Saturday, July 31, 2010

RESULT SEMESTER PENDEK...


20 Syaaban 1431 Hijriah. Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Illahi aku panjatkan.... Aku dah check result semester pendek aku (semester Mei-Julai) bebaru ini. Aku berjaya maintainkan keputusan semester lalu. Aku actually dah tak expect aku akan dapat result seperti ini memandangkan ada beberapa perkara yang aku rasa tak sedap hati sebelum ini, tapi yelah pintu rezeki masih terbuka untukku.

Semester pendek ini, kami tiada subjek pun, just ada 3 presentation dalam skop Project Development Phase. So kami pada semester ini mesti menunjukkan prestasi dari segi pembangunan projek. So, presentlah kami semua dengan masalah tersendiri (semua orang tak siap lagi projek masing2 termasuk aku).

Pembahagian markah adalah Penyelia 1=40%(tesis), Penyelia 2=20%(Business plan) dan Penilai (5 orang penilai dari luar dan pihak industri)=40%. Compare dengan kawan2ku yang lain, aku rasa markah aku dapat daripada penyelia adalah paling rendah iaitu 46%(32% daripada penyelia 1 dan 14% daripada penyelia 2).

Ada kawan2ku yang jarang jumpa penyelia mereka, jarang berbincang dengan penyelia tetapi still dapat markah yang tinggi. Ada kawanku dapat sampai 56% daripada 60% itu walaupun performancenya kurang. Apa yang penting, dia dapat penyelia yang boleh 'kaw tim', tapi tidak penyelia aku. Malahan aku pun rasa kurang berpuas hati dengan justifikasi pemarkahan penyelia aku.

Untuk tesis, aku dapat 32% sahaja berbanding kawan2ku yang memperolehi 34%, 36% dan 38% daripada 40%. Sedangkan 2 penilaian internal sebelum ini, ada beberapa pensyarah menasihatkan agar kawan2ku menjadikan tesis aku sebagai rujukan, sebagai guideline. Ini bermakna tesis aku berada dalam landasan yang betul dan hampir lengkap. Pensyarah menjadikan tesis aku sebagai benchmark mereka.

Dari segi Business Plan pula, aku dapat 14% berbanding kawan2ku yang ada mendapat 18% daripada 20% itu. Semasa penyelia 2 aku ingin memberikan markah kepadaku, dia ada bertanyakan, "awak ada berapa kali presentation lagi?". Then aku jawablah "Saya ada 1 semester lagi". After that dia kata "So, saya tak boleh bagi markah tinggi lagi, sebab awak ada 1 sem lagi". Boleh penyeliaku beritahu macam itu....

Dalam 2 presentation sebelum ini juga ada pensyarah yang mengatakan bahawa Business Plan aku ini dah complete, tiada apa yang boleh dikomen lagi dan menasihatkan kawan2ku menjadikan Business Plan aku sebagai panduan untuk mereka. So, bila aku dapat 14% daripada 20%, of course aku rasa kurang puas hati compare dengan yang memperolehi 18%.

Aku bukan apa, aku kalau boleh just ini tahu dengan jelas, apa justifikasi/kriteria pemberian markah. Adakah disebabkan aku masih ada lagi 1 semester, aku tak layak dapat markah yang baik? Adakah disebabkan masih ada presentation seterusnya, baru boleh beri markah yang baik walaupun hasil kerja kita sekarang ini pun dah baik? So, apa justifikasinya?

Aku bukan apa, pada waktu itu aku benar2 ingat result aku akan turun, dah takkan dapat A lagi dah (markah untuk A adalah 80% sehingga 85%). Aku dapat 46% daripada 60%sahaja dan nmemerlukan sekurang2nya 34% daripada 40% untuk dapat A. Ada kawanku dapat 56% daripada 60% walaupun ramai pensyarah menganggap hasil kerjaku paling elok. Nak kata aku jarang berjumpa dengan penyelia, aku rasa setiap minggu/2 minggu sekali aku jumpa mereka dan berbincang tentang progress projek aku, diorang pun ok je bincang dengan aku.

So, itu jelah yang aku rasa kurang puas hati. Apa pun, aku pun terkejut sebab markah dari penilai luar aku adalah baik (aku tak tau markah sebenar yang diberikan) sebab aku still dapat A. Ini bermakna markah yang diberikan oleh penilai luar untukku adalah at least 34% daripada 40%. Sometimes aku rasa pemilai luar dari industri ini lagi pandai menilai.

Aku tak bermaksudkan untuk mempertikaikan keputusan markah penyeliaku tapi bagi aku, alangkah bagusnya aku dinilai secara adil dan mengikut prestasi yang ditunjukkan. Barulah kita sebagai student ini merasai bahawa segala hasil kerja kita dinilai dengan baik dan sewajarnya, bukan based on bilangan baki semester yang tinggal, baru nak bagi markah yang sepatutnya.

Apa pun, alhamdulillah aku ucapkan kerana masih berpeluang mendapat A dan seterusnya mengekalkan pointer aku walaupun pada awalnya aku jangkakan ianya menurun.



PEMBATALAN PROGRAM KE SHANGHAI...


20 Syaaban 1431 Hijriah. Bebaru ini aku rasa aku telah mengambil satu keputusan yang pada aku amat menyedihkan, amat menakutkan dan amat mengecewakan. Suatu program yang telah lama dirancang dengan sebegitu rupa tidak dapat di realisasikan. Atas beberapa masalah yang menimpa, aku sebagai pengarah program 'Delegasi Akademik dan Keusahawanan Teknologi Maklumat (DUIT'10)' membatalkan program tersebut.

Menyorot kembali program ini, asalnya adalah idea kawanku yang melihat promosi ke Shanghai World Expo 2010 dalam akhbar pada awal Mac dan mencadangkan kitaorang semua buat program ke sana. Disokong oleh penyelaras kami, aku dilantik menjadi pengarah program. Aku buat paperwork, buat surat mohon kelulusan, buat surat penajaan dan sebagainya.

Aku juga membahagi2kan tugas kepada kawan2ku yang lain. Setiap seorang ada peranan masing2. Setelah semua kelulusan diperolehi, usaha mencari penajaan dan agensi travel bermula (actually dah start cari awal lagi, cuma baru nak deal). Kesibukkan ahli kumpulan menjadikan aku terpaksa menangguhkan program ini daripada bulan Mei kepada Ogos. Waktu itu, ahli penajaanku memberikan sebab kesuntukan masa untuk mencari penajaan.

