Thursday, February 25, 2010

MAULIDUR RASUL...


11 Rabbiul Awal 1431 Hijriah. Sambutan Maulidur Rasul. Esok 12 Rabbiul Awal adalah tarikh kelahiran seorang nabi agung junjungan umat Islam semua, Nabi Muhammad SAW. Di negara ini ada mengishtiharkan cuti sehari sempena hari bersejarah ini dan ada juga negeri yang membuat beberapa majlis perarakkan dan keagamaan bagi menghormati perkara ini. Namun, 2-3 minggu ini ada beberapa isu yang berkaitan Maulidur Rasul telah dipertikaikan.

Aku firstly ingin nyatakan bahawa aku tak berniat untuk menyentuh isu2 semasa dan politik ni tetapi bila ia berkaitan dengan isu keagamaan ini, ianya menjadi suatu perkara yang sensitif. Isu yang aku maksudkan adalah pembatalan perarakkan Maulidur Rasul di negeri Pulau Pinang(PP) yang kini diperintah oleh parti DAP.

Beberapa dakwaan sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan negeri PP ingin membatalkan perarakkan tersebut dan ada yang tersiar di media bahawa pekeliling telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri tentang perkara tersebut namun ianya dinafikan oleh ketua menterinya iaitu Lim Guan Eng.

Timbullah juga beberapa demontrasi yang diadakan bagi membantah tindakan tersebut. Walauapapun yang berlaku, aku bukannya nak komen tentang demontrasi tersebut, bukan juga terhadap sambutan perarakan di PP tetapi adalah budaya tuduh menuduh, fitnah menfitnah dan perkauman yang menggunakan alasan keagamaan semata2.

Jika diteliti bahawa kita tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri PP kerana tidak mengadakan perarakkan tersebut(jika benar tidak diadakan), ini kerana ianya diperintah oleh orang cina yang bukan Islam. Kecoh satu negara bahawa orang cina tidak menghormati sensitiviti umat Islam, orang cina biadap dan sebagainya. Timbul persoalan dalam fikiran aku bahawa negeri lain yang diperintah oleh menteri besar melayu Islam, ada sultan, ada tak mengadakan sambutan tersebut?

Kalau orang cina bukan Islam tidak ingin menyambutnya, aku faham bahawa dia bukan Islam, so buat apa dia nak sambut? Mengapa kita yang melayu Islam, bermenterikan orang Islam, mempunyai sultan setiap negeri tidak menyambutnya pun? Kalau orang bukan Islam tidak menyambutnya, terus bising2 dan kecoh sedangkan kita yang melayu Islam ini tak sambut, takde pulak bising2 pun.

Memang aku tahu bahawa ini semua adalah mainan politik tetapi pada aku, janganlah memainkan isu perkauman dan keagamaan. Politik memang mesti didasari dengan agama tetapi bukan dengan membuat isu2 yang boleh menjejaskan nama baik Islam, jangan mempergunakan agama semata2 untuk kepentingan politik sendiri.

Kita yang melayu Islam ini yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang bukan Islam, bukan kita yang memburuk2kan agama kita terhadap orang bukan Islam. Memang benar bahawa sambutan Maulidur Rasul ini, tak dibuat pun tidak mengapa tetapi mengapa perlu diperbesar2kan isu ini. Ini menjadikan kita ini seolah2 jahil agama dan hanya bermain politik murahan sahaja.

Aku taki mengatakan bahawa politik itu tidak boleh bercampur dengan agama, itu sekular namanya tetapi biarlah politik itu ditunjangi dengan dasar2 Islam. Barulah tidak timbul kenyataan bahawa politik itu kotor, politik itu jahat sedangkan yang mem,buat kotor dan jahat adalah ahli politik tersebut. Bila sudah menjadi sebegini rupa, imej Islam turut terheret sama.

Pada aku lagi, berpada-padalah dalam berpolitik, jadikan undang2 Islam sebagai tunjang politik kita. Aku bukan nak berpolitik disini tetapi just ingin menyatakan bahawa janganlah menjadikan isu perkauman dan keagamaan itu sebagai suatu mainan politik. Jika kita jadikan benda ini sebagai mainan kita, seolah2 kita cuba menunjukkan kebodohan dan kejahilan agama kita terhadap orang bukan Islam.

Aku rasa setakat itu jelah ulasan aku tentang sambutan Maulidur Rasul kali ini. Sebagai umat Islam, marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sejarah perjuangan baginda benar2 kita hayati. Insyaallah....


LAPTOP ROSAK...


10 Rabbiul Awal 1431 Hijriah.Rasanya dah lama aku tak berkesempatan untuk update blog aku ni. Bukannya aku tak nak, tapi bebaru ni ada masalah dengan laptop aku. Laptop aku rosak. Itu yang aku jadi tak sempat nak update tu. Laptop aku tu rosak , jadi skrinnya tak nampak apa, just gelap je. Power on tapi tak nampak apa2 pun.

Actually sebelum ni masa cuti kat kampung, dah pernah jadi dah sekali. Masa tu skrin laptop aku tu jadi macam blur2 skit, then terus gelap. Tapi sekejab je. Dalam tak sampai seminit, ianya ok semula. Aku pun takde buat apa2 pun, ianya ok semula.

So, bila aku nak datang ke kampus semula, aku dah risau takut2 laptop aku buat hal lagi. So, aku contact kawanku untuk dia hantar CPU desktop aku. Actually dulu aku ada desktop(masa semester 1 degree). Then masa semester 2, aku beli laptop, so desktop aku tu aku bagi pinjam kat kawanku. Dia orang susah, so aku pun pinjamkanlah desktop aku tu kat dia. Boleh dia guna untuk pengajian dan buat tugasan dia.

