Friday, May 21, 2010

TRIP TO YOGYAKARTA - PART 2...


7 Jamadil Akhir 1431 Hijriah. Alhamdulillah...sempat aku luangkan masa pada kali ini untuk siapkan post kali ini. Ok, post kali ini aku nak sambung sedikit lagi cerita tentang pengalaman aku di Yogyakarta. Kalau post yang lalu aku menceritakan tentang aktiviti akademik dan sedikit sebanyak tentang persekitaran UGM, so kali ini aku nak story tentang aktiviti pelancongan pulak.

Banyak tempat menarik yang telah aku pergi sepanjang berada di sini seperti Borobudur, Prambonan, Kasongan dan sebagainya. Ok, di Borobudur dan Prambonan, alhamdulillah.... kali dapat rate kemasukkan penduduk tempatan (local rate untuk masuk ke tempat tu), biasanya local rate itu adalah untuk orang Indon sahaja tetapi atas kerjasama UGM, kami dapat local rate, so murahla.

Di Borobudur, tempatnya amat panas, tinggi dan ramai orang. Disekelilingnya adalah penjual seperti penjual payung, cenderamata, baju, makanan minuman dan sebagainya. Pendek kata segala yang ada kat situ relevan kla untuk dijual. Masa mula2 nak naik Borobudur tu, panas jugaklah tapak tangga tu tapi aku redah je, excited kan...bila dah sampai 3 level tangga tu (satu level ada lebih kurang berbelas2 anak tangga), tangan aku dah sakit, sakit bahu then ditambah pula dengan panas, penat dan anak tangganya yang tinggi.

Anak tangga ditempat ini berbeza, ianya tinggi dan tidak luas. So aku ingatkan rehat sekejab, leh heal balik tapi still sakit lengan. So untuk naik ke level atas lagi, aku mintak tolonglah kawan2ku. Alhamdulillah....berkat kerjasama kawan2ku dari UTM dan UGM, akhirnya sampai jugak ke puncak Borobudur, tinggi tu...

Tempat kedua yang best adalah Prambonan. Tempat ini still bertangga tapi taklah setinggi dan sepanas Borobudur. So,kiranya tempat ini bestla untuk dilawati. Boleh masuk kedalam bangunan kuilnya untuk bergambar dan ada juga sesetengah patungnya yang dah agak rosak akibat gempa bumi di Indonesia pada 2006 dulu, still ada kesan. satu lagi perkara yang aku suka tentang Prambonan adalah penjualnya.

Penjual ditempat ini cukup sabar dan rajin dalam mencari rezeki. Ada satu penjual tu dia ikut aku dari awal hingga ke pintu gate dengan tidak berhenti2 tawar menawar dengan kami. Dia jual baju t-shirt yang bersulam. Awalnya berharga Rp 30,000 (lebih kurang RM 10) untuk 5 helai tapi paling last harganya jadi Rp 30,000 untuk 8 helai. Fuh....murah giler. Than aku terfikir pula kalaulah dia boleh jual 8 helai baju dengan harga Rp 30,000, berapalah agaknya modal diorang untuk buat baju tu, mesti murah giler.....

So antara tempat2 lain yang best adalah di Kasongan iaitu tempat industri pasu, seramik, tembikar dan sebagainya. Ada juga aku melawat ke muzium yang menyimpan kereta kuda pemerintahan Indonesia. Cukup besar dan mewah dari segi rekaan dan material yang digunakan. Ada sebuah kereta kuda tu yang diatasnya disaluti oleh emas tulen dibahagian depannya. Fuh....mewah giler....

Ada juga kami melawat tempat persiraman pemerintahan Yogyakarta yang dikatakan mempunyai seramai 40 gundik yang tutur mandi disitu. Tempat persiraman itu juga agak cantik dan airnya pun jernih (tapi tak boleh mandi la). Lepas itu ada yang pergi ke tempat Dua Pohon Beringin. Dikatakan (tidak pasti samada benar/kebetulan/mitos) tentang pohon tersebut yang mengatakan jika kita berjaya melalui pohon tersebut dengan mata yang tertutup, niat kita akan dimakbulkan. Kata dioranglah kan....

