Saturday, November 13, 2010

USAHAKU'10 - PART2...


7 Zulhijjah 1431 Hijriah. Ok, ini adalah sambungan daripada post aku yang lalu iaitu tentang program USAHAKU'10. Dalam post kedua ini, aku ingin berkongsi tentang apa yang berlaku sepanjang program especially kepada sesiapa yang tidak dapat datang dalam program tersebut. Program ini adalah dari 26-29hb Okt bertempat di Dewan Sultan Iskandar serta Dataran Agora UTM Skudai yang mana didalam dewan berlangsung aktiviti pameran serta seminar manakala di dataran pula ada gerai-gerai jualan.

Di Dataran Agora, tiada banyak aktiviti, just gerai-gerai jualan sahaja yang mana kami membuka kemasukkan sebanyak 30 buah gerai berkeluasan 20"x20" (saiz standard khemah) setiap satu dengan kadar sewa yang boleh tahan jugaklah. Aktiviti banyak berfokus dalam dewan yang mana ianya menempatkan 20 buah booth berkeluasan 10"x10" yang ada sesetengahnya dibuat pameran dan ada sesetengahnya dibuat booth jualan.

Ok, dalam dewan itu, kami tempatkan agensi2 kerajaan, usahawan OKU dan NGO lain. Antara yang mengambil bahagian adalah MARA, Rumah Seri Kenangan, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jabatan Tenaga Kerja dan sebagainya. Kiranya penuh jugalah booth dalam dewan tersebut.

Pada 26hb itu (first day), keadaan kurang memberangsangkan yang mana agensi2 tersebut agak lewat datang dan memasang booth mereka. Ada sesetengah mereka datang waktu petang menjadikan waktu pagi itu agak lenggang. Walauapapun, kunjungan peserta tidak menghampakan. Kami menerima kunjungan daripada sekolah khas, sekolah vokasional dan beberapa sekolah MARA. So kiranya untuk first day itu, kunjungan ok jugaklah. Pada 26hb itu pun belum bermula seminar lagi.

Kami juga memerima kedatangan dua buah politeknik dan beberapa wakil daripada beberapa IPTA pada waktu malamnya. Walaupun tiada aktiviti dalam dewan waktu malam, tetapi mereka stay di kolej penginapan yang disediakan, kena bayar sikit la sebab kami tiada peruntukkan untuk penempatan kolej dan ini adalah dibawah kuasa pentadbiran kolej masing-masing.

Pada 27hb, bermulalah seminar. Peserta yang datang agak ramai. Ada sebagaian mereka adalah OKU Pendengaran dan Pertuturan, so awal-awal lagi kami dah prepare untuk menyediakan 2 orang jurualih bahasa (interpreter). So, apa sahaja yang diucapkan oleh penceramah, jurubahasa ini akan menterjemahkannya dan setiap kali komunikasi atau pertanyaan soalan, OKU ini boleh berkomunikasi dengan jurualih bahasa isyarat ini.

Seminar pertama adalah daripada pihak MARA yang banyak membentangkan tentang peranan MARA serta bantuan-bantuan yang boleh dimohon bagi OKU memulakan perniagaan. Pada mulanya aku ingatkan tiada response sangat tetapi rupa-rupanya, banyak soalan yang ditanya. Kebanyakkan soalan yang ditanya adalah lebih kepada syarat/prosedur untuk memohon dan jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan sehinggakan wakil dari MARA itu terpaksa pulang lewat setengah jam daripada ssepatutnya.

Selepas itu ada wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Malaysia yang lebih menekankan kepada khidmat Jobs Malaysia. After that Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) mengambil alih. Rupa-rupanya di Malaysia ini, hanya terdapat 2 sahaja UPEN ini iaitu Johor dan Pulau Pinang. Fungsi UPEN ini adalah lebih kurang dengan Jobs Malaysia tetapi khas untuk golongan OKU sahaja. So, mereka sememangnya ingin mendaftarkan golongan OKU untuk match-maker dengan pekerjaan yang diperlukan. Mereka juga ada menawarkan geran perniagaan tetapi tak banyak sangat.

Wakil JKM pun ada dan seingat aku, JKM lah yang paling lama 'disoal siasat' oleh OKU. Geng-geng OKU itu memang banyak bertanya soalan bermula daripada bahagian pendaftaran kad OKU, kemudahan OKU dan masalah bantuan yang didakwa tidak diterima oleh mereka. JKM juga sebenarnya ada menawarkan geran perniagaan tetapi mesti melalui Kementerian Sumber Manusia (dapatkan pengesahan) dahulu then barulah merujuk kepada JKM (ini khas untuk OKU yang dah berkerja then ingin mohon geran perniagaan).

So, tamatlah seminar hari pertama. Hari kedua pula dimulakan dengan majlis perasmian program yang dirasmikan oleh En.Nik Omar (Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor) dengan diiringi oleh TNC HEMA UTM. Mula-mula ucapan alu-aluan oleh pengarag program (aku le), then ucapan TNC serta dirasmikan oleh pengarah tersebut. Seperti biasa, tamat majlis perasmian, ada majlis makan, mengelilingi booth pameran dan sebagainyalah. Semasa perasmian program inilah, aku launch final projek master aku iaitu Imi Creative Car.

Rajah1: Pelancaran Imi Creative Car



Rajah2: Antara masalah OKU yang diutarakan semasa majlis


After majlis itu semua selesai, disambung pula ceramah dari usahawan OKU yang telah berjaya. Aku sendiri pun terkejut juga bila mendengar ceramah dari usahawan OKU ini. Dia adalah kategori OKU Penglihatan tetapi mempunyai business stesyen petrol dan seorang lain memiliki pusat urutan refleksologi. Sunggguh hebat mereka ini, walaupun tidak dapat melihat, namun boleh mengendalikan perniagaan besar dengan baik sekali, sungguh menginspirasikan.....

So, untuk hari terakhir, seminar sudah tiada, keadaa kembali kepada seperti hari pertama. Apa pun, aku amat berpuas hati dengan kelancaran program. Ok, untuk next post, aku akan ceritakan tentang feedback serta post mortem dan beberapa perkara lain yang related.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...