Tuesday, September 7, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART3...


28 Ramadhan 1431 Hijriah. Hanya berbaki 2 hari lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Syawal, meraikan hari kemenangan umat Islam dan sebagai tanda berlalunya Ramadhan Al-Mubarak. Aku rasa ini adalah post terakhir aku untuk pengalaman Ramadhan ini. Segala yang aku coretkan disini adalah berdasarkan pengalaman hidupku sendiri sepanjang Ramadhan tahun 1431 Hijriah ini. Oklah, untuk post kali ini, aku ingin bercerita tentang solat sunat Terawikh.

Aku actually mula bersolat terawikh sewaktu umur 9 tahun (dah agak lewat dah). Waktu itu asalnya ayahku setiap malam berterawikh di surau tetapi memandangkan dia melihat aku tak dapat pergi ke surau, dia membuat keputusan untuk berterawikh sahaja dirumah. Waktu itu dia buat selang seli, hari ni kat surau, esok kat rumah, lusa kat surau then tulat kat rumah pulak. Bila aku darjah 4 (10 tahun), barulah ayah aku full time buat terawikh kat rumah.

Ayah akulah imamnya dan makmunnya adalah ahli keluarga aku sendiri seperti mak, abang dan kakak. Abang long aku pulak, walaupun dia dah tinggal berasingan dengan rumahnya (dah berkeluarga sendiri), dia juga datang untuk berjemaah dengan ayahnya. Mak aku pernah tanya kepada abangku, "kenapa datang solat kat sini, masjid kat area rumah kan ada..." then ni jawapannya "time ayah masih adalah orang nak solat berjemaah dan berimamkan ayah, kalau ayah dah takde suatu hari nanti, dah takde peluang ni..."

So, itulah kisah terawikh dalam family aku dan ianya berterusan sehingga sekarang, dah lebih 10 tahun berlalu dan dah lebih 10 tahun jugalah ayahku tidak berterawikh di surau. Mula2nya ada juga jemaah surau bertanya tentang ketidakhadiran ayah, so ayahku explain jelah. Dia kata untuk bagi peluang kat aku dan anak2 yang lain untuk berterawikh bersama dirumah, dalam satu keluarga. Yelah aku kan tak boleh pergi surau, so that's why ayah aku buat kat rumah.

Tahun ini juga sama. Walaupun ketiadaan mak aku, solat terawikh masih diteruskan. Namun tahun ini agak pelik aku melihat ayahku. Kebiasaannya, dengar je azan dari surau, ayahku akan menunaikan solat sunat dahulu then tanpa berlengah2, terus menunaikan solat Isya' seterusnya solat sunat terawikh. Tahun ini berbeza. Sebaik sahaja dia menunaikan solat sunat, dia berhenti seketika.

Dia menunggu abang long aku untuk tiba dahulu. Dulu tidak, dia tidak akan tunggu abangku, terus solat sahaja tetapi tahun ini, dia menunggu. Bila abangku tiba, barulah kami solat Isya' dan berterawikh berjemaah. Aku pun sometimes rasa tak sedap hati tahun ini tapi apa lah yang boleh aku katakan....

Ayah seolah2 ingin meluangkan masa berjemaah sepenuhnya dengan anak2nya tahun ini. Apa2pun, aku just fikir positif jelah, harap tiada perkara yang tak elok berlaku. Yelah, tetiba je berubah tahun ini, sebelum ini tak macam ini pun, siapa yang takkan perasan kan... So, aku rasa, apa yang boleh aku lakukan hanyalah memohon keampunan dan rahmat daripada-NYA jelah, itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Oklah, kita move on cerita raya pulak. Aku biasanya takde kemana2 pun, just raya ke-2 dan keatas baru pergi jalan2 rumah adik beradik dan kawan2. Biasanya kawan2 yang datang ambil aku untuk pergi beraya. Kalau aku tak pergi mana2 pun, just lepak rumah jelah, tengok tv dan main dengan anak2 sedara.

So, aku rasa cukup untuk post kali ini. Mungkin ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah eja sepanjang aku menukil di blog ini ye, aku mohon maaflah ye....

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.


Saturday, September 4, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART2...


25 Ramadhan 1431 Hijriah. Ok, pada post yang lalu, aku bercerita tentang pengalaman aku berniaga di bazar Ramadhan, kali ini adalah tentang kursus sulaman dan jahitan yang telah diadakan seminggu sekali sepanjang Ramadhan.