Bila sudah masuk bulan Jun, aku turut turun padang untuk mencari agensi travel yang bagus dan turun padang mencari penajaan. Setakat naik turun naik turun bangunan pentadbiran dan bangunan2 lain yang kadang kala 4 tingkat itu sebab lif rosak, dah biasa rasanya. Begitu juga dengan membuat surat2 yang berkaitan. Walaupun dah ada ahli yang bertanggungjawab dalam bab surat menyurat, ianya dilepaskan kepadaku dengan alasan sibuk dengan business peribadinya. Sometimes aku jugak yang kena follow up dengan pihak penaja sebab ahli penajaan sibuk, katanya la....

Keadaan bertambah sukar apabila program yang kosnya RM 3,500 setiap seorang tidak mencukupi dari segi budget. Setakat yang diperolehi, aku hanya berjaya collect RM 2,500 setiap seorang sahaja. Ini bermakna aku memerlukan RM 1000 setiap orang lagi walaupun tarikhnya sudah dekat. Ada juga aku mohon supaya ahli yang ingin pergi ini supaya top up duit poket sendiri RM 1000, tetapi hanya 2 orang sahaja yang sanggup iaitu aku dan seorang kawanku.

So, after that, aku cuba lagi deal dan bincang2 dengan agensi travel. Alhamdulillah....boleh kurang daripada RM 3,500 kepada RM 2,800 tetapi dengan mengurangkan beberapa perkara tapi at least ok lagi la kan. Aku ingatkan just top up RM 300 setiap orang, semua boleh keluarkan duit poket sendiri tetapi jangkaan aku meleset. Dua orang sahaja yang setuju, yang lain2 taknak dengan alasan tiada duit dan sepatutnya boleh dapat full sponsor.

Nak tambah RM 300 pun tak sanggup, aku pun terpaksa membatalkan program ini walaupun hati aku waktu itu marah+sedih. Program yang aku dah run dari bulan Mac lagi terpaksa dibatalkan dengan begitu sahaja. Duit program yang telah diperolehi itu juga terpaksa dipulangkan. Terpaksa juga aku menebalkan muka menahan malu apabila memberitahu pihak pentadbiran universiti bahawa program ini dibatalkan.

Apa pun, aku post disini bukan untuk mencari salah siapa dan menudingnya. Aku hanya mampu menerima Qada' dan Qadar serta bermunasabah diri. Mungkin aku ini bukan pengarah program yang baik. Mungkin aku ini tidak bertegas dengan ahliku yang lain. Mungkin aku ini tidak pandai merancang. mungkin aku ini masih kekurangan pengalaman. Mungkin ada antara ahli2 lain sudah 'tiada hati' untuk pergi. Mungkin disebabkan ahli2ku rasakan ini bukan tanggungjawab mereka, jadi tak jadi, bukan masalah mereka. Segala kemungkinan boleh berlaku....

Apa pun, after this, aku pun dah rasa malas untuk handle program seperti ini. Kalau ada kawanku yang ingin buat program seperti ini, mungkin aku just join sebagai peserta biasa sahaja, tidak lebih dari itu. Setakat nak paperwork dan contoh2 surat aku boleh berikan, tapi untuk bergiat aktif semula, aku dah penat....



Thursday, July 22, 2010

PROGRAM AZIZAN OSMAN - PART2...


18 Syaaban 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku nak sambung lagi ulasan aku terhadap program Azizan Osman tu. Cuma kali ini aku ingin fokuskan pada isu rahsia tarikh lahir itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai tak eloklah, haramlah, syiriklah dan sebagainya. So, kali ini aku just ingin utarakan beberapa persoalan dan pendapat aku dalam hal ini.

Aku sebelum ini pernah menonton rancangan agama yang mana penceramahnya (tak perlulah aku bagi nama) selalu jugak keluar dalam tv dan dia handle bahagian zakat2 ni. Ustaz ini ada mengatakan bahawa kejadian bintang bulan, adalah untuk menambah pesona alam dan dijadikan rujukan dalam ilmu falak. Tak payahlah kita susah2 nak kira tarikh lahir kita untuk melihat potensi diri kita.

Ada juga orang lain mengatakan bahawa ilmu2 kiraan tarikh lahir ini tak elok dan lebih kepada ramalan nasib, so mesti dijauhi kerana boleh mengakibatkan potensi perubahan akidah. Ada juga yang mengatakan bahawa kiraan ini boleh membawa syirik kerana kita percayakan kepada nasib dan kiraan kuasa bulan bintang, melebihi kepercayaan kita kepada Maha Pencipta.

Aku pun pernah sekali masuk program ini (tetapi bukan kendalian Azizan Osman) yang free (kalau program free, aku join je, bukan rugi pun) dan ada membuat kiraan tarikh lahir serta melihat potensi diri aku. Pada pendapat aku, tak salah pun belajar ilmu seperti ini, cuma janganlah kita terlalu taksub dan percayakannya melebihi Qada dan Qadar. Ianya adalah based on kajian, so ada yang kebetulan ok, kebetulan tak ok. Pada aku ianya bukan ramalan tilik nasib. Mungkin aku kurang arif tentang ilmu2 agama seperti ini, so ini just pendapat peribadi aku jelah.

Pada aku, jika seandainya benar bahawa ilmu rahsia tarikh lahir ini adalah salah, boleh menyesatkan umat Islam, timbul pula beberapa persoalan dalam fikiran aku yang jahil ini. Perkara pertama adalah, kenapa jabatan Islam samada Jakim atau Mufti atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang ilmu ini. Setahu aku, aku belum dengar lagi kenyataan rasmi di akhbar. Jika dah ada, beritahulah ye.

Then apabila perkara2 ini salah disisi Islam, kenapa cerdik pandai agama tiada yang membuat laporan polis atau kepada jabatan agama supaya perkara ini dapat disiasat? Aku sememangnya kurang arif dalam bab2 agama ni tetapi kenapi cerdik pandai agama, ustaz2 yang mendakwa program ini salah tidak membuat laporan? Mereka ini golongan yang berilmu dan tahu tentang hukum hakam tetapi menyepi sahaja.

