Sunday, February 27, 2011

KELAS BATAL !!!...


25 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Sekarang musim yang agak sibuk bagi semester ini. Aku rasa mesti ramai pelajar-pelajar tengah sibuk sekarang ini dengan test, yelah, dah musimnya kan. Apatah lagi untuk AJK Pesta Konvo. Time ni setahu aku diorang memang sibuk. Sibuk dengan test dan follow up program. Bila aku bertanya khabar mereka, masing-masing kata mereka sibuk, kalau ada mana-mana kuliah yang dibatalkan, memang bersorak-sorailah mereka.

So, bila dengar mereka berkata macam tu, teringat pula kenangan ketika study Degree dan Master dulu. Cukup berbeza rasanya. So, untuk post kali ini aku ingin berkongsi pengalaman dan rasa aku sewaktu mendengar kata-kata ini: Kuliah dibatalkan.

Dulu sewaktu Degree, bila dah berada dalam kelas menunggu pensyarah masuk, then tiba2 ada orang yang kata "Dr kata kelas hari ini batal !!!", confirm semua student bergembira dan bersorak-sorai meraikan pembatalan tersebut. Begitu juga dengan aku yang turut bergembira sambil berkata-kata "Yes !!!". Dengan pembatalan tersebut, kitaorang boleh keluar kemana-mana pun. Boleh keluar, boleh pergi makan, boleh siapkan tugasan yang kena hantar pada petang itu dengan copy kawan punya, boleh lepak-lepak tengok pasangan couple, boleh jumpa pensyarah lain dan sebagainya. Pendek kata, pembatalan kelas amat dinanti-nantikan. Itu masa Degree....

Sewaktu Master pula, ianya cukup berbeza. Kelas aku just ada 6 orang sahaja. Biasanya pensyarah akan sms kepada aku jika kelas dibatalkan. Jika kami dah sampai ke bilik kuliah dan menunggu pensyarah datang, tiba-tida dapat sms "kelas hari ini dibatalkan.sori". Reaksi aku dan kawan-kawan adalah berbeza dengan pelajar Degree sebab reaksi kami adalah amat marah. Diulangi, amat marah !!!

Kenapa kami amat marah? Ada 2 perkara mengapa kami berenam ini marah. Pertamanya adalah kami walaupun hanya 6 orang, kami waktu itu amat menghargai masa yang terluang. Kami terpaksa batalkan appointment dengan customer, tidak boleh membuat apa-apa appointment dalam waktu kuliah (cth: kelas pukul 2.00-5.00 petang, so kami tidak boleh buat temujanji dalam tempoh waktu itu, mesti buat after pukul 5.00 petang) dan sebagainya.

Dalam konsep keusahawanan, lewat dalam 5 minit sekalipun, itu sudah bermakna kita mungkin kehilangan seorang atau dua customer kita. Lewat 5 minit sekalipun, itu sudah bermakna kita tidak dapat merancang sebarang appointment dengan customer kita. So, bila belajar bab-bab keusahawanan ini, aku menjadi seorang yang pentingkan masa, masa itu emas, masa itu duit...

Perkara kedua adalah kami membayar sebenarnya sejumlah wang kepada tenaga pengajar kami. Seingat aku kadar bayaran adalah RM 150.00/hour. Rasa mahal tak? Aku dan kawan-kawan rasa ianya cukup mahal, rasa macam masuk kelas professional. Sebab itu jika ada mana- mana pensyarah yang membatalkan kelas secara tiba-tiba dan taknak ganti kelas tersebut, kami cukup marah.

Begitu juga jika ada pensyarah yang kami rasakan tidak berpuas hati dengan performance mereka, kami akan singkirkan. Rasa macam gila kan, mana ada student yang berani buat aduan dan singgirkan pensyarah. Secara kebetulan, pensyarah yang kami singgirkan itu adalah salah seorang tenaga pengajar dan juga merangkap sebagai penyelaras program master kami, kami berjuang untuk menyinggirkannya.

Apa kesannya terhadap kami selepas penyingkiran tersebut? Kami dilabelkan sebagai '6 Jahanam' oleh ramai pensyarah, kami seolah-olah di boikot oleh pensyarah dan sebagainya. Wah... rasa macam cerita Allahyarham P.Ramlee pulak. Aku yang OKU ini pun turut dilabelkan sebagai salah seorang 6 Jahanam tersebut. Tapi apa pun, kami sedikit pun tak menyesal atas tindakan kami, malah kami gembira kerana berjaya menyingkirkan pensyarah tersebut dan pihak pengurusan menggantikan dengan seorang penyelaras baru yang best. So, berbaloilah kami berjuang.

So, pada aku, kita sebagai pelajar mesti menghargai setiap waktu yang ada. Janganlah bergembira dengan berita pembatalan kelas, sebaliknya berbincanglah tentang bila kelas ganti akan dibuat. Pelajar ini membayar yuran kepada universiti. Maka pelajar ini berhak untuk mendapatkan service yang terbaik daripada pihak universiti. Pelajar juga berhak untuk mendapat kelas ganti jika sesuatu kelas itu dibatalkan. Itu yang sepatutnya....

Sesebuah sistem pendidikan memerlukan 3 perkara asas iaitu cikgu/pensyarah, pelajar dan tempat belajar. Jika salah satu keperluaan asas ini tiada, maka tidak akan terbentuklah apa yang dipanggil sistem pendidikan. Kita semua ini berkait rapat. Tanpa pensyarah, siapa yang ingin mengajar? Tanpa student, pensyarah nak mengajar siapa? Tanpa tempat, di mana kita nak belajar dan mengajar?

So, nasihat aku kepada semua kawan-kawan seperjuangan dan juga kepada diriku juga, hargailah masa pengajian anda.... anda sebenarnya 'membayar' untuk masa tersebut..... Itu adalah duit pinjaman pengajian anda, itu adalah duit biasiswa yang diberikan oleh kerajaan hasil daripada duit pembayar cukai dan itu adalah duit ibu bapa anda yang berusaha berkerja keras untuk membiayai pengajian anda.....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...