Actually, aku ada business partner dalam bidang sulam dan jahitan ni. So, salah satu core business kami adalah mengadakan kursus sulaman dan jahitan ini. Kitaorang mencari tenaga pengajar dan mencari lokasi kursus (tempat) serta set kan masa. Disamping itu, after dah dapat tenaga pengajar serta dah booking tarikh dan tempat, barulah kitaorang buat promosi untuk menarik orang ramai menyertainya, dalam konteks ini targetnya adalah studentlah.

After dah selesai proses perbincangan dengan tenaga pengajar, barulah kitaorang bincang tentang caj yang dikenakan terhadap peserta. Biasanya aku just ambil murah jelah, dalam RM 5-RM15, mengikut skop, yelah, nak letak mahal2, nanti takde student pulak yang nak join.

So, first time buat tu, aku pun join skalilah termasuk business partner dan seorang staff aku tu. Alhamdulillah... feedback yng diterima daripada para peserta adalah memberangsangkan. Kebanyakkan mereka menyukai kursus yang dianjurkan ini. Yelah, bayaran murah, hasil sulaman itu diorang dapat jugak, so pada diorang memang berbaloilah.

Kursus itu berjalam seminggu sekali dan jika tak sempat aku nak handle, aku buat 2 minggu sekali, so takdelah aku terkejar2 sangat. Biasanya aku dari segi pengurusan itu, aku buat close dengan tenaga pengajar, booking tempat kursus dan tetapkan harga kursus. Manakala partner aku itu pula dari segi promotion dan network, apa2 pun, memang kitaorang bergerak bersama2lah.

Kursus ini pula tak lama pun, just 3 jam je satu sesi dan setiap topik itu diajar selama 1 sesi sahaja. Ini bermakna, dengan menyertai 1 sesi sahaja, dah boleh belajar dan membawa pulang hasil pembelajaran tersebut. Untuk bulan Julai dan Ogos, kitaorang memilih topik perhiasan dalaman kereta.

Alhamdulillah... sokongan dari kawan2 memang takkan aku lupakan kerana merekalah yang turut menyertai dan mempromosi kursus ini dan Insyaallah...pada bulan September ini, topik yang dipilih adalah membuat beg tangan ataupun sarung telefon bimbit. Itu terpulang pada aku deal dengan tenaga pengajar. Mereka menyediakan tenaga pengajar serta mesin jahitan, aku pula ibarat seperti event manager.

Pada aku takpelah, diorang nak lariskan jualan mesin jahit mereka dan aku pula nak dapatkan duit tambahan untuk perniagaan aku, so apa salahnya kan... Dan sekarang ini pun aku sedang plan untuk membawa business sulam dan jahitan ini untuk program Pesta Konvo UTM pada minggu terakhir September.

Ok, berkaitan juga dengan sulaman dan jahitan, Alhamdulillah....Sambutan yang diterima terhadap business ini agak menggalakkan. Boleh dikatakan setiap minggu, mesti ada tempahan untuk sulaman baju especially untuk kelab dan persatuan. Biasanya bilangan yang ditempah adalah sekitar 30 helai keatas. Dari situ, dapatlah juga menambah pendapatan di sepanjang Ramadhan ini. Jahitan2 seperti jahit tepi, repair seluar, kecil dan besarkan kaki seluar, jahit langsir turut membantu menambahkan pendapatan perniagaan.

So, aku rasa setakat ini sahajalah dulu pengalaman Ramadhan untuk post yang ini. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rezeki....



Friday, September 3, 2010

PENGALAMAN RAMADHAN - PART1...


24 Ramadhan 1431 Hijriah. Alhamdulillah...sempat jugak aku post blog hari ini. Dah lebih sebulan rasanya aku tak menulis, bukan malas tapi takde masa. Lagipun kebanyakkan masa aku online pun dihabiskan dengan FB je. Kita pun dah nak tamat bulan ramadhan Al Mubarak ini tapi sementara masih berkesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasalah kepada semua pembaca blog aku ini.

