Thursday, April 21, 2011

MASALAH SEBENAR OKU - PART1...


22 Jamadil Awal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... aku sekarang sedang bercuti berehat sebentar di rumah saudara di Pasir Gudang. Disini aku boleh rehatkan minda, melakukan proses pemboroian perut, lepak-lepak dan aktiviti yang sewaktu dengannya. Kali ini juga memberi kesempatan kepada aku untuk contact beberapa kawan-kawan lama OKU aku yang lain. Menghubungi mereka, bertanya khabar dan sebagainya.

Berbicara tentang kawan-kawanku ini, bila diamati, ternyata sebahagian ramai daripada mereka masih tidak mampu untuk berdikari lagi. Sometimes rasa kasihan juga dengan mereka ini. After that, aku cuba untuk bermuhasabah diri. Membandingkan antara nikmat yang aku terima dengan mereka ini. Ternyata bahawa aku cukup bertuah, aku cukup beruntung...

Aku dulu semasa berada di KL, aku sempat berkenalan dengan seorang kanak-kanak kurang upaya, memiliki sepasangg tangan tetapi tiada kedua-dua belah kaki. Fakhrul tak silap aku namanya, berumur 9 tahun, datang ke KL bersama ibunya yang berasal dari Kelantan dan kakaknya (10 tahun dan normal). Ibunya diceraikan kerana mendakwa tiada dalam keturunan suaminya mempunyai anak yang cacat seperti Fakhrul itu, suaminya menceraikan dia kerana malu mempunyai anak kurang upaya.

Ayah Fakhrul adalah seseorang yang berpangkat juga dalam perkhidmatan askar. Dia menceraikan isterinya itu dan hanya ingin menjaga anak sulungnya sahaja (mereka dianugerahkan dua anak, anak sulung adalah perempuan dan normal manakala anak kedua adalah kurang upaya iaitu Fakhrul). Sewaktu baru mempunyai seorang anak, keluarganya bahagia tetapi sebaik sahaja Fakhrul dilahirkan, ibunya itu diceraikan.

Ibunya seorang guru disalah sebuah sekolah dan anaknya juga belajar di sekolah tersebut di Pahang. Ibunya menghadapi masalah tentang pembelajaran anaknya kerana pihak sekolah dikatakan kurang bertolak ansur. Dia ada meminta kepada pihak pengurusan sekolah agar kelas anaknya itu diletakkan diaras bawah bagi memudahkan dia mendukung anaknya itu tetapi permintaan itu ditolak dengan alasan semua kelas at least ditingkat satu. Malahan ibunya itu juga diberi option oleh pihak sekolah untuk bertukar ke sekolah lain bagi keselesaan anaknya itu.

Itu kisah Fakhrul, sekarang kita ke kisah Aunty Lectchumi, seorang ibu warga india yang kemalangan sewaktu pulang dari kerja di sebuah kilang membuat ais-krim. Aunty ini amat baik dengan aku, banyak kali juga bantu aku masak sewaktu di KL dahulu. Dia waktu itu (sewaktu aku kenal dia pada tahun 2006) sedang dalam kes mahkamah kerana mendakwa SOCSO tidak ingin memberi pampasan kepadanya dengan alasan dia sewaktu itu sudah pulang dari kerja, bukan ditempat kerja. Sekarang tidak pasti samada kes nya itu dah selesai atau belum.

Lectchumi juga sudah tidak berkerja lagi dan telah membuat latihan untuk memakai kaki palsu di KL, juga bersama-sama aku sewaktu itu. Sudahlah menghadapi kemalangan yang meragut sepasang kakinya, dia sudah susah untuk berkerja lagi dan syarikatnya sudah tidak mengambilnya bekerja lagi. Untuk membiayai kos rawatan, latihan fisioterapi dan kos pembuatan kaki palsunya, dia sedang fight untuk mendapat pampasan dari SOCSO (belum dikira kos guaman).