So, bila aku dah rasa takut2 laptop aku buat masalah, aku nak jadikan desktop aku tu as a backup, at least kalau aku tak boleh menggunakan laptop, aku boleh buat kerja menggunakan desktop buat sementara. So, aku pun bawaklah CPU aku tu ke kampus bebaru ni, after tamat cuti.

Bila dah sampai kat kampus, 2-3 hari after that, memang benar jangkaanku. Laptop aku tu buat masalah. Kali ni terus gelap segelap2nya walaupun powernya masih on. So, aku pun try jugak check2 mana yang patut. After bukak sana sini, aku dapati 'joint' yang menghubungkan motherboard laptop dengan monitor skrin dah rosak. Kabel itu dah macam terputus sedikit menjadikan tiada sambungan antara motherboard dengan monitor.

So, bila bab2 kerosakan hardware ni, aku pun bukannya expert pun, terpaksa jugak bawak ke kedai. Hari tu aku pun ajak kawanku ke kedai. Aku just sempat survey 2 kedai sahaja. Ok, kedai yang first (kedai cina), dia kata monitor tu dah rosak, so kalau nak repair, ambil masa selama 2 minggu untuk tukat barang dan dia charge RM 600. Dia kata monitor tu yang rosak sedangkan aku rasa kabel je yang problem. RM 600 tu...

Fuh, mahal la bagi aku kalau setakat dia nak charge tukar kabel tu kan. Aku rasa bukannya perlu tukar monitor pun, just tukarkan kabelnya sahaja. Tapi aku malas nak bertekak dengan tauke tu, aku rasa better aku survey kat tempat lain dulu. Then, aku try kat kedai kedua (kedai cina jugak).

Masa aku try masuk kedai cina kedua tu, aku try speaking chinese sikit2 dengan tauke tu, selebihnya aku speaking english la. Bila tauke tu reply dalam bahasa chinese tu, maybe dia ingat aku ni budak cina agaknya. Tauke tu kata, harganya RM 300 je sebab dia nak tukar kabel tu dan ambil masa seminggu je. Aku rasa itupun dah agak mahal tapi ok la... better than kedai pertama tadi tu. So, aku fikir, takpelah, repair kat sini jelah.

So, after hantar kedai tu, aku try tengok2 harga hardware desktop pulak. Yelah, takkan just nak harapkan pinjam laptop kawanku je, dia pun nak guna jugak kan. So, aku try survey monitor, RAM dan graphic card sekali. Aku survey dan dah buat keputusan untuk beli benda2 tu semua. Pergilah kedai untuk beli monitor, RAM dan graphic card.

Semua sekali adalah dalam RM 800. Mahal jugak la tapi puas hati la sebab aku ambil spec yang tinggi. Boleh jugaklah aku main games high requirement nanti kat desktop aku tu then laptop aku tu untuk buat kerja. Sambil2 tu boleh jugak aku jadikan desktop aku tu as a backup file. Kalau terjadi apa2 kat salah satu, aku still lagi ada backup.

So, itu jelah cerita tentang laptop aku ni. Next week baru pergi ambil laptop tu, tunggu call daripada kedai tu. Harap2 lepas ni eloklah laptop tu. Insyaallah...


Friday, February 19, 2010

KARNIAWAN-PART 2...


5 Rabbiul Awal 1431 Hijriah. Disamping aku join program KARNIAWAN ni aku actually nak tengok2 peluang sambung belajar kat sini. Aku ada jugak cadang nak study Ph.D kat sini sebab setahu aku UMK ni ada offer course Entreprenuership. So, bila aku first time tiba kat UMK ni, agak teruja jugaklah sebab UMK ni pun actually sememangnya Entreprenuer University. Then aku ingat boleh la aku try mohon kat sini.

Aku bukannya taknak kerja, tapi sementara masih muda dan ada kudrat ni, kalau boleh, biarlah belajar secukup2nya dulu, sambil2 tu boleh je nak buat business kerusi roda elektrik aku tu. Study pun maybe as part time je, bukan full time. Bila kita dah ada title Dr kat depan nama tu, orang akan mudah mempercayai kita, senang sikit nak buat business, sambil2 tu boleh jugak cari network yang besar2 kan...

Aku sebelum ni pun dah check web site UMK ni. Memang UMK ada offer untuk sesiapa yang ingin belajar kat sini dalam bidang keusahawanan peringkat Ph.D. Untuk program Pasca Siswazah ni, ada buat secara research dan terdiri darioada pelbagai sub bidang. Antaranya ialah Keusahawanan Pengurusan, Perdagangan, Peruncitan, Hospitaliti dan sebagainya. Tapi tiada bidang Keusahawanan IT yang sama macam yang aku punya sekarang ni. Keusahawanan IT yang ada just kat UTM(kitaorang dipanggil SKIT) dan UUM(dipanggil MOST) je.

Oklah, berbalik pada niat aku nak sambung Ph.D tadi. Bila aku sampai kat UMK, aku rasa niat aku uktuk study kat sini terpaksa ditangguhkan dulu/dibatalkan. Kenapa? Bukan kerana tiada course yang sesuai, bukan kerana tiada lecturer yang bagus tapi kerana fasilitinya yang amat tidak mesra OKU.