Sepatutnya golongan ustaz2 ini sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa (jabatan agama atau polis) seandainya ilmu rahsia tarikh lahir ini sememangnya menyimpang daripada ajaran Islam. Apabila laporan dibuat, bolehlah dibincangkan tentang hukum2 dan dikeluarkan penjelasan atau fatwa tentang perkara ini. Ini tidak, golongan cerdik agama ini hanya pandai bercakap sahaja dalam ceramah mereka, sepatutnya buatlah laporan polis kerana mereka bijak agama, tahu hukum hakam dan boleh memberi penjelasan kepada pihak berkuasa.

Seandainya tiada laporan dibuat, amat berdosa golongan cerdik pandai agama ini kerana mereka tahu bahawa ilmu rahsia tarikh lahir itu salah tetapi membiarkan sahaja ianya tersebar. Kalau orang awam macam aku yang tak pandai agama ini, kurang sesuailah untuk membuat laporan kerana aku tak pandai nak berhujah dengan dalil2.

Apabila perkara ilmu rahsia tarikh lahir ini dah confirm haram (setelah dibincangkan diperingkat mufti), barulah satu ketetapan diambil dan satu fatwa diumumkan. Dengan ini, barulah pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dan hukuman yang sewajarnya. Seandainya kegiatan Ayah Pin boleh dipecahkan dan dibanteras, kenapa pula perkara ini tidak boleh dilakukan sekiranya ianya benar2 bercanggah dengan Islam? Aku tidak berniat untuk mempersoalkan golongan ulama, tetapi perkara ini perlulah diperjelaskan supaya tiada mengundang gelisah ramai orang.

Kenyataan fatwa pula adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Aku bersetuju dengan fatwa pengharaman senaman yoga yang mana setelah kajian ilmiah dilakukan, ternayata ianya bertentangan dengan islam. So, begitu juga dengan harapan aku terhadap rahsia tarikh lahir ini. Apabila fatwa dikeluarkan, ianya mestilah dipersetujui oleh semua mufti (sepakat) bagi mengelakkan kes ESQ yang telah diumumkan bercanggah oleh seorang mufti sedangkan mufti2 lain mengatakannya bahawa ESQ boleh dilaksanakan dengan syarat2 tertentu.

Aku dah join ESQ pada tahun lalu (ada kawan yang ajak aku, then free sebab dia fasilitator program tu), aku juga dah belajar serba sedikit program rahsia tarikh lahir ni. Pada pendapat aku (yang lemah ilmu agama) ni, program tersebut ok, boleh dijalankan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa manusia sememangnya dikehendaki merubah nasib mereka sendiri serta menerima qada' dan qadar. Ada sesetengah perkara sememangnya tidak boleh diubah dan sesetengah perkara lagi perlukan perubahan.

Thinking positif dan menerima sifat kita seadanya amat penting dalam hidup ini. Seandainya kita diberitahu bahawa kita ada beberapa sifat buruk, perbaikilah sifat tersebut. Ibarat kata orang, nobody perfect. Kalau kita rasakan bahawa apa yang diberitahu kita itu betul atau salah, terpulanglah, pada aku, yang mana tak elok itu, perbaikilah. So, aku rasa cukuplah setakat ini sahaja aku komen tentang program rahsia tarikh lahir ini. Seandainya ianya dibuktikan salah dari segi agama, of course aku akan berhenti. Tentang Azizan Osman itu, samada dia itu menipu atau tidak, itu soal dia dengan Allah SWT, pada aku, aku lebih pentingkan content yang disampaikannya samada bermanfaat atau tidak.



PROGRAM AZIZAN OSMAN - PART1...


10 Syaaban 1431 Hijriah. Hari ini di UTM sepatutnya ada berlangsung Program Rahsia Tarikh Lahir bersama penceramahnya Dr.Azizan Osman. Kalau korang semua biasa tengok kat akhbar2, kan dia sekarang ini tengah naik famous. Actually program ini adalah program kawan sekelasku, then dulu aku pun join jugak dalam usaha untuk menjayakan program ini dulu tapi aku tak aktif sangat la.

Dr. Azizan Osman sekarang ini charge RM 35/seorang untuk menyertai program ini. Dulu sewaktu aku dan seorang lagi kawanku deal dengannya, dia mintak RM 15k untuk 1 jam. Mahal giler, Dr.Fadilah Kamsah pun RM8k sehari, dia letak RM15k tu. So masa tu aku cadangkan agar cari orang lain sahajalah untuk penceramahnya then aku dah tak aktif dah. Dua minggu lepas, aku dengar Dr.Azizan ni charge by head, RM 35 per head. So, pada aku okla, boleh tahan lagi la.

Sehari sebelum program, ada banyak di Facebook tentang Dr.Azizan ni. Ada seorang senior lecturer kononnya mempertikaikan keaslian title 'Dr' terhadap Dr.Azizan. Dengan mengemukakan beberapa bukti penemuannya, aku berpendapat mungkin ada benarnya jugalah kata2 lecturer tu, cuma better kalau ada bukti2 lain lagi diperlukan. So, lecturer tu pun mempertikaikanlah, kenapa membenarkan Dr.Azizan ini buat program dan bagi talk kat UTM?

Turut menjadi sembang hangat dalam FB adalah penipuan Dr.Azizan, soal certification, kandungan talk tersebut dan bayarannya. So, aku pun ajda jugaklah menyampuk sikit dan bagi komen tentang isu2 yang dipertikaikan tu.

Isu pertama adalah tentang certification. Senior lecturer tu mengatakan layakkah Dr.Azizan bagi talk kat UTM? Pada aku kalau senior lecturer tu concern tentang penipuan, yes, aku setuju. Dengan kata lain, dia tidak layak kerana menipu tapi kalau senior lecturer tu kata sebab tiada certification PhD, aku rasa tak elok kita berkata seperti itu. Adakah kelayakan PhD semata2 dinilai untuk membolehkan seseorang itu boleh bagi talk di UTM ni? Bagaimana dengan orang yang dikatakan berjaya tanpa PhD?

Contoh paling mudah adalah Tan Sri Syed Mokthar Al-Bukhary. Beliau tiada PhD, so adakah beliau tidak layak? Beliau seorang yang berjaya dan diiktiraf oleh Malaysia tetapi tiada PhD pun. Begitu juga dengan Zull Design. Zull Design tiada PhD, lulusan IKM tetapi telah banyak memcipta nama dengan ciptaan2 inovatifnya sehinggakan diberi jolokan 'McGuyver Malaysia'. So, adakah orang seperti Zull Design ini pun tidak layak? Para Dr yang ada PhD sekali pun belum tentu lagi boleh diiktiraf sebagai individu yang berjaya. Mereka ini mungkin pandai tetapi belum tentu cerdik. Tapi bila aku sebut macam tu, nanti ada yang marah pulak. Susah betul...