Sekarang aku perkenalkan pula kepada seorang lagi kawanku yang aku kenal di KL dulu iaitu Ah Foong. Aku kurang ingat nama penuhnya tetapi dia suruh aku memanggilnya sebagai Ah Foong sahaja. Menurut Ah Foong, dia sewaktu itu berkerja sebagai pemandu van menghantar barang. Dia mengalami kemalangan sehingga menyebabkan dia lumpuh separuh badannya dan mesti berkerusi roda dan memakai clipper (i'm not sure betul ke tidak ejaan tu).

Sewaktu aku berkenalan dengannya, dia cukup berdikari, pergi kemana-mana dengan seorang dirinya dengan mengayuh sendiri kerusi roda tersebut. Time training memakai clipper, dia cukup kuat berusaha namun sampai masa, dia kecundang... dia give up... (sama seperti aku yang setahun training kaki palsu). Dia mengatakan bahawa, after dia kemalangan, dia cuba untuk minta berkerja sebagai operator dan pembantu kedai namun hampa.

Selain daripada itu, Ah Foong yang juga terpaksa bergantung kepada penggunaan lampin orang dewasa, dia waktu itu juga sedang fight terhadap kes tuntutan pampasannya. Terpaksa ulang alik dan membayar wang guaman (itupun kalau dia menang kes). Dia ada menerima wang bantuan daripada JKM tetapi tidak mencukupi untuk kos rawatannya.

Aku cuba memaparkan kisah-kisah kawanku ini bukan apa, bukan bertujuan untuk mendedahkan aib orang atau menuding jari siapa yang silap atau tanda tidak bersyukur atas apa yang diperolehi namun sebagai tujuan untuk menyedarkan masyarakat. Masyarakat hari ini aku tidak nafikan bahawa ada yang prihatin dan ada yang kurang prihatin. Pada aku, aku merasakan aku beruntung kerana mempunyai keluarga yang beramanah dan penyayang, kawan-kawan yang bertanggungjawab dan masyarakat yang prihatin namun tidak semua OKU bernasib baik seperti aku.

Sesetengah OKU mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan perubatan, fisioterapi, pembelian alatan sokongan (seperti kerusi roda ataupun alat ganti palsu) serta perbelanjaan tambahan lain... Ujian ini ditambah pula dengan tindakan diskriminasi ataupun penafian hak mereka untuk belajar dan berkerja walaupun mereka amat berkeinginan, masih mempunyai daya usaha dan berkelayakan.... Mereka di diskriminasikan oleh masyarakat normal yang tidak memerlukan rawatan perubatan, tidak memerlukan fisioterapi, tidak perlu membeli alat sokongan serta tiada perbelanjaan tambahan lain....

So, untuk part pertama ini, aku rasa cukup aku berhenti disini sahaja, maybe untuk part kedua aku akan menceritakan pula sikap masyarakat terhadap OKU. Apa pun, janganlah menganggap apa yang aku nukilkan ini sebagai luahan tidak puas hati tetapi anggaplah untuk memberi kesedaran kepada yang memerlukan....



2 comments:

  1. Setiap manusia dengan masalahnya masing-masing, dan kisah-kisah di atas juga secebis darinya.

    Perkongsian yang bermakna, Jimi :)

    Allah Maha Adil. Kenyataan yang tidak dapat dinafikan.

    Moga setiap kesulitan yang dihadapi ketemu jalan keluarnya, walau berbulan, bertahun, berpuluh tahun masa ditempuh. Dengan seizin Allah.

    Dan saya tahu, saya langsung tidak layak untuk berbicara sebegini.

    Dan mohon maaf hai Jimi, andai adanya salah silap saya sebelum ini. Hehe. Macam raya pulak dah. Tapi serius. Huhu.

    ReplyDelete
  2. izinkan saya mengambil sedikit maklumat dari coretan awak untuk kajian saya.salam mesra,thank you~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...