami sediakan booth untuk persatuan/NGO OKU serta agensi2 kerajaan untuk membuat pameran serta menjual produk mereka. Agak banyak juga agensi yang datang seperti MARA, Rumah Seri Kenangan, JOBS MALAYSIA, JUPEN dan sebagainya. Kebanyakkan agensi2 ini adalah dijemput khas untuk membuka pameran dan mereka ini semua sememangnya berkait rapat dengan hal2 OKU.

Di luar dewan pula, kami offer gerai jualan untuk penggerai2 membuka gerai jualan mereka. Kebanyakkan daripada mereka ini menjual kain dan pakaian. Jangan terkejut ye, ada antara mereka itu adalah usahawan OKU. Usahawan OKU itu menjual pakaian t-shirt dan ada yang menjual kain. Nampak laku jugak sebab design t-shirt mereka agak power2 jugak la.

Oklah, aku dah penat bercerita tentang perkara sebelum program, so untuk post kali ini setakat ini jelah, next time aku sambung tentang semasa program pulak ye.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...