Isu kedua adalah contentnya. Pada aku, kita kena check juga apa content talk tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa ilmu rahsia tarikh lahir ini, tak elok, tak baik, boleh membawa syirik, dan sebagainya. Program ini dipropose oleh kawanku dan ianya sudah diluluskan oleh pihak pentadbiran. So, pada aku pihak pentadbiran mesti check dahulu apa content yang ingin disampaikan olehnya. Jika contentnya itu didapati kurang sesuai, cadangkanlah penceramah lain yang lebih berwibawa. So, untuk content, aku rasa ingin huraikan dalam satu post lain, baru clear sikit.

Apabila kelulusan telah diberikan, of course kawanku itu telah menjemput Dr.Azizan tadi. Then disebabkan tersebarnya artikel di FB tadi, pihak UTM telah 'hold' dulu program tersebut. So, aku tak berapa pasti adakah program tersebut masih berjalan ataupun macamana, aku tak pasti tentang statusnya. Aku tahu bahawa pihak UTM mempunyai kuasa untuk membatalkan/menangguhkan program secara tiba2 tetapi ini melibatkan pihak luar. Apabila melibatkan pihak luar, kita mesti memikirkan tentang tanggapan masyarakat terhadap nama baik universiti.

Senior lecturer tadi mungkin niatnya baik, untuk menyedarkan pelajar bahawa Dr.Azizan itu mungkin menipu terhadap PhD nya tetapi bila dah dijemput, agak susah untuk dibatalkan secara tiba2. Takpelah, mungkin ini semua boleh menjadi pengajaran terhadap semua pihak agar selepas ini lebih berhati2 dan check dahulu latar belakang penceramah yang ingin dijemput itu. Program yang dah diatur ini biarlah berjalan dahulu, next time kalau ada proposal terhadap Dr.Azizan ini, barulah pihak universiti menolaknya.

Soal ketiga adalah saman. Seandainya program ini dibatalkan atas sebab penipuan seperti yang didakwa oleh senior lecturer tu, ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama adalah, jika benar Dr.Azizan itu penipu, seorang yang membeli PhD nya, its ok. Tiada kesan sampingan pada pihak universiti. Kemungkinan kedua adalah, program ini dibatalkan atas faktor penipuan then tiba2 segala dakwaan itu adalah tidak benar. Dengan kata lain Dr.Azizan itu sememangnya seorang yang memperolehi PhD melalui cara yang benar, dia boleh menyaman pihak universiti.

Dia boleh menyaman senior lecturer dan pihak universiti atas dasar saman malu. Dia telah dimalukan kerana kononnya PhD nya itu adalah dibeli. Untuk kes saman malu, ianya unlimited amount, mungkin berjuta2 ringgit. Itupun kalau dia terbukti benar2 pelajar PhD dan sijilnya itu terbukti benar dan sahih serta diperolehi melalui jalan yang betul. Jika tidak, menanggung rugilah pihak universiti.

Aku pun entahlah nak kata apa, takde idea untuk berkata2 tentang perkara ini. Apa yang aku boleh katakan, just seperti kat atas itulah then terpulanglah kepada pihak yang terbabit untuk menyelesaikan perkara ini. Harap ianya berakhir dengan baik dan tanpa sebarang masalah...



JODOH OKU...


9 Syaaban 1431 Hijriah. sambil2 aku tengah melayari internet, aku teringat tentang suatu persoalan yang agak banyak diutarakan kepadaku. Sejak daripada zaman sekolah menengah lagi soalan2 seperti ini ditanya. Bila dah masuk universiti pun, ada lagi kawan2ku yang bertanya. Aku tahu bahawa diorang just nak tahu sahaja then aku pun takde masalah pun.

Soalan itu adalah melibatkan jodoh aku. Ada orang bertanyakan adakah aku ingin berkahwin dengan perempuan OKU juga? Aku ada kenal mana2 perempuan OKU tak? Itu antara persoalan yang famous jugak la dulu. Mereka berpendapat bahawa lelaki OKU mesti ingin berkahwin dengan perempuan OKU. Mereka berpendapat perempuan OKU mesti memilih jodoh dengan lelaki OKU juga. Mungkin juga ada sesetengahnya berpendapat bahawa OKU tidak layak/ kurang sesuai digandingkan dengan orang normal.

Sometimes aku terfikir juga, sampai begitu persepsi masyarakat terhadap golongan OKU. Daripada soal pendidikan, environment sehinggalah soal jodoh, mereka ini begitu steptikal terhadap OKU. So, bila berhadapan dengan soalan seperti ini, aku mudah je jawab, 'aku tak layak ke kahwin dengan perempuan normal?'

Aku pun ada citarasa tersendiri. Aku pun ada pilihan dan ciri2 wanita idaman aku tersendiri. Begitu juga dengan OKU lain. Golongan seperti aku ini still dianugerahkan hati dan perasaan untuk memiliki sesuatu yang diinginkan. Golongan seperti aku ini still diberikan akal untuk memilih yang mana permata yang mana kaca.

Persepsi masyarakat mengatakan bahawa lelaki OKU mesti pilih perempuan OKU dan sebaliknya. Jika lelaki itu berkelayakkan, ada ciri2 yang diingini oleh wanita lain (seperti baik agamanya, baik akhlaknya dan mungkin juga berduit), apa salahnya dia berkahwin dengan perempuan normal dan cantik? Kalau dah kedua2nya setuju, suka sama suka, why not kahwin je kan ?

Begitu juga dengan perempuan OKU. Mungkin dia OKU tetapi dia memiliki ciri2 idaman lelaki normal (seperti baik agamanya, cantik, baik akhlaknya dan sebagainya), of course boleh berkahwin lelaki normal yang cintakannya. Apa masalahnya kan? Kalau dah jodoh, takkan kemananya, kalau dah cinta dan sayang, bahagia jugak rumah tangga.

Pada aku, tentang jodoh ni, aku bukannya nak demand pun, yelah pada pendapat aku perkahwinan itu mungkin sekali seumur hidup dan pilihan itu akan menjadi teman aku seumur hayatku. Asalkan baik agamanya (perkara ini boleh dididik lagi), sedap dipandang mata (dengan kata lain cantik la) dan mencintai aku seadanya serta diterima oleh ayahku. That's all. Kalau berharta, itu mungkin bonus untuk aku la agaknya, lagi baik kan. Oh, ye, aku nak perempuan yang normal.

