Wednesday, February 16, 2011

MENGUNCI RUMAH ALLAH...


13 Rabbiul Awal 1432 Hijriah. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini, aku ingin berkongsi satu kisah yang pada pandangan aku mungkin ada yang boleh diambil pengajarannya, sebuah kisah yang benar yang berlaku kepada aku dan kawan-kawan sewaktu kami sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan bebaru ini.

Ok, masa itu, kami ada empat orang, lelaki bertiga dan perempuan seorang iaitu wife kawanku. Kami bertolak untuk pulang ke Kelantan time tu then singgah di Kuantan untuk mengambil sedikit barang untuk keperluan suami isteri tersebut. Masa tu dah nak dekat masuk Isya' dan kami membuat keputusan untuk berhenti solat Maghrib serta Isya' terus lalu singgah di sebuah surau. Aku tak ingat nama surau tu lagipun time tu hujan yang agak lebat jugaklah.

Then time kami nak ambil wudhuk, azan Isya' berkumandang. Time tu aku masuk ke tandas surau. Dalam tandas tu, bau nya.... fuh... menusuk kalbu dan cukup untuk membuatkan untuk orang muntah. Aku bertahan kejap kat dalam tu then dah selesai 'urusan' aku, terus cepat-cepat keluar. After that, Alhamdulillah.... sempat berjemaah sekejab dengan jemaah surau tu. Apabila semua jemaah dah pulang, kami meneruskan solat, yelah Jama' dan Qasar kan.

Time tamat solat tu, yang ada cuma seorang jemaah sahaja yang menunggu dipintu. Rupa-rupanya pakcik tu sedang menunggu kita cepat-cepat pulang sebab dia nak kunci surau tu. Bila kami lalu je depan pakcik tu, dia pun cakap: "Surau ni kena kunci dik, kalau tak masuk pencuri", ujarnya. Seorang kawanku cakap: "Oo.....", kira tanda faham la tu.

So, dalam kereta yang masih meneruskan perjalanan, aku teringat akan situasi yang sama berlaku di surau kampungku iaitu surau dimasuki pencuri yang mencuri jam, mikrofon dan selipar tandas pun menjadi mangsanya. Tapi tindakan AJK kampung aku bukan dengan mengunci surau seperti yang dilakukan oleh pakcik tadi.

AJK kampung aku berusaha untuk menangkap pencuri tersebut dan Alhamdulillah.... 2 minggu selepas kes kecurian itu, dapat tangkap pencuri tu. Kes kedua berlaku lagi dan dalam seminggu sahaja, dapat tangkap juga. tahniah kepada AJK kampung aku, tak perlu menyusahkan pihak polis untuk menangani gejala kecurian dikampung, cukup dengan orang kampung bergotong-royong buat syif setiap malam. Bangga aku jadi warga kampung walaupun aku jarang pulang.

So, pada aku, untuk menangani masalah kecurian dalam masjid, tangkaplah pencuri tersebut dan bukan dengan mengunci masjid itu. Jika masjid itu dikunci, kasihanlah pada orang bermusafir seperti kami ini. Kalaulah kami singgah agak lewat di surau tersebut, sudah tentu kami terpaksa patah balik dan mencari surau lain untuk menunaikan solat sebab surau itu dah berkunci. Kenapa perlu dikunci surau tersebut...

Mengunci surau itu diibaratkan kita ingin menyelesaikan satu masalah dengan menimbulkan masalah lain. Surau dikunci, musafir tak boleh bersolat dah tetapi pencuri still berleluasa. Nak bunuh nyamuk tapi kita bakar kelambu. Bila surau selalu dikunci, tak ada sesiapa yang boleh masuk dan tak ada sesiapa yang sudi membersihkan tandas surau tu yang baunya tahap boleh memuntahkan manusia.

Kata orang Islam tapi tak jaga kebersihan. Kalau orang luar/musafir yang macam aku ini datang dan tengok tandas surau, agak-agak apa persepsi aku terhadap sikap penduduk kampung? Aku ok lagi la kan, kalau pelancong muslim datang , macamana? Mesti mereka beranggapan bahawa umat Islam di negara ini bersikap pengotor. Kita mesti ingat bahawa masjid adalah 'Rumah Allah'. Rumah Allah sepatutnya di meriahkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, perbincangan, pembelajaran dan sebagainya.

Rumah Allah patut dipenuhi dengan jemaah dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. Tidak sekadar menjadi tempat untuk menunaikan solat, tapi jadikannya sebagai satu tempat untuk berkumpul, bermesyuarat, menyampaikan ceramah agama, bertadarus dan sebagainya. Ada sesetengah masjid itu aku tengok, orang nak tidur dalam masjid pun tak bagi, katanya tak boleh tidur dalam masjid.

La.... kalau masjid tak boleh tidur, kasihanlah pada para musafir dan orang miskin yang lain. Benarkanlah mereka tidur di dalam masjid asalkan ianya tidak mengganggu orang lain dan tidak membuat perkara yang tidak baik. Itu rumah Allah, apa hak kita untuk menghalau orang lain? Apa hak majlis perbandaran untuk tidak membenarkan orang musafir/miskin tidur di masjid? As long as mereka tidak merosakkan harta benda awam, okla. izinkanlah mereka tidur dalam masjid, apa salahnya... bila dah azan, mesti mereka bangun dan ini secara tidak langsung telah menambahkan bilangan jemaah.

Masjid bukan sahaja tempat untuk bersolat. Zaman Nabi Muhammad SAW telah menjadikan masjid sebagai 'one stop centre' la untuk melakukan apa-apa aktiviti. Kiranya time tu masjid ni 'hidup' la, tidak macam masjid sekarang, takde apa pun, ibarat 'mati'.

So, sempena Maulidur Rasul kali ini, janganlah setakat kita berarak sambil berselawat sahaja untuk hari itu, marilah kita sentiasa memeriahkan masjid, memeriahkan rumah Allah. Semoga Maulidur Rasul kali ini boleh menjadikan kita lebih kerap untuk mengunjungi rumah Allah itu. Insyaallah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...