Wednesday, February 16, 2011

INVENTIONS AND INNOVATIONS...


14 Rabbiul Awal 1432 Hjriah. Invention and Innovation. Dua perkataan yang berbeza serta membawa maksud yang berbeza walaupun ianya hampir sama maksudnya. Dari kefahaman aku yang cetek ilmu ini, Invention adalah kita menciptakan/menemukan sesuatu yang baru, mencipta sesuatu yang masih belum wujud lagi manakala Innovation adalah kita menambahbaik sesuatu yang sudah ada menjadikan seolah-olah sesuatu yang baru.

Sebagai contoh mudah, Alexander Graham Bell boleh dipanggil sebagai Inventor (orang yang telah mencipta sesuatu yang baru) iaitu telefon. Pada waktu itu, tiada lagi telefon, maka, beliau telah membuat suatu invention. Pada hari ini, telefon bukan sahaja banyak dipasaran malahan di combine dengan kamera lagi. So, kombinasi telefon dan kamera menjadikannya telefon berkamera, then telefon berkamera itu dipanggil sebagai innovation (asalnya telefon je, tapi ditambahbaik dengan kamera).

Begitu juga dengan Desktop -> Laptop -> Notebook -> Tablet. Desktop itu adalah suatu invention, manakala Laptop, Notebook dan terbaru iaitu Tablet adalah innovation. Daripada Desktop itulah, munculnya laptop sehingga tablet. Dengan kata lain, amat susah untuk mencipta menghasilkan sesuatu yang dipanggil invention dan agak susah juga untuk menghasilkan sesuatu yang dipanggil innovation.

Dari sebesar-besar saiz Desktop kepada sekecil-kecil Tablet, dari seberat-berat motherboard kepada seringan-ringannya, dari berjela-jela wayar telefon kepada tanpa wayar, siap dengan teknologi 4G dan GPS lagi, hampir semuanya adalah innovation.

Itu dari segi teknologi. Dari segi makanan pun sama. Siapa pernah makan Ais-Krim Goreng? Ais-Krim adalah invention pada waktu zaman dahulu tetapi untuk membuatkannya boleh digoreng, ianya memerlukan innovation. Asalnya ais-krim itu sudah lama wujud, tetapi ais-krim goreng masih agak baru (zaman aku kecik dulu masih belum ada ais-krim goreng).

Amat jarang kita tengok dunia sekarang ini mengalami revolusi invention. Sudah banyak perkara dan benda yang sudah dicipta. Apa yang tinggal adalah bagaimana untuk kita menambahbaikkan benda yang sudah ada itu seterusnya menghasilkan sesuatu yang berinovasi. daripada sebesar-besar ciptaan zaman dahulu kala sehingga sekecil-kecil ciptaan zaman sekarang, semuanya amat susah untuk dihasilkan.

Apa yang aku ingin katakan disini adalah amat susah untuk kita menghasilkan sesuatu yang ternyata baru (invention). Kalau ada antara kita yang kreatif dan inovatif, dapat membuat pembaharuan (innovation) itu pun sudah cukup hebat. Kalau ada yang boleh meng'inovasi'kan sesuatu perkara itu seterusnya membuat paten serta komersil, sudah tentu amat kaya raya orang itu. Kalau orang itu seorang pensyarah biasa, telah membuat suatu inovasi, tentu dah boleh dapat title Prof. atau sekurang-kurangnya Prof.Madya (apa pun inovasinya mestilah inovasi yang diiktiraf, bukan sekadar syok sendiri)

So, jangan silap faham lagi tentang dua perkara ini dan jangan ingat senang untuk seseorang itu membuat innovation ye. Oh ye, aku mengutarakan soal Invention dan Innovation ini sebagai jawapan kepada komen ini:

Anonymous said...
sy pernah bekerja di zull design...pendapat saya ciptaannye kebanyakan..tidak bertaraf antarabangsa..kebanyakkan meniru paten dan hanya mengubah sedikit sahaja...ini bukan ciptaan n inovasi...hanya biasa shj...

Anonymous said...
sesiapa yang pernah berkerja dengan beliau pasti anda merasa gah..tetapi hakikatnye biase je...ciptaaanye biase shaja...dan kampung...


So, pada pendapat saya, mungkin pembaca Anonymous ini kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan inovasi. Sebarang penambahbaikan yang bermanfaat yang masih belum dibuat adalah juga inovasi. Saya sedar bahawa Zull Design bukanlah seorang Inventor tetapi setidak-tidaknya dia adalah seorang Innovator. Ini adalah pendapat peribadi saya secara jujurnya. Apa yang diciptanya sememangnya terkenal walaupun tidak mencapai tahap global.

Mesti ada yang menganggap saya membela Zull Design kerana beliau banyak membantu saya, tidak. Saya tidak membela beliau dan saya juga tidak menyalahkan Anonymous. Apa yang saya pelajari dalam Sarjana Keusahawanan Teknologi Malumat saya ini, pensyarah saya ada mengatakan bahawa, amat susah untuk menjadi dan melahirkan Inventor tetapi kalau mereka para pensyarah dapat melahirkan Innovator pun, itupun sudah cukup membanggakan.

Dalam kelas, kami diajar untuk melihat paten-paten produk yang sedia ada. Daripada paten-paten ini, kami dikehendaki mencari dan membuat analisis tentang dimana kelemahan/kesilapan/peluang penambahbaikkan yang boleh dibuat. Hasil penambahbaikkan itu, kita memanggilnya sebagai Innovation, bukan Invention kerana kami tidak mencipta sesuatu yang masih belum wujud, kami cuma menambahbaikkan sahaja. Untuk menuju ke tahap antarabangsa, ianya bukan perkara mudah.

Lihat sahaja hasil ciptaan universiti-universiti tempatan kita. Banyak produk-produk yang diinovasikan tetapi tidak tercapai di peringkat antarabangsa kerana untuk ke tahap itu, banyak perkara yang mesti dibuat. Pendaftaran paten, pembandingan produk kita dengan produk lain diseluruh dunia (biasanya kalau Malaysia mengambil masa 3-5 tahun) dan peredaran teknologi yang semakin pantas.

So, kepada Anonymous, saya harap anda faham dengan apa yang dimaksudkan dengan inovasi seterusnya tidak lagi mengatakan bahawa ciptaan Zull Design bertahap kampung. Hargailah individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif seperti Zull Design itu...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...