Seandainya aku berjaya suatu hari nanti, salahkah aku berkahwin dengan perempuan seperti itu? Ada dalam hukumkah bahawa lelaki OKU mesti kahwin dengan perempuan OKU? Ada dalam hukumkah bahawa perempuan OKU mesti kahwin dengan lelaki OKU? Then sometimes perempuan OKU pun tidak semestinya tiada pilihan dalam memilih pasangan hidup mereka.

Jangan fikir bahawa perempuan OKU patut menyerah segala2nya tentang perkahwinan mentang2lah dia OKU. Perempuan OKU yang mungkin kurang elok rupa paras berhak juga untuk memilih. Dia juga ada hati, perasaan dan keinginan untuk mendapatkan yang terbaik untuk dirinya. kalaulah perempuan OKU itu cantik menawan dan sifat kurang upayanya sedikit sahaja, aku rasa mesti berebut2 lelaki normal menjadikannya isteri. Kalau tahap kurang upayanya agak teruk, langsung takde yang nak memilihnya.

Aku faham bahawa kita sebagai manusia terutamanya lelaki sudah menjadi fitrah untuk memilih yang baik2 dan cantik2 belaka. Aku juga tak terkecuali. persoalan samada layak atau tidak, tiada siapa yang boleh tentukan. Kalau dah jodoh, kahwin jelah. Aku pun, kalaulah dah jodoh aku suatu hari nanti dengan perempuan OKU, aku redha. Mungkin itu yang terbaik untukku.

Apa pun, sekarang ini aku tengok masyarakat semakin open minded. Ada juga beberapa OKU yang aku kenal berkahwin dengan orang yang normal. Begitu juga dengan apa yang aku baca dalam akhbar bahawa ada perkahwinan antara OKU dengan orang normal, malahan meriah pulak majlis tu.

So, aku harap after this, aku akan jumpa dengan pasangan yang aku idam2kan. Aku dah berumur 25, dah tua dah. So, kena cari cepat2 ni....



Monday, July 19, 2010

NATIONAL ICT CONVENTIONS 2010...


6 Syaaban 1431 Hijriah. Alhamdulillah.... Tamat sudah National ICT Conventions 2010 yang diadakan di Dewan Senat, Universiti Teknologi Malaysia. Actually program ni adalah dikendalikan oleh kawan sekelasku dengan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak UTM dan Multimedia Development Corporation (MDEC). Program 4 hari ini aku sertai kerana ada banyak sebab2nya.

Ok, yang pertama adalah aku ingin menambah lagi kenalan dan network aku. Kebanyakkan yang datang pada konvensyen ini adalah pelajar UTM juga tetapi ada juga beberapa usahawan dan pihak industri. Usahawan yang datang itu pula adalah kesemuanya dalam bidang ICT dan ada juga pihak industri daripada pertanian dan kimia.

Walaupun majoriti yang datang adalah pelajar, mereka juga aku dapat dilihat berpotensi untuk menjadi usahawan kerana mereka yang datang adalah mereka yang berminat untuk berniaga. Aku juga turut menggalakkan mereka untuk menyertai bidang keusahawanan ini. Ada sesetengahnya datang tanpa sebarang idea, just untuk explore sahaja tapi bagi aku itu juga satu peluang yang baik untuk aku menambah kenalan.

Perkara kedua adalah dari segi kandungan program. Hari pertama adalah mengajar kita semua tentang kreativiti dan bagaimana untuk menjadi kreatif. Actually kreativiti boleh diajar dan dipupuk walaupun kita tidak dilahirkan senbagai insan yang kreatif. Beberapa teknik turut diajar untuk kita semua menjadi kreatif dan inovatif. Ada juga ditunjukkan beberapa video yang melibatkan kreativiti walaupun pada awalnya aku pun tak berapa nak percaya.

En.Saiful Nizam iaitu pengasas animasi Upin & Ipin iaitu syarikat Les Copaque juga ada memberikan pandangan dan pengalamannya. Dia juga sekarang ini sedang menghasilkasn sebuah animasi superhero 'Boboiboy' dan dijangka akan ditayangkan pada September nanti. Aku rasa cukup bertuah dan teruja kerana dapat menyaksikan trailer animasi tersebut, dengan kualiti animasi 3D yang mantap dan jalan cerita yang kelakar, aku rasa ianya akan 'meletup'.

Hari kedua itu pula adalah melibatkan creative content iaitu berfokuskan pada animasi. Beberapa fakta yang ditunjukkan agak mengejutkan. Antaranya adalah kos untuk menghasilkan
satu episod Upin Ipin adalah sekitar RM 20k dan boleh dijual pada stesyen TV dengan harga RM 40k tetapi jika dijual di luar negara, ianya boleh mencecah RM 800k (dengan syarat kualitinya ditingkatkan daripada sekarang ini). Bidang animasi tempatan semakin mendapat tempat sekarang ini tetapi agak jarang syarikat tempatan yang berkemampuan menghasilkannya.

Ada juga ditunjukkan sebuah animasi yang dilakukan oleh syarikat consultant tersebut dengan kerjasama pihak US dan akan ditayangkan di Cartoon Network tak lama lagi. Animasi tersebut adalah 'Suoerhero Panda'. Memang best dan melucukan animasi tersebut, kitaorang semua asyik gelak je.

Ok, sebab ketiga adalah aku nak tambahkan lagi network aku dengan pihak MDEC dan juga pelajar2 tersebut. pada aku, amat penting untuk kita aktif dalam program2 seperti ini kerana kita boleh berkenalan dengan ramai orang. Mungkin dengan perkenalan yang singkat ini boleh menghasilkan suatu kerjasama perniagaan antara kita, mana tahu kan? Dari pihak MDEC, oklah, diorang semua dah kenal aku dan dah agak rapat pun, siap sembang2 dan gelak2 lagi.

Dari segi hubungan aku dengan pelajar2 pula, kebanyakkan yang hadir adalah pelajar dari jabatan grafik dan multimeda fakulti komputer. So, dari sini, aku sempat berkenalan dengan beberapa pelajar yang aku tengok ada potensi untuk menjalinkan usahasama dalam perniagaan. Ada sesetengahnya pula memelukan syarikat untuk mereka menjalani l;atihan praktikal.