Bangunan UMK adalah asal daripada bangunan rumah kedai, tak besar pun kawasan kampusnya, so strukturnya adalah daripada rumah kedai yang diubahsuai sedikit. UMK dah ada 3 tempat, main campus adalah di Bachok, dan 2 cawangannya adalah di Pengkalamn Chepa dan Jeli. Kawasan kampus keusahawanan ni adalah disinilah, yang aku join KARNIAWAN ni. Kawasannya amat tidak mesra OKU. Banyak jalan2 yang tidak rata.

Kawasan kolej dan kampus pengajiannya adalah dekat je, sama dengan kawasan kolej dalam kat UTMKL aku dulu. 5 minit je dah sampai kat bangunan kuliah dari kolej cuma jalan kolej tu, teruk jugaklah, tak mesra OKU. Dari segi bilik kuliah pulak, pintunya standard macam pintu biasa, just cukup2 je untuk kerusi roda. Bila dalam perpustakaan pula, aku rasa aku takleh masuk sebab ada 3 mesin pengimbas kat situ menjadikan ianya hanya muat2 untuk seorang pelajar biasa sahaja pada satu masa, tak muat dengan kerusi roda.

Dari segi ramp, memang langsung tak ada. Aku cuba jugak pusing2 tengok kot2 ada ramp kat mana2 tempat tapi langsung tak ada. Tapak dari ground floor dengan jalanraya pulak agak tinggi. Mana2 tempat semua ada ground floor tu. Jalan ke kafetaria dan HEP diorang pun takde ramp. Bangunannya agak baru tapi langsung tak ada kemudahan OKU, langsung tiada ramp. Siapalah agaknya arkitek, engineer dan tukang lulus bangunan ni...

Ada jugak timbul keinginan aku untuk bertanya dengan pengarah kampus ni, dan aku berpeluang untuk berbuat demikian sebab aku sempat sembang2 sekejap dengan dia 2-3 kali (sepanjang tempoh program tu). Tapi bila aku fikirkan semula.... mungkin tindakan aku itu boleh menyebabkan 'pintu' yang agak terbuka untuk aku terus tertutup rapat. Kenapa aku cakap macam tu? Ada la sebab2nya yang sampai kini masih aku ingat lagi...

So, bila aku fikir2 dan renung2 kembali, mungkin rezeki aku bukan dengan UMK. Bila dah jadi macam ni, UTM is the best. Walaupun ada beberapa masalah yang timbul antara aku dan pihak universiti tak berapa lama dahulu, at least pihak universiti still take care pasal aku. Diorang bukan 'tendang' aku secara bodoh2 je.

Takpelah, dah takde rezeki aku dengan UMK. Boleh je aku try sambung kat sini jugak nanti, tak masalah rasanya. Apa pun, niat aku untuk sambung belajar buat Ph.D memang ada, cuma mungkin belum tiba masa dan belum 'membara' lagi.

Apa2 pun, pada aku, program yang aku join selama 4 hari kat UMK ni amat bermakna bagi aku. Banyak mengajar aku tentang nilai hidup dan soal pendidikan serta keusahawanan. Tahiah aku ucapkan juga pada UMK kerana berjaya melaksanakan program KARNIAWAN ni.


KARNIAWAN-PART 1...


4 Rabbiul Awal 1431 Hijriah. Dah agak lama aku tak update blog ni. Kat kampung aku, internet agak slow then kalau dapat, dapatlah, kalau takde, takdelah connectionnya. Lagipun sepanjang aku bercuti kat kampung, aku sibuk dengan program 'tak rasmi' aku. Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA (KARNIAWAN) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Actually, aku tak join secara rasmi pun program ni, just sehari dua sebelum aku balik kampung, aku diajak oleh kawanku untuk join program ni. So, untuk pendaftaran awal, nama aku takdelah, just ada nama untuk stay kat hostel yang disediakan sahaja. Untuk makluman, program ini disertai oleh 21 IPTA seluruh Malaysia dan sepatutnya diadakan pada November 2009 tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, baru sekarang ini diadakan.

Program ini berobjektifkan untuk melahirkan graduan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Masing2 IPTA menghantar wakil2 mereka dan majoritinya adalah daripada kelab keusahawanan mereka sendiri. Ini bermakna, ada 21 kelab keusahawanan bagi setiap satu universiti. Ada juga penyertaan daripada beberapa syarikat dan agensi lain seperti Takaful, MDEC dan beberapa syarikat lagi.

So, setiap booth IPTA tu ada jualan masing2. Ada yang jual keychain, t-shirt, makanan, air, cenderamata, herba dan sebagainya. Kat booth UTM pulak, geng2 kami buat jualan key chain yang boleh diubahsuai dengan gambar dan tulisan. Ada juga buat jualan t-shirt berkonsepkan muslimah. Baju berlengan panjang dan sesuai dengan perempuan. Harganya pun leh tahan la. Sapa2 berminat, leh contact aku (aku tolong promote untuk kawan2ku je ni...)

Dalam banyak2 gerai jualan tu, ada 2 gerai jualan yang menarik minat aku. Gerai first adalah Garden Cake. Konsepnya adalah customer leh customize jenis kek yang diorang nak. Buah-buahan digunakan sebagaui asas, dimasukkan dalam bekas dan dilitupi oleh coklat. Customer boleh pilih buah apa yang diorang nak, jenis coklat mana yang diorang inginkan dan boleh memilih bentuk coklat mereka itu.So, memang kreatiflah idea tu. UKM yang buat.