Ok, itu adalah antara tempat lawatan. Dari segi tempat makan pula, aku cukup suka dengan kota budaya Yogyakarta ini. Ini kerana harga makanannya amat murah. Aku dua kali pergi makan ditempat yang eksklusif bersama2 dengan kawan2 lain (dalam 25 orang). Tempatnya cukup menarik, kondusif dengan makanan mewah seafoodnya. Ada satu tempat itu kitaorang semua makan seafood seramai 25 orang dengan kadar bayaran Rp 600,000 (lebih kurang RM 200 ) sahaja. Makanannya cukup mewah dan sedap tapi harganya cukup murah.

Ada sekali tu kitaorang makan di tempat yang dipanggil Crystal Castle (Kota Kristal). Bangunan restorannya sebijik dengan kota2 lama. Senang cerita lebih kurang kota dalam cerita Harry Porter, siap ada patung berpakaian besi zaman dulu lagi dengan gambar2 dinding tentang zaman dahulu. Kerusinya pulak memang klasik dan nampak mewah ditambah dengan hiasan lampu yang cukup cantik. Harga makanan seafoodnya juga murah.

So, banyak lagilah perkara2 menarik yang telah aku rasai sepanjang di Yogyakarta ini seperti naik kereta kuda keliling Malioboro, makan nasi kosong seperti makan burger di McD, makan sup di kedai Pak Min Klaten yang mana kedainya bukak pukul 6.00 petang dan tutup pukul 7.00 petang akibat kehabisan diserbu pelanggan, pergi ke kompleks baju dan pakaian (satu bangunan yang bersaiz Pasar Siti Khadijah yang khas jual baju dan pakaian), pergi melawat tempat penghasilan batik secara moden dan sebagainya.

Tak cukup sekadar 2 post untuk aku ceritakan pengalaman seminggu di Yogyakarta ini. Apa pun bagi aku, aku cukup gembira dengan pengalaman ini dan Insyaallah.....jika ada rezeki, aku akan datang kesini lagi. Kepada kawan2ku di UGM, thanks atas kesudian anda melayan kami dan membantu aku, korang memang baik hati. Alhamdulillah amd thanks to Yogyakarta.


Wednesday, May 12, 2010

TRIP TO YOGYAKARTA - PART1...


28 Jamadil Awal 1431 Hijriah. Alhamdulillah...boleh bersua lagi dalam blog ini. Entahlah, sehari dua ni aku rasa macam free je tapi hakikatnya banyak lagi kerja sebenarnya. Apa pun, mesti luangkan sedikit masa untuk blog ini. Ok, kali ini aku nak bercerita tentang trip aku ke Yogyakarta, Indonesia dalam program Global Outreach Program yang dibuat under fakulti aku.

Actually, program ni untuk student undergraduate tapi memandangkan masa itu penyertaan undergraduate belum penuh, so aku dan seorang kawanku join jelah, lagipun pensyarah yang handle program ni pun pensyarah aku dulu jugak, so takde masalahlah kan. Bayarannya adalah RM 500.00 setiap orang dan of course ada mohon penajaan dari pihak universiti dan fakulti jugak. Kos keseluruhannya aku tak sure, yang aku tau, bayar RM 500.00, boleh ke sana.

So, kitaorang berkumpul seawal 7.00 pagi dan bertolak ke Singapura. Kitaorang naik melalui lapangan terbang Changi, Singapura. Bila dah selesai urusan pasport, bagasi dan sebagainya, bertolaklah ke Yogyakarta dengan AirAsia. Perjalanan penerbangan lebih kurang 1 jam jugaklah (lebih sikit rasanya). Bila sampai kat Yogyakarta, kami disambut oleh agen pelancongan, pensyarah fakulti kami yang sememangnya dah ada kat sana terlebih dulu dan beberapa staff dari Universiti Gadjah Mada (UGM, dalam bahasa Indonesia dipanggil Universitas Gadjah Mada)

Kami terus ke Fakultas Matematika dan Pengajian Alam (MIPA) dan sedikit sesi perkenalan disitu. Kami diraikan oleh Dekannya dan beberapa pensyarah dari fakultas tersebut. After that baru boleh makan tengahari. Fuh !!! Alhamdulillah...alangkah nikmatnya...yelah, daripada pukul 7.00 pagi hingga dalam pukul 3.00 petang baru boleh makan tengahari,cuaca panas giler lak tu ditambah aku yang berpakaian kemeja hitam. Oh, ye kalau waktu di Malaysia pukul 4.00 petang, di Indonesia pukul 3.00 petang, cepat 1 jam.

