Monday, February 28, 2011

ISLAM ITU MUDAH...


26 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Islam itu untuk semua. Islam itu mudah. Percaya dan yakinkah anda dengan 2 kata-kata itu? Sehari dua ini ada sedikit kecoh dengan istilah 'Islam sederhana' yang mana ianya membawa maksud, kita terhalang/bermasalah/tidak berpeluang/tidak mampu untuk melaksanakan semua undang-undang Islam

Aku tak berniat untuk menyentuh tentang politik walaupun perkara ini ditimbulkan oleh orang politik tetapi pada aku sebagai umat Islam, rasa terpanggil untuk menyatakan pendapat aku terhadap isu Islam sederhana tersebut. Lagipun istilah Islam sederhana ini wujud sejak 2 dekad yang lalu yang mana pihak penasihat agama (Dato' Hamid Othman tak silap aku namanya, tolong betulkan kalau tersilap ye) yang pertama menyatakan istilah ini.

Apa yang susahnya tentang Islam? Cuba anda beritahu saya, apa yang susah tentang Islam sehingga kita mengatakan bahawa kita hanya boleh mengamalkan islam secara sederhana, kita hanya boleh melaksanakan hukum-hukum tertentu sahaja, kita tidak boleh membuat dasar islam secara menyeluruh, bolehkah anda beritahu saya?

Setahu aku, dari A sehingga Z, semuanya sudah diterangkan dalam Al-Quran dan hadis serta ditambah dengan pendapat-pendapat ulama hasil daripada perbincangan yang terperinci. Islam menyebarkan tentang cara hidup kepada semua manusia. Hukum apa lagi yang tidak lengkap atau tidak terdapat dalam Islam? Ianya merangkumi sejak awal kita dilahirkan sehinggalah kita menjadi jenazah.

Kalau dengan memberikan alasan kita mempunyai pelbagai kaum, mesti menghormati kaum lain dan sebagainya untuk mengamalkan Islam sederhana, zaman Nabi Muhammad SAW dulu macamana keadaannya? Ada berapa kaum? Ada berapa bangsa? Ada berapa suku kabilah? Ada berapa etnik? Semuanya tiada masalah, semuanya tidak diambil kira sebab yang diambil kira adalah bukan bangsa atau kaum tetapi adalah Islam dan bukan Islam, itu sahaja. Kalau zaman dulu Islam boleh dilaksanakan dengan menyeluruh, kenapa tidak sekarang?

Dulu semasa aku sekolah rendah, ada ustaz bercerita. Macam ini la lebih kurang ceritanya: "Apa benda yang jika ditambah satu nilainya kosong dan jika ditolak satu pun, nilainya akan menjadi kosong?". Masa itu semua student diam. Then ustaz itu sambung lagi,"Jawapannya adalah Iman, Rukun Iman. Jika kita menambah satu perkara lagi dalam rukun iman, sebagai contoh percaya kepada kuasa hantu/iblis, iman kita akan jadi zero. Begitu juga jika kita tolak satu daripada 6 rukun ini, sebagai contoh kita tidak percaya kepada malaikat, nescaya iman kita akan menjadi zero". So, kesimpulannya, ambillah Islam secara menyeluruh.

Ok, itu dari segi perlaksanaan undang-undang Islam diperingkat tertinggi pentadbiran negara, so kita move kepada perlaksanaan Islam dan tatacara hidup diperingkat diri kita (individu). Cuba anda nyatakan kepada saya, kenapa susah benar kita ini ingin beriman kepada Islam? Susah sangat ke? Rugi ke kita kalau kita buat cara hiup Islam? So, aku bagi sedikit penerngan ringkas dalam bentuk point ye

1 - Kita boleh melafazkan dua kalimah syahadah tanpa berbicara.