So, aku rasa dengan menghadiri program2 seperti ini dapat membuka lebih banyak lagi ruang interaksi dan kerjasama keusahawan especially untuk aku perniagaan jangka masa panjang aku. Harapnya selepas ini ada lagi program2 seumpama ini diadakan dan aku boleh join.




Thursday, July 8, 2010

WORLD CUP 2010...


27 Rejab 1431 Hijriah. Alhamdulillah....World Cup 2010 (WC) dah sampai kepada penghujungnya pada hari ahad ini. Ramai yang bersengkang mata, berjaga malam dan tak cukup tidur sepanjang musim WC ini. Aku bukannya minat sangat bab2 bola ni, just tengok2 macam tu jelah. Aku just minat Brazil je, so kalau bukan match melibatkan Brazil, aku tak berapa rajin nak tengok. Aku tengok pun melalui download je. Malam semalam match, pagi esok aku downloadlah.

Ok, aku actually nak bercakap sedikit tentang WC ini. Kepada sesiapa yang kaki bola, minat tahap fanatik tu, aku harap anda semua tidak marahlah apabila selesai membaca post kali ini. Ianya adalah berdasarkan beberapa pemerhatian dan pembacaan aku sahaja. Ada beberapa perkara yang kurang elok aku perhatikan sepanjang WC ini berlangsung.

Ok, firstly adalah sikap orang2/peminat bola ini. Mereka ini sanggup berjaga malam dan sampai pagi. Kalau setakat pukul 12.00-1.00 pagi tu ok lagi la tapi kalau dah sampai pukul 3.00-4.00 pagi tu, aku rasa ianya bukanlah satu perkara yang elok. Kalau dah tidur lewat sebegitu, aku yakin bahawa prestasi orang itu samada sebagai pelajar ataupun pekerja, ianya akan merosot. Badan yang penat kerana kurang rehat sememangnya tidak akan dapat memberikan prestasi maksimum untuk kerja2 kita.

Alangkah baiknya seandainya waktu2 lewat tadi diisi dengan beribadah. kalaulah kita sanggup bangun malam dan berjaga untuk menonton bola, takkan kita tak boleh bangun untuk solat tahajjud ataupun melakukan solat2 sunat atau ibadah lain? Seandainya momentum bangun waktu malam ini dapat diteruskan, teruskanlah sehingga tibanya Ramadhan nanti. Sekarang ini dah penghujung Rejab, boleh sambung sebulan lagi sebelum Ramadhan. Kalau dapat buat secara istiqamah, alhamdulillah....

Perkara kedua adalah tentang prestasi kerja kita. Tidak kira samada kita ini pelajar/pekerja/majikan, kekurangan waktu rehat terbukti akan menjadikan prestasi kita merosot. Buila badan dah penat, mata pun kuyu je. Bila ada customer yang datang untuk berurusan, mulalah lita melayannya dengan mata yang mengantuk dan kurang mesra. Ini tidak elok untuk prestasi kita. Memang benar bahawa kita menonton waktu malam, bukan waktu berkerja tapi kesan sampingan akan merebak sehingga ke pejabat paginya itu.

Kita semua kena ingat especially kepada pekerja bahawa syarikat menuntut kita untuk memberikan pencapaian maksimum setiap hari kerana itulah kita dibayar gaji untuk berkerja. Adkah kita merasakan berkat gaji yang diterima itu sedangkan kita membuat kerja sambil lewa lantaran terlalu penat?

Perkara ketiga adalah, dalam akhbar2 perdana, ada menyelitkan bersama sisipan khas untuk WC. Usaha ini bagus kerana ianya dapat memberikan info yang lebih detail dan dapat menumpukan fokus terhadap acara WC ini. Walaubagaimanapun, apa yang aku kesalkan adalah pemaparan gambar2 seksi perempuan yang menonton WC. Ramai perempuan2 di sebelah barat berpakaian menjolok mata, muka yang berconteng2 dengan warna bendera dan sebagainya.

Pihak akhbar mestilah tidak mengambil gambar2 tersebut untuk dimasukkan dalam akhbar mereka. Cukuplah dengan menyiarkam gambar2 pemain ke, strategi perlawanan ke, highlight perlawanan atau apa2 yang tidak menjurus kepada maksiat. Sometimes gambar2 ini pula diletakkan dimuka hadapan akhbar (maybe sebagai pelaris agaknya).

Dalam Facebook (FB) sekarang ini ada kawan2ku berbicara tentang 'Paul' iaitu seekor sotong yang dikatakan membuat 'ramalan' tentang WC ini. Ramai yang membicarakannya termasuk aku dan aku ada juga di tag digambar2 Paul itu. Dikatakan dalam akhbar dan FB bahawa paul telah membuat 5 kali ramalan dan semuanya adalah benar.

So pada aku, aku asalnya just suka2 jeah menyampuk dan bagi komen tapi setelah aku fikir2kan, perkara ini tidak elok sebenarnya. Jika tersilap haribulan, disebabkan terlalu taksub kepada Paul, tidak mustahil ianya boleh menjadikan kita fasik dan murtad. Kalau nak main pun, berpada2lah, janganlah percaya tentang Paul ini, itu semua adalah kebetulan sahaja. Janganlah kita terlalu taksub terhadap ramalan tersebut.

Apa pun, aku harap, kepada penggenar WC, jagalah prestasi anda semua. Tak salah nak tengok, tapi biarlah ianya tidak menjejaskan diri kita. Setakat untuk suka2 dan berhibur tu, bukannya tak boleh tapi berpada2lah hendaknya. Semoga momentum bangun berjaga waktu malam ini dapat dikekalkan sehingga Ramadhan seterusnya diisi dengan perkara2 ibadah. Insyaallah....



Saturday, July 3, 2010

DOWNLOAD MOVIE...


21 Rejab 1431 Hijriah. Hari ini entahlah nak kata apa, ada sedikit tak puas hati dan rasa gembira pun ada. Semuanya bercampur baur. Semuanya gara2 perangai aku yang suka download movie dan sikap aku ini ditegur oleh seorang pensyarahku. Aku ada sedikit rasa tidak berpuas hati atas tegurannya di dalam Facebook (FB) itu, aku agak malu kerana aku dikatakan against the regulation. Aku gembira kerana ada pensyarah yang sudi menegurku ketika aku leka dalam mendownload2 movie ini.