After that, kami dibawa berjalan2 ke beberapa fakultas lain then petang tu baru check-in kat hotel Malioboro Inn. Malam tu apa lagi, keluar jalan2 la, tengok2 barang. Jalan Malioboro sememangnya tempat untuk bershopping, dengan jalanya lebih kurang sepanjang 5-10km, sepanjang jalan penih dengan peniaga especially jenis perniagaan pakaian dan cenderahati.

Disepanjang seberang jalan juga sama, padat dengan kedai2 makan, diorang panggil lesehan. Kat area tu popular dengan bebek (itik), ikan lele (ikan keli), burung dara (burung puyuh) dan sebagainya. Disitu pun ada juga toko (kedai/restoran) KFC dan McD. Malam tu geng2 aku termasuk pensyarah pergi enjoy menikmati Es Teler, iaitu sejenis makan style ABC la kalau kat Malaysia tapi dia campur dengan buah. Best o...ditambah pulak makan free dibelanja pensyarah, lagi best....

Untuk next day dan seterusnya, aktiviti kami di fakultas adalah dengan mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarah2 MIPA dan juga UTM. Sepanjang aktiviti pengajaran itu, ada juga tugasan berkumpulan yang perlu dibuat iaitu tugasan tentang 'Rich Picture'. Secara overalnya, untuk aktiviti pengajaran dan kuliah actually agak membosankan, maybe disebabkan tujuan aku just nak enjoy kot, itu yang jadi agak boring tu.

Dari segi fasilitinya, aku difahamkan bahawa UGM ini sudah diishtiharkan sebagai bangunan warisan, so dari segi bangunan tu sudah agak usang dan peralatannya juga sudah lama. Tempat ini juga kurang mesra OKU. Tiada laluan2 khas untuk OKU dan aku difahamkan bahawa UGM tiada pelajar OKU, yang ada laluan OKU adalah di Fakultas Kedokteran sahaja, kat situ bangunannya baru dan agak canggih. So, sometimes bila aku melawat ke satu2 lab ataupun bangunan kuliah, penat sikitlah sebab kena naik turun tangga, sometimes sampai tingat 3.

Satu perkara menarik juga adalah di satu kawasan, disediakan bangunan khas untuk pelajarnya berniaga. Kat situ ada minimart yang agak besar yang dikendalikan oleh pelajar dan keuntungannya dibahagikan antara pelajar tersebut. Minimart tu banyak menjual peralatan2 asas pembelajaran, cenderamata dan sebagainya. Di kawasan bangunan itu juga banyak gerai2 kecil yang menjual makanan dan minuman yang dijual oleh pelajar dan ada sesetengahnya dibuka 24 jam. So, dari segi pemupukan minat keusahawanan tu aku rasa student Indonesia better than student Malaysia lah.

Satu perkara yang menarik juga adalah setiap kali ada kuliah, kami diberikan makanan dan minuman. Kata mereka bahawa jika sesuatu kuliah itu ada melibatkan tetamu luar, akan disediakan makanan, so mana2 student UGM yang turut serta dalam program kami tu turut dapat makan jugaklah, Alhamdulillah.... rezeki kan.

Walaupun bangunan fakultas dan bangunan2 lainnya adalah bangunan warisan dan agak usang, masjid serta dewan besarnya (diorang panggil Gedung) adalah cantik sekali. Berkonsepkan senibina China, rekaan masjid dan dewannya memang berbezalah daripada bangunan fakultas and then aku rasa (just tengok dari luaran) dewan besarnya lagi besar berbanding DSI UTM, tak taulah betul atau tidak sebab aku just tengok dari luarannya sahaja.