Satu gerai lagi adalah UTM punya. Kawanku yang buat. Dia jual key chain dan necklace. Ada yang perak dan emas. Kat keychain/necklace tu kita boleh letakkan gambar kita dan tulisannya. Benda tu pulak ada banyak bentuk, bergantung pada kitalah nak bentuk yang mana satu. Kebanyakkan pengunjung yang datang membeli memilih untuk beli bentuk 'love'. Biasalah, orang2 muda sekarang. Harganya pun taklah mahal sangat. Bolehlah untuk dibuat cenderamata, ada jugaklah nilai2 momori tu.

Actually, konsep macam Garden Cake dan keychain/necklace tu memang kreatif. Aku jarang tengok benda2 ni kat market, jarang ada orang jual benda2 macam ni. Taktaulah aku kenapa jarang orang buat business ni tapi nak buat benda ni kena ada machine dia la, harganya lebih kurang RM 30k. Aku tengok ianya memberi prospek yang baik sebab jarang orang buat. Garden Cake tu pun, memang boleh buat secara besar-besaran, ada potensi.

Ok, itu dari segi gerai, satu perkara yang best jugak adalah Pertandingan Rancangan Perniagaan (RP). Tak silap aku ada 15 penyertaan dari IPTA, tapi ada jugak IPTA yang tak join. Dalam pertandingan tu aku tengok ada jugaklah dua RP yang boleh dikomersilkan cuma aku kurang setuju dari segi panel hakim yg dijemput tu.

Semuanya adalah daripada pihak bank dan penajaan, tiada wakil dari pihak usahawan. Memang bagus ada pihak bank yang menjadi wakil terutamanya dalam part pembiayaan perniagaan tapi at least biarlah ada wakil dari orang yang memang terlibat dalamindustri keusahawanan ni. Kepelbagaian pihak yang berbeza boleh melihat dari sudut yang berbeza jugak. Kalau semuanya daripada bank, just sudut perbankan sahajalah yang boleh dinilai, itupun daripada pengalaman kerja mereka sahaja. At least ada seorang yang memang dah involve dalam business la yang mesti ada.

Oklah, benda dah berlaku kan... ok, apa pulak RP yang best tu? RP yang pertama adalah untuk membuat penternakan ayam semikomposit. Menggunakan makanan2 yang berasaskan organik, dia memelihara anak ayam sehingga 45 hari dan menjualkannya pada pihak lain seperti peniaga dan kawasan sekitarnya. Memang bidang yang cukup luas untuk diceburi cuma bagi aku, kena ada contact yang baik jelah dari segi supplynya nanti. Kena buat baik dengan tauke2 cina ataupun agensi2 kerajaan.

RP yang kedua adalah menjadi broker perkapalan. Aku actually, tak faham sangat pun tentang bidang2 marin ni. tapi boleh la faham skit2 hasil daripada penerangan RP ni. Bidang ni masih baru dan ada potensi untuk berkembang. Bayangkan ada lebih 16000 buah kapal yang singgah kat Port Klang tu dalam setahun, kalau dapat deal dengan 10-20 buah kapal setahun pun, dah hidup company sebab payment dia tinggi. Tapi of course kena fight dengan syarikat besar. Bagi aku oklah sebab mana ada business yang takde persaingan kan?

So, bagi aku ok jugaklah program KARNIAWAN ni, banyak mendedahkan student dengan aktiviti keusahawan. Mungkin dari usaha2 aktiviti seperti ini boleh melahirkan usahawan berjaya suatu hari nanti. Insyaallah...

Aku nak upload gambar kat blog ni tapi tak leh sebab saiznya besar, so leh tengok kat FB aku ye...


Saturday, February 13, 2010

INTELLECTUAL PROPERTY-PART 2...


29 Safar 1431 Hijriah. Ok, kali ni aku nak sambung tentang "Intellectual Property" yang telah kita kongsikan bersama pada post yang lalu. Post ini pulak aku nak bercerita tentang soalan2 yang diajukan oleh pihak kitaorang pada sesi seminar tersebut. Semua soalan kebanyakkannya adalah berkisar pada projek kami, hubungan projek kami dengan pihak universiti, kategori projek kami dalam lapangan IP dan sebagainya.

Soalan paling menarik yang ditanya adalah hubungan projek kami dengan pihak universiti. Umum kami mengetahui bahawa setiap research/projek peringkat master/Ph.D yang dibuat di universiti akan menjadi hakmilik universiti. Mana2 universiti pun lebih kurang je undang2nya dari segi pemilikan IP.

Jika ada pun yang menjadi hakmilik pelajar tersebut, pihak universiti masih lagi mempunyai hak sebanyak 20% daripada projek/research tersebut. Ianya dinisbahkan 80:20 iaitu 80% untuk student tersebut dan 20% untuk universiti. Jika projek/research tersebut mendapat dana/geran dari kerajaan/universiti, boleh dikatakan projek/research tersebut akan menjadi hak milik universiti.

So, timbul isu kanapa boleh menjadi hakmilik pihak universiti pula? Alasannya adalah, pelajar tersebut menggunakan kemudahan/fasiliti universiti untuk membuat projek/research tersebut, menggunakan khidmat pensyarah universiti sebagai penyelia dan menggunakan perkhidmatan pihak universiti dari segi borang, dokumen dan sebagainya, maka pihak universiti mempunyai hak keatas IP tersebut

Berbeza dengan kes kami, kami membuat projek menggunakan pinjaman MARA, tidak mendapat dana/geran dari pihak universiti. MARA pulak tidak menyatakan bahawa IP projek kami adalah hakmilik universiti dan MARA juga tidak kisah tentang IP ni, apa yang MARA kisahkan adalah pembangunan keusahawan dan perniagaan kami.

