Wednesday, January 5, 2011

MENANG PIALA SUZUKI...


1 Safar 1432 Hijriah. Baru-baru ini negara kita cuti dalam peristiwa sempena kemenangan negara kita dalam pertandingan bola sepak Piala Suzuki menentang Indonesia dengan agregat 4-2. Pada selepas kemenangan tersebut, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengumumkan cuti umum sempena kemenangan tersebut. Ada negeri yang cuti pada jumaat dan ada yang cuti pada hari lain, itu bergantung pada negeri masing-masing.

Ramai juga yang bergembira dengan pengumuman tersebut, yelah dahlah menang bola, dapat cuti pulak untuk meraikan pemain kita itu dan disini aku berpendapat, pihak yang paling bertuah adalah pasukan bola sepak negara kita itulah, macam-macam hadiah dan tajaan diperolehi. Dalam surat khabar pulak, dalam sehari tak kurang 5 pages untuk memberi highlight tentang kemenangan tersebut.

Aku pada masa perlawanan menentang Indonesia itu aku tak tengok sebab aku tak berapa minat bola sepak. Aku lebih minat pada sukan badminton dengan basketball. Kalau bola sepak ni, aku jarang2 je tengok, itupun kalau World Cup dan melibatkan Brazil, kalau takde Brazil, confirm aku tak tengok.

Secara peribadinya, aku kurang bersetuju dengan cuti yang diberikan itu. Aku bukan membantah pun, just berpendapat kurang sesuai cuti tersebut diberikan semata-mata meraikan kemenangan bola sepak tersebut. Hajat sesetengah pihak untuk meraikan dan memberikan hadiah terhadap pemain, itu terpulanglah, aku no komen tentang hal itu, aku just nak komen tentang cuti tersebut.

Atas dasar apa cuti itu diberikan sebenarnya? Atas dasar beberapa orang melayu Islam yang tidak menutup aurat bermain bola sehingga ke Indonesia? Atas dasar meraikan pemain bola yang menang walaupun tidak menutup aurat? Atas dasar negara kita menang dan menjadi glamour di peringkat Asia? Atas dasar martabat sukan negara berjaya dijulang dan boleh meningkatkan perkembangan ekonomi negara?

Aku tidak nafikan bahawa kemenangan pasukan negara dalam piala tersebut sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi penduduk tempatan dan aku juga terasa biasnya. Banyak jugalah jersi-jersi kegemaran orang ramai (especially jersi Harimau Malaya yg berwarna kuning dan biru) dibeli dan ditempah oleh student-student disini. So, income pada waktu itu memang cukup kencang la. Ini pun masih ada lagi tempahan untuk dapatkan jersi tu. Alhamdulillah...

Cuma apa yang aku rasa kurang sesuai adalah pemberian cuti tersebut. Negara kita sanggup cuti semata-mata untuk bola dan bola yang dipertandingkan itu pula di mainkan oleh pemain-pemain yang jelas tidak menutup aurat. Kesemua pemain itu pula disanjung tinggi dan dianggap sebagai wira negara. 1001 penghormatan dan anugerah diberikan kepada mereka.

Aku just rasa sedikit bodoh kerana cuti tersebut. Alangkah bagusnya jika negara kita memberi cuti sekiranya berlaku apa-apa penganugerahan yang bersifat islamik, keamanan, pendidikan dan perjuangan menentang musuh negara. Masih ingat pada kejadian yang berlaku sekitar Jun tahun lalu yang mana perjuangan beberapa rakyat Malaysia diatas kapal Mavi Marmara dalam memberikan sumbangan bantuan kemanusiaan ke Gaza?

Masih ingat akan kepintaran adik Ady Putra dalam menyelesaikan masalah matematik yang mana masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh pakar matematik selama lebih 140 tahun? Adik Ady Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik tersebut sekaligus memberi sumbangan besar terhadap perkembangan dunia matematik.

Masih ingat kisah seorang pelajar Malaysia yang telah diminta membentangkan idea teknologi termo tenaga di parlimen Britain oleh wakil-wakil akademik Britain? Pelajar itu telah berjaya mencipta suatu kemajuan dalam bidang tersebut(menyelesaikan teori termo tak silap aku) dan diminta oleh ramai ahli akademik untuk membentangkannya di parlimen pada 2005.

Perjuangan-perjuangan seperti inilah yang sepatutnya diberi pendedahan kepada rakyat, dibuat siaran langsung di televisyen, dibuat dokumentari khas untuk memberi motivasi kepada rakyat Malaysia. Apa salahnya kita jemput rakyat Malaysia ke Gaza itu untuk memberi cerita secara live? Apa salahnya kita jemput Ady Putra untuk berkongsi kepintarannya dengan secara live? Apa salahnya kita jemput pelajar Malaysia itu untuk bentangkan semula kajiannya secara live supaya boleh ditonton oleh ramai pelajar dan ahli akademik kita? Tidak mampukah kita memperuntukkan waktu sehari untuk wira-wira ini?

Kita lebih memberi penghargaan terhadap kejayaan yang bukan-bukan seperti berenang merentasi selat dengan tidak menutup aurat (tapi mengaku menutup aurat serta solat semasa berenang), menghantar sebilangan mat rempit untuk terjun di kutub (kononnya mat rempit juga boleh berubah) dan sebagainya. Banyak anugerah yang telah diperolehi mereka ini walaupun kita tidak nampak sumbangannya pada negara baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

Kita lebih menghargai perjuangan yang bukan-bukan, lebih memberi hadiah kepada pihak yang tidak sepatutnya dan kita cekap dalam menghabiskan wang untuk memberi penghargaan tersebut....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...