Ok, itu adalah coretan aku tentang UGM dan beberapa aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Untuk next post, aku akan bercerita tentang aktiviti pelancongan kami pulak ye.



Tuesday, May 11, 2010

TAKLIMAT CRADLE FUND...


28 Jamadil Awal 1431 Hijriah. Alhamdulillah....sempat lagi untuk berblog. Ok, kali ini aku nak story tentang Cradle Fund. Taklimat tentang Cradle Fund ini aku hadiri semasa 2 hari last berakhirnya pesta konvo. Ianya dibuat di Dewan Jumaah, UTMKL. Program ini dihadiri oleh geng2 kami, pensyarah2 dan beberapa orang wakil daripada Cradle Sdn.Bhd. Ok, sebelum itu, apayang dimaksudkan dengan Cradle Fund ni? Apa fungsinya dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Ok, Cradle Fund ini sebenarnya dibawah Kementerian Kewangan (MOF) yang dikendalikan oleh Cradle Sdn.Bhd. Ianya adalah sebuah company yang bertanggungjawab mencari dan membentuk usahawan daripada penghasilan produk2 berinovasi yang bermula daripada penjanaan idea. Fund yang diberikan ada dua peringkat iaitu peringkat Idea yang berjumlah RM 150,000.00 dan Commercialisation yang berjumlah RM 500,000.00. Ianya ada dua kategori iaitu untuk universiti dan untuk usahawan.

Kitaorang mohon Cradle Fund ini adalah kerana Fund lain seperti Pre-Seed Fund semuanya dah habis, semuanya hold sementara RMK-10 diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Jun atau Julai ini. So, yang masih berduit adalah Cradle Fund. Thats why kami memilih Cradle ni dan untuk informastion, semua permohonan fund Cradle ini dibuat 100% secara online.

Basicly, untuk fund peringkat idea, kita just beritahu apa idea kita, produk apa yang ingin dibangunkan, apa perancangan kita dan paling penting adalah value proposition yang akan diperolehi, perancangan kewangan dan teknologi yang akan digunakan. 3 perkara ini yang paling penting. Secara overalnya, ianya menitikberatkan tentang commercial value yang boleh dibuat dengan idea dan product kita itu. Untuk RM 150k ini, tak semestinya kita siapkan satu produk terus, ianya just model prototaip ataupun proof of concept pun dah ok dah.

Untuk bab commercial yang bernilai RM 500k pulak, dia takde cerita sebab yang ini adalah taklimat pertama dan asas kepada Cradle Fund, so lebih kepada idea jelah. Sesiapa yang ada idea, yang rasanya idea itu boleh menghasilkan produk yang boleh dijual, yang dah ada kajian pengguna, yang dah ada kajian market, yang dah tahu apa yang ingin dilakukan, bolehlah layari www.cradle.com untuk isi borangnya secara online.

Ok, cukup dengan cerita Cradle, sekarang ni aku nak cerita tentang 2 buah kisah yang bagi aku mungkin boleh dijadikan teladan untuk semua. Ok, ada 2 orang peserta yang turut join taklimat Cradle ni daripada UTM la, seorang lelaki dan seorang perempuan, masing2 Prof dan Dr dan Prof itu tak silap aku dekan fakulti tapi tak sure pulak aku fakulti apa, namanya pun aku dah lupa.

Ok, cerita Prof itu, dia ada mengeluh tentang kajiannya tentang peningkatan volume voltage elektrik melalui device yang dibuat berdasarkan researchnya. Namun demikian, devices itu takde orang nak beli pun, pihak kilang mahupun industri tak nak pun, then dia dok 'kondem' pihak kilang la, pihak industri la dengan mengatakan diorang tu tak nampak kebaikkan produknya. Dia sibuk bercerita tentang backgroundnya dalam bidang yang diceburinya, nak nampak hebat la, nak nampak dia ni banyak pengalaman la dan sebagainya.