Actually, banyak perkara yang ingin aku kongsikan bersama tapi memandangkan ini adalah bulan Ramadhan, maka lebih sesuai kiranya aku berkongsi pengalaman aku yang melibatkan aktiviti sepanjang bulan ini. Ada banyak kisah2 aku yang ingin dikongsikan tapi aku just select jelah yang mana aku rasa berbaloi untuk dikongsi, semoga ianya boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran bersama.

Ok, pengalaman pertama aku adalah aku turut berniaga semasa bulan Ramadhan ini di bazar Ramadhan di universiti aku ini. Actually, aku tak merancang pun untuk berniaga sebab aku tak sempat untuk menempah tapak bazar daripada pihak pentadbiran. Aku just berniat untuk berniaga dihadapan kedaiku sahaja, just buat simple2 jelah.

Then aku berpakat dengan kawanku untuk berniaga air kerana memikirkan itu adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan, yelah aku pun baru first time nak try benda ini. Maka, aku pun belilah 2 buah bekas air yang besar bersaiz bulat itu, harganya boleh tahanlah, dalam RM 150 jugaklah, aku beli 2 dan aku pinjam dengan kawanku sebuah lagi, dia tak caj pun, siap bagi dengan straw2 dan cawan2 skali.

Then, on the first day of Ramadhan, bila dah nak start berniaga tu, datang seorang felo kolej yang offer untuk berniaga ditapak bazarnya tanpa mengenakan caj kat aku. Kawanku yang berunding dengan felo tu, so dapatlah rezeki berniaga di tapaknya itu secara free. Alhamdulillah...

So, berniagalah aku dengan kawanku dibazar Ramadhan tu. Alhamdulillah...walaupun tak banyak keuntungan yang diperolehi, aku rasa still ok lah kan, yelah first day. Dapatlah untung bersih dalam RM 30 untu berniaga selama 2 jam (aku start after solat Asar hinga pukul 7.00 petang). walaupun tak habis air yang dijual itu, aku sedekahkan kepada jiran2 peniaga yang lain. Yelah, takkanlah nak buang pulak, nanti membazir, better bagi sedekah kat jiran2 peniaga lain.

Tak sangka pulak aku, bila aku sedekahkan air2 itu kat jiran2 semua, diorang pulak sedekahkan kepada aku apa yang mereka jualkan. Aku bagi kepada peniaga nasi, dia balak dengan nasi bersama lauk. Aku bagi kat peniaga kuih, dia bagi aku kuih sebagai balasan. Then nilai sedekah diorang itu lebih banyak daripada apa yang aku sedekahkan.

So, aku berbuka puasa dengan nasik dan kuih free lah. Alhamdulillah... setiap perkara kebaikan yang kita lakukan, Allah SWT balas dengan berlipat ganda lagi. Pak cik2 dan makcik2 jiran gerai aku itu semuanya gembira bila aku katakan aku sedekah itu itu pada mereka dan mereka dengan senang hati mensedekahkan semula kepada aku. Itulah rahmat Allah SWT yang dapat aku pelajari sempena Ramadhan ini.

Walaubagaimanapun, perniagaan aku kurang memberangsangkan selepas minggu yang pertama. Faktor hujan dan kelas sampai petang menjadikan aku kurang bersemangat untuk membuka gerai. Hujan diwaktu petang2 menjadikan pengunjung berkurangan dan suasana sejuk pula menjejaskan mood mereka untuk membeli minuman sejuk, agaknyalah.... Kelas aku pula tamat pada pukul 5.00 petang dan sudah agak lewat untuk membuka gerai. Jika aku membuka gerai pada pukul 6.00 sekalipun, ianya sudah agak lewat, just sempat berniaga untuk satu jam sahaja, itu belum dikira penat after kuliah lagi.

Apa pun, nak kata rugi tu, memanglah agak rugi. Aku tak dapat nak mencapai break even pun, adalah rugi dalam RM 50-60. Tapi takpelah sebab aku pada masa seminggu itupun dah dapat makan free, tak perlu belanja pun. Then pada aku, pengalaman berniaga itulah yang paling penting. Nasihat aku, kepada seesiapa yang ingin membeli bekas air untuk berniaga air, belilah yang kecil sahaja, tak perlu beli yang besar pun. Belilah yang bersaiz 4 segi dan ada partition tu. Pada aku, itu lebih praktikal.

Oklah, sampai disini sahaja pengalaman Ramadhan aku untuk kali ini. Next time, aku akan menceritakan tentang pengalaman lain pula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...