Rajah1: Komen di FB aku


Aku actually ingin memberi penjelasan tentang perkara ini. Mungkin ada sesetengah pembaca semua menganggap aku ini terlalu emosi, tak boleh ditegur dan sebagainya tapi terpulanglah.... Bagi aku after penjelasan aku ini, harap aku akan lebih bertenang dan dapat rileks lagilah....

Firstly, ada beberapa perkara yang ingin aku perjelaskan terutamanya atas apa yang dibangkitkan. Untuk kos elektrik, aku sekarang ini stay kat kolej lagi, aku ada semester pendek. So, aku ada membayar yuran kolej. Dalam yuran tersebut dah termasuklah kos elektrik, so tak perlu bimbang lagilah. Aku menggunakan Wimax kepunyaan roomateku sekarang ini. So, aku tak menggunakan perkhidmatan wifi UTM. Dari segi masa pula, tak ada masalah, sekali aku klik, proses download terus berjalan and at the same time, aku boleh buat kerja2 lain.

Mungkin orang lain atau pensyarahku itu tidak perasan bahawa dikolejku tiada TV. Aku juga tidak membeli surat khabar. Cafe kolejku tutup kerana cuti semester. Internetlah segala2 sumber bagiku. Aku makan setiap hari adalah dengan bantuan kawan yang tolong belikan. Sekiranya aku ingin keluar, agak jarang untuk mempunyai peluang seperti itu. Aku tidak boleh membonceng motor seperti orang lain. So,kalau aku nak keluar berjalan2, pergi shopping, tengok wayang, aku mesti mempunyai kawan yang boleh membantu. Kawan itu pula mestilah berkereta. Berapa keratlah kawanku yang berkereta.... itupun jika mereka free....

Aku tidak menggunakan internet wifi UTM sudah lama, tak silap aku dah lebih setahun aku tak gunakannya. Modem wifi UTM di kolejku sudah lama tak berfungsi. Aku buat 2-4 kali report kepada pihak kolej, still tidak ada tindakan, sampaikan aku pun malas nak buat report lagi. So, after that aku pakai Broadband Celcom yang aku bayar sendiri. Kawanku pula membeli Wimax, so aku pakai Wimax. Aku terpaksa mengeluarkan duit tambahan untuk mendapatkan internet walaupun aku sepatutnya memperolehi perkhidmatan tersebut secara percuma kerana aku bayar yuran pengajian dan yuran kolej, kos internet dah termasuk didalamnya, tapi aku tak dapat....

Aku juga tidak pernah menggunakan perkhidmatan bas UTM. Sejak Diploma lagi sehingga Master, aku tak pernah gunakan perkhidmatan bas UTM untuk ke kelas. Bukan taknak guna tapi susah, mesti ada kawan yang mengangkat kerusi rodaku naik dan turun. Dalam yuran, dah termasuk kos pengangkutan bas tersebut. Dulu aku ada bertanya kepada Bendahari, boleh ke aku claim yuran bahagian tersebut, tak boleh jawabnya. So, aku membayar kepada UTM secara percuma untuk perkhidmatan bas selama 5 tahun.

Kalau ingin dikira dari segi penyalahgunaan sumber/fasiliti universiti, siapa yang berhutang sekarang? Aku berhutang dengan universiti ataupun pihak universiti yang berhutang dengan aku? Aku yang menyalahi peraturan atau universiti yang menyalahi peraturan? Seandainya aku aku dikatakan menyalahi peraturan kerana mendownload movie, aku bukannya gunakan perkhidmatan wifi UTM. Akuu bayar tetapi tidak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Kalau aku download menggunakan wifi UTM itu, bolehlah jugak mengatakan aku menyalahi peraturan.

Kalau dikira dari kos elektrik pulak, aku membayar yuran kolej setiap semester. Aku juga di didik dengan sifat usahawan. Mana yang lebih murah dan mudah untuk aku dapatkan, itulah sepatutnya aku rebut. Kalau aku nak beli kat luar, aku mesti ada kawan yang boleh membantu, kawanku itu pula mesti ada kereta. Bila dah tumpangnya, takkanlah aku nak naik free, at least aku hulur duit minyak kan.

Pensyarah aku itu mengatakan cost DVD adalah RM 4 je. Setahu aku, kat area2 Taman U ni, satu DVD movie RM 10 (pirate) dan originalnya adalah RM 29.90 keatas. Aku tak taulah kat mana dia katakan RM 4 tu, so far aku tak pernah lagilah. Then kalau mengatakan aku ini unethical kerana download secara haram, pensyarahku itu tak pernah beli ke DVD pirate? Macamana dia tahu costnya RM4 kalau tak pernah beli yang pirate tu? Kalau aku dikatakan unethical kerana download movie haram, pensyarahku itu macamana?

Kalau aku sebagai pelajar dikatakan tidak beretika kerana menghabiskan masa dengan perkara2 download ini, bagaimana pula dengan pensyarah2 yang main FB sewaktu office hour? Bagaimana dengan pensyarah yang ber'chatting' sewaktu office hour? Aku pun pernah beberapa kali chatting dengan pensyarahku sewaktu office hour dan perbualan kami tidak berkaitan dengan pelajaran pun. Aku tahu bahawa waktu kerja pensyarah adalah bersifat dinamik, tetapi sewaktu daripada office hour 8-5, universiti tidak membayar gaji pensyarah untuk berFB.

Dari segi pengajianku pula, so far, alhamdulillah...program Master aku berjalan dengan baik dan lancar. Next week, aku dengan penyelaras serta penyeliaku akan ke Rawang untuk berbincang dengan mentor aku, Zull Design tentang projek aku itu. Kalau aku dikatakan membuang masa, takkanlah aku nak study 24 hours. Aku tak ada TV, juga tidak ada surat khabar dan internetlah segala2nya dikolej ini, salah ke aku ingin menonton movie sebagai entertaiment aku? Pensyarahku ada TV kat rumah, boleh beli suratkhabar dan boleh beli DVD anytime and anywhere. Aku?

Seandainya pensyarahku itu menegur dengan mengatakan kurangkanlah sikit aktiviti download2 ni, fokus skit study tu, aku amat gembira dan terbuka hati untuk menerima teguran tersebut. Nasihat secara bergurau pun ok bagi aku, aku tak kisah tapi untuk ini pensyarahku bukan bergurau.