Cerita Dr tu pulak, dia mengatakan bahawa dia ni tengah buat produk untuk medical dan dia ingat Cradle boleh bantu dia dengan kewangan fund selama 5-10 tahun punya projek. Then bila pihak Cradle kat bahawa mereka just support untuk Idea dan Commercialisation, marah pulak Dr ni. Then sambil2 dia marah tu, sempat dia kondem projek orang lain. Dia kata lebih kurang macam ni la, "Projek saya ni mustahak, medical part, susah nak buat dan memerlukan kajian yang lama, bukannya projek buat sistem jalan, sistem jualan".....

Amboi.... sedap je kutuk projek orang lain sebagai projek remeh dan projek dia ni hebat....hm.....aku kalau Dr ni, aku tak nak komen banyak2lah....orang macam ni jenis rasa dia je yang hebat, projek dia je yang power, projek lain tak power. Cuma bagi aku, yes aku akui bahawa medical part mungkin lebih susah berbanding bidang lain tapi tak eloklah keluarkan statement macam tu, nampak macam memandang rendah orang lain pulak.

Untuk Prof tu pulak, ok dia memang hebat dalam bidang yang diceburinya, hebat dan berpengalaman cuma pada aku sebelum kita buat apa2 kajian/research/produk, kita kena study dululah potensi market, siapa target user kita, kena buat kajian keperluan, kajian market dan sebagainya. Jika after kita buat semua tu, barulah kita sedar bahawa projek kita nak buat itu berfaedah atau tidak, boleh dijual ataupun tidak.

Kebanyakkan kajian research yang dilakukan oleh Dr, Prof di mana2 universiti pun, diorang tak buat market research dulu, terus kepada projek diorang. Bila projek dah siap, tiba2 tak boleh dipasarkan kerana takde orang nak beli pun then last sekali tesis serta produk projek tersebut hanya layak diarkibkan sekaligus membazirkan wang kerajaan kerana membuat projek yang kurang memberi pendapatan semula.

Aku pun bukannya pandai pun, siapalah aku nak komen2 orang yang dah ada Ph.D ni kan....tapi bagi aku, yelah, orang2 macam ni susah nak dengar pendapat orang yang tak sama level dengannya. Apa2 pun aku harap selepas ini Dr dan Prof itu berjaya menjual produk mereka. Bagi aku, taklimat ni berbaloilah untuk dihadiri walaupun aku penat nak ulang-alik dan nak jaga booth kat pesta konvo.


JUALAN DI PESTA KONVO - PART2


27 Jamadil Awal 1431 Hijriah. Alhamdulillah....masih diberi kesempatan untuk post yang kedua. Ok, pada post yang sebelum ini, aku ada berjanji untuk menceritakan tentang aku berniaga semasa pesta konvo ini. Ada banyak yang aku perolehi sepanjang business dalam pesta ini namun ada 3 yang paling menarik yang ingin aku kongsikan. Pertamanya ialah skill untuk berjual beli, keduanya ialah mesti berusaha dan yang terakhir adalah membuat kebajikan.

Ok, part pertama adalah skill untuk berjual beli. Actually ikhlas aku katakan bahawa ini adalah first time aku terlibat dengan urusan jual beli secara direct, bukan melalui orang tengah ataupun internet. Ini adalah first time aku menjual, bertoleransi, tawar menawar dan terpekik2 menarik perhatian pengunjung. Skill yang tak dapat aku beli tanpa melaluinya sendiri dan skill inilah yang paling penting actually dalam membentuk diri menjadi usahawan.

Apabila skill ini dipraktikkan, secara automatik kita akan berkomunikasi dengan orang ramai, bertolak ansur dan tawar menawar dalam perniagaan dan sebagainya. Ini tiada diajar dalam buku ataupun kuliah. Nak tak nak, kita mesti merasainya sendiri. Deal pulak dengan produk yang kecil2 dan tak besar marginnya, so kena banyak tawar menawar dengan customer. Apa pun, this is the best thing sepanjang pesta ini.