Kalau dari segi menggunakan kemudahan universiti, aku dah setahun tidak menggunakan perkhidmatan internet percuma kolej. Aku dah ada Celcom Broadband dan kat bilik aku pun ada Wimax, memang dah tak sentuh dah internet kolej. Dari segi stay kat kolej pulak, aku bayar yuran kolej every semester. Dalam yuran tersebut ada dinyatakan bahagian2 perkhidmatan kolej.

Dari segi menggunakan kepakaran pensyarah universiti, dalam yuran pengajian kami, ada dinyatakan bayaran untuk penyelia. So, penyelia kami dibayar untuk memberikan perkhidmatan seliaan dan rundingan untuk kami. Pihak MARA sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk penyelia kami.

So, apa yang diberitahu oleh staff RMC itu, berdasarkan penyataan kami, kami tidak terikat dengan pihak universiti dari segi IP. Tapi tak taulah macamana perkara yang sebetulnya. Kami memang perlu tanya lagilah pihak pengurusan tentang isu IP ini. Kami tahu bahawa kalau seseorang student itu tidak ingin memberikan IP kepada pihak universiti, ada beberapa kaedahlah (kira trick la ni) bagi mengelakkan IP ini diberikan/berkongsi IP. Tapi aku tak bolehlah beritahu kat ini, nanti timbul masalah pulak antara aku dan universiti.

So, fahamlah kami tentang masalah IP ni, tapi still kena tanya pihak pengurusan untuk betul2 clear. After that, aku ada tanya tentang lapangan yang boleh aku daftarkan untuk projek electric wheelchair aku ini. Jawapannya adalah bergantung pada apa yang aku buat.

Setakat ini aku just boleh registerkan under Ultility Innovation dan Copyright kerana aku hanya melakukan perubahan kecil sahaja pada kerusi roda manual tersebut tetapi untuk membuat integration tersebut (gabungan kerusi roda manual dengan benda2 lain), aku boleh register under patent. Integration itu melibatkan suatu perkara yang besar dan menghasilkan suatu produk baru walaupun kelihatannya sudah ada di pasaran.

Sama juga dengan kes kerusi roda elektrik menggunakan kawalan minda untuk menggerakannya. Kerusi roda tersebut sememangnya sudah ada tetapi ditambah dengan alat untuk membaca minda seterusnya mengawal kerusi roda tersebut, produk ini boleh dipatentkan. Begitu juga dengan kerusi roda elektrik aku ni. Cuma dalam kes aku ni, mungkin ada beberapa perkara lagilah yang perlu aku telitikan terutamanya dari segi intergration tersebut.

So, aku rasa setakat itu sahajalah cerita tentang isu IP ini. Bagi aku, aku dah bertambah clear lagilah after mendengar seminar seperti ini.


INTELLECTUAL PROPERTY-PART 1...


28 Safar 1431 Hijriah. Aku sekarang dah berada di kampung halamanku. Tak banyak berubah pun suasana disini. Kali ini aku bukan ingin bercerita tentang kampung aku tapi tentang "Intellectual Property (IP)" atau juga Harta Intelek. Actually, kami ada menghadiri satu seminar tentang IP ini pada Rabu lepas yang dihoskan oleh seorang pegawai bahagian IP dari Research Management Center (RMC), so sekarang ni bolehlah aku berkongsi info yang aku dapat pada seminar itu dengan kawan2 semua.

Defini bagi Harta Intelek adalah Hasil ciptaan minda, reka cipta, karya sastera dan seni dan simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan. Harta Intelek ni ada banyak jugak kategorinya seperti Patent, Ultility Innovation, Trademark, Industrial Design, Copyright, Trade secret, Geographical Indication dan Layout Design of an Integrated Circuit. Ok, aku akan bincangkan beberapa bahagian yang paling banyak orang apply(tak larat nak cerita semua).

Ok, sekarang kita tengok apa itu Patent. Patent secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai
hak eksklusif yang diberikan pada sesuatu rekacipta/produk/proses dalam menghasilkan satu produk baru/penyelesaian suatu masalah teknikal yang baru. Perkara yang boleh dipatentkan adalah benda baru yang tiada lagi di dunia ini, ada langkah merekacipta, dan dapat digunakan dalam industri.

Ada beberapa perkara yang tidak boleh dipatentkan seperti teori saintifik/kaedah matematik, proses biologi, skim, kaedah menjalankan perniagaan, cara merawat manusia dan binatang, cara permainan dan lebih kepada proses2/nama/kaedah yang telah digazetkan sebagai public domain. Public domain ini pula lebih kepada perkara/produk/nama/kaedah yang telah sedia ada/sedia tahu/sedia digunakan oleh masyarakat tempatan dan diluar negara.

Berbeza dengan Ultility Innovation, sesuatu produk yang ingin didaftarkan sebagai ultility innovation , produk itu mestilah baru. Produk lama/sedia ada yang ditambah dengan benda lain yang boleh menambahkan fungsi baru juga boleh diklasifikasikan sebagai ultility innovation. Dengan kata lain, ianya adalah suatu rekacipta minor yang tidak memerlukan langkah rekacipta seperti mana patent.

Trademark pula adalah apa2 tanda yang membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga dengan peniaga lain seperti logo, nama, gambar, huruf logo, atau kombinasi daripada unsur2 tersebut. Biasanya, jika sesuatu produk itu dipatentkan, ianya akan mengambil masa selama 3-5 tahun tetapi pada tempoh tersebut, ianya diberikan status Trademark atau Copyright sebagai tanda sesuatu itu telah didaftarkan tetapi belum mendapat pengiktirafan patent.

