Sunday, January 16, 2011

RENDAH DIRI...


11 Safar 1432 Hijriah. Ok, kali ini aku nak bercerita tentang perasaan rendah diri manusia. Suatu perasaan yang sepatutnya ada dalam setiap manusia dengan kadarnya yang tertentu. Kita disuruh merendah diri especially bila dipuji. Aku suka amalkan dalam hati bila dipuji dengan mengucapkan 'Alhamdulillah.... Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam', tapi kadang2 tidak pun, kalau terlintas, sebutlah. Biarlah mengikut adat resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Itu yang digalakkan. Namun perasaan rendah diri dengan merendah diri adalah amat berbeza. Sifat rendah diri yang keterlaluan boleh menjadikan kita susah untuk bercampur dengan masyarakat, kurang keyakinan kendiri, kurang kawan dan sebagainya. Ini yang tidak elok. Merendah diri ok tapi jangan merasa rendah diri. Yeah, since manusia tidak sama, ada kelebihan dan keburukkan masing2, semua orang ada sifat ini, cuma persoalannya adalah banyak atau tidak.

Aku ada seorang kawan yang baru dikenali dalam medan maya, si A (bukan nama sebenar) yang pada pendapat aku seorang yang baik, rajin dan suka berdakwah. Dia belajar dalam bidang pengajian melayu dan ada 'terkenan' pada seorang pemuda dari pengajian Islam. Walaupun ada sedikit perasaan suka, si A malu untuk berjumpa, berbicara dengan sesiapa sahaja yang dari pengajian Islam, dia tak layak nak berkawan dengan mereka katanya.

Bukan soal jodoh, bukan soal suka menyukai, bukan soal cinta yang ingin aku utarakan, tapi soal rendah diri. Kawanku ini menganggap dirinya kurang ilmu agama, kurang elok dari segi paras rupa dan sebagainya. Dia menganggap dirinya tidak layak untuk bersama orang2 dari pengajian Islam sedangkan pada aku, dia dah cukup bagus, cukup berilmu. Mungkin dia merendah diri tapi dia terlalu merendah diri.

Ingat satu perkara bahawa Allah SWT tidak melihat hambaNya berdasarkan kekayaan, tidak berdasarkan rupa paras tapi berdasarkan taqwa. Setiap manusia semuanya sama disisi Allah SWT, yang membezakannya adalah taqwa. Semua manusia berdarah merah, mempunyai sifat dan jasad, mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Semuanya dijadikan adil.

Usahlah kita terlalu merendah diri sehingga menjejaskan keyakinan kita. Perasaan yang terlalu merendah diri boleh menjadikan kita tidak dapat bercampur dalam masyarakat secara menyeluruh. Apatah lagi dalam soal berkawan. Janganlah merendah diri dalam soal persahabatan. Aku ada kawan berkerja sebagai pelacur, aku ada kawan penagih dadah, aku ada kawan bergelar pengarah, aku ada kawan bergelar pensyarah dan sebagainya. Semuanya aku boleh 'masuk' as long as jangan biarkan diri kita mudah terpengaruh. Seelok-eloknya janganlah berkawan dengan golongan yang kurang elok seperti penagih dadah atau apa2 yang seumpanyanya, takut terpengaruh pulak.

Kawanku itu mungkin beranggapan bahawa pelajar bidang pengajian Islam itu hebat, tak tinggal solat 5 waktu, tak pernah merokok, tak pernah meniru dalam exam, tak pernah copy assignment member, pendek kata memang perfectlah. Tidak semua begitu. Aku ada kawan yang belajar di sekolah agama dan belajar dalam pengajian Islam (di UTM ni ada course SPI iaitu Sarjana muda Pengajian Islam). Perangai mereka sama sahaja dengan kita yang tidak belajar di sekolah agama. Oh, ye anak sedara aku pun ada belajar kat sekolah pondok, tapi perangai lebih kurang je dengan yang lain. Aku ada juga kawan perempuan yang belajar di UIA, bertudung dalam kampus tapi tidak diluar kampus, so what?

Jangan sangka mereka dalam bidang pengajian Islam itu baik seperti itu. Aku tak nafikan bahawa ada sesetengahnya yang betul-betul elok, betul-betul terjaga dan terdidik tapi hakikatnya tidak semua. Jika kita menganggap kesemuanya seperti itu, tidak mustahil kita akan mempunyai perasaan rendah diri seperti A.

Pada aku, apa yang lebih penting, kita menjaga diri kita dengan seelok-eloknya. Kita menurut perintah Allah SWT. Usahlah kita cuba menilai orang lain dan beranggapan orang itu lebih baik dari kita. Tidak salah untuk mencontohi seseorang yang terbukti baik tapi janganlah terlalu berlebih-lebihan. Kita sudah ada guideline dan ditunjuk ajar dalam agama kita, ikut sahajalah yang itu, itu lebih terjamin sebenarnya.

Berbalik kepada soal A itu, seandainya pemuda yang diminati itu menolaknya untuk berkawan, anggaplah pemuda itu bodoh, melihat dengan mata yang buta lagi hati yang gelap. Tiada guna berada dalam bidang pengajian Islam jika permintaan untuk berkenalan itu ditolak. Anggaplah pemuda itu tidak tau menilai permata dengan kaca. Bukan kepada pemuda itu sahaja, bahkan kepada pemuda-pemuda lain sekalipun. Kerana apa? Kerana kita semua sama. Jangan mengira miskin kaya cantik atau buruk, A berhak untuk mendapat apa yang dihajatinya. Begiu juga dengan orang lain.

Aku bimbang jika kita terlalu merendah diri, ianya menjejaskan keyakinan kendiri kita. Bukan setakat dalam persahabatan malahan boleh merebak ke dalam alam pengajian dan pekerjaan. So sebagai nasihat aku kepada A dan juga semua pembaca blog aku termasuk diriku sendiri, janganlah kita terlalu merendah diri. Kita semua sama sahaja, tiada bezanya. Tidak usahlah berbanding diri dengan orang lain, tiada apa yang perlu dipertandingkan, cukuplah kita mengejar taqwa kita terhadap Allah SWT. Tengok wajah kita di cermin, siapakah orang dalam cermin itu. Itulah kita dan terimalah diri kita dengan penuh kesyukuran, dengan niat dalam hati Alhamdulillah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...