Saturday, February 19, 2011

KEPIMPINAN MAHASISWA...


17 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Sekarang ini di mana-mana kampus tengah hangat dengan isu kempen pilihanraya kampus. Tak silap aku pengundian pada 23hb ini kot di universiti aku ni dan ada universiti yang berbeza sedikit tarikh pilihanrayanya. Ok, aku bukan nak berkempen untuk mana-mana pihak, bukan nak memihak kepada mana-mana parti mahupun ideologi, aku just ingin berkongsi pendapat aku terhadap kepimpinan mahasiswa dulu dan sekarang.

Aku cuba bandingkan kepimpinan mahasiswa hari ini dengan dengan kepimpinan mahasiswa sewaktu aku belajar Diploma di KL dahulu (2003). Pada tahun 2003 dahulu, aku baru pelajar tahun 1 yang tidak tahu erti pilihanraya kampus tetapi ingin mencari-cari pemimpin yang boleh dipercayai seterusnya boleh memperjuangkan nasib mahasiswa lain. So, untuk kes ini, aku akan buat secara point supaya mudah faham ye.

Kenal-mengenali

Dulu: Boleh dikatakan aku mengenali hampir semua calon yang bertanding, baik calon Evo mahupun calon Pro M. Ini kerana calon-calon ini pergi ke setiap blok, ke setiap kolej untuk buat majlis rapat umum, untuk buat perdebatan dan kadang-kala siap boleh berkongsi pentas lagi antara calon-calon itu.
Sekarang: Susah benar aku nak tahu siapa calonnya, kalau dapat tengok pun, just dalam poster ajelah. Tidak dapat membuat penilaian menyeluruh terhadap calon itu.

Sudah popular dalam masyarakat kampus

Dulu: Calon-calon yang diambil bertanding sememangnya rapat dengan pelajar-pelajar ini. Mereka ini adalah daripada yang terpilih kerana sudah popular, aktif dengan aktiviti kolej dan mesra dengan orang lain.
Sekarang: Time nak dekat pilihanraya, baru calon dipilih, itupun diambil secara rambang sahaja untuk mengisi kekosongan. Calon itu pulak, bila nak dekat pilihanraya baru aktif meeting sana meeting sini, orang tak kenal pun.

Mudah mintak tolong

Dulu: Disebabkan aku mengenali agak ramai wakil-wakil mahasiswa ini, kadang-kala aku ada mintak tolong mereka untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan diri aku. Dulu tak kisahlah samada aku call wakil Evo atau wakil Pro M, kesemuanya baik dan segera datang membantu. Then kadang-kadang tu, siap boleh bincang sesama mereka bagaimana cara terbaik untuk membantu aku, memang hebatlah.
Sekarang: Jangankan nak call untuk membantu, kenal pun tidak.

Penentu undi

Dulu: Disebabkan aku berkawan dengan semua orang, baik dari Evo mahupun Pro M, so time mengundi itu amat susah aku nak buat keputusan. Semua calon adalah kawan baik dan boleh diharap. Apa pun, aku biasanya undi calon lelaki yang berwibawa sebagai ketua dan calon wanita untuk timbalan.
Sekarang: Susah jugak nak buat keputusan sebab aku tak kenal sangat calon-calon ini. So, disebabkan aku ini lelaki, biasanya jika calon itu adalah seorang perempuan yang cun dan comel, mesti aku undi dia tanpa berfikir panjang dan tanpa mengetahui perempuan itu dari Evo atau Pro M. Apa pun aku still maintain dengan pendirian aku iaitu lelaki mesti menjadi ketua, so aku dahulukan lelaki.

Ok, itu antara perbezaan antara kepimpinan mahasiswa dulu dan sekarang. Namun, dalam banyak-banyak perbezaan itu, ada satu perkara yang aku tengok masih lagi sama dari dulu sehingga sekarang. Persamaan itu adalah Janji. Dari dulu sehingga sekarang, calon-calon ini suka sangat berjanji perkara-perkara yang bukan dibawah kawalan mereka dan boleh dikatakan hampir mustahil untuk dilaksanakan. Baik calon Evo mahupun calon Pro M.

Isu yang dijanjikan biasanya retorik, sudah lapuk dan boleh di recycle setiap tahun iaitu isu PTPTN. Isu ini sering dimainkan kerana maybe mendapat sambutan hangat pelajar agaknya tapi aku adalah orang yang realistik, bukan idealistik. Mana mungkin para pelajar ini boleh mendesak PTPTN mengurangkan cajlah, bagi percumalah, tambah wanglah dan sebagainya. Calon yang berjanji perkara ini adalah cukup tidak menyedari hakikat diri dan hakikat sistem kewangan kerajaan.

PTPTN adalah dibawah pemantauan kerajaan dan jika semua wakil mahasiswa berkumpul untuk mendesak sekalipun, tak guna. Pihak kementerian/menteri hanya boleh membawa isu ini kepada meja perbincangan dan time bincang itu, cukup bestlah lagaknya, semua janji akan dikatakan boleh. Kuasa pemutus pada kabinet. Bila bentang kat kabinet, terus tolak. Apa nak dikata? Kita hanya merancang, tuhan yang tentukan... cukup tak realistik...

Sama juga dengan isu penurunan harga makan di kafe dan arked. Ramai calon berjanji untuk berbincang dengan pihak universiti supaya harga makanan diturunkan. Oh ye, dulu isu PTPTN dan harga makanan paling hangat, sekarang ini aku tak pasti isu apa yang hangat dikalangan mahasiswa. Kalau harga minyak naik, takkan peniaga tak naikkan harga makanan? Masa itu siapa yang boleh menghalang harga kenaikan tersebut? Pihak universiti boleh halang? Pihak kerajaan boleh halang?

Janji cukup bergegar, nak turunkan harga makanan tapi langsung tak realistik. Harga minyak naik, semua harga makanan naik. Masa itu dimana janji-janji manis nak turunkan harga makanan? Calon itu sendiri kena bayar harga tinggi, janji nak turunkan bebanan orang lain konon. Janji yang cukup tidak realistik. Yelah, nak buat macamanakan... kita hanya merancang... tuhan yang tentukan...

Oklah, aku taknak tulis panjang dalam bab kepimpinan mahasiswa ini sebab aku pun bukannya boleh mengundi pun. Apa pun aku harap para mahasiswa mestilah memilih calon yang terbaik untuk mereka, calon yang dikenali, calon yang boleh dibawa berbincang, calon yang berwibawa dan calon yang boleh membantu kita serta calon yang realistik (ini penting tau). Kepada calon-calon pula, berkerjalah betul-betul setelah mendapat mandat daripada mahasiswa. After mengundi tu, rajin-rajinkanlah turun ke 'padang' bertanyakan khabar tentang pelajar yang susah lagi OKU seperti aku ini kan? Oh ye, sepanjang aku kat Skudai ini, sekali sahaja calon mahasiswa datang bertanya khabarkan aku... yang lain?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...