Dari segi Hakcipta, ianya adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pembuat/pereka/pemilik sesuatu perkara/produk/karya itu dan ianya mempunyai tempoh yang tertentu. Negara kita tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta universal. Kita hanya boleh mendaftarkan hakcipta kita dinegara yang mempunyai sistem pendaftaran hakcipta (Malaysia apply tetapi cukup untuk dalam negara sahaja, tidak boleh digunapakai diluar negara kerana masalah perbandingan pangkalan data). Pendaftaran di negara kita lebih kepada hakcipta karya tetapi didaftarkan untuk local sahaja.

Antara beberapa perkara/karya yang boleh didaftarkan adalah karya sastera,muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan. Bila filem2 yang diterbitkan, ianya tiada hakcipta tetapi jika filem itu sudah menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Singapura dan sebagainya, pemilik filem tersebut perlu mendaftarksan filem mereka dinegara luar tersebut.

Dari segi Trademark Secret, ianya merupakan maklumat terlindung yang tidak diketahui umum, maklumat yang mempunyai nilai komersial dan mereka yang terlibat dalam rahsia tersebut juga mempunyai undang2 tentang penjagaan rahsia tersebut. Paling mudah contohnya adalah rahsia resepi KFC. Rahsia resepi tersebut adalah dari segi Trademark Secret dan pihak yang terlibat/mengetahui rahsia tersebut mesti menandatangai perjanjian Trademark Secret ini.

Ok, itu adalah beberapa perkara umum yang berkaitan dengan patent, Copyright dan sebagainya. Dalam next post, aku akan ceritakan tentang kaitan projek electric wheelchair aku ini terhadap hal2 yang berkaitan dengan patent ini. Beberapa perkara yang perlu aku ketahui dan hal yang berkaitan dengan perkongsian patent dengan pihak universiti.

Wednesday, February 10, 2010

BALIK KAMPUNG...


25 Safar 1431 Hijriah. Alhamdulillah... Sempat jugak aku update blog hari ini. Sekarang ni musim cuti raya cina, Chinese New Year, so kebanyakkan student dah takde mood nak belajar. Masing2 dah teringatkan kampung halaman, tak kiralah melayu ataupun cina. Student melayu yng balik kampung lagi ramai, mengalahkan student cina pulak.

Aku actually ingatkan dah tak dapat balik kampun lagi dah cuti mid semester ni. Sebelum ni dah ada kawanku yang offer tiket untuk pulang ke kampung pada cuti raya cina ni tapi aku tolak. Aku terpaksa tolak pada masa itu kerana aku belum pasti adakah aku akan mempunyai aktiviti masa cuti nanti.

Sebelum ni pun macam tu jugak. Program master aku ini takde cuti tetap. Kalau ada masa terluang je, mesti ada aktiviti business discourse/lawatan yang dibuat. So, kalau nak cuti panjang2 tu, memang kurang berpeluang la. So, bila memandangkan cuti aku yang belum tentu ini, aku terpaksa tolak tawaran tiket bas dari kawanku itu.

Suasana raya cina kat kampus ini takdelah meriah pun. Kalau meriah pun, mesti sebab student2 melayu yang beraya mengalahkan student cina. Bilangan orang melayu yang beratur beli tiket bas mengalahkan bilangan orang cina. Begitu juga dengan tiket bas yang disediakan oleh pihak universiti ini. Kawanku kata lagi ramai orang melayu balik sehinggakan pihak universiti menyediakan bas tambahan untuk ke Pantai Timur sedangkan di Pantai Timur ni tak ramai cina.

Apa2 pun tak kisahlahkan, dah cuti, balik jelah. Kalau bukan mid semester nak balik, bila lagi boleh balik kan?. Tambah2 lagi kalau kampung tu jauh, macam aku kat Kota Bharu ni. Aku pulak memang dah agak lama tak balik kampung. Last aku balik adalah masa hari raya Aidilfitri tahun lepas. So,memang agak lama la.

Bila aku tolak tawaran tiket bas tu, kawanku tak ambilkanlah untuk aku. Tapi sekarang ini aku diberitahu bahawa cuti hari raya cina ni kitaorang dapat cuti seminggu. Tak ada sebarang aktiviti/lawatan yang dibuat. Bila dah macam tu terkejar2 jugaklah aku mintak kawanku carikan tiket bas. Lastly, takde tiket dah, semua dah habis, dah terlewat.

So, agak kecewa jugaklah. Fikir punya fikir, terpaksa buat keputusan untuk stay kat rumah sedara kat Pasir Gudang. Aku kalau boleh taknaklah menyusahkan sedara aku ini, tapi yelah, kalau aku tak pergi sana, stay sorang2 jelah aku kat bilik kolej ni. Sedara aku ni baik orangnya, dia ni kakak ipar abangku.

Bila aku beritahu untuk pergi ke rumah dia, dia anytime je datang ambil aku. Memang baik hatilah. Bila aku kat rumah dia, mesti berat badan aku naik, makan je kerja aku bila kat sana. Kejab2 makan, kejab2 makan.

Tapi alhamdulillah...sehari dua ni ada kawanku yang mengatakan masih ada lagi tiket bas untuk cuti raya cina ni. Tapi bukan bas universiti la. Ala...sama je, bas dalam atau bas luar, janji sampai.

So aku pun takde apa2 sangat untuk dikongsi bersama pada post kali ini. Just nak beritahu bahawa aku balik kampung, so maybe tak dapat online sangat. Kepada kawan2 yang menyambut raya cina ni, Happy New Year aku ucapkan kepada semua. Semoga bergembira...



Friday, February 5, 2010

MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2010...


