Friday, January 21, 2011

PENUTUPAN FACEBOOK...


16 Safar 1432 Hijriah. Ok, hari ini aku just nak cerita tentang Facebook iaitu laman sosial terpopular setakat ini. Ada ura-ura bahawa FB akan ditutup pada bulan Mac nanti. Aku kurang pasti bilakah ura-ura tersebut pertama kali muncul dan dari mana sumber asalnya tetapi setakat ini memang ramailah kawan-kawanku yang panik, marah dan sebagainya. Tidak setuju dan tidak mahu akaun FB mereka ini ditutup.

Aku pun ada mendapat email dan chat FB tentang perkara ini. Ini adalah salah satu notis yang disebarkan :

This coming 11pm,all facebook account will be CUT. This is accordingfrom the creator of facebook. All the activities that was being donethis time will be delay, SORRY FOR THE INCONVENIENCE. To save you'refacebook accounts, please forward this message to 25 FB users for us tomake sure that you are active user of FB. If can't pass this to 25 users you're account will be cut without any hesitancy.

Ini adalah versi terbaru yang aku dapat. Tidak kurang juga kawan-kawanku yang panik, siap mintak no tel semua dalam friendlistnya, kot-kot dah tak dapat contact lagi melalui FB ni. Ada juga yang sudah memikirkan status apa yang ingin ditulis apabila tibanya tarikh penutupan tersebut. Ada yang memikirkan tentang status terakhir yang ingin dibuat kerana takut FB akan ditutup. Jelas dari ini, semua risau tentang ura-ura penutupan tersebut.

Aku pun sometimes terfikir jugak disebalik perkara ini. Sedar tentang beberapa perkara yang telah melanda kita semua sebagai pengguna FB termasuklah pengguna separa tegar FB seperti aku ini. Lebih teruk lagi, sampaikan ada yang terasa panik, tak boleh hidup tanpa FB. Alangkah hebatnya penangan FB terhadap kita semua especially tehadap orang Islam ini.

Aku cuba berfikir, kenapakah ura-ura tersebut boleh timbul? Siapa yang mula-mula mencetuskan polemik ini? Kenapa mesti forward mesej2 seperti diatas kepada rakan-rakan yang lain? Kenapa kita orang Islam ini lebih memikirkan status terakhir untuk FB? So, post ini bertujuan just untuk menyampaikan pandangan aku semata-mata, mungkin ada yang benar dan mungkin ada yang tidak benar.

Mark Zuckerberg, itulah nama pengasas FB (boleh dikatakan dia la yang start buat FB, boleh rujuk dalam movie The Social Network) memperolehi berjuta-juta malahan berbilion sepanjang wujudnya FB ini. Kemunculan FB telah banyak merubah sikap manusia kepada bersosial secara maya. Walaupun ada pro dan kontra dalam penggunaan FB ini, impak terhadap kehidupan masyarakat berubah tudak dapat dinafikan. Manusia ini lebih suka bersosial secara maya berbading secara realiti.

Kemunculan ura-ura tersebut mungkin untuk menguji sejauh manakah ketagihan kita terhadap FB. Mungkin juga untuk menguji sejauh manakah kebergantungan hidup ini terhadap FB. Mungkin juga untuk menguji kita bahawa kita amat-amat memerlukan FB? Pada aku, tidak mustahil bahawa ura-ura ini mempuyai konspirasi disebaliknya, tidak mustahil. Aku bukannya suka berkonspirasi, tapi setidak-tidaknya masih ambil tahu lagi tentang konspirasi Freemason, Illuminati dan sebagainya. Mungkin juga kan? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui...

So, itu adalah persoalan yang mungkin boleh dibincangkan lagi but aku nak move perhatian pembaca semua kepada impak FB terhadap kita semua especially yang panik-panik itu sehingga sudah ada yang memikirkan status terakhir mereka. Alangkah tingginya kebergantungan mereka ini terhadap FB, alangkah tegarnya mereka terhadap penggunaan FB, pendek kata tak boleh hidup tanpa FB.

Dalam ura-ura tersebut, dinyatakan bahawa FB akan ditutup pada Mac nanti. Sudah diberitahu tarikhnya. Daripada tarikh tersebut, semua orang sudah bersiap sedia untuk status terakhir masing-masing. Sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan FB akan ditutup. Ramai orang begitu. Alangkah hebatnya penangan FB. Alangkah tingginya harapan mereka agar FB tidak ditutup. Alangkah tingginya kebergantungan mereka terhadap FB...

Alangkah hebat dan bagusnya seandainya kita sebagai umat Islam ini bersiap sedia untuk menghadapi ajal maut kita.... Kalau untuk FB, kita boleh bersiap sedia, bersiap sedai untuk menghadapi penutupannya tapi sebaliknya kita tidak bersedia untuk menghadapi kematian kita.... Kita lebih bersiap sedia menghadapi penutupan FB setelah diberitahu tarikh penutupannya tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapi kematian kita walaupun telah banyak diingatkan tentang tanda-tandanya...

Apa yang sebenarnya telah kita jiwai... Musuh-musuh Islam begitu gembira melihat telatah kita. Melihat kita yang panik sekiranya FB benar-benar ditutup. Mungkin juga mereka gembira kerana telah berjaya melalaikan kita sebagai umat Islam yang mana kita nampaknya benar-benar perlu serta bergantung harap terhadap produk ciptaan mereka... Apa agaknya yang berlaku sekiranya FB benar-benar ditutup.... FB ini telah benar-benar berjaya mempengaruhi kehidupan manusia sekarang ini dan kita sebagai umat Islam samada sebagai pengguna tegar (aku separa tegar sebab tak main game FB) atau tidak tegar telah banyak terpengaruh dengan FB ini...

Kita lebih takut dan bersiap sedia menghadapi penutupan FB yang dikatakan akan berlaku tak lama lagi tetapi kita tidak takut dan tidak bersedia menyediakan bekalan akhirat kita dalam menghadapi ajal maut yang mungkin berlaku pada bila-bila masa sahaja....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...