Ok, why aku kata mesti berusaha untuk part kedua ni? Actually macam ni, aku sepanjang pesta, aku buka booth aku awal pagi, bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 malam. Orang lain ada yang datang bukak lambat booth mereka dan ada kawanku yang turut mempunyai booth hanya mengharapkan kawannya semata2 untuk berniaga sedangkan dia takde buat apa2 pun. Begitu juga dengan anak makcik dari persatuan ibu tunggal ini.

Dia hanya sibuk melayan SMS. Bila ada pengunjung yang datang, dia hanya diam sahaja tanpa bercerita apa2 tentang produk yang dijualnya. Anaknya itu perempuan dan umurnya baru 17 tahun, so maybe agak kurang matang dalam hal ini. Apa pun, bagi aku dia seharusnya berusaha membantu ibunya itu. Makcik tadi ada join satu lagi booth makanan, so yang ini diharapkan kepada anaknya sahaja. Bila tiada jualan, aku pulak yang menjadi tempat untuk makcik tadi bercerita.

Makcik itu bercerita seolah2 aku yang salah hingga menyebabkan dia tiada jualan walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menyalahkan aku. Dia kata tempat booth aku ini tak strategik la, orang tak lalu la, kurang pengunjung la, kurang promosi la dan sebagainya sedangkan makcik tu tak tau bahawa anaknya sibuk melayan SMS. Aku taknaklah beritahu tentang anaknya itu sebab takut gaduh anak-beranak pulak lagipun aku baru je kenal pun.

So, bagi aku, untuk mendapatkan rezeki yang lebih, kenalah berusaha lebih. Berniaga bermula waktu pagi adalah punca rezeki, ketika itulah malaikat menyebarkan rezeki kepada manusia. Terpekik2 untuk menarik perhatian pengunjung mesti dibuat, itulah promosi yang paling berkesan melainkan ada orang yang boleh membantu untuk berjalan sambil menjual produk. Bila kita berusaha, hasilnya kita nampak dan lebih berpuas hati.

Ok, part akhir adalah membuat kebajikan. Awalnya aku dan kawanku dah berjanji untuk membahagikan share jualan produk dia dengan aku sebagai balasan untuk tidak mengenakan kadar sewa tapak booth terhadapnya. Actually, awal2 lagi aku dah berniat untuk tidak mengambil untung komisien tersebut. Aku sengaja berkata demikian kerana aku nak dia juga berusaha untuk berniaga. Seandainya aku awal2 lagi memberitahu bahawa segala komisyen adalah miliknya, aku takut dia akan sedikit malas lantaran tiada tanggugjawab dan kepentingan untuk melariskan jualannya. So, aku memang tak ambillah komisien tu.

Untuk makcik ibu tunggal tersebut, dia menjanjikan untuk membayarkan aku beberapa ratus mengikut kadar sewa seperti 2 lagi tauke itu tetapi aku dah berniat untuk membantunya. Semasa hari last itu, dia ada menghulurkan beberapa ratus padaku dan aku taknak ambil. Dia memaksa untuk menerimanya dan last sekali, aku terpaksa juga ambil RM 100.00 daripadanya. Katanya kalau aku tak ambil sesen pun, dia pulak yang segan. Takpelah, duit yang sepatutnya aku terima dalam beratus2 ringgit itu aku just sedekahkanlah kat dia, aku just niat untuk membantunya.

So, lastly, apa yang aku boleh simpulkan dalam pengalaman aku sepanjang pesta ini, aku dapat banyak pengalaman. Aku dapat untung bersih dalam beberapa ratus tetapi bukan duit yang menjadi matlamat utama sebaliknya pengalaman. Itulah yang aku inginkan dan alhamdulillah....pengalaman aku dapat dan duit pun aku dapat. So, itu jelah perkara yang ingin aku kongsikan untuk aktiviti pesta konvo ini. Suatu pengalaman yang menarik sekali. Alhamdulillah....

JUALAN DI PESTA KONVO - PART1


27 Jamadil Awal 1431 Hijrah. Alhamdulillah.... Akhirnya sempat jugak menaip kat blog ini. Alhamdulillah... free sikit sehari dua ini. Kepada pembaca blog aku, aku mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk update blog aku but now aku sedikit free dan bolehlah aku luangkan masa untuk bab2 blog ni. Ok, cerita yang ini walaupun dah lama, tapi bagi aku banyak perkara yang boleh dikongsi iaitu pengalaman aku berniaga semasa Pesta Konvo Ke 43 UTM.