21 Safar 1431 Hijriah. Malaysia Technology Expo 2010 (MTE). Itu adalah pameran yang kami lawati semasa hari kedua berada di KL. Pameran ini berlangsung dari 4-6 Februari dan dirasmikan oleh Dato Maximus Ongkili. Bertempat di PWTC, pameran ini menempatkan pelbagai hasil kajian innovasi dan teknologi daripada ipta seluruh Malaysia serta syarikat swasta baik dari dalam negara mahupun dari luar negara.

Bagi sesiapa yang tidak kesempatan menghadiri pameran PECIPTA last year (aku dah tengok PECIPTA last year), pameran MTE ini lebih kurang dengan PECIPTA la. Ianya lebih kepada hasil kajian universiti, sekolah dan syarikat2 luar. Bezanya adalah MTE ini agak besar sedikit berbanding PECIPTA kerana ianya ada melibatkan sekolah MRSM dan beberapa syarikat tempatan dan luar negara.

Dalam banyak2 perkara yang sama aku dah tengok last year, ada beberapa produk inovasi yang aku cukup tertarik hati untuk memberi komen tentangnya. Dari segi research universiti, tak ada something yang baru pun daripada last year punya pameran, so aku taknaklah komen kat sini. Apa yang aku nak share bersama adalah beberapa lagi produk inovasi terutamanya daripada Institut Akademi Korea dan beberapa lagi dari universiti lain.

Ok, firstly, aku nak komen tentang produk inovasi dari Korea. Nampak macam biasa je, sometimes nak gelak pun ada tapi bila dilihat dan difikirkan kembali produk Korea ini, aku rasa diorang yang paling best. Very simple product tapi praktikal untuk dibuat serta mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Dibandingkan dengan hasil kajian ipta2 yang lain yang lebih kepada untuk research dan akademik semata2, susah untuk dikomersilkan. Produk Korea ini lebih praktikal, senang untuk dihasilkan dan boleh dijual/dokomersilkan. Sebagai contoh, ada satu alat untuk dikepitkan bersama pinggan makanan kita. Alat tu ada lubang untuk kita letakkan gelas dan buah serta boleh dipegang dengan sebelah tangan je.

Kalau dulu, kita pegang pinggan nasi sebelah tangan dan gelas sebelah tangan tapi dengan produk Korea ini, kita boleh pegang dengan sebelah tangan je, takkan jatuh pun sebab memang dibuat kukuh plastik pemegang tu.

Ada satu lagi alat tu sebagai pemegang mentol lampu dan boleh digunakan sebagai alat untuk memasang mentol lampu. Dibuat dalam bentuk kayu panjang, atasnya dililitkan dengan getah yang boleh diregang dan diletakkan mentol. Apabila mentol diletakkan pada getah tersebut, barulah dipasang pada siling. Very practical.

Ada satu lagi ni adalah daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang buat projek komik. Mereka ada menunjukkan demo proses melukis komik, warnakan, dan masukkan dalam web. Sekarang ini dalam proses untuk masukkan komik ini dalam applikasi mobile, so maksudnya kita boleh baca komik melalui mobile. Aku suka tengok orang melukis komik ni sebab diorang ni jenis yang kreatif.

Ada satu lagi projek daripada UKM yang dia buat tentang Intelligent English Language. Projek ini aku tengok amat sesuai untuk dikomersilkan. Ianya sebagai supplement untuk kanak2 belajar English dalam suasana yang interaktif, boleh berkomunikasi dengan guru melalui online, boleh buat latihan dan segala2nya online. Itu yang aku nampak boleh dikomersilkan dan tak mustahil ianya juga berpotensi untuk menandingi Tuisyen Online Skor A.

So, ada lagilah beberapa produk yang aku rasa agak menarik tetapi kurang commercial value. Hal ini demikian kerana kebanyakkan projek2 ipta adalah research and academic based, so tak buat market study terlebih dahulu. Bila research dan produk dah siap serta ingin dikomersilkan, tiba2 produk tersebut tak viable untuk dikomersilkan. Ini hanya merugikan pensyarah dan ipta tersebut sahaja, tak boleh nak buat duit lebih, just sekadar untuk tesis yang menjadi simpanan perpustakaan sahaja.

Bagi aku, sebelum kita nak buat apa2 projek, buatlah market study dulu supaya apabila research kita dah siap, boleh kita komersilkan. Dengan cara pengkomersilan ini, pensyarah dan universiti dapat buat duit seterusnya mempunyai dana sendiri untuk membuat sebarang research lanjutan, so tak perlu bergantung sangat pada geran research dari kerajaan. Jika kita tak buat market study, last sekali bila research dah siap, tak boleh buat produk dan hanya tesis yang boleh disimpan dalam arkib, menjadi rujukan pelajar, setakat itu sahaja.

Bukan aku bermaksudkan bahawa kajian pensyarah dan universiti itu tak boleh pakai, tetapi just untuk rujukan ilmiah sahaja jelah, just untuk bidang akademik sahaja. Kalau awal2 buat market study, kita dah boleh predict apa research yang boleh dikomersilkan sekaligus tidak membiarkan projek kita dalam keadaan 'syok sendiri'. Pensyarah rasa projek itu boleh membawa manfaat kepada masyarakat tetapi bila nak marketkan, langsung takde orang nak pakai/beli. So, jadilah projek 'syok sendiri'.

Oklah, aku rasa setakat ini jelah post aku tentang pameran ini. Bagi yang pernah hadir pada PECIPTA, MTE ini agak boring tapi kalau belum pernah datang mana2 pameran, pameran MTE ini amat bagus untuk kita menvari ilmu dan melihat perkembangan dunia teknologi dan research universiti.

