Wednesday, April 27, 2011

MASALAH SEBENAR OKU - PART2...


24 Jamadil Awal 1432 Hijriah. Alhamdulillah... Sempat jugak aku update blog untuk menyambung 'kuliah' kita pada post yang lalu iaitu kesedaran terhadap masalah sebenar OKU. Ingin aku jelaskan sekali lagi bahawa apa yang aku postkan ini just bertujuan untuk memberi kesedaran kepada diriku sendiri, golongan OKU dan masyarakat, tidak berniat untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah orang ataupun menuding jari terhadap salah silap sesiapa sahaja.

Ok, post yang lalu aku membawa berita dari 3 orang sahabatku dan untuk kali ini aku ingin berkongsi beberapa masalah yang melibatkan masyarakat terhadap OKU. Bila aku perhatikan dan membaca tentang masalah OKU, antara yang menjadi perhatian OKU ini adalah dari segi kemudahan untuk mereka. Kemudahan yang aku maksudkan adalah dari segi laluan, ramp, parking dan tandas.

Merujuk pada kes kawan kecil aku sebelum ini iaitu adik Fakrul, aku rasa pihak sekolah boleh bertolak ansur dengan menyediakan sebuah kelas ditingkat bawah untuk kemudahan Fakhrul ini. Disini apa yang aku lihat adalah budi bicara dan tolak ansur pihak sekolah amat diperlukan. Kalau perlu sedikit budget untuk pengubahsuaian sekalipun, pihak sekolah boleh memohon peruntukkan tersebut samada daripada PIBG ataupun PPD.

Masalah kemudahan asas OKU ini bukan sahaja disekolah, malahan di institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan sekalipun, ianya tetap berlaku. Sesetengah pentadbir sekolah, institusi pengajian dan jabatan kerajaan lebih suka menggunakan wang yang ada untuk memperindahkan kawasan, buat taman, buat kolam ikan, tambah penghawa dingin di bilik pengarah dan sebagainya yang bukan keutamaan sedangkan keperluan asas kemudahan OKU diabaikan. Penyediaan kemudahan untuk OKU ini sering kali diabaikan atas alasan tidak ramai OKU di kawasan tersebut, maka tidak perlu dibuat.

Mereka ini lebih mengutamakan perkara yang diminati sahaja dan sanggup melaksanakannya walaupun tiada dalam budget dan tiada dalam agenda pembangunan yang sepatutnya. Mereka ini juga sanggup berhabis duit untuk memperindahkan kawasan terutamanya apabila ada pegawai/pihak berjawatan tinggi datang melawat kawasan semata-mata untuk dipuji oleh tetamu istimewa tersebut.

Apabila diminta untuk menyediakan kemudahan asas ini, barulah dibuat. Timbul pula masalah lain apabila kemudahan itu dah disediakan iaitu masalah penyalahgunaan oleh masyarakat kita. Laluan OKU digunakan untuk kenderaan orang normal, parking kereta untuk OKU dibuat parking oleh kereta orang normal, tandas OKU digunakan oleh orang normal dan kadang-kala laluan ramp untuk OKU diblok oleh kenderaan milik orang normal.

Perkara penyalahgunaan ini bukan sahaja berlaku disekolah, di institusi pengajian tinggi dan dijabatan kerajaan oleh orang yang berjawatan rendah tetapi kadang-kadang oleh orang yang ada nama dan dipandang tinggi juga. Tanpa segan silu mereka ini parking ditempat parking OKU semata-mata untuk memudahkan urusan mereka. Tanpa segan silu menggunakan tandas OKU walaupun tandas lain untuk orang normal masih ada yang kosong. Maaf, aku tak cakap kosong, aku ada bukti.



Gambar1: Polis 'rampas' parking di tempat parking OKU



Gambar2: Signboard OKU jelas didepan



Gambar3: Encik, mintak lesen encik....



Aku tak berniat untuk mencari salah sesiapa cuma kalau dalam keadaan ini, apa yang OKU mampu lakukan? Nak saman kenderaan tersebut? Nak rantai kenderaan tersebut? Buat aduan di ibu pejabat pihak berkuasa? (kemudiannya mungkin terpaksa ulang alik memberi keterangan, dah bertambah menyusahkan si pengadu OKU itu).

Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya. Namun jika dilihat pada gambar diatas ini, kepada siapa lagi OKU ini boleh memohon bantuan?

Termaktubnya Akta OKU 2008 ini adalah untuk membela nasib dan membantu OKU tetapi bagaimana pula aspek penguatkuasaan? Diskriminasi masyarakat terhadap OKU masih tinggi dan akta untuk membela OKU sudah dimaktubkan tetapi tidak dikuasakan ini seolah-olah tiada apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tiada guna dibentangkan diparlimen. Jika kesalahan itu pula dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan akta ini, adakah pihak penguatkuasa itu boleh 'dikuatkuasakan'?

Ok, aku stop disini sahaja untuk post kali ini. Diharapkan point yang aku ingin disampaikan ini dapat difahami oleh semua dan sama-samalah kita mengambil iktibar dalam post yang aku sampaikan ini. Untuk part 3 nanti, maybe ada sedikit lagi permasalahan yang ingin aku kupaskan... Apapun, apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diriku sendiri....


* Gambar diatas diambil daripada blog dan laman web pihak yang prihatin akan masalah OKU. Aku pun lupa nak save linknya tapi apa pun, terima kasih diucapkan kepada ownernya.



1 comment:

  1. tak sangka jimi ade blog.. tahniah2! bnyk rintihan..

    kurang educated punye org government.. ish3.. "sbb tu education tu penting" bak kate usop.. heheh

    ari tu bile ak pegi us, facilities dorg sangat bagus sampaikan OKU boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang, sehinggakan nak naik bas pun ade special platform yang angkat orang OKU naik wheelchair yg seberat wheelchair ko jimi..

    tape bro jgn putus asa, kita sama2 jadi kaya, bile dah pegang ekonomi, kita mampu mengubah nasib orang ramai dgn bantuan kewangan.. insyAllah aku kaya pn aku allocatekan duit utk pembangunan facilities OKU.. kite buat sehabis boleh slagi mane mampu, ok jimi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...