Wednesday, April 20, 2011

PENDEDAHAN REALITI...


15 Jamadil Awal 1432 Hijriah. Aku cukup percaya dan yakin bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai nafsu seperti nafsu untuk makan, nafsu untuk tidur, nafsu untuk disayangi dan sebagai. Aku juga percaya bahawa fitrah manusia itu dijadikan mempunyai nafsu untuk memiliki perkara atau sesuatu yang cantik, sedap, selesa dan sebagainya, tiada orang yang inginkan sesuatu yang buruk dan menyedihkan.

Dalam kisah motivasi yang banyak kita dengar atau tonton atau baca sekalipun, banyak menceritakan tentang kisah kejayaan, kisah disebalik tabir kehebatan seseorang dan sebagainya namun berapa bahagiankah dalam seluruh penceritaan itu yang bersifat sedih? Aku berani menyatakan bahawa dalam sesuatu kisah motivasi kejayaan seseorang individu, hanya 30%-40% sahaja yang memaparkan kisah sedih. Peratusan 30%-40% itupun kadang kala sudah mampu untuk membuatkan audien/pembaca menangis teresak-esak.

Kalau cerita itu sememangnya cerita sedih, itu cerita lainlah, sememangnya cerita itu dibuat untuk menyedarkan audien dengan cara mengalirkan air mata (contohnya cerita 1 Litre of Tears, 90% sedih, aku tengok pun menangis-nangis). Ini cerita motivasi, yang digunakan untuk membangkitkan semangat/kesedaran orang, yang digunakan untuk membentuk peribadi serta sahsiah orang lain. Kebanyakkan cerita motivasi hanya menyelitkan tak sampai separuh kisah sedihnya. Kenapa?

Kerana kebanyakkan manusia hanya ingin mendengar dan melihat perkara yang ingin didengari, ingin dilihat yang menyukakan mereka, yang menghiburkan mereka, yang menyedapkan mereka dan yang memuaskan hati mereka sahaja. Jarang manusia yang ingin melihat dan mendengar perkara yang kurang menyedapkan halwa telinga dan penglihatan mereka.

Oleh kerana itu, kebanyakkan cerita motivasi, kebanyakkan menceritakan tentang cerita kesungguhan, keberanian dan ketabahan serta contoh ujian yang dilalui. Jarang yang dari awal menceritakan kisah sedih sehingga akhir walaupun itulah realiti cerita tersebut. Sebagi contoh, pernah di negara India (bulan Mac 2010 tak silap aku), sebuah pawagam yang menayangkan sebuah filem sedih dibakar oleh para pengunjung tersebut. Alasannya adalah para pengunjung itu sudah penat berkerja, ingin mencari sedikit hiburan di pawagam tetapi dihidangkan dengan sebuah cerita realiti yang menyedihkan, so marahlah mereka ini, maka terbakarlah pawagam tersebut.

Sebab iu aku menyatakan bahawa halwa pendengaran dan pelihatan manusia hanya ingin mendengar perkara yang baik-baik sahaja. Begitu juga dengan kes aku. Ramai orang yang bertanyakan tentang kesedihan yang aku alami, kisah pahit yang aku pernah alami dan sebagainya. Jika ditanya tentang kisah pahit manis, aku hanya akan menceritakan tentang bahagian yang manis sahaja dan tiada yang pahit, kalau ada pun just satu atau dua sahaja (berbanding yang realitinya).

Bukan tujuan aku untuk menyembunyikan kisah realiti tetapi itulah hakikatnya, manusi hanya ingin mendengar atau melihat perkara yang baik-baik sahaja. Jika mereka inginkan kisah motivasi, aku kongsikan kisah perjuangan aku, kisah kesabaran dan ketabahan aku dan contoh-contoh ujian yang aku lalui. Aku biasanya akan turut menceritakan kisah sedih aku dalam majlis motivasi yang sememangnya bertujuan untuk menangis-nangiskan peserta (menginsafkan mereka, biasanya pelajar sekolah sekitar UTM ni je).

Pada aku, sebuah kisah motivasi sepatutnya lebih real, lebih jujur dengan kisah-kisah sebenar. Namun kisah suka yang dipaparkan sentiasa mengatasi kisah duka. Kita ingin menjadikan pendengar lebih bersemangat, lebih berani, lebih tabah, lebih berusaha dan sebagainya. Sebab itu tak banyak kisah duka realiti yang diceritakan, kebanyakkannya kisah suka dan ada kalanya ditokok tambah untuk menyedapkan cerita, untuk membuatkan peserta ketawa dan menangis.

Ada ramai juga motivator yang menggunakan teknik cerita sedih untuk membangkitkan semangat pendengar tetapi diakhirnya mesti cerita itu akan bertukar menjadi gembira. Sedih pada mula-mulanya sahaja. Kebanyakkan motivator yang menggunakan teknik ini mesti menokok tambah cerita mereka untuk menyedihkan lagi suasana (ditambah dengan musik/lagu yang sedih), bukan dengan kisah realiti. Kebanyakkan program motivasi atau kem yang aku join, memang seperti itu.

Actually, tidak ramai yang menyukai kisah sedih dan menjadikan kisah sedih itu sebagai iktibar kepada keinsafan dan perjuangan hidup ini. Secara psikologinya memang begitu, manusia lebih cenderung kepada kisah gembira lalu membangkitkan semangat mereka. Tapi tanpa disedari, kita sebenarnya menyembunyikan realiti hidup ini. Kita menyembunyikan keadaan realiti dunia sebenar. Aku tidak membantah penceritaan motivasi yang menjadikan kisah suka sebagai tunjang tetapi pada aku, biarlah ada keseinambungan dan balance.

Pada hakikatnya, pendengar atau penonton kisah motivasi mesti tahu hakikat realiti dunia luar tanpa ditokok tambah atau dikurangi di mana-mana. Pelbagai teknik penceritaan boleh dilakukan tetapi biarlah menepati matlamat sebenar motivasi tersebut iaitu untuk memberi kesedaran/semangat kepada orang lain dengan menceritakan kisah suka duka ataupun pengalaman diri. Apa yang aku perhatikan sekarang ini, motivasi dah best, peserta dah bergelak ketawa dan dah menangis-nangis tetapi cukup untuk setakat itu sahaja. Esoknya kembali kepada asal. Why?

Kerana mereka tidak didedahkan kepada realiti dunia sebenar dan tidak dapat menghayati kisah realiti tersebut....

Diharapkan selepas ini, jika aku ada menyertai mana-mana program motivasi atau aku sendiri menjadi motivator, aku harap biarlah tempoh penceritaan itu mempunyai balance yang sesuai supaya ianya betul-betul menusuk ke dalam jiwa pendengar/penonton...

---------------------------------------------------------------------------------------

Aku dalam kesempatan ini ingin mengucapkan takziah kepada salah seorang rakan maya OKU aku yang bernama Ummul Khair kerana baru sahaja kehilangan salah satu individu tersayangnya. Semoga kawanku itu sabar dalam menghadapi ujian ini kerana ini adalah suatu realiti yang mesti diterima dan diredhai dengan sebaik-baiknya.... Al-Fatihah.....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

...:: Facebook ::...