Sesiapa yang nak tengok gambar pameran tu, aku minta maaf kerana saiznya besar, tak boleh nak upload kat blog ni tapi aku dah uploadkan kat FB aku, so bolehlah tengok kat FB aku.



Thursday, February 4, 2010

CONSULTATION SESSION...


20 Safar 1431 Hijriah. Dah lama jugak ye aku tak update blog aku ni. Bukan aku taknak update, baru ni dah tulis dah satu post tapi tak leh nak upload, so aku cancel lah. Takpelah, hari ni agak free sikit, so bolehlah aku buat 1 atau 2 post. Ok, post pertama adalah lawatan untuk sesi consultation kitaorang dengan syarikat E2B Consulting yang dipunyai oleh Mr.Ritakamal. Ala, Mr.Ritakamal yang pernah aku post dulu pasal mind map dan brains storm tu.

Ok, actually, kitaorang tak de plan pun nak jumpa Mr.Rik sebab jadual asal adalah kitaorang mesti menghadiri 1 bengkerl innovation anjuran MeCD tapi bengkel itu ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. So, aku pun chat FB dengan Mr.Rik dan buat appointment dengan dia, dan alhamdulillah... dapat satu tetapan masa yang baik.

So, kitaorang bertolak pada 2hb petang, stay kat Kolej Siswa Jaya dan pergi ke pejabat E2B pada pagi 3hb tu. Firstly, kitaorang just bincang santai jelah dengan Mr.Rik pasal MeCD, geran dan sebagainya, bincang pun kat kedai biasa je sambil2 minum. Nama pun bincang santai kan, sambil2 rilek.

Antara topik yang kami bincangkan pagi itu adalah dari segi geran perniagaan, masalah ekonomi orang melayu dan sebagainya. After selesai minum, kami naik ke pejabat Mr.Rik ini. Kat situ, lagi banyak perkara yang kami bincangkan.

Antara fokus utama yang dibincangkan adalah agenda melayu, permasalahan melayu, geran untuk permulaan perniagaan dan juga business idea. So, memang banyak jugaklah perkara2 baru yang kami ketahui terutamanya tentang situasi ekonomi negara masakini. Takpe, aku sharekan serba sedikit apa yang aku masih ingat tentang perbincangan tersebut.

Untuk geran2 permulaan perniagaan, disebabkan kita semua just menunggu untuk mendengar perbentangan Rancangan Malaysia Ke-10(RMK10), kebanyakkan duit RMK9 sudah habis dibelanjakan untuk RMK9 dulu, sekarang ini sektor penajaan ini sudah kehabisan wang. So, just tunggu RMK10 nanti yang dijangka akan diketahui pada bulan Mac nanti.

Semua permohonan perniagaan yang sekarang ini dipohon terpaksa di 'hold' dahulu memandangkan situasi yang kurang berduit ini juga. Nak cerita apa2 pun, tunggu Mac nanti. Bila dah bentang dan tahu berapa budget yang dapat untuk geran permulaan perniagaan ini, barulah boleh dirangka semula tentang pembahagiannya.

Ok, itu tentang geran permulaan perniagaan. Ada juga kami bincangkan tentang business idea. Berbalik kepada penggunaan tool yang diajar semasa kursus MeCD dulu tu, actually, perkara pertama yang perlu diketahui adalah apa masalah sekarang? Apa masalah yang ingin kita selesaikan. Kalau sesuatu perkara itu tidak menjadi masalah, tak payahlah buat, nanti susah nak jual, orang tak nak.

Untuk mengetahui masalah pula, kita mesti jumpa sendiri pihak yang terlibat dalam permasalahan tersebut. Sebagai contoh, untuk projek kerusi roda elektrik aku ini. Apa masalah yang ingin aku selesaikan adalah membuat kerusi roda yang boleh bergerak sendiri untuk membantu golongan OKU dan wargaa emas. Tapi adakah perkara itu benar2 diperlukan oleh OKU dan warga emas? Entah2, diorang tak perlukan kerusi roda tersebut tapi perlukan peralatan lain.

So, untuk mengetahui perkara/permasalahan sebenar, aku mesti menemui OKU dan warga emas dan buat kajian terhadap mereka ini. Bila dah confirm mereka ini perlukan kerusi roda yang boleh bergerak sendiri, barulah aku boleh fikirkan tentang macamana nak design/buat benda tu. Ini bermakna, kita mesti mengetahui permasalahan sebenar terlebih dahulu, baru boleh buat keputusan untuk buat projek kita.

Bila dah confirm, dari segi design pula, kena tengok dari segi kehendak pengguna terutamanya dari segi rekaan, harga jualan, persekitaran dan sebagainya. Kalau buat yang canggih manggih pun tapi harganya mahal sangat, jarang OKU boleh beli, takde guna jugak.

So, banyak jugaklah perbincangan kitaorang yang berlangsung dari pagi sampai pukul 3 petang itu jugak. Kami juga ingin dan aku secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana Mr.Rik sudi meluangkan masa dengan kami, belanja minum pagi dan makan tengahari serta dapat buku percuma pulak itu ha.

So, secara overallnya, aku berpuas hatilah atas perjalanan dan sesi consultation hari ni. Semoga Mr.Rik dipanjang umur dan murah rezeki. Insyaallah.... Aku cuba untuk uploadkan gambar kat blog ni tapi takleh, besar sangat saiznya, so kalau sesiapa yang nak tengok foto aku, bolehlah view melalui FB aku ye...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...