Wednesday, January 19, 2011

HIPOKRIT...


15 Safar 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Dah masuk separuh Safar dah kita rupanya... Tak lama lagi universiti cuti lagi untuk Chinese New Year. Ok, untuk post kali ini, aku nak bercakap tentang salah satu perangai manusia iaitu hipokrit. Semua orang tahu tentang sifat ini kan? Bahasa moden remaja sekarang lebih kurang cakap tak serupa bikin...

Hipokrit ni, aku pun ada melaluinya, dari dulu sehingga sekarang. Biasanya orang yang hipokrit ini didepan kita baik tetapi dibelakang kita adalah sebaliknya. So, untuk post kali ini, aku just nak share experience aku jelah, semoga apa yang dikongsi ini memberi pengajaran dan teladan untuk diriku dan pembaca blog ni. Biarlah kita bersama2 bermuhasabah diri hendaknya...

Dulu, aku ada seorang kawan, katakan si A (semua nama bukan nama sebenar ye). Waktu itu aku mintak tolong dia membantu menolak aku untuk ke surau, menunaikan solat Zohor. Then, dia kata ok. So, after selesai solat tu dan aku pun dah balik ke kolej, kawanku itu pun pulang. Seminggu selepas itu, ada kawanku, si B memberitahu bahawa si A ini merunggut kerana tidak suka menolak aku dan seolah2 dia dipaksa untuk membantu aku untuk ke surau hari itu.

After that, dengar khabar, kawanku A itu mendapat tawaran belajar di tempat lain dan selepas dari itu, kitaorang pun dah tak berhubung lagi. Tempat pengajian baru si A itu rupa2nya sama dengan kawanku si C (A tidak tahu bahawa C itu adalah kawanku semasa zaman sekolah). A ada bercerita tentang peristiwa solat Zohor tersebut kepada C dan C terkejut lalu memberitahu aku. Aku just diam jelah, malas nak fikir benda macam tu.

Kemudian, apabila A mendapat tahu bahawa C adalah kawanku serta menyedari perbuatannya dah terbongkar, terus dia call aku untuk memberitahu apa yang berlaku adalah salah faham sahaja, dia ingin cover dirinya. Aku takde apa pun, just diam dan maafkan jelah. Aku pun tak ambil kisah pun, just ada sedikit terkilan kerana memikirkan tentang kenapa dia tidak berterus-terang. Kenapa dia tidak berterus terang dengan aku. Aku waktu itu kalau tak ke surau pun, boleh je solat kat bilik kalau dia tidak dapat membantu aku untuk ke surau, takde isu pun sebenarnya.

So, moral of the story? Pada aku, mesti ada sebab yang tertentu menjadikan seseorang itu bersikap hipokrit. Biasanya hipokrit ini lebih kepada penyebaran fitnah/benda buruk atau perbezaan tingkah laku antara sesebelah pihak. Sikap itu berbeza didepan dan dibelakang kita, baik didepan tetapi sebaliknya dibelakang kita.

Ok, berbalik kepada perbincangan kita tadi. Sesetengah dari kita jarang menyedari kesilapan yang kita sudah lakukan. Mungkin kesilapan itu pun kita tidak sengaja atau tanpa disedari dan perkara tersebut tidak disukai oleh orang lain. Then orang itu terus bercakap sesuatu yang tidak elok tentang kita, bercakap tanpa pengetahuan kita, di belakang kita. Itu yang sometimes boleh menimbulkan pergaduhan bila rahsia sudah terbongkar. Sikap tidak ingin berterus terang dan memendam perasaan (samada disebabkan takut atau malu), boleh menyebabkan merebaknya perangai hipokrit (itu salah satu faktornya la).

Pada aku, jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan aku, just tell direct to me. Tak perlu bercerita kepada orang lain, tak perlu melalui FB atau blog, tell me direct. Aku masih hidup, masih sihat, masih waras untuk berjumpa dan berbincang, boleh datang jumpa atau boleh call. Orang itu boleh beritahu aku secara terus dan boleh berbincang lanjut, kenapa perlu nak aibkan aku? Komen yang bukan2 dalam FB atau blog sedangkan boleh je kita jumpa dan bincang. Aku bersedia mohon maaf sekiranya betul aku ada buat silap, kita boleh berbincang. Tanpa disedari, aib yang terjadi itu lebih besar impaknya berbanding kesilapan yang telah berlaku.

Beranilah berhadapan secara face to face, jangan risau, aku bukan jenis orang yang mampu memukul orang lain, badan aku pun tak besar, tak perlu takut pun, setakat ini aku takde pukul orang pun, rekod aku bersih. Tak perlu nak hipokrit dengan aku.

Aku sendiri pun kalau aku tahu ada orang yang menyebarkan cerita tak elok tentang aku dan aku telah mengenalpasti orangnya, mesti aku akan cuba untuk menghubunginya. Aku akan cuba untuk berdepan face to face dan berbincang apa masalah orang itu dengan aku. Apa yang dia tak puas hati terhadap aku? Kenapa dia bercakap perkara2 yang buruk tentang aku samada secara lisan atau melalui media sosial?

Hati mausia berbeza-beza, ada yang berhati lembut dan ada yang berhati keras. Bergantung pada kita bagaimana untuk berhadapan situasi seperti ini. Pendekatan yang hikmah mesti dicari dan penyelesaian yang win-ein situation mesti dicapai. Tidak perlu berputus asa mahupun menangis sekiranya ada kawan yang hipokrit terhadap kita. Then kalau orang yang hipokrit itu tidak ingin berhadapan dengan kita, biarlah. Lama-kelamaan dia akan penat dan berhenti secara sendirinya serta orang lain pun akan tetap mengetahui siapa yang hipokrit sebenarnya.

Sebelum aku lupa beritahu, aku suka amalkan benda ini (tapi kadang-kadang miss jugak). Sebelum tidur, niat dalam hati "Aku maafkan segala kesilapan yang dilakukan oleh orang lain terhadap aku dan aku mohon maaf sekiranya aku ada berbuat silap dengan orang lain". Then baca doa tidur (kalau boleh berwudhuk, lagi bagus), then tidurlah supaya kita akan bangun keesokkan harinya dengan hati yang ceria serta lapang sebab sudah selesai masalah, sudah tiada bebanan yang perlu difikirkan. Insyaallah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...