Pesta itu berlangsung selama seminggu, entahlah berapa haribulan aku pun dah lupa, maklumlah dah lama, baru sekarang nak tulis dalam blog ni. So, selama seminggu tu, aku dapatlah bukak seminggu penuh. Asalnya sebelum aku dapat booth tu, ada la 2-3 kali aku naik turun ke HEP jumpa pegawainya yang handle booth ni. Alhamdulillah...pegawai tu nak tolong OKU macam aku terlibat dalam keusahawanan, so bolehlah dia bagi satu kat aku, tapi bayar tetap bayar kan untuk sewanya tu.

Booth aku tu pulak bersebelahan dengan kawanku. Aku yang mintak duduk bersebelahan sebab senang nak mintak tolong kemas2 barang. So, semasa proses setup booth tu ada orangyang datang berjumpa denganku untuk menyewa sebahagian tapak booth aku tu. Aku pada masa itu just on jelah kan, orang nak bagi duit, ambil jelah. So jadilah 3 bahagian booth aku(aku bahagikan kawasan kepada 4) tu dan 1 bahagian lagi masih kosong.

Aku just menjual Islamic Keychain dan tie je, yang lain2 seperti buku motivasi, buku agama, minuman kesihatan RX-Lite dan sebagainya itu adalah kawan aku yang punya. Aku deal dengan kawanku itu untuk membahagikan share 50:50 daripada komisyen jualannya, so dia tak perlu bayar sewa tapaklah kat aku. Sambil2 tu boleh jugak la dia tolong2 aku.

Bila hari pertama jualan bermula, business takdelah ok sangat tapi still dalam range ok la. Time pagi hingga tengahari tu takdeorang sangat pun tapi bila dah start lepas Asar je, orang dah mula ramai la. Kalau malam lagi best, ramai orang. Masuk hari kedua, ada seorang makcik yang datang untuk menyewakan satu lagi bahagian booth aku tu, dia daripada persatuan ibu2 tunggal. So, atas dasar ingin membantu, aku tak kenakan kadar sewa keatasnya, harap boleh ambil berkatlah kan....

So, jualan bertambah ok pada hari kedua dan seterusnya. Begitu juga dengan jualan 2 lagi tauke under aku tu. Diorang tu berniaga produk Avon dan seorang lagi berniaga produk kesihatan, kecantikan dan tudung. Namun, jualan makcik ibu tunggal tersebut langsung tiada. Anaknya yang ditugaskan untuk membuat jualan asyik dengan SMS sedangkan aku ni nak tercabut anak tekak melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Sakit tekak aku tu berbaloilah....

Untuk 2 hari last pulak, aku dan geng2 kelas aku kena pergi ke KL atas urusan taklimat Cradle Fund. Asalnya risau jugak aku untuk tinggalkan booth kerana malam terakhir adalah malam yang paling best sebab masa tu adalah jualan lelong sebagai penghabisan stok. Masa itulah ramai orang akan datang dan stay kat pesta. Walaubagaimanapun, tugas tetap tugas dan aku rasa berbaloi datang ke KL, nanti next time aku storykan apa kandungannya.

After selesai je urusan kat KL tu, kitaorang pun pulanglah ke Skudai. Sampai je ke UTM, aku dan kawanku terus ke pesta sebab masa tu dah pukul 10 malam. Aku just sempat letakkan beg je kat kolej, then terus ke pesta, baju pun tak sempat salin. So, bila dah pukul 10 lebih tu, ramailah yang datang. Alhamdulillah.... business berjalan lancar, banyak jualan pada malam tu.

So, itulah sedikit sebanyak pengalaman aku sepanjang pesta konvo tersebut. Dalam part 1 ini, aku lebih menceritakan tentang perjalanan business dan pada part 2 nanti, aku akan ceritakan tentang pengalaman aku sepanjang berniaga di pesta ini. Insyaallah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...