So pada aku, sebelum kita menasihati orang itu, cubalah fikirkan sejenak, kenapa orang itu buat macam tu, kenapa orang itu buat macam ni, cuba untuk berada dalam situasi orang itu, barulah nasihat/komen kita itu berasas dan tidak menguris hati sesiapapun. At least kita dah cuba untuk memahami situasi yang sebenar sebelum kita nasihat/komen kerana mungkin tanpa kita sedari, nasihat/komen itu boleh mengaibkan orang lain.



Thursday, July 1, 2010

DORAEMON...


19 Rejab 1431 Hijriah. Ok, kali ini aku nak bercerita tentang Doraemon. Kenapa, tak percaya ke aku nak bercerita tentang Doraemon ni? Siapa yang tak pernah baca komik Doraemon? Siapa yang tak pernah tengok anime Doraemon? Siapa yang tak pernah beli hadiah Doraemon? So, aku percaya bahawa karya Fujiko.F.Fujio yang telah muncul sejak 20 tahun lalu begitu sinonim dengan jiwa rakyat Malaysia termasuk diri aku sendiri.

Aku sejak kecil lagi memang meminati karya2 2 orang F itu (Fujiko dan Fujio). Dulu aku sukakan Doraemon sebab ianya menarik, lucu dan boleh menghiburkan jiwa. Sampai sekarang ini pun aku masih lagi menonton dan membeli buku Doraemon, cuma apa yang berbeza antara dulu dengan sekarang adalah perspektif aku terhadap Doraemon.

Yelah, dulu aku just baca untuk keseronokan tetapi sekarang aku lebih kepada mengkagumi akan idea2nya yang "gila", kreatif dan inovatif. Kenapa gilam kreatif dan inovatif? Kerana Doraemon telah melangkaui imaginasi ramai orang dengan produk/alatan yang dipamerkan pada setiap episod. Produknya memang gila, tidak masuk akal dan sebagainya tapi sekarang, produk itulah yang telah dihasilkan sekarang ini. Dunia hari ini mencipta alatan yang telah terdapat dalam kartun Doraemon. Disini aku ingin kongsikan 3 kisah tersebut.

Kes pertama adalah akhbar (Kosmo,2 Julai)hari ini melaporkan Amerika Syarikat telah berjaya mencipta kertas menjadi 'Pesawat'. Kes kedua adalah simulator untuk latihan penggunaan helikopter, kereta dan kenderaan lain. Kes terakhir adalah semburan ubat berteknologi Nano untuk merangsang nafsu seks.

Ok, untuk kes pertama, dalam buku Doraemon bil 22 edisi terbaru, under tajuk "Mesin Memproses Jentera", ideanya adalah menukarkan kertas menjadi kenderaan/peralatan perang. Dalam buku ini, ianya menunjukkan bagaimana Doraemon memasukkan kertas (yang mempunyai rekaan kapal perang) dan diproses seterusnya mengeluarkan kapal perang yang benar. Dalam kes ini, ideanya adalah menukarkan 'kertas kepada peralatan perang'. Hari ini terbukti dengan ciptaan saintis Amerika dengan membuat pesawat daripada kertas.

Kes kedua pula adalah simulator latihan penggunaan helikopter, kereta dan pelbagai kenderaan lain. Dalam buku yang sama ada tajuk "Model Kereta Lumba Kawalan Jauh" yang mempunyai simulator berskrin melengkung separa bulatan. Simulator dengan skrin melengkung tersebut sama seperti semasa aku lihat dalam membuat lawatan ke Ikramatic Sdn.Bhd, iaitu syarikat yang membuat simulator helikopter untuk PDRM. Siap dengan hidrauliknya, memang sama dengan konsep dalam buku Doraemon ini.

Begitu juga dengan kes semburan ubat untuk merangsang seks. Aku tak berniat untuk perkara lucah, just nak beritahu bahawa sekarang ini, melalui semburan cecair sahaja, boleh mengubah sifat/sikap samada luaran atau dalaman. Dalam Doraemon, ada cecair semburan yang bila kita semburkan pasa si A, A akan menjadi marah, nafsu amarahnya meningkat. Sama konsepnya dengan ubat semburan perangsang seks ini.

Semasa Pesta Konvo ke-44 UTM dulu, ada orang yang menjual ubat perangsang seks tersebut untuk suami isteri. Menggunakan teknologi Nano (kalau tak tau tentang teknologi Nano, taip kat Google under Nano Technology), just semburkan kedalam mulut (macam orang menyembur ubat asma, dengan mulut terbuka), ubat tersebut akan meresap melalui lidah seterusnya masuk ke saluran darah untuk merangsang kita. So,konsepnya sama sahaja, 'sembur ke mulut dan boleh mengubah emosi/sikap kita'.

Teknologi dulu mungkin tidak mampu merealisasikan apa yang diilhamkan tetapi hanya mampu mengeluarkan idea sahaja. Hari ini teknologi yang dicapai (teknologi Nano lah, Bio lah, kejuruteraanlah, perkomputeran dan sebagainya), boleh menjadikan idea itu satu realiti. Banyak produk2 hari ini yang boleh dihasilkan dengan teknologi terkini dengan menggunakan idea/konsep yang terdahulu.

Seandainya Fujiko dan Fujio itu masih hidup hari ini dan mendaftarkan idea mereka dalam bentuk IP/ patent, aku rasa tentu mereka amat kaya. Hasil produk komik, animasi dan barang mainan telah berjaya mengkayakan mereka, apatah lagi jika kesemua idea mereka itu di daftarkan. Ini bermakna setiap idea itu didaftarkan (idea/konsep boleh didaftarkan sebagai hakmilik kita walaupun tiada produk yang dihasilkan lagi).

Kes yang sama berlaku pada Facebook (FB) yang terpaksa membayar beberapa jumlah wang kepada Friendster (FS) kerana FB didakwa meniru idea dan beberapa ciri2 FS walaupun FS tidak melaksanakan ideanya itu. Oklah, aku bukannya nak bercakap tentang FB ataupun FS pun tapi tentang Doraemon.

So, aku rasa, kalaulah kita semua ini mempunyai idea, bersifat kreatif dan inovatif, jadikanlah idea tersebut sebagai suatu realiiti. Doraemon yang aku minati serba sedikit telahmengajar bagaimana untuk berfikir secara kreatif, berfikir secara diluar kotak. Biarlah kita dipanggil gila ataupun tidak siuman asalkan apa yang kita lakukan itu boleh membawa manfaat kepada kita dan masyarakat, itu sudah mencukupi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...