Saturday, February 19, 2011

AJK PESTA KONVO...


16 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Universiti Teknologi Malaysia akan mengadakan program Pesta Konvokesyen ke-46 pada 23-28 Mac 2011 bersempena Majlis Konvokesyen pada 26-28 Mac 2011. So, aku turut mengambil bahagian dalam program pesta konvo ini, menjadi sebahagian daripada AJK pesta ini, aku just setiausaha untuk unit teknikal.

Ini merupakan pengalaman pertama aku dalam menyertai program pesta konvo ini yang mana program pesta konvo adalah program terbesar universiti. Selain daripada menjadi penggerai untuk pesta kali ini (sama seperti semester-semester yang lalu), aku turut menjadi AJK untuk konvo ini. So, apa yang aku nampak, ini adalah peluang terbaik untuk aku buat secara bersungguh-sungguh.

AJK pada pesta kali ini majoritinya adalah pelajar tahun 1 dan 2. Namun, agak ramai juga pelajar Master yang join sebagai AJK. Ada sesetengahnya yang join untuk mencari pengalaman, ada yang join untuk menambahkan network, ada yang join untuk mendapatkan pendapatan sampingan (ada elaun), ada yang join untuk menjadi agen tapak dan sebagainya. Itu adalah jawapan rambang para AJK ini tentang tujuan mereka. Apa pun, pada pendapat aku, selagi mereka bekerja dengan baik, tidak menimbulkan masalah, it's ok.

Then sebagai AJK pesta konvo, kami semua dikehendaki menyertai 'Team Building Camp (TBC)' yang baru-baru ini telah diadakan di Tanjung Piai. Program 3 hari 2 malam itu khusus diadakan untuk mengeratkan hubungan antara AJK, lebih mengenali antara satu sama lain terutamanya mengenali kepimpinan program serta membuat beberapa mesyuarat program.

Walaupun, bilangan yang hadir dalam program TBC adalah separuh sahaja iaitu lebih kurang 35 orang (AJK keseluruhannya adalah seramai lebih 70 orang), programnya tetap best, maklumlah, ramai awek2 cun kan, itu yang best tu... hehehe... Ok, back to the point, antara aktiviti yang dilakukan adalah ice-breaking, main game (banyak kepada games la seperti game 'Trust', 'Pakaian Pengantin', 'Kerusi belon' dan sebagainya), dan untuk first time nya aku try main Catur Bistari iaitu permainan yang lebih kurang macam Monopoly.

So, overall untuk program TBC ini, aku berpuas hatilah kerana dapat mengenali beberapa rakan seperjuangan yang lain (cun-cun pulak tu, hehehe...). Yelah, ramai sangat AJK nya, kalau takde program macam ini, aku mungkin just sekadar mengenali AJK unit aku sahaja. Oh, ye, aku setiausaha Unit Teknikal yang bertanggungjawab terhadap Unit Ruang dan Peralatan, Unit Logistik dan Penginapan, Unit Keselamatan dan Kecemasan, Unit Gerai dan Korporat dan Unit Tugas-tugas Khas.

Untuk pejalanan program, aku takde masalah apa-apa, aku boleh buat kerja aku dan aku boleh berkerjasama dengan sesiapa sahaja cuma ada sedikit komen aku tentang pelantikan AJK untuk program ini. Majoriti untuk AJK ini adalah pelajar tahun 1 dan 2. Mereka ini masih baru dan perlu banyak dilatih lagi. Kalau pelajar tahun 1 ini diberikan jawatan AJK biasa, aku tiada masalah sebab pada aku itu yang sepatutnya.

Pelajar tahun 1 diberikan jawatan tinggi dalam program. Pada aku, ini kurang sesuai untuk program besar seperti ini. Pelajar tahun 1 sepatutnya menjadi AJK biasa. Mereka ini sepatutnya mengetahui apa yang berlaku pada peringkat bawahan program, merasa penat lelah dari segi fizikal, bercampur dengan pelajar/peserta dan sebagainya. Pendek kata, mesti mengetahui tentang akar umbi terlebih dahulu.

Bila dah masuk tahun 2, barulah boleh dilantik menjadi ketua unit, timbalan pengarah, timbalan bendahari dan sebagainya (jawatan yang dikira sebagai middle management). Dari sini, mereka akan belajar tentang serba sedikit pengurusan tetapi belum sampai kepada tahap 'desicion maker'. Pada tahap kedua ini, mereka sudah mengetahui masalah akar umbi dan boleh menyelesaikan sebarang masalah yang tidak terlalu besar.

Akhir sekali, bila dah masuk tahun 3, barulah mereka ini mempunyai pengalaman dan ilmu yang secukupnya untuk berada pada tahap 'desicion maker'. Mereka ini sudah matang dan boleh membuat keputusan sendiri serta bertanggungjawab dalam hal-hal yang lebih besar seperti perasmian ataupun penajaan. Mereka ini yang akan keluar mengadap 'pembesar-pembesar' diluar sana untuk menjayakan program ini.

Aku tak kata bahawa pelajar tahun 1 tidak layak, tetapi aku lebih percaya kepada peribahasa "Pengalaman adalah guru terbaik" dan juga "Orang tua lebih makan garam". Bila kita dah berada tahap tertinggi pada tahun 1, apa yang kita nak buat pada tahun 2 dan tahun 3? Adakah mereka yang pernah memegang jawatan tinggi sebelum ini sesuai menyertai program lain dan dijadikan sebagai AJK biasa? Amat rugi sekiranya orang yang berpengalaman seperti ini hanya sekadar menjadi AJK biasa sahaja. Lastly, akan jadi monopoli jawatan, asyik dia je yang jadi pengarah.

Apa pun, aku harap, untuk program ini, semuanya boleh berkerjasama dengan baik. Carilah pengalaman yang sebanyak mungkin dalam program seperti ini. Pelajar junior mesti menghormati pelajar senior dan pelajar senior mesti membimbing pelajar junior, barulah organisasi kita mantap sekaligus boleh menjadikan program ini berjaya. Insyaallah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...