Percaya tak jika aku mengatakan bahawa tanpa bercakap pun, kita boleh lafaz dua kalimah syahadah? Tak percaya? Ok, pernah tengok OKU pendengaran melafazkan dua kalimah syahadah? Untuk bacaan solat, mereka memang membacanya dalam hati tetapi untuk menyebut zikir-zikir? Sesiapa yang tak pernah tengok, pergilah tengok. Orang yang tidak boleh bercakap pun Allah SWT bagi kemudahan untuk bersolat dan melafazkan dua kalimah syahadah.

2 - Kita boleh bersolat tanpa perlu menggunakan tangan dan kaki.

Solat itu tiang agama. Walau dalam keadaan apa sekalipun, kita mesti solat dan betapa mudahnya solat ni, Allah SWT memberi kemudahan untuk bersolat tanpa perlu mengangkat tangan dan kaki pun, tak perlu bersujud pun. Tak percaya? Pernah tengok orang sakit tidak boleh bangun (yang tidak mampu bergerak dan hanya berada diatas katil sahaja) yang bersolat menggunakan kelopak matanya? Orang yang OKU fizikal pun sama jugak, still boleh bersolat.

3 - Kita boleh berpuasa tanpa perlu menunggu Ramadhan

Allah SWT Maha Pemurah. Dia ingin memberikan pahala berpuasa kepada umat Islam. Tidak semestinya kita perlu menunggu ketibaan bulan Ramadhan baru boleh berpuasa, malahan nak berpuasa di bulan-bulan lain pun boleh. Di galakkan pula berpuasa pada hari isnin dan khamis. So, tak perlu bersusah payah atau menangis untuk menunggu ketibaan Ramadhan, bila-bila pun boleh berpuasa (but of course berpuasa di bulan Ramadhan lebih pahala).

4 - Kita boleh bersedekah tanpa mengeluarkan wang.

Aku tak bergurau. Konsep sedekah bukan sahaja mengeluarkan wang. Kita juga boleh bersedekah dengan masa dan tenaga kita. Jika kita tiada wang, 'bersedekahlah masa dan tenaga' kita untuk membantu bergotong royong membersihkan masjid ke, membantu anak-anak yatim ke dan sebagainya. Paling tidak pun, boleh bersedekah melalui senyuman. So, Islam memang mudah kan sehingga dengan senyum pun kita berpeluang mendapat pahala sedekah.

5 - Kita boleh mendapat haji tanpa perlu ke Mekah.

Pernah dengar cerita ada orang yang mendapat pahala haji walaupun tak ke Mekah, walaupun hanya berada di rumah? Ceritanya lebih kurang macam ini, ada seorang hamba Allah ini yang ingin ke Mekah dan sudah mempunyai cukup wang untuk berbuat demikian. So pada masa dia nak pergi itu, dia mendapati jirannya tidak mempunyai makanan untuk dimakan (mengalami masalah kesempitan kewangan la kiranya). Then dia pun memberikan wang miliknya itu kepada jirannya itu untuk keperluan tersebut sekaligus terpaksa membatalkan hajatnya untuk ke Mekah. Walaubagaimanapun, Allah SWT telah menganugerahkan pahala haji terhadap hamba Allah ini. See? Tak pergi kemana-mana pun boleh dapat 'haji'. Kita yang pergi ke Mekah ini pun belum pasti memperolehi pahala haji tersebut (tapi seelok-eloknya pergilah jika berkemampuan). Mudah kan untuk mendapat haji?

So aku rasa aku stop disini dululah dengan kesimpulan bahawa terimalah ajaran dan undang-undang Islam secara menyeluruh, Islam itu mudah...

Kita boleh lafaz dua kalimah syahadah tanpa perlu berbicara...
Kita boleh bersolat tanpa perlu menggunakan tangan dan kaki...
Kita boleh berpuasa tanpa perlu menunggu Ramadhan...
Kita boleh bersedekah tanpa perlu mengeluarkan wang...
Kita boleh mendapat haji tanpa perlu pergi ke Mekah...

Islam itu mudah... Nikmat mana lagi yang mampu kita dustakan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...