Wednesday, April 13, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN MASTER...



9 Jamadil Awal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Selesai sudah majlis konvo pengajian sarjana aku yang berlangsung pada 26 Mac 2011 yang lalu. Alhamdulillah... terima kasih juga aku ucapkan kepada abang, kakak, kakak ipar dan anak-anak saudara aku yang sudi datang pada majlis tersebut. So untuk post kali ini, aku nak berkongsi sedikit tentang perjalanan majlis ini.

Seawal 7.15 pagi aku dan kawanku bertolak ke Dewan Sultan Iskandar (DSI). Disitu aku terus menghubungi staff bertugas yang telah bersedia untuk menguruskan perjalanan majlis itu untuk aku. Then staff itu pun datang dan bawa aku masuk ke dalam dewan tepat pukul 7.30 pagi. Dia juga telah membantu aku dalam urusan pendaftaran yang mana sepatutnya aku perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mengambil no.giliran (mengetahui susunan dalam barisan). Sambil menunggu u, sempat berjumpa sekejap dengan ahli keluargaku itu, sempat jugaklah bertanya khabar sedikit sebanyak.

After that, aku pun terus dibawa ke belakang pentas penyampaian sijil serta ditunjuk ajar tentang prosedur/step penerimaan sijil tersebut. Selesai je tunjuk ajar itu, aku terus ke belakang pentas semula. So, bermulalah episod menunggu yang teramat boring disitu. Dari pukul 8.00 pagi sehinggalah pukul 11 lebih, barulah tiba giliran aku.

Bila tiba giliran aku, alangkah gemuruhnya tepukan yang diterima. Pada waktu itu, YMM Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah adalah Canselor UTM yang memberikan sijil itu kepada aku. YMM Tunku sanggup turun ke bawah (ada alas kaki kecil tempat berdiri) dan berjalan selangkah dua lalu terus menghulurkan tangannya kepadaku. YMM sanggup meninggalkan tempat berdirinya untuk memberikan sijil itu kepadaku. Rasa terharu jugaklah kan... Menjunjung kasih Tunku.

So, tamatlah kisah penyampaian sijil tersebut. After aku keluar dari dalam dewan tu (berhenti di lobi dewan), aku telah dijemput untuk bergambar bersama-sama YMM dan Dato Naib Canselor UTM di dewan apatah namanya, aku pun tak tau, yelah tak pernah masuk kan dewan diraja macam tu (dewannya cantik, macam tempat diraja). Kat situ, satu lagi memori indah terpahat yang mana aku dan keluargaku telah bergambar dengan YMM dan Dato NC. Terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ini.

After that, keluar daripada dewan itu, aku diinterview oleh beberapa wartawan akhbar seperti Metro dan Utusan. Antara soalan biasa yang mereka tanya adalah perasaan aku, harapan aku, perancangan selepas ini dan nasihat aku kepada semua pelajar-pelajar lain . So, aku jawablah semua soalan itu seperti yang ditanya. Sambil-sambil ditanya tu, menyilau-yilau flash kamera, banyak juga jurukameranya.

Ada juga beberapa wartawan lain yang interview ahli keluargaku. Aku kurang pasti apa soalan yang ditanya dan aku pun tak tanya kembali tentang soalan tersebut. Takpelah, apa-apa soalan pun takde masalah. Bila dah tamat semua, aku pun keluar dari dewan dan terus keluar makan bersama family aku tu.

After makan, mereka semua hantar aku ke kolej. Melihat kepada bilik aku yang berselerak macam _________________ (sila isi sendiri, hehehe...), mereka pun gotong-royong bersihkan bilik aku. Alhamdulillah... thanks kepada semua yang sudi mengemaskan bilik ye, hehehe.... After that, pulanglah mereka. Bila dah pulang, aku baru terasa penat dan mengantuk, then plan malam inilah baru pergi bukak gerai kat pesta konvo.

So, itulah antara kenangan manis aku sepanjang majlis konvo ini. Disini aku paparkan beberapa gambar untuk tatapan dan jika nak tengok lebih banyak foto lagi, boleh tengok kat FB aku ye.



Gambar1: Keratan akhbar Utusan 27hb Mac 2011



Gambar2: Penyerahan sijil (Edited picture)



Gambar3: Sijil Best Student dalam Master of Science (IT Entrepreneurship)



Gambar4: Medal Best Student




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...